HARAPAN DAN CITA CITA
ANAK MUDA MESIR
CITA
DAN HARAPAN DIBAJAK
Ketika
tulisan ini dicetak angka warga Mesir yang gugur semakin bertambah. Jumlah yang
gugur telah melintasi ratusan. Angka yang cedera parah dan masih dirawat
pastilah mencecah belasan ratus. Tidak dapat tidak yang bertanggung jawab
keatas pembantaian ini ialah tentera.
Tentera
telah membajak cita-cita dan harapan anak muda. Tentera telah membajak TAMAROD – gerakan anak muda yang mahu membuka ruang demokrasi di Mesir. Tentera telah
menutup harapan 84 juta warga Mesir yang mahukan perubahan, mahukan agihan
ekonomi yang adil dan keamanan.
Tentera
– sama ada di Thailand, Pakistan, Korea Selatan atau di Indonesia – satelah
merampas kuasa – pasti akan terus menerus ingin berkuasa. Tentera dalam dunia ini tidak pernah
dinobatkan sebagai pengembang keadilan, sebagai penyebar demokrasi atau sebagai
pejuang hak asasi.
Dari
sejarah kita telah mengenali General Haji Ahamd Suharto, General Zia Ul Haq dan
General Pak Chung Hee . Kita melihat apa yang telah dilakukan oleh tentera di
Indonesia, di Pakistan dan di Korea Selatan. Suharto diburu oleh Tamrod anak muda
Jakarta. Zia Ul Haq mati dalam letupan
kapal terbang. Pak Chung Hee ditembak ketika mesyuarat kabinet.
Kini
kita sedang mula berkenalan dengan General Fattah al-Sisi. Persoalan hakiki
timbul dan kita akan terus bertanya apa kesudahan pergolakan politik di Mesir
ini? Untuk meramalkan apa yang akan
berlaku bukan satu yang mudah. Justeru kita wajib memahami politik latar Mesir untuk membantu kita
memahami apa kesudahan pergolakan ini.
Mesir
adalah negara Arab yang paling besar dan paling berpengaruh di benua Arab.
Tentera Mesir adalah yang terbesar di Afrika dan Timur Tengah. Hampir satengah juta soldadu Mesir sedang
bertugas dan satu juta lagi dalam simpanan. Ini bermakna ada 1.5 juta soldadu Mesir dibawa
pimpianan General Fattah al-Sisi.
Wajib
diterangkan disini kerana Mesir memiliki sejarah berperang dengan Israel maka telah diwujudkan apa yang
dipanggil Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) atau Majlis Tertinggi
Tentera. Majlis Tertinggi Tentera ini
akan muncul apabila berlaku perang atau darurat. Ketika Revolusi Pertama 2011 dahulu, Majlis ini
telah mengambil alih kuasa dari Mubarak dan mendirikan Kerajaan Sementara yang
akhirnya menobatkan Morsi sebagai Presiden.
Dalam
tulisan awal dahulu, saya telah menerangkan bagaimana tentera sebagai satu
lembaga amat berpengaruh di Mesir. Tentera
memiliki 30% kepentingan ekonomi
dalam negara. Tentera Mesir terlibat dalam gedung peniagaan, pembinaan,
pemaju, perkilangan keperluan harian dan perkilangan senjata. Justeru struktur
tentera Mesir tidak sama dengan peranan tentera yang biasa kita fahami.
Apa
yang berlaku di Mesir sekarang akan mempengaruhi babak babak politik di negara
Arab. Limpahannya dari pergolakan ini
pasti akan membasahi negara-negara yang
penduduknya beragama Islam. Ini hakikat realpolitik hari ini.
Justeru
, kerana inilah maka Saudi Arabia, Kuwait, Qatar dengan cepat datang menaburkan
berbilion dolar. Ini untuk memastikan Musim Bunga Arab akan berhenti di Cairo.
Tamarod anak-anak muda di Mesir wajib dibendung agar tidak mempengaruhi
anak-anak muda di Saudi Arabia dan Negara Telok. Tamarod pasti akan mengancam rejim-rejim
feudal di Timur Tengah.
Disini
timbul satu persoalan hakiki. Dalam
tulisan awal tentang Syria dan Timur Tengah saya telah cuba membawa
pencerahan dengan menunjukan bahawa apa
yang berlaku di Syria bukan perang antara Sunni dan Shiah. Sayangnya masih
ramai lagi yang juling dan rabun
hinggakan gagal melihat hakikat yang berlaku di Syria.
Kerana
ramai warga Malaysia yang masih juling dan rabun maka saya menimbulkan soalan untuk mereka: kenapa
berlaku pergaduhan di Mesir walhal penyokong Morsi bermazhab Sunni. Tentera
juga bermazhab Sunni. Anak-anak muda Tamarod juga Sunni.
Kenapa Sunni dengan Sunni boleh bergaduh dan berbunuh-bunuhan di Mesir?
Untuk
merungkai dan menjawab persoalan ini saya mengambil pendekatan
ekonomi dan kelas. Jika tidak diusik dan
tidak digarap ekonomi dan kelas maka
analisa terhadap apa yang berlaku di Mesir akan hanya menjadi ‘ sorak-sorakan politik’.
Tuduhan
gulungan penentang Mosri sebagai sekular dan menentang Islam menjadi
‘feshen’ tetapi gagal untuk
menerangkan kenapa al-Sisi yang warak
ini mengambil alih pentabiran. Juga kenapa
berjuta juta warga Mesir Sunni yang tak tinggal sembahyang turut sama
menentang Moris yang juga tidak tinggal sembahyang.
Telah
saya nyatakan bahawa tentera Mesir adalah sebahagian dari elit ekonomi negara.
Para General dan pegawai tinggi tentera mendapat kehidupan mewah dari keterlibatan
dalam pelbagai bentuk perniagaan. Kesampaian Morsi pada awalnya memang
dialu-alukan. Tetapi semua beralih dua tahun kemudian.
Dari
menyokong Morsi dan kemudian menentang Morsi akan difahami melalui pandangan kelas. Parti Ikhwan Muslimin ini memiliki asas ekonomi sama
saperti Parti Pas. National Democratic
Party milik Mubarak sama saperti United Malays National Organistion milik
Najib. Penyokong Ikhwan adalah dari kelas bawahan – kaum tani dan kaum buruh.
Ini tidak jauh bezanya dari penyokong
Pas.
Peniaga
kecil dan sederhana yang warak berpayung dibawah Ikhwan. Peniaga besar
berpayung dibawah National Democratic Party. Towkay dan cukong bersama United
Malays National Organisation. Tuan empunya warong dan kedai makan akan bersamna
Pas.
Dalam masa sama dalam Ikhwan juga ada taikon dan pemodal
besar. Pemimpin kedua Ikhwan, Kahirat El-Shater yang mahu menjadi calon Presiden ialah billionair pemilik gedung perabut dan pasar raya diseluruh Mesir. Mereka menyokong Morsi dengan harapan peluang perniagaan mereka yang
melonjak luas. Perniaga sederhana juga berharap
Morsi akan membantu membuka peluang niaga yang lebih besar. Ini tidak ada bezanya dari apa yang kita lihat
dalam Pas di Kelantan atau di Terangganu.
Akhirnya
kedatangan Morsi dan Ikhwan dilihat
sebagai mengancam kepentingan ekonomi borjuis besar dan borjuis nasional. Peniaga
besar borjuis nasional ini telah berjaya mengembang kepentingan ekonomi mereka
dizaman Mubarak. Kini saingan telah
sampai dari peniaga dan pemodal saf
Ikhwan.
Borjuis
nasional, pemodal besar, borjuis pertengahan bersama dengan birokrat dan kaki
tangan kerajaan yang dipilihara oleh
Mubarak merasa kepentingan ekonomi dan
gaya hidup mereka terancam. Morsi dan
Ikhwan dianggap musuh. Semua hujah menentang Morsi ini dibantu dan
diperkukuhkan pula oleh tindakan dan
langkah kurang bijak politik Morsi.
Morsi gagal menjadi Presiden Mesir
tetapi menjadi Presiden Ikhwan Muslimin.
Jika
Haji Hadi menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka Ananda, Syed Mokhtar, Vincent
Tan , Yeoh Tiong Lay bersama dengan kaki tangan kerajaan - Kemas, BTN, Perkasa dan dan akan bersatu
untuk menjatuhkan Haji Hadi. Ini bukan omong kosong. Ianya telah berlaku di
Perak apabila Najib merampas kuasa pada 5hb Febuarari 2009.
Analisa
ekonomi dan kelas yang boleh merungkai kenapa Sunni dan Sunni berbunuhan di
Mesir. Semua berpunca dari perebutan punca-punca ekonomi. Morsi memberi harapan kepada kelas bawahan
yang menjadi penyokong tegar Ikhwan. Ekonomi Mesir yang menjunam jatuh dibawah
Morsi menakutkan borjuis nasional dan
pemodal besar – lalu mereka bertempur.
Wajib
diberitahu kepada pembaca bahawa dalam dunia ini ada dua buah negara yang mendapat sokongan ketenteraan
besar dari Amerika Syarikat. Pertama – Israel dan kedua Mesir. Mesir mula
mendapat 1.5 bilion dolar setiap tahun semenjak tahun 1979. Dana ini adalah
sebahagian dari perjanjian yang telah dipersetujui oleh Amerika dengan Presiden
Anwar Sadat. Tentera Mesir dibantu oleh Amerika kerana Sadat bersetuju untuk
menandatangai Perjanjian Camp David. Antara lain Pejanjian Camp David ini membuka hubungan diplomatik antara Mesir dan Isreal. Juga, Mesir dan Isreal berdamai.
Amat
jelas disini bahawa kuasa imperial Amerika memainkan peranan mengemudi arah dan
tuju tentera Mesir. Ketika al-Sisi mengambil alih kuasa dari Morsi , Rumah Puteh tidak menggunakan perkataan
‘rampas kuasa’. Apa yang digunakan oleh Obama hanyalah ‘tentera Mesir telah
mencelah...’ untuk menerangkan tindakan al-Sisi. Ini dilakukan untuk memastikan
Mesir akan terus menerima bantuan ketenteraan.
Jika
Rumah Puteh mengtakrif apa yang berlaku
di Mesir sebagai rampasan kuasa maka semua bantuan ketenteraan akan dihentikan.
Ini dasar pentabiran Amerika yang tidak menyokong rampasan kuasa. Jika bantuan ketenteraan berhenti maka Amerikan
tidak dapat lagi menambat hidung tentera Mesir dan al-Sisi.
Untuk
meredakan keadaan dan menumpulkan kritikan, minggu lalu Amerika telah
membatalkan penghantaran 4 buah kapal
terbang penyerang F16 kepada Mesir. Ini kerana rakyat dunia semakin lantang
menyuarakan tentangan terhadap rampasan kuasa al-Sisi. Malah ada elit politik
Amerika yang tidak bersetuju dengan
tindakan tentera.
Pembantaian
yang berlaku Jumaat lalu TIDAK akan
meredakan keadaan. Dana dari Saudi, Qatar dan Kuwait boleh membantu
‘mengapongkan’ Mesir buat sementara dari tenggelam dalam kemelesetan ekonomi
yang menjerut leher kaum miskin. Kacau bilau ini tidak akan reda malah akan
membesar. Gerakan bersenjata di Sinai , yang bukan dari kumpulan Ikhwan telah
mula melancarkan serangan ke atas balai polis. Perang saudara akan pecah.
Maka disini timbul satu persoalan. Arah mana
kepentingan kuasa imperial Anglo-Amerika menghala. Apakah perang saudara
saperti di Syria akan menguntungkan Amerika. Jika perang saudara menguntungkan maka tidak dapat tidak kekacauan
di Mesir akan merebak.
Tetapi
jika perang saudara Mesir ini akan mengancam kepentingan ekonomi Anglo-Amerika
maka pasti Rumah Puteh akan bertindak untuk memastikan satu jalan penyelesaian
timbul. Kita tunggu dan lihat.
Pada
ketika ini telah muncul satu lagi kumpulan yang memanggil diri mereka DATARAN KETIGA . Ini untuk membezakan diri mereka dari penentang Morsi di Dataran Tahrir
dan penyokong Morsi di Dataran Rabia
al-Adawiya. Dataran Ketiga ini sedang berhimpun di Dataran Sphinx. Kumpulan ini
menentang Morsi dan juga menentang tentera. Apakah garis Tamarod di
Dataran Ketiga ini akan bejaya? Hanya masa yang dapat menentukan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disairkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon:
03 - 92-21-10-45
-----------