SURAT INI UNTUK KAU
surat ini untuk kau
kau yang belum aku kenali
kau yang sentiasa selamat
kau yang hidup selesa
kau yang nyaman sentiasa
kau yang gumbira bersama anak isteri sanak saudara
kau yang bershopping dihujung minggu
kau yang bercuti di long weekend
kau yang berziarah ke dubai dan london
kau tak pernah mengenali aku
aku juga tak pernah mengenali kau
aku tuliskan surat ini
kerana tidak ada pantun yang dapat aku selokakan
tidak ada shaer yang dapat aku lagukan
tidak ada puisi yang dapat aku dendangkan
aku hantar kerpada kau
hanya sakeping gambar
untuk menggoda nafsu kau
untuk menggoda batin kau
untuk memberahikan hati kau
jika hati kau tidak terusik
jika nafsu kau tidak tercabar
jika hati kau tidak terguris
jika berahi kau tidak gersang
kau berhentilah membaca surat ini
berhenti disini!
berhenti sekarang!
tapi
jika hati kau mengelora
jika jiwa kau terganggu
jika mata kau mulai basah
jika kau hayati gambar ini
maka aku telah bertemu
dengan seorang kawan
kau lah kawan aku
kau lah kawan
yang tangan kau tak pernah aku sentuh
kau lah kawan
yang nama kau tidak aku pernah dengari
kau lah saorang sufi
kau lah seorang syahdu
kau lah penghuni biara
kau lah seorang muslim
kau lah seorang hindu
kau lah seorang majusi
kaulah pengikut isa dari nazareth
kau lah penghuni semua firdausi
kau lah jambatan siratul mustakim
kau lah pembawa berita
berita baik
untuk umat manusia
KAU YANG BARU AKU KANALI
DATANG LAH KE SINI
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------
en isam.
BalasPadamaku ni orang Pas. masuk ahli segambut tahun 90-an sebab niatnya nak tukar kerajaan. lepas jadi ahli mulalah kehulu kehilir dengar ceramah dan sikit2 cucuk jarum kat kawan2 supaya undi pas dan parti lain selain bn. lepas tu mulalah pegang bendera dan raih undi bila ada pru. tak kiralah parti pas ke, pkr ke, atau dap ker. asal bukan bn.
aku ni bukanlah ulamak tapi orang tua yang sekadar lulus darjah enam sekolah agama kat johor dan adalah satu ijazah dari um.
baru2 ni aku dengar ada umat kat Pas kata yg timbalan pun nak orang ulamak. aku ni kesihan kat memberPas macam mat sabu, husam dll sebab dia tu bukan ulamak walaupun dari segi pentadbiran memang aku salut.
tiba2 malam tadi masa nak tidur lepas sembahyang sunat, aku tertanya2 apa sebenarnya tugas sayap ulamak tu dalam usaha meraih undi masa pru. yang aku nampak, dari pasang bendera, berceramah dan raih undi di tempat aku, semuanya mamat2 yang kerjanya kat opis atau merempit. tak pulak aku nampak lebai2 ulamak yang lebih suka lepak bual2 berangan kalu haji hadi jadi pm. yang berpeluh ketiak ialah kaum2 yg selalu lepak kat kedai mamak.
hari ni tetiba aku terfikir dah tiba masanya aku tukat parti. parti yang bukan fikir nak untung semata2 tanpa memikirkan parti kawan. aku dah bincang2 dengan kawan2 kat kedai mamak, mungkin elok rasanya kalau aku masuk pkr atau dap.. rasanya, aku kena pindah oarti dulu sebab pada pikiran aku apa gunanya aku masuk parti yang kommpom akan kalah kalu parti itu dipimpin oleh umat yang cuma tau fikir kaum seulamak dengan mereka saja.
kalu tak esok, mungkin lusa aku ambik borang masuk pkr atau dap. paling lewat pun sebelum perjumpaan tahunan pas tahun ini.
sebenarnya aku dah naik letih dengan umat yang pandai cakap drp kerja ni. pru 14 nanti biarlah aku pasang bendera pkr atau dap. bendera pas biarlah kaum ulamak2 yang memasangnya sendiri. aku dah tak lalu dah......