KOMENTAR
jelas yang menghalang
perubahan selangor
ialah hadi
telah sampai masanya
penyokong pakatan rakyat
kaum kerabat pas
penyokong dan aktivis pas
wajib bertanya
sudahkah ada kaji selidik
kenapa terengganu kalah
sudahkah dikumpul pengalaman
kenapa kedah lingkup
selama satu penggal di kedah
apa yang telah dicapai
hadi sedar dia tidak tahu
bahasa inggeris
hadi sedar politik antara bangsa
bukan kubang dia selesa berenang
hadi yang faseh berbahasa arab
memiliki keilmuan di bidang agama
seharuskan boleh memimpin politik islam
bukan hanya di malaysia
tapi kancah antarabangsa
dan
tidak bermain politik kampong pil kuda
justeru
hadi gagal untuk dilihat
sebagai pemimpin islam antarabangsa
maka
apa yang diperlihat oleh hadi
hari ini adalah kepimpinan sekterian
kepimpinan kampongan
yang tidak memahami realpolitik
dimana anak anak muda
sedang mengombak untuk
mengubah dunia
NOTA
jangan lupa
kepentingan duit
untuk din ayam
kah kah kah
Hadi penghalang utama Pakatan singkir
Khalid?
Kenyataan Anwar Ibrahim semalam berhubung keperluan Langkah Kajang diteruskan dan harapan PKR untuk menyelesaikan krisis menteri besar Selangor sebelum Aidilfitri sukar direalisasikan kerana halangan utama Pakatan Rakyat (PR) sekarang adalah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Ketua pembangkang itu tahu, tanpa sokongan Hadi, Abdul Khalid Ibrahim tidak akan berjaya disingkirkan walaupun PKR dan DAP bersetuju bekas pemimpin korporat itu kini menjadi beban kepada PR dan mungkin menyebabkan mereka kehilangan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
Walaupun PAS Selangor juga sebulat suara mahu Khalid digantikan dengan pemimpin yang boleh bekerja secara berpasukan, mereka tidak akan berbuat apa-apa sekiranya Hadi tidak memberi restu.
Sejak dari mula lagi Hadi tidak bersetuju dengan Langkah Kajang yang pada awalnya mahu menjadikan Anwar sebagai menteri besar di negeri terkaya itu tetapi akhirnya gagal kerana terhalang dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Liwat II.
Seorang aktivis kanan PR memberitahu The Malaysian Insider, Hadi secara peribadi tidak suka Anwar kerana sejak zaman mudanya lagi, kedua-dua tokoh itu sering bersaing sebagai pemimpin Islam.
“Kalau Fadzil Noor masih menjadi presiden PAS, langkah politik Anwar akan menjadi lebih mudah kerana beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Anwar,” kata aktivis yang enggan dikenali itu, merujuk kepada bekas presiden PAS yang merapatkan hubungan parti Islam itu dengan Anwar selepas dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998 dan kemudian meninggal dunia pada 2002.
“Hadi cemburu dengan Anwar kerana Anwar lebih diiktiraf sebagai pemimpin Islam dari Malaysia oleh masyarakat antarabangsa kerana kefahaman dalam politik antarabangsa dan kemahiran berbahasa Inggeris.
“Sebab itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, beberapa pemimpin PAS bertemu Ku Li untuk tawar jawatan perdana menteri jika Pakatan menang,” katanya merujuk kepada pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.
Selain faktor peribadi dengan Anwar, antara sebab mengapa Hadi mahu Khalid terus kekal menjadi menteri besar adalah kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu menjaga kepentingannya di Selangor.
Menantu kepada presiden PAS itu, Zaharudin Muhammad diberikan jawatan sebagai Ketua Jabatan Agama di Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB), syarikat milik kerajaan negeri Selangor.
Selain itu, Khalid melantik Raja Idris Raja Kamarudin, abang kepada penulis blog popular Raja Petra Kamarudin sebagai pengerusi kepada beberapa anak syarikat negeri seperti KPSB, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Central Spectrum (M) Sdn Bhd sebuah syarikat yang menguruskan industri hartanah dan halal di Selangor serta Ceres Telecom Sdn Bhd, anak syarikat kepada KPSB.
Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak presiden PAS itu menjadi menteri besar Terengganu pada 1999-2004.
Hadi pada ketika itu melantik Raja Idris sebagai orang penting dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) dan ketua eksekutif kepada TDM Berhad, anak syarikat terbesar kerajaan negeri Terengganu.
i rest my case
my lord oppps..
nanti tak faham
... ini saje kes saya
yang arif... kah kah kah
--------