Selasa, 17 September 2013

SAMBUT OBAMA MUSUH DUNIA DENGAN DEMO


KEMPEN  MENYUSUN
 DEMO ANTI OBAMA


SAMBUT OBAMA
 DENGAN DEMO
Maka bermula hari ini, SAMM bersama rakan sekutu akan menjengah ke seluruh negara dalam satu siri jelajah mobilisasi menentang perjanjian TPPA dan membantah kehadiran Presiden Obama ke Kuala Lumpur pada 10-11 Oktober ini. Siri jelajah juga akan dipanaskan dengan beberapa isu semasa termasuklah isu kesan kenaikkan harga petrol dan pemenjaraan 13 pejuang demokrasi.


Aksi pelancaran Jelajah #BantahTPPA akan berlangsung malam ini di Taman Melati, Wangsa Maju dianjurkan oleh SAMM Wilayah yang diketuai oleh sdr Azmir Hj Mustaffa dengan kerjasama PKR Wangsa Maju. 

Pentas pelancaran akan digegarkan oleh YB Tian Chua, Dr Hatta Ramli, che'GuBard, Hishamuddin Rais, wakil mahasiswa Safwan Anang dan Adam Adli. Turut hadir di pentas adalah wakil NGO #BantahTPPA antaranya Nizam Mahshar (MTEM), Cikgu Azmi (MAPIM), Syed Ibrahim (IKRAM), Azlan Awang (Blindspot), Sivarajan (JERIT), Anas (Blindspot).

SAMM menjemput seluruh warga kota untuk hadir bersama menghadam maklumat mengenai bahana perjanjian TPPA dan isu semasa yang menghangat. Pesta kesedaran akan terangkan semula biarpun sekadar berbentuk ceramah sebagai pemula, ia cukup menjadikan api kemarahan rakyat dinyalakan sebaiknya. 

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

NASIONALISMA
DAYAK BANGUN MELAWAN
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
--------

1 ulasan:

  1. Bgmn mgkin kita bdemo sdgkn qardawi sendiri bterimakasih kpd amerika krn mbekalkn senjata dn logistik kpd pjuang d syria. Allah pesan jgn ambil yahudi n nasrani sbg kwn dan pelindung. Qardhawi pula suruh bterimakasih pd mrk???

    BalasPadam