MENERUSKAN GARIS
TAMAROD 1947
MEMAHAMI
GARIS POLITIK REFORMASI
Banyak
air telah melintasi jambatan. Banyak daun telah hanyut ke laut. Banyak air liur
telah ditelan. Ramai kawan-kawan yang
aktif dalam Gerakan Reformasi telah meninggalkan dunia. Yang telah pulang ke alam Baqa tidak dapat
melihat kemenangan tahun 2008 dan 2013. Lima belas tahun satu jangka masa yang
panjang. Tapi dalam perjalanan tamadun manusia 15 tahun ini terlalu singkat
untuk dihitung.
Saya
masih ingat lagi petang 20 September. Suasana di Masjid Negara dan Dataran
Merdeka agak tegang. Ini sejarah tunjuk
perasaan yang paling ampoh. Tarikh dan tempat demo ini hanya disampaikan dari
mulut ke mulut. Ledakan kemarahan
terutama Manusia Melayu terhadap Mahathir cukup jelas. Justeru, kerana itu hampir
80,000 telah keluar untuk menyokong Anwar dan menibai Mahathir.
PERJUANGAN 15 TAHUN DULU
Secara
tetiba sejarah siapa dia Mahathir dibuka kembali. Kejahatan Mahathir dari zaman
Tunku mula diketahui umum. Peranan Mahathir sebelum dan sesudah Mei 13 dibaca
kembali dalam buku Tunku. Nama Mahathir berubah
menjadi Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty. Kemudian nama pop muncul apabila sebuah
laman MAHAZALIM memanggil Mahathir Muhamad
MAHAFIRAUN. Dengan serta merta Mahafiraun a.k.a Mahathir
Muhamad kini menjadi musuh utama Manusia
Melayu.
Laman
Mahazalim sebuah laman siber ‘bawah
tanah’ menjadi teras memangkin gerakan Reformasi. Mahafiraun kini menjadi sasaran musuh utama laman siber Mahazalim. Pandangan Manusia
Melayu terhadap ‘Wira Dunia Ketiga’ beralih sereta mereta. Pepatah dan petitih
muncul. Kalau suka berbohong akan
diumpamakan ‘sebagai Mahathir’. Kalau kaki putar alam akan dipanggil ‘ menjadi
Mahathir’. Ibu bapa Melayu mula mendidik
anak-anak bersopan dan berbudi
bahasa agar ‘ jangan besar jadi Mahathir’.
Mahathir
Muhamad 15 tahun dahulu rata-rata dimata Melayu, terutama dimata anak-anak muda
- dilihat sebagai sosok yang amat zalim.
Mahathir menjadi kata sifat membawa makna sosok India yang menyamar sebagai
Melayu, yang menghina Nabi, berperangai zalim dan amat licik. Semua ini dibawa oleh
ombak pemecatan Anwar Ibrahim
PERJUANGHAN 15 TAHUN KEMUDIAN
Untuk
saya semua ini adalah bentuk perlawanan permualan Manusia Melayu. Mereka hanya
berupaya melihat satu kezaliman dan
ketidak adilan yang telah dihimpapkan kepada Anwar Ibrahim. Majoriti Manusia
Melayu sama ada dalam parti United Malays National Organisatioan atau diluar
kerangka parti dan politik melihat satu kezaliman telah berlaku.
Anwar
Ibrahim pada ketika itu dilihat sebagai bakal Perdana Menteri yang
berkemungkinan membawa perubahan keatas hidup mereka. Dalam analisa
Manusia Melayu yang muncul spontan pada ketika itu - mereka
berpendapat jika Anwar tidak ditendang maka masa depan mereka dan masa depan
Malaysia akan cerah gemilang.
Justeru
pada petang 20 September itu kita melihat Khir Toyo, Ahmad Sibi, Abim Brothers
dan pemimpin tinggi Pemuda United Malays National Organisation turun berdemo.
Mereka dikatakan memiliki simpati dengan Anwar. Mereka melihat kezaliman dan
ketidak adilan telah dilakukan oleh Mahathir.
Tetapi untuk saya ini bukan sebab
utama yang menjemput mereka ke jalan raya.
PERJUANGAN 15 TAHUN DAHULU
Bengolan-bengolan
ini turun ke jalan raya kerana mereka ingin membeli saham. Kehadiran mereka di Dataran Merdeka pada 20 September adalah
tanda pembelian saham. Dalam hitungan fikrah kontot bengolan ini – dalam masa dua tiga minggu Mahathir akan jatuh. Jika Mahathir jatuh maka saham 20 September mereka
akan ranum untuk dijual. Mereka akan sekali lagi berkenduri kendara mengumpul
‘Pink Form’.
Harus
saya beritahu apakah ‘benda’nya ‘pink form’ ini. Bagini kesahnya: Di zaman Anwar menjadi
Menteri dan Menteri Keewangan dahulu banyak
harta rakyat telah diswastakan. Sejumlah 30% dari harta rakyat yang diswastakan
ini
wajib diagihkan untuk dimiliki
oleh Melayu dan Bumiputera. Sebanyak 30% saham syarikat rakyat ini akan
dijualkan terus kepada Melayu Bumiputera. Disinilah Brother Anwar akan mengagihkankan ‘pink form’ kepada Melayu dan
Bumiputera yang difikirkan ‘ sesuai’ untuk memiliki sebahagian dari 30% saham
Melayu ini. Warna kertas saham ini ialah merah jambu – i.e pink form.
Sesiapa
mendapat ‘pink form’ ini boleh mengadaikan borang ini kepada bank. Bank dengan senang hati akan meminjamkan dana. Ini kerana Brother yang membawa pink form ini akan pasti
mendapat jumlah saham yang tertera dalam
borang. Nilai harta rakyat yang
diswastakan sengaja dijual dengan harga
murah. Apabila diapongkan dipasaran bursa saham maka dengan serta merta nilai
saham ini akan naik. Brother pemegang ‘pink form’ boleh menjualkan saham yang
dimilki. Ini jalan pintas untuk para Brother penyokong Anwar dan para penyokong
parti United Malays National Organisation untuk menjadi kaya raya.
PERJUANGAN 15 TAHUN DAHULU
Saheh!
Bengolan-bengolan ini turun ke jalan
raya bukan kerana kezaliman atau ketidak
adilan. Jika mereka menentang kezaliman
atau ketidak adilan kemana mereka menghilang selama ini? Kezaliman dan penindasan masih berterusan –
bukan berkurang malah bertambah.
Ramai
bengolan yang berdemo pada 20 September 15 tahun dahulu atau telah telah menjadi kaya raya dengan ‘pink form’ kini telah menghilangkan diri. Hanya ada beberapa
ekor muncul terutama diambang PRU13. Ada yang menawar diri untuk menjadi calon.
Ramai pula yang mula membeli saham sekali lagi dengan harapan Pakatan Rakyat
akan menang dan Brother Anwar akan menjadi Perdana Menteri.
Saya
amat yakin bukan hanya kabilah ‘pink
form’ yang berharap Mahathir akan jatuh dalam masa dua atau tiga minggu. Ramai
dikalangan orang biasa juga berharap bagitu. Justeru kerana itu pada awalnya
kita melihat ramai ‘penyokong Anwar’ yang ditangkap oleh Mahathir Muhamad dengan
menggunakan ISA.
Kawan-kawan
Anwar dalam ABIM, penyokong kental Anwar dalam parti, penyokong Anwar diluar
United Malays National Organisation semuanya dibungkus oleh Mahathir dengan
ISA. Zahid Hamidi ketua Pemuda Ketuanan Melayu adalah contoh terbaik dimana ISA
telah digunakn oleh Mahathir untuk
mematahkan penentangan. Bila ISA digunakan maka bengolan ‘pink form’ senyap. Mereka mengundur diri. Ada ke
Jakarta, ada ke Eropah, ada ke Australia dan ada ke Amerika.
PERJUANGAN 15 TAHUN KEMUDIAN
Tetapi
api REFORMASI tidak dapat dipadamkan lagi. Penangkapan Anwar menjadikan suasana
politik di Malaysia subur untuk ditanam dengan benih politik baru. Ajenda untuk menumbangkan United Malays
National Organisation kelihatan semakin cerah.
Ini bukan bermakna Gerakan Reformasi tidak bersimpati dengan Anwar
Ibrahim atau kaum keluarga Wan Azizah.
Adalah salah untuk mengenepikan fakta
pemecatan Anwar dan penangkapan Anwar sebagai pendorong REFORMASI. Tetapi sosok
Anwar Ibrahim itu bukan ajenda Reformasi.
Apa
yang lebih tepat ialah Gerakan Reformasi telah melintasi sosok Anwar Ibrahim.
Telah melintasi kezaliman terhadap individu. Gerakan Reformasi bertujuan untuk
menumbangkan United Malays National Organisation. Gerakan Reformasi bercita-cita untuk mendirikan satu politik
baru untuk Malaysia. Malaysia baru untuk
anak semua bangsa. Mentalkinkan Ketuanan Melayu menjadi pendorong
Reformasi.
Ajenda,
laungan dan program yang diajukan oleh Gerakan Reformasi sebenarnya bukan satu
ajenda baru. Penghapuskan ISA. Kebebasan media. Membentras rasuah dan penyalah
gunaaan kuasa. Melawan perampasan tanah orang kampong. Melawan cukong dan kroni
merampas tanah penduduk miskin kota. Semua ini adalah sebahagian dari ajenda yang telah lama
diajukan oleh Parti Rakyat, oleh Parti Pas oleh DAP dan oleh Ngo.
PERJUANGAN 15 TAHUN DAHULU
Ajenda-ajenda
ini disatukan sekali lagi dalam satu penggalangan yang maha luas. Penggalangan
satu harapan.
Anwar
ditendang, Anwar dilucut dari semua jawatan, Anwar dibelasah dalam penjara dan
Anwar dimasukan ke dalam penjara adalah hujan lebat yang mengubah banyak sungai.
Hujan lebat membawa pelbagai gelodak. Ada pembasmian dan ada
pembersihan. Saperti ledakan Karakatoa – ianya membawa huru hara tetapi ianya
juga menabur baja keatas bumi politik.
Baja dari muntahan Reformasi ini amat
subur untuk menanamkan benih-benih perlawanan.
Lima
belas tahun dahulu – saya telah menulis – saya telah berceramah – untuk
menunjukkan kepada umum bahawa REFORMASI ini adalah satu penggalangan Barisan
Bersatu Harapan. Di dalam arus Reformasi ini kita mendapati pelbagai bentuk
kabilah dan mazhab pandangan
politik. Untuk saya ini bukan penghalang
malah inilah yang memperkasa Gerakan Rerormasi.
Reformasi
telah disatukan dan diikat dengan
HARAPAN – a united front of hope. Harapan dan cita-cita untuk menumbangkan
United Malays National Organisation dan mendirikan Malaysia baru telah mengikat
banyak kabilah. Kepelbagaian pandangan dan mazhab ini akan menguji kecekalan,
sikap gerak kerja dan hujah masing-masing.
MENERUSKAN GARIS TAMAROD
Lima
belas tahun kemudian kita melihat jelas bagaimana gelodak pembersihan awal telah berlaku. Kita telah melihat bagaimana ‘ reformis pink form’ hilang lenyap.
Kemudian ramai pula pemimpin Angkatan Muda Keadilan pencong dan cabut
lari. Kemudian beberapa pemimpin Parti Keadilan sendiri belot dan lari
kepangkuan musuh.
Mereka
mengundur dari garis REFORMASI kerana niat dan akidah mereka ialah jawatan dan pink form. Salepas 2008, sekali lagi kita lihat ramai
‘pemadat projek – project jungkies’ – bukan sahaja lari malah menyerang
Gerakan Reformasi.
Lima
belas tahun kemudian cita-cita dan akidah Gerakan Reformasi telah mencapai
kejayaan awal. Benih bangun melawan dan benci kepada konsep Ketuanan Melayu
telah subur merebak dikalangan anak-anak muda. Tetapi Reformasi belum sampai ke matlamat akhir. Matlamat akhir
Reformasi ialah menjatuhkan Parti Ketuanan Melayu dan mendirikan Malaysia Baru
dengan Kontrek Sosial Baru. Apa yang saya lakar diatas ialah sejarah. Yang saya
tulis itu adalah realpolitik. Sejarah
dan realpolitik boleh diabaikan atau boleh dijadikan ilmu panduan. Period. (TT)
NOTA
tulisan ini
telah disiarkan oleh
suara keadilan terkini
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
--------