SIAPA TUKANG UPAH
SIAPA DI BELAKANG
PEMBUNUH
UPAHAN
BRO GOA TERPERANJAT
BILA LU TERPERANJAT
Bro,
goa terperanjat bila goa lihat ramai
orang Malaysia terperanjat. Lu bukan terperanjat berok. Lu terperanjat macam kumpulan cikah
yang kena sumpit Orang Asal.
Bersepah lari lintang pukang tak tentu hala. Bising tak tentu arah. Terjun
kemudian memanjat. Kemudian meloncat. Kemudian menjerit ke hulu ke hilir tanpa
arah. Mencikah-cikah dalam akhbar.
Cikah
dan ungka menjadi bising bila dengar tembakan demi tembakan. Ada tuan empunya
bank kena tembak. Ada Mak Cik kena tembak. Ada Pak Cik kena tembak. Ada yang
menembak kena tembak. Dalam satu minggu tiap hari goa baca ada tembakan. Ada
yang mati. Ada yang cedera. Ada yang nazak. Ini macam filem koboi. Tapi belum
sampai tahap gaban saperti di Kabul atau
di Baghdad.
Tembakan
sepetol dan tembakan senapang setiap
hari inilah yang bikin para cikah, ungka
dan lotong menjadi bising.
Anak
Lelaki Iskandar Kutty bilang inilah harga yang wajib dibayar kalau kita semua
mahu kebebasan. Para politikus yang baru menang pilihan raya juga menokok
nambah cerita. Ngo Melayu Islam yang
ahlinya tak seramai kumpulan berok di Zoo Hulu Klang turut sama tercirit mulut.
Cakap mereka penuh dengan aji no moto. Ngo Melayu Islam ini mahu ISA dan Akta
Darurat di pekenalkan semula. Goa ingat mereka sedar jika banduan dan orang
tahanan kurang maka kontrektor Bumiputera tak ada bisnes. Sunnah wal Rasuah
susah berjalan. Susah cari makan.
Goa
rasa pelik juga kenapa ramai sangat yang terperanjat. Fikir punya fikir goa mula faham. Di Malaysia ini ramai
orang telah jadi bonsai. Mereka tak dapat berfikir secara rasional. Mereka tak
ada keupayaan untuk memiliki fikrah yang kritikal. Perangai Orang Bonsai suka bertanya pada Ustaz untuk mencari naz dan
sanad. Orang Bonsai amat malas membaca.
Malas menyelidik. Suka bertanya-tanya kerana tidak ada harga diri. Berjiwa
hamba dan amat suka jadi tukang ikut dari belakang.
Goa
lihat kalau lalat masuk ke mulut akhirnya akan keluar menjadi langau – Si Mamat
ini melopong mendengar jawapan dan
temberang Ustaz. Tapi kali ini Utaz-ustaz ini pun tak tahu apa yang nak dikelentong. Kerana
ini kes sepetol bukan kes burung punai dan ikan sepat. Kalau hal punai dan
sepat Sang Ustaz ini cukup arif. Akan
berbuih-buih mulut Ustaz yang baru berbini
dua atau tiga.
Bro,
biar goa
cakap betul betul. Hal tembak menembak ini goa tak hairan langsung. Goa langsung
tak rasa pelik. Goa hanya mahu tanya kenapa
baru sekarang lu nak terperanjat. Kenapa
baru sekarang lu mencikah. Kenapa dulu lu tak terperanjat. Bang dang bang ini bukan
baru. Dah bertahun-tahun ada bang bang bang.
Mari
goa buka cerita bagaimana Aminulrashid mati. Anak muda kiut ini mati ditembak.
Tujuh belas das tembakan. Hebat bro.
Macam koboi Clint Kayu Timur. Budak kiut
ini anak saudara Piyan Habib – kawan gua. Siapa yang tembak? Budak yang ini baru bersunat
ditembak oleh penembak upahan. Penembak
Upahan? Biar betul bro. Betul ini bukan fitnah. Lu baca dalam akhbar Aminulrashid ini ditembak polis? Goa bilang polis ke ... mata-mata ke... mereka semua sama. Mereka ini
‘macai upahan’ – diupah oleh United Malays National Organisation.
Lu
tak ingat ke macam mana Kugan mati?
Ingat tak macam mana Francis Udayapan mati?
Ingat jangan tak ingat. Jangan buat buat lupa. Ingat tak satu keluarga India mati ditembak di Kelantan sebelum PRU
1999. Isteri orang India yang mati ini
sedang sarat mengandung. Anak dalam
perut pun mati sama.
Bro,
lu ingat tak tiga anak muda mati ditembak di Shah Alam. Peluru masuk ke dahi
mereka dari atas. Kenapa diatas? Kerana mereka sedang ‘menyembah’ polis minta ampon jangan ditembak.
Bro,
lu ingat tak anak muda mati di Sepang. Ibunya
menangis merayu. Mungkin kes anak-anak muda ini lu lupa. Lu ingat ini semua kes
Mat Rempit atau kes Mat Pet. Lu silap
besar bro.
Ini ada satu kes lu mesti ingat. Mustahil lu
lupa kes seorang Minah Cun. Minah slim
lagi bergetah. Minah ini telah ditembak
beberapa kali di Segambut. Minah ini bukan Minah Indon. Minah ini bukan
penyamun. Penembak Upahan United Malays
National Organisation sedap-sedap main sepetol. Nasib baik Minah ini tak jadi arwah. Kerana itu goa dapat
dengar kesah dari mulut Minah ini
sendiri.
Bro,
kalau lu lupa semua kes sepetol dan tembak menembak ini maka goa nasehatkan lu jangan suka makan kepala ikan – nanti
lu cepat lupa. Lu jangan makan aji-no-moto atau makan Ketaki atau Mek Dogal –
semua makanan ini menjadikan otak
lu lembab. Bila otak lembab lu menjadi
pelupa. Goa nasehatkan lu amalkan makan
petai , kerdas dan jering untuk penyegar
ingatan. Ini petua dari arwah nenek goa.
Bro,
satu hal goa nak beri tahu. Ini kesah lama. Goa masih ingat lagi cakap Lim Kit
Siang bapak mentua Betty.Orang Tua ini cakap dalam masa sepuluh tahun yang lalu
- bukan ratus-ratus mati dalam
tahanan polis atau mati ditembak polis malah ada ribu ribu. Ini Orang Tua yang
cakap. Bukan goa cakap. Orang Tua ini cakap bukan dalam warong Ah Seng tapi dalam Parlimen. Ini Parlimen tempat
Dato Nazri Aziz kencing dari atas tingkap.
Masa
Orang Tua Lim bercakap para Cikah Melayu
dan Lotong Bumiputera tak heboh. Tak ada
Ngo Melayu Islam buat bising? Angka pembunuhan yang dilakukan oleh
pasokan ‘beruniform’ melonjak naik. Kenapa ketika Orang Tua Lim ini
bercakap tak ada yang mencelah dan
menafikan. Goa ingat pada masa itu Ngo Melayu Islam ini belum dapat bayaran
bulanan dari ‘Penaja’. Moto Ngo Melayu
Islam ini cukup molek - kalau ada ‘fulus’ semua boleh ‘lulus’
Bro,
dengar goa cakap – lu jangan ketawa. Ngo
Melayu Islam ini kalau ada upah akan buat
apa saje laporan polis. Mereka sanggup buat laporan mengatakan Barak
Obama ini lahir di Kuala Pilah. Barak Obama ini anak Lebai Bidin dan anak tiri kepada Bidan Limah. Malah mereka
sanggup menuduh Sophia Loren bintang
filem Itali itu sebenarnya Melayu yang bernama Sopiah binte Haji Loren.
Goa
tak fahamlah apa pasal lu
terperanjat dengan kes tembak dan kes bunuh. Lu pergi jumpa Nazri Aziz. Sila tanya sama Nazri : anak
Menteri mana terlibat kes bunuh tapi tak pernah didakwa. Lu jangan buat-buat
donno. Lu jangan buat-buat lupa. Di
Johor berapa banyak kes tembak dan kes pukul. Ada yang mati dan ada yang tak
mati. Tapi satu habuk pun tak ada
sesiapa yang didakwa dakwi.
Bro,
lu lupa kes gaduh besar dalam kelab malam dua tahun dulu? Ada sepetol keluar masuk. Ada kepala kena ketuk
oleh sepetol.Ya ampoon ya maulana kes ini langsung tak tahu apa sudah jadi. Apa
sudah jadi goa pun tak tahu. Anak Raja
Gopal mana keluar sepetol pun goa sudah lupa.
Satu
lagi goa mahu cakap kalau lu rajin lu pergi tanya Datuk
Seri Hishammudin Hussein. Tanya sama dia semasa isteri dia shopping luar
negara siapa yang bayar? Opps... Maaf.
Jangan tanya ini. Tanya masa isteri dia pergi shopping luar negara dia ada Tan Seri Ta
Ta...oppps ..silap lagi. Ada dia bai bai pada isteri dia atau tidak –
ada ta ta atau tidak.
Bro,
gua dengar lu ada motosikal besar. Goa
ada satu idea. Goa cadangkan lu join
kelab motor besar yang patronya Datuk Dr Zahid Hamidi. Nanti bila ada ‘outing’
lu buat baik-baik dengan Datuk Zahid.
Kemudian lu tanya dia tentang kes pukul orang.
Mustahil bunyinya – Menteri Dalam Negeri Malaysia terlibat dalam kes pukul memukul. Goa hanya
baca dalam akhbar. Betul atau tidak goa tak tahu.
Bro, goa cakap lu jangan terperanjat. Apa nak
dihairankan. Kes anak Nazri Aziz ke? Kes pukul Zahid Hamidi ke? Kes kerabat main sepetol ke? Kes
kepala samseng ‘ sponsor’ anak bini menteri ke? Ini Malaysialah bro. Semua boleh kautim. Ini
kerajaan ketuanan Melayu. Goa harap lu
faham - kes tembak menembak ini bukan baru. Tiap hari ada rakyat kena bedil.
Bro,
lu mahu tahu apa sebab semua ini ini berlaku?
Orang China cakap – ikan jadi busuk mula dikepala. Negara jadi hancur
bila menteri membunuh. Bila menteri memukul.
Bila anak menteri membunuh.
Lu
ingat goa bohong?
Bro
lu jangan buat-buat lupa. Perdana Menteri Malaysia Najib bin Razak ada terlibat kes bunuh. Lu jangan lupa
Minah Cun Miss Altantuya. Minah ini mati
bukan kena sepetol tapi kena bom C4. Bro... lu hairan ke? Lu ingat sepetol bang bang bang ini ada kerana ISA tak ada? Lu ingat sepetol
banyak menembak ada kerana Akta Darurat di mansuh. Brader , lu jangan jadi
bangang. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar minguan SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akbar ini
sila pukul talipin: 03-92-21-10-45
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------
Negara Mesia sudah jadi negara koboi lu tau ka TT. Wa ingat itu Madey anak keling dari itu Kelala, india mai,sudah buat satu iklan woo...
BalasPadam"Kepimpinan melalui teladan" Ini kempen woo sudah lama jalan. Itu mat monggol sudah tambah apa itu logo. "1 Mesia". Tarak stim punya. Itu undi mai tarak juga boleh lawan Pak tido punya undi woo. Sikalang itu mat monggol sudah pinjam, Madey keling punya 'moto' woo.
Sana tembak sini tembak, lakyat kata takpa woo. Pidana menteli pun tembak sana- tembak sini, kita pun boleh tembak sama juga woo...kah..kah..kah..
Fitnah puak PKR & DAP yang nak pasukan DIRAJA MALAYSIA dihapuskan selepas negara menjadi Republik! Choi la lu!
BalasPadamlain bonar gayo tulisan kau TT!? mabuk ketum ke? hehehe
BalasPadamAyyyaaaa... Wa pun ada terpelanjat..
BalasPadamlu suka buang masa belak melata2..
ini suma bawah karpet sudah tarokk..
itu magistreet sulah buat magic..
pum..pumm..pum..
angin x ala.. libut x ala..kes x ala.. gantung saja itu kambing hitam..
kakakakaka...
suma hantu punya kelija..
habis, selama ni anak beranak piut miut gerombolan umno apco laknatullah ni mentekedarah duit haram le...dulu omputih bela tp sekarang taikun cina pulak bela,habislah jahanam melayu2 kampung dan felda.
BalasPadamWow... this is good la bro. Goa suka ini tulisan :)
BalasPadamUMNO anugerah Allah kepada Malaya, dalam memperjuangkan kemerdekaan dan bertempur dengan British sehingga berjaya membawa negara ini kearah kedamaian sejagat. Syukur kita kerana Allah masih mempertahankan UMNO sebagai kuasa utama dalam kerajaan negara tercinta ini. Dalam mengharungi pelbagai masalah dalam negara ini, UMNO terus teguh walau dilanda pelbagai bentuk tohmahan dan ianya menghakis kepercayaan orang Melayu. Apapun orang Melayu akan terus sedar bahawa tanpa UMNO negara ini akan jatuh kepada warga asing yang cuba sedaya upaya menipu kaum Melayu yang lemah dan daif. Walaupun 56 tahun kita merdeka, namun masih ada orang Melayu yang menagih simpati dengan meminta sedekah di pasar pasar malam adalah suatu senario yang lumrah yang biasa kini. Justeru itu, wajar kita pertahan UMNO agar terus membela Melayu dan Islam sebagai wadah perjuangan orang MELAYU.
BalasPadamUMNO bertempur dgn british beb....lawak apakah ini...hancur sejarah
PadamKah kah kah.kritikel btol 5:10 nehhh.apa ley wat.kita kan bangsa beradab gitu2,wat x nmpk jer laaa.bodo pon bodo lahhh.asal brimmm ader kah kH lH kah
PadamApa pula pencacai umnongok ni mai dok minta simpati kat sini TT. Selamanyalah kena tipu dengan pemimpin mereka.Otak melayu macam ni sudah di bonsai. Bila melayu jadi cerdik, umnongok dengan sendiri pupus kat dunia ni.kah..kah..kah..
BalasPadamTerbaek dari TT.
BalasPadamTerbaek!!!
powwweeeerrrrrrr
BalasPadamdeyy...kiss kiss bang bang..gun n roses...hujan november
BalasPadampolis nak tembak..tembak la
lagi dasyat nelayan kat sungai
bom ikan..bedebung..
cuma aku nak tanya..
dari dok tembak macha nie..
kenapa x tangkap macha nie..
tanya saper kepala diorang..
tembak2 mampus macha nie..dah x boleh dah nak beritahu saper upah dan mastermine jenayah paria nie..nie untung lah bos2 macha nie..kira tutup kes la..alagapas betul la...chitpoodaah..jgn tembak macha nie..kasi masuk islam..tukar name eee..jadi ahli umno..duduk sebelah naina marican naina nun di tabung haji.
Kah kah kah...
BalasPadamMana ada sunah wal rasuah...
Syiah wal rasuah ada la...
Tak pun tamarut kena bajak!