Sabtu, 30 November 2013

DARI KOTA LONDON







JAM 7.00 PAGI YANG SEJUK

semua selesai
apa yang wajib dilakukan telah dilakukan
apa yang hendak ditemui
telah ditemui

jam 7.30 minum pagi
jam 7.45 taxi sampai

jam 10.50 pesawat AIRBUS 380 bergerak
dari heathrow terminal 4
sistem penerbangan mas

AHAD -  1 DISEMBER 2013
jam 7.15 sampai ke KLIA terminal M

JAM 9.00 jumpa di old town kah kah kah
sebotol anggur merah
membuat hati longlai

SELAMAT TINGGAL LONDON
hotel sulit kami
kini boleh diummkan
bilik cik gu makar A6
bilik tukar tiub 315
the wellington
71 vincent square 
london sw1p 2pa

SIAPA TAMU TUKAR TIUB?
kah kah lah


BERTEMU AISHAH



SELAMAT TINGGAL LONDON

aishah ditanya apakah akan pulang? jawabnya - satu masa nanti aishah di berita tahu tentang islam jawabnya di london pun ada masjid dilondon pun ada kawan muslim YA BENAR SEKALI KATAMU AISHAH.... SUNGGUH BENAR SEKALI KATAMU... SEMUGA KAMU SENTIASA DIDALAM KEREDHAANNYA....AMIIN. on AKHIRNYA KAKAK DAN ADIK BERTEMU
Anonymous
on 11/30/13
cikgu kamar cakap dia gembira dan sedih. aku rasa dia gembira sebab dapat jumpa dengan adik dia, siti aishah yang telah menghilangkan diri selama 30 tahun. penantian 30 tahun berakhir dengan pertemuan - itu yang gembira. yang sedih aku rasa siti aishah membuat keputusan untuk tidak pulang ke pangkuan keluarganya. siti aishah telah memilih untuk terus tinggal di london dan kemungkinan besar memilih jalan untuk terus kekal sebagai komunis jalur maoist. sebenarnya setelah aku baca beberapa rencana dari media britain, aku rasa siti aishah bukan dijadikan "hamba" oleh komrad bala tapi siti aishah memilih jalan untuk menyertai kolektif maoist komrad bala. siti aishah dengan rela hati dan sedar memilih jalan untuk hidup sebagai sebahagian dari kolektif maoist yang dipimpin oleh komrad bala. agak sukar untuk pihak polis britain mendakwa komrad bala dan isterinya jika siti aishah sendiri dengan rela hati menyertai mereka dan memutuskan hubungannya dengan keluarganya di malaysia selama 30 on BERTEMU AISHAH - PECAH BERITA
Anonymous
on 11/30/13


----------

SELAMAT TINGGAL KOTA LONDON


PULANG SESUDAH SEMUA SELESAI

selamat tinggal kota london
selamat jumpa lagi old town
kah  kah kah

-------

AKHIRNYA KAKAK DAN ADIK BERTEMU





PECAH BERITA  DARI LONDON

kelmarin jam 10 pagi kami jadi risau
dapat atau tidak jumpa ketua polias

tetiba panggilan datang

aishah telah bersedia berjumpa kakaknya
polis beri tahu wakil akhbar
wakil kedutaan datang 
hanya aishah yang boleh dibawa pergi

KEMANA ARAH?
perjalanan 6 jam dari kota london
dua kali bertukar kereta
di dua buah rumah pasong

AKHIRNYA AISHAH DITEMUI
cik gu kamar jumpa adiknya
disatu tempat rahsia
ada 2 pegawai polis wanita
ada 8 pegawai polis lelaki
wakil kedutaan TIDAK dibenarkan

PERTEMUAN
hanya 40 minit sahaja
cik gu kamar memelok adiknya
dia menangis
penuh emosi
aishah hanya menitiskan air mata

aishah memakai cardigan wool merah
berseluar hitam

cik gu kamar membawa beg yang berisi hadiah
sejadah  jubah dan kain tudung

APA YANG DIBINCANG
aishah bertanya tentang ibu
jawabnya ibu telah lama pergi
aishah bertanya tentang kakak yang satu lagi
jawabnya telah lama pergi

aishah ditanya apakah akan pulang?
jawabnya - satu masa nanti
aishah di berita tahu tentang islam
jawabnya di london pun ada masjid
dilondon pun ada kawan muslim

cik gu kamar beremosi
aishah amat british - tenang dan resmi
tidak nampakan emosi

pegawai polis menyampok agar
mereka cerita tentang keluarga
pegawai polis lebih emosi

cik gu kamar ajak aisah pulang
untuk kenalkan pada anak buah
cik gu kamar ada 2 anak lelaki 2 anak perempuan
cik gu kamar di panggil MAK MOK

aishah kata dia senaang
dengan kota london

cik gu kamar beri khutubah
aishah tak ambil pot
' i nag her' kata cik gu kamar

kemudian cik gu kamar menyesal dengan ' kutu bah'
dia merasa telah memberi tekanan yang tak sepatutnya
diberikan kepada adik yang 40 tahun hilang

aishah tak ambil pot tentang harta dan kekayaaan
dia ada kerja dan tugas yang perlu dilakukan di london
aishah mengatakan kepada kakanya dia ramai kawan di london

cik gu kamar menangis 
' my most caring language'

cik gu kamar merasakan bahawa ada pekara pekara
dalam  hidup aishah yang sulit  tapi tidak muncul

satelah 40  minit mereka berpisah

aishah turun tangga meninggalkan kakaknya
tetiba cik gu kamar berlari dan memelok adikany sekali lagi
ini good bye terakhir
polis menahan cik gu kamar dari turun tangga
aishan turun tangga naik kereta dan beredar

barulah cik gu kamar
turun tangga

ada 3 janji antara dua beradik ini
1 - cik gu kamar minta aishah baca quran
2 - cik gu kamar minta aisah tulis surat
3 - cuik gu kamar minta aishah pulang ke malaysia

3 kali mereka bersalaman dan berjanji

NOTA
kota london sejuk dan sibuk




----------