PENGUMUMAN
sila ikuti laman laman
sila layari
laman laman yang mengiklankan
kempen ini
‘KUBURKAN LYNAS DENGAN 1,000,000 TANDATANGAN!'
Rakyat Malaysia telah melakukan segala yang perlu untuk menutup kilang toksik Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan. Malah, kami telah bertungkus lumus berkempen di PRU13 untuk menukar kerajaan yang telah membawa masuk projek ini. Malangnya, kami tidak berjaya. Namun begitu, ini tidak bermakna perjuangan kami akan berakhir di situ. Kami bertekad untuk menghentikan projek Lynas ini.
Himpunan Hijau akan mencabar ‘MISI MUSTAHIL’ (‘Mission Impossible’), sesuatu yang tidak pernah dilakukan di Malaysia, iaitu mengumpul 1,000,000 tandatangan dalam masa 100 hari di seluruh negara. 1,000,000 tandatangan yang dikumpulkan adalah tanda komitmen kuat rakyat untuk menghentikan Lynas. Ia merupakan satu objek fizikal yang mewakili kuasa rakyat dan merupakan senjata terkuat terhadap Lynas.
Kami akan membawa 1,000,000 tandatangan yang berjaya dikumpulkan ke :
1) KDYMM Yang di-Pertuan Agong dan merayu baginda membela nasib rakyat serta negara ini

2) Parlimen Malaysia
3) Kedutaan Australia
4) Kedutaan Jepun
5) Institusi-institusi kewangan serta syarikat-syarikat yang menyokong atau mempunyai hubungan niaga dengan Lynas
Kempen ini akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Ogos 2013, iaitu seminggu sebelum Hari Kemerdekaan ke-56. Pada hari tersebut, 10,000 saluran akan dibuka di seluruh pelusuk negara untuk membolehkan rakyat jelata keluar menurunkan tandatangan mereka. Lokasi saluran di setiap negeri/bandar akan dikenalpasti dan akan diumumkan pada 15 Ogos, 2013.
APAKAH YANG ANDA PERLU LAKUKAN UNTUK MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA USAHA BERSEJARAH INI
Kami memerlukan 10,000 pemimpin hijau yang berkomitmen tinggi menampilkan diri untuk menyertai usaha yang luarbiasa serta bersejarah ini. Setiap pemimpin mestilah komited untuk mengumpul 100 tandatangan.
1) Sebelum 30 Julai 2013 – DAFTAR sebagai seorang pemimpin hijau di www.himpunan-hijau.com
2) Mulai 1 Ogos - Muat-turun borang petisyen rasmi dari www.himpunan-hijau.com atau Facebook : Himpunan Hijau 2.0 : Langkah Lestari
3) Mulai 15 Ogos - Semak & pastikan lokasi saluran yang paling berdekatan dengan tempat anda diwww.himpunan-hijau.com atau Facebook : Himpunan Hijau 2.0 : Langkah Lestari
4) 24 Ogos 2013 - Hadirkan diri dengan semangat yang paling tinggi di lokasi saluran yang paling berdekatan dengan anda pada waktu yang akan ditentukan dan memulakan misi mengumpul tandatangan.
-----
Tengok ni makin menjadi2 penjualan agama. Betul2 lawak seram. Lagi seram dan sedih, ramai melayu bangang caye benda camni dan beli
BalasPadamhttp://i.imgur.com/Ixommfm.jpg
http://i.imgur.com/RIXbSCA.jpg
Penyokong Tamarod adalah penyokong Hosni Mubarak juga bermakna menyokong kezaliman guna perkataan lainlah.
BalasPadam