DULU JUAL NEGARA PADA BRITISH
sekrang
NAK JUAL NEGARA PADA AMERIKA
BANTAH TPPA: DEMONSTRASI DAN PERARAKAN DITERUSKAN 23 OGOS INI
Selepas siri awal penentangan terhadap perjanjian rahsia TPPA yang berlangsung dalam bulan puasa 19 Julai lalu, kini bantahan diteruskan lagi demi memastikan tanahair tidak dijajah dalam bentuk yang baru. Perlawanan menentang 'penjualan negara' ini perlukan konsistensi selagi masih belum terlambat.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyambut baik gerakan yang bermotto "Kekalkan Kemerdekaan - Tolak TPPA", akan bersama kumpulan anak muda lain untuk pertahan kedaulatan negara dari dicemar oleh 'sotong kurita beracun'.
SAMM menyeru orang ramai khususnya warga kota menyertai satu lagi protes bantahan terhadap Perjanjian TPPA pada 23 Ogos ini di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak selepas solat Jumaat. Kemudian pada jam 2.30 petang, para demonstran akan berarak ke arah Kedutaan US untuk digegarkan oleh rakyat Malaysia yang cintakan tanahair.
Perjanjian TPPA yang telah dibincangkan secara rahsia selama ini, harus disekat kerana didapati bakal memberi kesan negetif yang besar terhadap rakyat dari pelbagai sudut termasuklah soal kedaulatan negara. Maka SAMM ambil tanggungjawab mobilisasi dan menggesa semua anak muda ayuh bersama dalam aksi kali ini, dan sebarkan maklumat berikut;
Himpunan Bantah TPPA
Tarikh: 23 Ogos 2013 (Jumaat)
Masa: 2.00pm (lepas solat)
Lokasi: Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak
Perarakan: Masjid Tabung Haji - Kedutaan US
SAMM mengalu-alukan penglibatan lebih banyak pihak dalam demonstrasi dan perarakan ini. Semua pihak harus bersatu memastikan negara diselamatkan dari cukong konglomerat bertaraf dunia yang memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat.
Tunjukkan kepada dunia satu signal penolakkan yang besar terhadap perjanjian yang menjadi 'jerangkap samar' kepada negara yang menyertai TPPA.
Rakyat bersatu tidak akan dikalahkan. Jumpa 23 Ogos di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak.
CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia
Rakyat bersatu tidak akan dikalahkan. Jumpa 23 Ogos di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak.
CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
TT(Taik Telinga) ni kuat sangat ke nak tibai Amerika?Baik kita tibai agen mereka di Malaysia, iaitu Apco laknat pimpinan mat monggol. Satu soalan untuk abad ini! Siapa bunuh Altantuya?
BalasPadamIsteri Rosmah ke atau dua ekor barua mat monggol?kah..kah..kah...
allah tt nie, bantah lah pasal tnb kah, pasal indah water kah, benda yang orang nampak, engkau nak bantah benda belum nampak lagi, nie malaysia nie dok naik macam macam, kehidupan rakyat semakin susah di bandar, kalau dok kat kampung tak apalah, sekurang kurangnya dapat beras, rokok kretek, rokok daun, kopi pun dapat, ini cara umno bela orang kampung, mereka mau orang kampung duduk setakat itu saja supaya mereka boleh berkuasa selama lamanya, apalah nasib, selagi mereka berkuasa rakyat semakin sengsara, dah tahun 2013 tapi masih tak nampak perubahan, buat sesuatu yang rakyat boleh nampak, tamarod malaysia dulu... jangan asyik dok kah kah kah..
BalasPadamGila apa nak lawan amerika.Facebook,iphone,google,yahoo/levis 501 pun semua dari amerika.kau semua tidak kena.kereta proton buatan tempatan kau kutuk juga.Produk 1MALAYSIA juga sama dikutuk. Jadi terima sahajalah TPP itu.Untuk rakyat biasa bukan ada kesan pun. Yang terkesan adalah sang kroni-kroni sahaja.Sekarang pun tiada TPP Kroni lebih pilih pekerja asing.tidak kira peringkat kemahiran dari tukang sapu ke jurutera.Yang Islam pun sama import pak imam arab untuk jadi imam solat tarawikh( duit derma mengalir kepada mereka)lain lah jabatan kerajaan yang kriterianya WARGANEGARA MALAYSIA.
BalasPadamkalau rakyat ada kesedaran makan ayam kampung goreng dan jangan makan KFC, makan burger ramli dan jangan makan mcdonald, pakai kereta proton berbanding kereta import,seluar jean buatan malaysia berbanding levi.datanglah apa-apa bentuk penjajahan pun. mereka tidak boleh buat untung.Dan yang mendapat untung hasil demo nanti ialah.KRONI-KRONI perniagaan. bagi aku kalu kroni2 ini menggaji pekerja tempatan aku sokong. kalau menggaji pekerja asing. tiada faedah langsung.kau kena kaji CUI BONO. itu pelajaran yang kau berikan kepada aku Isyam.
BalasPadamTT,
BalasPadamTolonglah jangan buat kerja bodoh. Jangan bencikan Amerika & Kapitalis sampai terlupa warga Arab selalu saling bunuh membunuh antara satu sama lain sejak abad ke 7 lagi.
Muslim Brotherhood bakar gereja di Mesir & memburukkan nama Muslim & Islam, tetapi kamu semua tak nak berdemo menentang Muslim Brotherhood. Menyokong mereka pulak.
Kerajaan Syria guna senjata kimia bunuh rakyat sendiri. Kamu semua senyap sahaja tak nak ambil pot. Mengapa tak nak berdemo di kedutaan Syria? Sayang sangat kat orang Arab sampai kekejaman yang dilakukan mereka, kamu semua tutup mata buat-buat tak tahu sahaja. Tetapi bila Israel atau Amerika tembak mati pengganas, kamu buat bising.
Bila Metallica dating buat konsert, kamu semua berdemo. Tetapi bila rakyat Syria dibunuh kamu tak nak ambil pot.