Khamis, 19 September 2013

SENIMAN RAPPER DIBUNUH FASIS



SALUT 
salut untuk anak muda
kelmarin kau ditikam
30 orang datang menikam 

kau dibunuh oleh gerombolan fasis

kau lah anak muda yang berani
kau bermusik
kau bergendang
kau berseni

lagu kau menjadi senjata
lagu kau menjadi tembok
lagu kau melawan fasis

aku tidak pernah mengenal kau
aku juga tidak tahu musik kau

 pagi ini 
sedunia telah gempar
pagi ini seluruh eropah terperanjat
pagi ini seluruh pulau greece terhenti
pagi ini kota athens berkabung

kau dibunuh kaum fasis
kau ditikam kaum fasis

pavlos fyssas umur kau baru 34 tahun
kau masih muda 
musik kau telah mengoncang kaum fasis
musik kau mengumpul anak muda
musik kau jadi senjata

kaulah seniman
kaulah pejuang
kau gugur sebagai amaran
agar umat manusia berwaspada
kaum fasis sedang membangun kembali


kau gugur untuk beri ingatan
fasisma ialah musuh semua
fasis yang baik
ialah fasis yang mati

SALUT 
UNTUK KAU
SI ANAK MUDA



SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

----------

2 ulasan:

  1. salut anakmuda!
    jangan jadi mcm samad said tiba2 mengaku dan diangkat menjadi sastrawan rakyat sekarang.. kah.kah
    dulu masa asas50 ditubuhkan oleh tongkat warrant & geng dgn agenda seni untuk masyarakat, samad said tak menyokong dan minta jgn kait dgn dia. INI FAKTA OK! tak caya tanya dia..
    lepas tu skrg bawa agenda rakyat kononnya, napa dulu xbwk agenda rakyat?? kah.kah. dulu sibuk ampu cari duit kah.kah. sekrang dah insaf ke baru sedar ke? dah tak laku kot.. mesti ramai yg melenting maki hamun bila baca aku tulis ni, tapi kalau tak caya ko tanya dia, tak pun suruh tt tanya kah.kah.
    satu lagi jgn lupa tanya, masa demo baling 70an dan reformasi 98, samad said kat mana?? kah.kah. harap komen ni dibincangkan dlm festival idea terlarang ya TT..

    BalasPadam
  2. In other news, public masturbation NOT a crime in Sweden. That's socialism for you, share what YOU HAVE.Wealth & what not.

    I remember vividly a chingchong who did this at a beach in Bt Fernggi MANY years ago, I was 11. Traumatised but coping well..

    BalasPadam