BERITA TERKINI
DARI PENJARA TAPAH
DARI PENJARA TAPAH
Seramai 13 warga pro demokrasi
yang terlibat dalam demo membantah
rampasan kuasa keatas kerajaan pakatan perak
telah dibebaskan di mahkamah taipiang
rampasan kuasa 2009 ini didalangi oleh najib razak
dengan kerja sama aparachik negara
13 orang tahan ini telah dipenjara
oleh seorang hakim dariu mahkamah di kuala kangar
mereka dipenjara selama 2 tahun dan didenda 5,000 ringgit
hakim dari pekan diraja kuala kangsar ini
telah TIDAK membenarkan rayuan
kesemua dihantar ke penjara
teramsuk seorang makcik yang sedang
menghadi barah kalkum
HARI INI DI MAHKAMAH TAIPING
tuan hakim mahkamah tinggi taipiang
telah membebaskan kesemua tahanan
hakim telah berkata " Kebebasan 13 orang tak boleh dirampas.."
LAYARI SEKARANG
untuk mendengar mahkamah rakyat
sedang membicarakan
TIPU PRU13
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
sekurang-kurangnya ada hakim yg takut tuhan
BalasPadamKedua-dua mereka adalah ahli politik kelahiran Pulau Pinang, namun jualan buku mengenai pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi atau juga dikenali Pak Lah lebih laris berbanding biografi pemimpin DAP, Karpal Singh.
BalasPadamBuku 'The Awakening: The Abdullah Badawi years in Malaysia' laris dijual kerana berada dalam pasaran dua minggu lebih awal berbanding ‘Karpal Singh: The Tiger of Jelutong’ yang baru memasuki pasaran buku tempatan.
The Malaysian Insider berkunjung ke tiga kedai buku terkemuka di Kuala Lumpur dan diberitahu bahawa buku pentadbiran Pak Lah laris dijual sejak berada di kedai buku pada awal Ogos lagi.
Namun prestasi buku Karpal turut membanggakan apabila kehabisan stok di MPH Pulau Pinang.
Wakil tiga kedai buku yang dikunjungi berkata, kejayaan jualan buku Pak Lah mungkin disebabkan laporan media yang banyak mengambil petikan daripada buku tersebut.
“Buku Pak Lah semakin popular sejak dua minggu lalu berbanding biografi Karpal kerana media portal pantas mempromosi buku tersebut dengan mengambil petikan sensasi di dalamnya. Itu yang jadi laris,” kata seorang kakitangan MPH kepada The Malaysian Insider.
Seorang kakitangan di kedai buku Kinokuniya pula mendapati buku Lee Kuan Yew, 'One Man's View of the World' turut diminati.
Kakitangan MPH berkata, rangkaian kedai bukunya memiliki lebih 1,000 naskhah setiap buku namun tidak menyatakan berapa banyak yang dipesan.
Kinokuniya memesan 200 buku biografi Karpal dan hanya tinggal 59 yang belum terjual. Buku Pak Lah pula hanya tinggal 123 daripada 500 yang dipesan.
Kedai Buku Borders masih mempunyai 300 buku Karpal dan 500 lagi buku Pak Lah di seluruh cawangannya.
Seorang jurucakap Borders berkata, buku Pak Lah mendapat sambutan yang baik daripada pembaca.
“Kita juga sedang memesan biografi Karpal yang dilihat menjadi pencabar terdekat,” katanya.
Buku Abdullah disunting oleh Dr Bridget Welsh dan Dr James Chin adalah kompilasi pandangan pelbagai pihak dan ramai di antaranya yang mengkritik pentadbiran Pak Lah.
“Artikel disumbangkan oleh banyak pihak, seperti pemimpin politik dan ahli akademik.
“Kami cuba mencari keseimbangan dengan memberi Pak Lah ruang memberi komentar semasa zaman pentadbirannya,” kata penulisnya selepas laporan media yang semakin hangat mengambil petikan daripada buku itu.
Buku Karpal ditulis oleh wartawan veteran Vietnam dari New Zealand, Tim Donoghue yang pertama kali berjumpa Karpal pada 1986.
Buku yang berkisarkan kehidupan peribadi Karpal menyentuh kerjaya politik dan guamannya yang menggambarkan beliau seorang peguam berkaliber dalam bidang jenayah dan perlembagaan negara.
The Tiger of Jelutong memasuki pasaran pada Ogos dua minggu sebelum pelancarannya pada 7 September. Minggu pertama September, buku tersebut berada di tangga kedua paling laris di kedai buku MPH Mid Valley bagi kategori buku bukan fiksyen. – 19 September, 2013.