SEMUA TURUN BERDEMO
JUMAAT 11 OKTOBER 2013
DI KLCC
11 Oktober - Hari Rakyat Malaysia Bantah Kehadiran Obama
Dalam sesi mesyuarat Dewan Rakyat bertarikh 24 September 2013, sewaktu sesi jawapan lisan, Menteri Perindustrian dan Pelaburan Antarabangsa, Mustapha Mohamad telah menyatakan bahawa tiada keperluan satu demonstrasi atau tunjuk rasa membantah Perjanjian Persefahaman Trans-Pasifik (TPPA) ekoran daripada Kerajaan Persekutuan belum lagi menandatanganinya sebagai menjawab pertanyaan asal daripada Ahli Parlimen Putatan berhubung perjanjian ini.
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) melihat bahawa TPPA hanya salah satu subjek yang telah menzahirkan seruan tunjuk rasa membantah kehadiran Presiden Obama yang dijadualkan pada 11 Oktober 2013. Tunjuk rasa terhadap pentadbiran dan dasar campurtangan Washington pada negara lain selama ini juga patut dijadikan sebab mengapa kita harus berkumpul melahirkan rasa bantahan terhadap mereka. Apatah lagi, kehadiran Obama adalah merupakan kunjungan pertama Presiden US ke negara ini selepas hampir 47 tahun.
Peluang julung kali ini tidak harus dipersiakan dengan memberikan permaidani merah terhadap Ketua Negara Pembuli Terbesar Dunia. Peluang yang amat jarang untuk diperolehi bagi kita sebagai sebahagian masyarakat dunia untuk menunjukkan bantahan secara terus kepada Presiden Obama.
Keperluan turun tunjuk rasa 11 Oktober ini harus melangkaui isu TPPA. Betapa banyak kemungkaran sikap Amerika Syarikat dalam membuli masyarakat dunia terutama masyarakat Timur Tengah selama ini tidak harus dipandang mudah dengan mengadakan demonstrasi kecil di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sahaja tetapi menikus dan memberikan sambutan gegak gempita terhadap 'ketua pembuli' yang akan singgah ke tanahair ini. 11 Oktober tidak menyaksikan kehadiran pelancong Amerika Syarikat atau tenteranya tetapi adalah watak tertinggi yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala dasar-dasar pencabulan, penindasan yang kerap dilakukan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.
11 Oktober seharusnya menjadi tarikh keramat bantahan tegas rakyat Malaysia terhadap segala kemungkaran Amerika Syarikat terhadap isu kemanusiaan. Peristiwa penderaan tahanan penjara Abu Gharib, seksaan menggunakan teknik snowboarding oleh pihak penguasa Amerika Syarikat terhadap tahanan-tahanan di Guantanamo, pencerobohan terhadap negara-negara lain dan pengeboman menggunakan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) serta mangsa-mangsa yang tidak bersalah turut terbunuh dalam kempen-kempen tajaan Amerika Syarikat. Pembohongan kepada dunia berkenaan WMD (weapon of Mass Destruction) terhadap Iraq semata-mata untuk membenarkan penaklukan terhadap negara itu juga tidak perlu kita lupakan. Perang di Iraq adalah merupakan satu perang yang tidak sah di mata dunia.
Amerika Syarikat berulang kali menggunakan kuasa veto untuk menghalang resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Israel yang sehingga kini begitu biadap menyembelih dan mengambil nyawa rakyat awam Palestin tidak kira orang tua, wanita dan kanak-kanak. Inilah masa yang baik untuk kita bangkit nyatakan rasa kemanusiaan kita terhadap nasib Palestin.
Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang terlalu menjaga kepentingan mereka sendiri semata-mata tanpa pernah menghargai kesepakatan Antarabangsa. Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang tidak menandatangani Kyoto Treaty berhubung alam sekitar, negara yang tidak mengiktiraf Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) serta menolak untuk tandatangan perjanjian berhubung senjata biologi.
Kini, sikap Washington juga jelas berpihak kepada kudeta tentera di Mesir. Mereka merupakan sebuah negara yang sering melaungkan agenda demokrasi apabila ingin menyerang negara-negara lain, perang atas nama demokrasi tetapi dalam isu Mesir, Washington jelas berpaksikan tindakan tindakan demokratik dan menyokong kudeta tentera yang sebenarnya telah memadamkan obor demokrasi Mesir. Inilah wajah sebenar Amerika Syarikat yang harus kita bangkit, bersolidariti bersama-sama pada 11 Oktober nanti.
Kesempatan 11 Oktober ini harus diambil secara serius oleh semua rakyat yang simpati terhadap nasib saudara-saudara kita yang telah dibuli Amerika Syarikat selama ini. Jangan kita hanya berani dengan kumpulan muzik seperti Metallica dan sekadar aktif menyelar di laman maya sahaja tetapi apabila Ketua Zionis datang, maka kita menikus mendiamkan diri. Inilah masanya untuk kita suarakan bantahan dan kepedulian kita terhadap nasib mereka-mereka ini walaupun Presiden Obama tidak dapat melihat demonstran-demonstran kerana dilindungi oleh pihak Secret Service dan PDRM namun media dari seluruh dunia pasti akan tetap pancarkan berita itu.
SAMM Johor dengan ini menyeru setiap rakyat Malaysia yang prihatin terhadap dasar-dasar Amerika Syarikat yang menindas dan mencabuli hak-hak rakyat seluruh dunia yang bebas dan merdeka untuk bersama-sama hadir bersolidariti dalam Himpunan 11 Oktober ini. Keberadaan kita pada tariklh tersebut menjadi bukti jelas keprihatinan dan ketegasan kita dalam menolak perangai membuli Amerika Syarikat selama ini.
Kepada semua NGO-NGO dan individu-individu anti penindasan, ayuh bersama bersolidariti Bantah TPPA, Bantah Penindasan AS dan Bantah Obama. 11 Oktober tarikh penting suara rakyat Malaysia bangkit dan tegas tolak agenda pembuli Antarabangsa, Amerika Syarikat-Israel dan sekutu bukan hanya sekadar membantah TPPA semata-mata.
Roslee Mohd Shariff
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia Johor (SAMM Johor)
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-----------
Dengan sistem amerika lah, perisian microsoft dapat dibuat dipasarkan.blog,fb,twitter.Korang duduk tunjuk pandai sangat.Kalau kamu ditempat menteri pun kamu ikut sahaja Amerika ni.Tanya Anwar tanya mahathir anak2 dia belajar dimana? bukan di Amerika ke? sistem amerika juga yang mereka pilih.Tapi bila depan rakyat bising kutuk2 amerika.kalau syarikat amerika melabur dapat gaji tinggi sedikit dari syarikat tempatan.korang ahli politik pun tidak berani dengan samseng2 diupah syarikat amerika ini nanti.minta maaflah kalau nak demo anti amerika ini. boikot semua barangan dan service mereka.Seperti Negara China,russia dan korea utrara-sekian ulasan saya
BalasPadamLancau ..ajak sekali lu punya geng Tamarod ikut demo sure tak kena gas punya. Sudah berapa minggu gua tunggu Amerika nak serang Syria... lancau
BalasPadam