Khamis, 26 September 2013

WALAU PUN 1000 TAHUN PENJARA





 KOMENTAR TUKAR TIUB
cinta tidak boleh d paksa paksa
mustahil penjara akan dapat memaksa cinta

daging anjing  mustahil 
boleh dijual sebagai daging kambing

barangan ciplak mustahil
boleh diterima sebagai  barang asli

wine  dari balakong
mustahil boleh menyamar 
sebagai wine dari peranchis

jalur temberang  bendera ciplak
jalur temberang diciplak dari bendera amerika 
mustahil  penjara akan mengubah hakikat ini

Sang Saka Malaya terus berkibar walau penjara 1,000 tahun, kata aktivis

Dua aktivis yang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengibarkan Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang Kemerdekaan lalu menganggap pindaan akta untuk memberikan hukuman penjara selama 15 tahun bagi tindakan menghina Jalur Gemilang tidak masuk akal.

Menurut Hishamuddin Rais (gambar), Sang Saka Malaya akan terus berkibar walau dipenjara 1,000 tahun sekalipun.
"Sang Saka Malaya (gambar) telah berkibar lebih 2,000 tahun. Bila wujudnya Jalur Gemilang itu?" soal Hishamuddin ketika dihubungi The Malaysian Insider. 
"Sejak Merdeka hingga 2007 apa nama bendera kita? Seluruh Nusantara menggunakan Sang Saka Malaya," katanya, dan menambah hukuman penjara maksimum sebanyak 15 tahun itu juga sekadar "perkara kecil."


KIBARKAN 
SANG SAKA BENDERA RAKYAT
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan