Selasa, 17 September 2013

MAHKAMAH RAKYAT BERSIDANG ESOK



NOTA
layari radio bangsar utama
untuk mengikuti siaran terus menerus
mahkamah rakyat tentang penipuan pru13

www.radiobangsarutama.com


Tribunal Rakyat 18-22 September, dedah penipuan PRU-13

KUALA LUMPUR 17 SEPTEMBER: Tribunal Rakyat, sebuah inisiatif Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih 2.0) akan bermula dari 18 hingga 22 September 2013 bertempat di Throne Room, Hotel Empire, Subang Jaya.
Menurut kakitangan Bersih 2.0, Mandeep Karpall, orang ramai dialu-alukan untuk hadir mengikuti prosiding yang tidak mengenakan sebarang bayaran.TR (2)
Tambahnya, Tribunal Rakyat turut disiarkan secara langsung melalui radio rasmi Tribunal Rakyat di pautanwww.radiobangsarutama.com.
“Prosiding Tribunal Rakyat akan bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang dari 18 hingga 22 September,” kata Mandeep kepada Keadilandaily.
Tribunal Rakyat akan membuktikan secara muktamad sama ada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) dijalankan dengan bebas dan adil.
Tribunal ini berperanan mengkaji, menyiasat, menilai laporan tentang aduan yang diterima atau diajukan tentang perkara yang berlaku menjelang dan semasa PRU-13 diadakan.
Enam anggota tribunal, masing-masing terdiri daripada tiga wakil luar negara dan tempatan akan mengendalikan prosiding
Tiga individu dari luar negara ialah bekas Wakil Khas Setiausaha Agung PBB di Kemboja, Yash Pal Gai, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Ramlan Surbakti dan Kraisak Choonhavan, bekas Presiden ASEAN Inter-Parliamentary Myanmar Caucus (AIPMC).
Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan, boleh menghubungi sekretariat penganjur di talian 03-77844977 atau melalui emel di alamat bersih.tribunal@gmail.com

MAHKAMAH RAKYAT
BUKTIKAN PRU13 TIPU
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-----------

3 ulasan:

  1. kronisme

    http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/08/berikut-adalah-artikel-yang-diambil.html

    BalasPadam
  2. apa engkau orang dok buat nie ? asyik tribunal, asyik suruhanjaya, asyik siasatan diraja, asyik siasat ini siasat itu ? apa boleh engkau orang buat ? menyusahkan orang lain adalah. ini semua barangan dah naik harga, tak ada orang bising, semua menikus je, buang beras lah engkau dan puak puak engkau nie sham. silap mata sedang berjalan, sandiwara sedang dipentaskan, sokongan negarawan dicari, drama sedang berjalan lancar, inilah agenda kepimpinan yang ada, apa engkau buat, asyik dapur dapur, asyik dengan makan berak engkau je, meluat aku nie. kah kah kah jangan serius sangat bang sham, bergurau je, yang naik jet masih naik jet, yang naik basikal masih naik basikal, inilah lumrah kehidupan di bumi bertuah ini, jangan cuba nak ubah ekologi ini, ada faham sham ?

    BalasPadam
  3. bro, orang yang menuduh tipu dah tarik balik la tuduhan. bro tak baca ke kenyataan ong kian ming, YB DAP yg cakap tiada penipuan blackout dan bangla dlm pru13 yg lepas? kalau yang menuduh tipu pun dan cakap tak ada penipuan, apa jadahnya diadakan perbicaraan?

    BalasPadam