BUKAN SEORANG HAMBA
MENCARI AISHAH – BAHAGIAN 2
Pada 23 November 2013 aku terbaca satu berita dari Guardian London tentang 3 perempuan ‘ hamba abdi’ yang telah dibebaskan oleh Ngo Freedom Charity. Dari laporan berita – salah saorang perempuan yang dikatakan ‘hamba’ ialah warga Malaysia yang berumur 69 tahun. Aku mengambil berita ini dan memasukan ke dalam blog TukarTiub.
Dalam blog TukarTiub aku meminta pembaca meneka – siapakah Tuan pemilik hamba ini. Apakah orang Swiss? German? Jepun atau Tok Arab? Ketika aku bertanya kepada pembaca - dalam kepala aku menjangkakan Tuan Hamba Abdi ini pastilah Tok Arab. Ini kerana ketika aku di London dahulu - pernah terjadi saorang perempuan dari India atau dari Sri Langka telah melarikan diri satelah dijadikan hamba oleh satu Keluarga Arab. Malah hingga ke hari ini ‘urban lagend’ selalu bercerita tentang betapa ramainya perempuan India, Sri Langka, Nepal dan Indonesia yang hilang tanpa khabar berita dinegara Arab – mereka menjadi hamba Tok Arab.
Esoknya Ahad 24 November berita ‘hamba abdi London’ ini telah menggemparkan dunia. Dari Guardian aku membaca satu perkembangan baru. Perempuan yang dijadikan ‘ hamba’ ada bersangkutkan dengan ‘ marxist collective’ di Brixton London.
Bila terbaca sahaja berita ini aku gugup. Brixton? Tempat tinggal aku dahulu. Aku terperanjat. Kepala aku mengingati seribu satu macam pekara. Aku tahu nama perempuan itu. Tapi kepada siapa aku ingin bersuara. Kepada siapa ingin aku berkesah. Kepada Jai dan Ezi – dua ekor anjing, kepada Curvey Sang Kucing atau kepada Sepang dan Gate – dua ekor kura-kura? Mustahil mereka ini akan faham.
Sesudah membaca Guardian berulang kali - aku bertambah yakin aku tahu siapa perempuan Malaysia itu. Malah aku tahu apa dia surah dah kesahnya yang dipanggil ‘ marxist collective’. Tetapi pagi Ahad itu tiada siapa yang boleh aku lawan berlabon. Maka apa yang tersimpan dalam kepala aku hilang melayang ketika aku mula merayau-rayau melayari alam maya.
Tetiba jam 3 petang talipon bimbit aku berdering. Ada paggilan masuk. Kali ini suara Mat Saleh. Si Mat Saleh ini menerangkan bahawa dia – Deen Nelson – seorang wartawan dari London – dari akhbar Daily Telegraph. Kah kah kah aku ketawa. Ketawa hampir termuntah. Bagaimana pula wartawan akhbar ini menghubungi aku?
Daily Telegraph ini adalah akhbar kanan berbanding dengan The Guardian – akhbar mazhab kiri yang menyokong Parti Buruh. Telegraph menyokong Parti Konservatif. Ketika aku menjadi warga London TIDAK sekali pun aku membeli akhbar ini. Akhbar ini dan akhbar The Sun diharamkan memasuki rumah Hishamuddin Rais. Ini diketahui umum oleh kawan-kawan aku di London.
Si Nelson ini menerangkan bahawa dia dalam teksi dalam perjalanan pulang dari Seremban ke Kuala Lumpur satelah bertemu bual dengan Irene Fenandez. Irene menjadi sasaran pertama kerana Irene dikenali sebagai pejuang yang menentang ‘perhambaan’ dan menentang penindasan terhadap buruh pendatang. Deen datang ke Malaysia kerana ingin mencari siapa perempuan Malaysia yang dikatakan ‘hamba’ di London.
Darah aku menyirap. Aku terperanjat. Hampir aku tidak percaya akan isi perbulan talipon ini. Digagang talipon aku nyatakan nama perempuan Malaysia yang ‘dihambakan’ dikota London. Si Deen pula terperanjat dan TIDAK percaya kerana mustahil aku dapat tahu walhal semua media dunia sedang tercari-cari. Malah Polis Kota London tidak membocorkan nama sesiapa pun.
Diakhir perbualan talipon Deen dan aku membuat temujanji. Deen membuat satu permintaan. Dia mahu merasa masakan Melayu yang terbaik. Aku berjanji akan cuba mencari restoran tersebut. Aku juga menjemput Adam Adli dan Sadikin Omar untuk besama aku ketika aku bertemu wartawan ini. Aku lakukan ini kerana aku tidak mahu mengulangi kesah yang akan aku hamburkan ini berkali-kali. Aku tahu satelah aku buka kesah ini pasti aku akan ditanya tidak putus-putus. Saheh. Inilah yang aku hadapi sekarang.
Cari punya cari tempat makan - aku memilih sebuah restoran di Jalan Panggung kerana dua pekara. Pertama setiap petang Ahad aku berada di Jalan Panggung bersama kumpulan anak muda dari Dapur Jalanan yang membuat kerja amal memberi makan percuma kepada warga kota tanpa rumah. Kedua aku tahu ada restoran Baba Nyonya disana yang masakannya ‘boleh pakai’.
Sebelum jam 10.00 malam kami telah berada dalam restoran. Deen berkesah bagaimana Irene dan dia telah cuba-cuba memikirkan apakah ada ‘kemungkinanan’ warga Malaysia menjadi buruh dan seterusnya menjadi hamba dalam tahun-tahun 60’an. Mengikut pandangan Irene, mustahil Malaysia negara kaya akan ada yang mencari kerja di London. Lalu ‘kesah buruh paksa’ ini dimatikan. Akhirnya Deen bertanya siapa lagi warga Malaysia yang ‘radikal’ yang tinggal dalam kota London. Bingo. Nama aku muncul. Justeru panggilan talipon jam 3 petang. Justeru pertemuan makan malam.
Sebelum masuk kuliah sejarah kami berempat bersuai kenal. Deen berpejabat di New Dehli. Dia sampai ke Kuala Lumpur hari Jumaat dengan arahan Ketua Pengarang: find the woman – cari siapa wanita Malaysia ini. Sebelum bertemu Irene Deen telah berjumpa Pak Menteri Luar Negara – semua tak tahu siapa ‘perempuan ‘ini. Semua berkata mereka juga ingin mengetahui sama.
Paling menarik ialah kesah Deen – dia juga dari mazhab kiri. Dia juga aktif ketika anak mahsiswa. Pernah bekerja dengan The Observer – akhbar mingguan untuk harian Guardian. Pernah membocorkan beberapa kes ‘tipu’ dalam kesatuan sakerja. Justeru Deen dianggap seorang ‘wartawan penyiasat’ yang berpengalaman. Aku ingin mengetahui sosok yang sedang makan rendang daging dihadapan aku. Aku mencuri-curi bertanya tentang Edward Snowden. Jawapan Deen meyakinkan aku bahawa walau pun bekerja di akhbar kanan – otak kirinya masih cergas.
Deen yang memiliki sejarah kiri tidak banyak masaalah untuk memahami apa yang aku surahkan. Malah dia sendiri mengetahui tentang kewujudan wujud pelbagai bentuk kumpulan Marxist dan kumpulan kiri dalam kota London. Ada garis Trotsky dengan pelbagai tendensi , malah Deen pernah menjadi ahli salah satu kumpulan ini, ada garis Parti Komunis dan ada garis Mao. Malah Deen sendiri masih menggunakan marxisma untuk bertukang memahami apa yang sedang berlaku di hadapan mata.
Akhirnya aku selesa dengan Deen. Lalu aku timbulkan nama Siti Aisah. Lalu aku timbulkan nama Chairman Ara. Lalu aku tiumbulkan nama New Malayan Youth. Lalu aku timbulkan nama Mass Movement. Dalam otak aku masih ada beberapa nama yang tidak aku munculkan walau pun aku tahu sosok-sosok ini berada dalam kacah kiri ketika mereka menjadi anak mahsiswa di United Kingdom.
Kemudian aku nyatakan juga dimana kampong Siti Aishah. Kemudian aku nyatakan juga bagaimana pada tahun 1991 ketika aku menjadi warga kota Londan Abang Aishah telah pernah meminta pertolongan untuk mencari adiknya. Deen mengambil nota dalam tulisan ringkas.
Aku menerangkan bahawa Aishah ini berasal dari Jelebu dan aku tahu dimana rumah keluarganya. Dengan serta merta Deen meminta aku pergi ke Jelebu - esok pagi Senin. Aku menolak kerana setiap Senin aku tidak mahu diganggu kerana ini ialah hari dan masanya aku menulis untuk Suara Keadilan. Deen merayu. Dia memahami ‘dateline’ aku. Lalu dia meminta sokongan dari Adam Adli agar aku bersetuju untuk ke Jelebu.
Aku membuat panggilan kepada kawan lama yang berasal dari Jelebu. Aku mencari kesahehan orang yang ingin aku temui di Jelebu. Nama yang aku cari wujud. Deen berharap sangat aku dapat membantu. Aku dapat merasakan ‘daruratnya’ keadaan. Lalu kami berjanji esok jam 11:00 pagi kami ke Jelebu.
Sesudah makan malam Adam Adli, Sadikin Omar dan aku bertandang ke kedai kopi biasa kami di Brickfield. Kedua anak muda ini terperanjat. Kerana mereka telah mendengar banyak kesah-kesah aku dari pelbagai sudut. Yang Aishah di Brixton ini belum pernah mereka dengar.Memang betul kesah ini TIDAK pernah aku bersurah.
Lalu aku bertanya kepada dua anak muda ini: apakah aku perlu campur dalam hal mencari Aishah. Apakah aku perlu membantu Deen Nelson dari akhbar kanan Daily Telegraph?
Aku rasakan pandangan anak muda ini lebih objektif. Aku rasakan mereka yang TIDAK memiliki beban sejarah politik kiri, tentang era 60’an, tentang apa itu Marxisma atau apa itu Maoist akan memberi jawapan yang rasional. Betul. Mereka memberi jawapan yang tepat tanpa teori politik kiri.
Menurut dua anak muda ini pada tahun 1991 aku telah gagal mencari Aishah. Ketika itu aku tinggal di Brixton - wilayah dimana berita ‘hamba’ ini menggemparkan dunia. Pada tahun 1991 abang Aishah telah memberitahu aku bahawa si Aishah ini juga tinggal di Brixton. Kali ini pada tahun 2013 ‘tugas yang belum selesai’ ini datang kembali. Sejarah berpusing-pusing akhirnya sampai kembali ke pinggan aku.
Anak muda ini memberi ingatan agar aku tidak mengundur. Esok pagi aku wajib bersama Deen Nelson pulang ke Jelebu. (TT) ( bersambung )
NOTA
tulisan ini telah
disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
-----------
Woi TT, nko pegi la kat website LSE dan cuba cari QS dlm senarai pengajian yg ditawarkan. La ni xde pengajian tu bermakna kemungkinan besar lebih 40 thn dulu pun xde la.
BalasPadamColombo Plan? Siapa yang sebenarnya yang buat cerita Colombo Plan ni ha? Mcm cerita "pelajar" Aishah ni segar2 dan baru2 saja direka. Konspirasi?
Dlm firasat aku banyak lagi "gems" yang nko gagal cungkil dari kakaknya (atau keluarganya) mengenai Aishah di era lewat 60an dulu (bukan hanya di Jolobu, malah seluruh Msia umumnya).
Perlu ingat, apakah telah berlaku dlm 5 tahun yg agak "free" dlm kehidupannya itu. Adakah ruang itu "turning point" atau rentetan fasa "pengukuhan" selepas itu?
hamba seks la bodo...ape lagi..sudahla lu..
BalasPadamBuktikan dulu...takat komen kat blog tanpa bukti apa barang..fitnah..ni la masalah bani melayu..belum apa2 dah wat fitnah..
Padam1.umat islam bukan nak dengar "peranan" ko dalam kes siti aishah ni!!kalau kalau tak dak duta malaysia di london yang bantu!!kempunan le kakak siti aishah jumpa adik dia!!ko tu tumpang sekaki jee!!hampehhh je peranan ko tu!!
BalasPadam2.isu utama disini ialah umat islam ingin tahu samaada siti aishah tu masih islam!!masih tahu sembahyang!!masih tahu mengucap!itulah situasi suspens dalam kes ni!!
3.betul tak persepsi ni!!keluarga siti aishah melakukan kesilapan besar bila minta ko untuk cari siti aishah!!kalau minta pertolongan rosmah!!dah balik siti aishah ke malaysia!!kih!kih!kih!
Stail penulisan masih stim mcm zamam kolum "dari jelebu" dlu.. demmm TT aku nk ko menulis mcm dlu blk.. TT terlalu mainstream...
BalasPadamAdakah kau tak mau libatkan diri sebab kau pernah main dengan dia?
BalasPadamsalam semua
BalasPadamini, satu lagi kisah yg tuan isham boleh buat tulis satu buku...boleh kot?
org pdn indah
THE SUN haram masuk rumah? takkan ko tak layan page 3 TT?? hehehehehe...
BalasPadampeminat tegar page 3
Sudahlah kau....ko legend...ko lebey dan ko tak mau ada yang lagi lebey dari kou kan...aisyah sudah lebey....pasa apa lebey...dia lebey lama duduk di london dari kou...sampai tak pandai cakap moloyu...hehehehe...dengkileh tu....ko dengarlah cakap adam sama mc sidikin tu...kot kot terubat hati kou yang tak mou orang lebey dari kou....heheee......tt tt.....kou sudah lebeyyyyy....hahhhahh
BalasPadam