Khamis, 17 Julai 2014

DUIT DAN HARTA DI BELAKANG INI



KOMENTAR

jelas yang menghalang
perubahan selangor 
ialah hadi

telah sampai masanya
penyokong pakatan rakyat
kaum kerabat pas
penyokong dan aktivis pas
wajib bertanya
sudahkah ada kaji selidik
kenapa terengganu kalah

sudahkah dikumpul pengalaman
kenapa kedah lingkup

selama satu penggal di kedah
apa yang telah dicapai

hadi sedar dia tidak tahu
bahasa inggeris
hadi  sedar politik antara bangsa
bukan kubang dia selesa  berenang

hadi yang faseh berbahasa arab
memiliki keilmuan di bidang agama
seharuskan boleh memimpin politik islam
bukan hanya di malaysia 
tapi kancah antarabangsa
dan 
tidak bermain politik kampong pil kuda


justeru
hadi gagal untuk dilihat
sebagai pemimpin islam antarabangsa

maka
apa yang diperlihat oleh hadi
hari ini adalah kepimpinan sekterian
kepimpinan  kampongan 
yang tidak memahami realpolitik
dimana anak anak muda
sedang mengombak untuk
mengubah dunia

NOTA
jangan lupa
kepentingan duit
untuk din ayam
kah kah kah



Hadi penghalang utama Pakatan singkir 

Khalid?


Kenyataan Anwar Ibrahim semalam berhubung keperluan Langkah Kajang diteruskan dan harapan PKR untuk menyelesaikan krisis menteri besar Selangor sebelum Aidilfitri sukar direalisasikan kerana halangan utama Pakatan Rakyat (PR) sekarang adalah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Ketua pembangkang itu tahu, tanpa sokongan Hadi, Abdul Khalid Ibrahim tidak akan berjaya disingkirkan walaupun PKR dan DAP bersetuju bekas pemimpin korporat itu kini menjadi beban kepada PR dan mungkin menyebabkan mereka kehilangan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
Walaupun PAS Selangor juga sebulat suara mahu Khalid digantikan dengan pemimpin yang boleh bekerja secara berpasukan, mereka tidak akan berbuat apa-apa sekiranya Hadi tidak memberi restu.
Sejak dari mula lagi Hadi tidak bersetuju dengan Langkah Kajang yang pada awalnya mahu menjadikan Anwar sebagai menteri besar di negeri terkaya itu tetapi akhirnya gagal kerana terhalang dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Liwat II.
Seorang aktivis kanan PR memberitahu The Malaysian Insider, Hadi secara peribadi tidak suka Anwar kerana sejak zaman mudanya lagi, kedua-dua tokoh itu sering bersaing sebagai pemimpin Islam.
“Kalau Fadzil Noor masih menjadi presiden PAS, langkah politik Anwar akan menjadi lebih mudah kerana beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Anwar,” kata aktivis yang enggan dikenali itu, merujuk kepada bekas presiden PAS yang merapatkan hubungan parti Islam itu dengan Anwar selepas dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998 dan kemudian meninggal dunia pada 2002.
“Hadi cemburu dengan Anwar kerana Anwar lebih diiktiraf sebagai pemimpin Islam dari Malaysia oleh masyarakat antarabangsa kerana kefahaman dalam politik antarabangsa dan kemahiran berbahasa Inggeris.
“Sebab itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, beberapa pemimpin PAS bertemu Ku Li untuk tawar jawatan perdana menteri jika Pakatan menang,” katanya merujuk kepada pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.
Selain faktor peribadi dengan Anwar, antara sebab mengapa Hadi mahu Khalid terus kekal menjadi menteri besar adalah kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu menjaga kepentingannya di Selangor.

Menantu kepada presiden PAS itu, Zaharudin Muhammad diberikan jawatan sebagai Ketua Jabatan Agama di Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB), syarikat milik kerajaan negeri Selangor.
Selain itu, Khalid melantik Raja Idris Raja Kamarudin, abang kepada penulis blog popular Raja Petra Kamarudin sebagai pengerusi kepada beberapa anak syarikat negeri seperti KPSB, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Central Spectrum (M) Sdn Bhd sebuah syarikat yang menguruskan industri hartanah dan halal di Selangor serta Ceres Telecom Sdn Bhd, anak syarikat kepada KPSB.
Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak presiden PAS itu menjadi menteri besar Terengganu pada 1999-2004.
Hadi pada ketika itu melantik Raja Idris sebagai orang penting dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) dan ketua eksekutif kepada TDM Berhad, anak syarikat terbesar kerajaan negeri Terengganu.

KAH KAH KAH
i rest my case
my lord oppps..
nanti tak faham
... ini saje kes saya
yang arif... kah kah kah












--------

SIAPA MALAON INI?




INI MUKA

MAT FRAUD




--------

SELAMAT BERBUKA




SELAMAT 

BERBUKA


aku dah lupa 
entah ari ke berapa
dah tak kira lagi

lalu 
teringat zaman kanak kanak
menunggu raya sampai
menunggu hari beralih
menunggu malam jadi siang
menunggu bedok  berbunyi
cukup lambat

detik masa
dizaman kanak kanak
amat lambat
sama lambatnya
macam aku 
dalam dewan perpereksaan
yang tak tahu 
apa nak dijawab

PETANG INI
panas berbahang berjerebu
suhu dunia semakin panas
kota london diserang matahari
jumaat esok hingga 32 celsius
setahap dengan kuala lumpur

sayangnya
masih ada lagi yang tidak percaya
masih ada lagi yang tidak yakin
bahawa
suhu dunia sedang mencanak naik

Add caption
PETANG KELMARIN
berbuka di pejabat dap
makanan biasa biasa biasa saja
tapi ada 
lim guan eng

dia bercerita tentang
tukang masak tempatan
aku sokong bukan
kerana dia orang pakatan
tapi
kerna aku tahu hal makanan
aku tahu rasa tempatan

kalau aku ke bangla
aku nak makan masakan bangla
bukan nak makan masakan minah slaeh
kalau aku ke brussels
aku nak makan
yuangh dimasak oleh
mat wallon
bukan oleh mat bangla

apa pagi cerita lim guang eng
pasti ada
kah kah kah
bukan sekarang boleh
ditulis
kah kah kah
PETANG INI
nak berbuka di jalan alor
sarang masakan cina
bukan terbaik
tapi terokay


SELAMAT

BERBUKA




-----------

JEMPUTAN FORUM MALAM ESOK





MALAM ESOK
lepas berbuka
dewan cina
kuala lumpur



SEMUA  

DI JEMPUT

datang

buat ramai
--------

DR. ASRI: JIWA FEUDAL MELAYU




KOMENTAR

dari mana raja 
dari mana  sultan 
muncul dan datang
apa asal usul mereka
macam mana
bagaimana
sultan dan raja
menjadi ketua agama
kenapa sultan dan raja
tak boleh dikritik

semua ini adalah
soalan soalan 
yang sedang mencari jawapan

dibawah ini satu klip video
satu pandangan
untuk membuka
wacana sultan dan raja



SOLAT PADA MOHOR BESAR








Wanita boleh jadi pemimpin, tidak wajib solat sebelah Sultan, kata pengkritik



Kenyataan peguam Umno Mohd Hafarizam Harun yang mengaitkan 'keuzuran' sebagai halangan seorang wanita menjadi menteri besar disifatkan sebagai diskriminasi terhadap wanita, kata pengkritik, sambil menegaskan bukan syarat wajib pemimpin menunaikan solat di sebelah Sultan.
Dr Maszlee Malik, pemerhati sosiopolitik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, menyelar Hafarizam sebagai seorang yang dangkal dan merendahkan martabat wanita.
"Kenyataan peguam itu yang wanita tidak layak menjadi menteri besar bukan saja tidak berasas daripada segi perundangan, malah berbau diskriminasi gender serta terlalu dangkal," katanya kepada The Malaysian Insider.
Asri berkata, kenyataan Hafarizam sebagai tidak wajar, bahkan tiada syarat mengatakan seorang pemimpin itu wajib bersembahyang di sebelah Sultan.

"Perkara begini bukan satu masalah untuk jadi pemimpin. Bukan syarat menteri itu kena sembahyang tepi Sultan.
"Kemuliaan bukan syarat dalam Islam. Sultan datang sembahyang, menteri kena datang sembahyang," kata Asri kepada The Malaysian Insider.
Malah, Asri juga menyelar tindakan Hafarizam menggunakan isu haid sebagai alasan seorang wanita tidak boleh dilantik jadi pemimpin.

PENYIMPAN  MOHOR
BOTOL BESAR

KAH KAH KAH
solat sebelah penyimpan
mohor botol besar
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

-----------

YA AMPOOOOOON!




PEMEGANG 

MOHOR

BOTOL

 BESAR


FACE BOOK




Siapa yang biadap sebenarnya?
Khalid Samad ke Mamat kat bawah ni..
Cer tengok leklok sape kah gerangannya Mamat nihh..???

# Tegur anak sendiri dulu sebelum nak tegur orang lain..... See More
LikeLike ·  · Share


---------