Rabu, 13 Ogos 2014

APA JADI DENGAN YOUJI








KOMENTAR

jelas dalam parti pas

ada yang besuara
ada yang bercakap
ada yang berceramah
ada yang ditemu bual media
untuk menyatakan  secara terbuka
bahawa parti pas tidak akan bersama
united malays national organisation


akan menolak parti ketuanan melayu
akan menolak barisan nasional

mereka yang bersuara ini
akan terus bersetiakawan dengan 
pakatan rakyat

tapi ada juga unsur unsur
yang bersedia untuk bersama
united malays national organisation

mereka tidak berani bersuara
keraa jika bersuara
pasti akan diterajang oleh orang ramai

MAT SABU
kenyatan mat sabu ini cukup jelas
ini suara timbalan prersiden parti
ini suara dari hati sanubari ahli pas
ini suara tuntutan rakyat malayia
anak semua bangsa
anak semua agama 



PAS tidak akan bekerjasama dengan 

Umno  Selangor, kata Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini berkata parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan Umno Di Selangor 

Mohamad atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu berkata, tidak mungkin PAS bekerjasama dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu di Selangor dan pada masa sama menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) di negeri lain.

“PAS akan kekal bersama PR,” katanya, menghentikan cakap-cakap yang menyatakan parti Islam itu akan berganding bahu dengan Umno dalam menangani krisis menteri besar Selangor yang masih berterusan.

Mat Sabu berkata, PR masih memegang majoriti di Selangor untuk kekal menerajui kerajaan negeri.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-tidak-akan-bekerjasama-dengan-u


KAH KAH KAH

abang mat berani cakap
youji apa jadi
senyap aje
sedang kira duit
atau sedang
kira ayam

KAH KAH KAH 


----------

HUTANG BESAR KHALID IBRAHIM







KRISIS SELANGOR DAN 

DAULAH TERPENDAM 

Ketika tulisan ini digarap Khalid Ibrahim sedang berbincang dengan Sultan Selangor. Hari Sabtu 9 Ogos 2014 yang lalu Parti Keadilan Rakyat telah menyingkirkan Khalid dari menjadi ahli PKR. Sebelum ini parti DAP telah juga hilang kepercayaan kepada Khalid Ibrahim. Manakala PAS akan membuat keputusan pada 17 Ogos ini.

Justeru apabila Khalid bersemuka dengan Sultan pada pagi Senin 11 Ogos 2014 , si Khalid ini tidak mewakili sesiapa pun. Dia hanya mewakili dirinya sendiri.

Saya yakin pasti ramai ahli PKR, ahli PAS dan ahli DAP tertanya-tanya apa telah berlaku pada kerajaan Pakatan di Selangor. Saya juga yakin bukan hanya warga Selangor yang ingin tahu apa yang sedang berlaku dalam kancah politik PKR dan Pakatan Rakyat, malah rakyat Malaysia juga mahukan pencerahan.

Pada hemat saya naluri ingin tahu ini adalah satu permintaan yang adil. Lampu picit politik wajib diberikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pencerahan. Adalah juga adil kepada diri saya sendiri untuk menerangkan sajelas mungkin kepada pembaca tanpa berselindung dengan retorik.


Surahnya bermula disini: Umum mengetahui sebelum Khalid Ibrahim masuk menjadi ahli PKR, sosok ini adalah pegawai tertinggi dalam Perbadanan Nasional (PNB) dan juga menjawat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Guthrie. Pangkat yang besar ini membolehkan Khalid diberi peluang untuk memiliki berjuta-juta saham syarikat Guthrie. Memiliki saham bukan satu kesalahan dari segi undang-undang negara mahu pun dari segi undang-undang Islam.

Untuk membeli saham ini Khalid Ibrahim telah meminjam duit dari Bank Islam. Meminjam duit untuk beli saham - apabila harga saham naik maka saham ini akan dijual. Keuntungan dari penjualan saham membolehkan Khalid membayar hutang. Ini yang di rancang oleh Khalid Ibrahim


Meminjam duit, berhutang, atau menjual saham bukan satu kesalahan undang-undang dan tidak melanggar hukum Islam.


Jika pinjam duit bank tak salah, jika jual saham TIDAK salah dari segi undang-udang – apa kesalahan Khalid Ibrahim?

Apa yang terjadi ialah nasib si Khalid ini kurang baik. Bukan salah ibu mengandung – salahkan turun naik Bursa Saham Kuala Lumpur. Nilai saham milik Khalid merundum. Jika saham dijual – hasil dari jualan ini TIDAK dapat menampung untuk membayar hutang Bank Islam. Hutang Khalid bertapok tambah.

Akhirnya kerana hutang tak langsai - Bank Islam telah mengambil alih saham Guthrie milik Khalid Ibrahim dengan nilai sebanyak $56.5 juta dolar Amerika atau $214.7 juta ringgit Malaysia. Tolak punya tolak. Kira punya kira Khalid Ibrahim masih lagi terhutang sebanyak $18.521.806.12 dolar Amerika atau $56.5 juta ringgit Malaysia. Sebagai hutang tak berbayar maka duit bunga pun naik. Ketika Khalid membuat perundingan gelap dengan wakil Daulah Terpendam jumlah hutang Khalid Ibrahim dengan Bank Islam telah melintasi $70 juta ringgit Malaysia.


Sekali lagi dinyatakan – Khalid berhutang dengan Bank Islam bukan satu kesalahan. Betul. Tetapi yang menjadi satu kesalahan ialah apabila hutang Khalid Ibrahim sebanyak $70 juta ringgit ini telah digunakan oleh United Malays National Organisation sebagai sumber ugutan.

United Malays National Organisation tahu bahawa pada PRU13 dahulu parti Ketuanan Melayu ini telah ditolak rakyat. Hanya dengan penipuan SPR yang membolehkan Parti Ketuanan Melayu ini dapat berkuasa kembali. Amat jelas 52% rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat. Hanya 47% pengundi memilih United Malaya National Organisation dan kuncu-kuncunya.

Selangor negeri terkaya telah jatuh ke tangan Pakatan. Justeru Daulah Terpendam telah meneliti dan merancang stratiji untuk merampas kembali Selangor. Daulah Terpendam melihat sosok yang bernama Khalid Ibrahim adalah sosok yang bermasalah. Hutang Khalid Ibrahim adalah peluang terbaik untuk dijadikan bahan ugutan.

Ini samalah saperti apa yang telah terjadi kepada Najib Razak. Sejarah merakamkan bagaimana Najib Razak telah bersetuju untuk mengagihkan tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura kepada Lee Kuan Yew.

Berita agihan tanah KTM meledak luas kerana mengikut Akuan Bersumpah PI Balasubramaniam - pertemuan Najib dengan Altantuya bermula di Pulau Sentosa Singapura. Mustahil ajen Lee Kuan Yew tidak mengetahui 'rompi pompi' Najib di pulau ini. Justeru, kemungkinan 'ugutan' muncul maka Najib bersedia memberikan tanah KTM ini dengan harga yang amat murah sekali – lebih murah dari harga kepala ikan di pasar borong Chow Kit.

Hakikatnya Najib kena 'pow' oleh Lee Kuan Yew. Hakikatanya Khalid Ibrahim juga kena 'pow' oleh Parti Ketuanan Melayu. Kalau Najib memberikan tanah KTM di Singapura kepada Lee Kuan Yew. Apa pula yang diberikan oleh Khalid Ibrahim kepada United Malays National Organisation?

Peras ugut yang berlaku diantara Khalid Ibrahim dengan United Malays National Organisation amat jelas. Malah peras ugut ini berlaku secara terang dihadapan mata seluruh rakyat Malaysia.

Peras ugut ini berjalan saperti ini : Pertama Khalid Ibrahim wajib terus duduk jangan bergerak dari jawatan MB Selangor walau pun PKR, DAP dan PAS telah TIDAK percaya kepada kepimpinan Khalid Ibrahim. Ini penting kerana jika Khalid tergelincir dari kerusi MB maka semua perancangan akan gagal.

Kedua: Khalid Ibrahim wajib meluluskan Projek Langat dua yang selama ini tidak bergerak. Banyak kroni tertunggu-tunggu akan projek ini. Malah pelaburan dari Jepun ternanti-nanti. Entah-entah banyak rusuk kroni yang telah patah ditumbuk Jepun.

Ketiga: Khalid Ibrahim wajib meluluskan Projek Kidex – lebuh raya bertol di Petaling Jaya. Ini penting kerana Tuan Empunya Projek Kidex ini telah berjasa kepada United Malays National Organisation. Projek bertol ini adalah 'ucapan terima kaseh' kerana berjaya menggunakan Hukum bin Hakam untuk mengembalikan Perak ke tangan Ketuanan Melayu.

Keempat: Menjual 308.72 ekar Tanah Kerajaan Selangor adik Danny Tan – adik Vincent Tan – towkay judi tersohor. Jual beli ini dilakukan dengan cara gelap – atau lebih molek dipanggil ' negotiated deal' yang mana tak ada siapa pun tahu. Pemimpin Pakatan tidak tahu. Malah Exco Selangor sendiri pun tidak tahu.

Betul ke semua ini? Semua yang saya tulis ini adalah benar bukan fitnah dan bukan tohmah. Jauh sekali retorik politik. Pekara dan fakta ini wajib saya nyatakan kepada pembaca. Saya akan memikul beban politik yang maha berat kerana sayalah secara resmi telah memulakan membuka tentang salah laku Khalid Ibrahim ini.

Dalam SUARA KEADILAN 11 Febuari 2014 – saya telah menulis tentang kepimpinan Khalid – walau pun secara ''touch n go' tapi hakikatnya pada ketika itu semua maklumat telah ada dalam komputer saya. Justeru salah laku Khalid ini – jika TIDAK saya umumkan kepada orang ramai maka ianya akan menjadi beban yang terpaksa saya pikul dalam hidup saya. Melakar fakta-fakta ini adalah tugas jujur seorang warga yang menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Pekara-pekara yang diatas adalah berdasarkan Laporan Bertulis dari Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat. Laporan setebal 24 muka surat ini telah diminta secara resmi oleh Murshidul Am Parti PAS – Tuan Guru Nik Aziz. Tuan Guru telah meminta Setiausaha Agong PKR – Saifuddin Nasution – menerangkan sebab musabab kenapa Khalid Ibrahim ini perlu digugurkan dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Laporan ini telah siap tiga hari sesudah Hari Raya dan telah diberikan kepada semua pucuk pimpinan PAS dan DAP. Ini bertujuan untuk menerangkan dan memberi pencerahan kenapa PKR sebagai sebuah parti politik telah hilang kepercayaan terhadap Khalid Ibrahim. Kenapa Khalid Ibrahim wajib diundurkan dari jawatan Menteri Besar.

Sayugia saya ingatkan bahawa kes hutang Khalid Ibrahim ini telah lama berligar. Ini sebelum dia masuk menjadi ahli PKR. Sebelum dia bertanding dipilihan raya kecil Ijok. Kes ini sering mendapat laporan dari media – terutama ruang media yang bersangkutan dengan perniagaan.

Lalu timbul pertanyaan – kalau Khalid Ibrahim ada kes salah laku kenapa TIDAK buat laporan kepada SPRM. Ini sabenarnya satu pertanyaan yang amat jujur jika pertanyaan  ini  datang dari Mak Cik Felda. Tetapi apabila pertanyaan ini datang dari Senator, Pemimpim AMK atau dari Ketua Cabang PKR – maka jelas ada niat busuk dibelakang pertanyaan ini.

Semua aktivis politik , ahli politik , aktivis Ngo dari apa saja bentuk sedar bahawa SPRM ini adalah jentera daulah. Deep State atau Daulah Terpendam menggunakan SPRM ini bukan untuk menyelesikan kes rasuah atau untuk membasmi rasuah. SPRM ini akan digunakan untuk membunuh musuh politik kumpulan elit yang berkuasa.

Apakah tuan-tuan pembaca terlupa apa yang terjadi kepada Datuk Norza – Ketua Pemuda United Malaya National Organisation Wilayah Persekutuan. Datuk muda yang bersinar cahaya politiknya ini adalah kawan baik menantu Pak Lah. Tetiba pada bulan Januari 2009 Norza dituduh memberi rasuah. Norza yang juga ahli Majlis Tertinggi akhirnya gugur dari perlawanan merebut jawatan. Yang menarik bukan Norza TIDAK bertanding. Apa yang menarik ialah bagaimana SPRM telah digunakan oleh Daulah Terpendam. Kes Datuk Norza ini padam bagitu sahaja.

Jika Khalid Ibrahim TIDAK mengikut skrip maka Khalid juga akan dijadikan Datuk Norza. Khalid akan diistiharkan bangkrap dan SPRM akan masuk. Pada ketika ini mustahil ini akan berlaku. Betul SPRM akan datang. SPRM akan datang untuk menobatkan Khalid - lebih puteh dari puteh - lebih bersih dari bersih. Kita lihat dan tunggu. (TT)

ulang baca disini tentang berita awal rasuah khalid
yang telah disiarkan dalam suara keadilan 11 feb 2014:

http://tukartiub.blogspot.com/2014/02/memahami-kajang.html




NOTA
tulisn ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN 
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila
pukul talipon 03-92-21-30-45


----------

PELAJARAN DARI KRISIS SELANGOR





PELAJARAN 

DARI  KRISIS 

SELANGOR

dari ilmu politik
kita dapat memahami
bahawa kuasa politik
bergantung kuat dengan kuasa ekonomi
kuasa politik bergantung
kuat dengan jentera daulah 

apa jentera daulah:
mahkamah
polis
media
spr
sprm
raja
jakim
jais 
dan dan dan...

demokrasi
angkat tangan
undi undi 
hanya berjalan dalam suasana riang ria
apabila kuasa di gugat
maka nampaklah taring kuasa
nampaklah jentera daulah bergerak

hukum hakam
kenyataan peguam
bawa ke mahkamah
ikut peraturan
ikut undang undang
ikut perlembagaan
semua ini adalah hampeh

UNDI DAN HAKIM
jangan ada ilusi
jangan ada mimpi

ingat 
dan wajib terus ingat
faham
dan wajib terus faham

soalan hakiki
bukan soal melanggar hukum hakam
bukan soal melanggar perlembagaan
bukan soal tidak demokratik
bukan hal salah benar
bukan soal mahkamah itu adil atau tidak adil
tetapi soal siapa yang melantik hakim?

bukan berapa ramai yang mengundi
tetapi siapa yang mengira undi

PENGAJARAN
krisis selangor ini
diharapkan akan mendidik
anak anak muda bahawa
suara undi
suara majoriti
mahkamah
perlembagaan
undang-uandang
tidak memberi apa apa makna

yang betul betul berkuasa
ialah ringgit dan dolar
ringgit dan dolar ini
mengawal jentera daulah
dibelakang ini ada daulah terpendam
deep state untuk memastikan
kuasa tidak berganjak

KUASA
kenapa perlu kuasa
kuasa diperlukan 
untuk mendapat kekayaan

kenapa perlu kekayaan?
kekayaan perlu dimiliki 
untuk mendapat kuasa

kuasa dan kekayaan itu ada satu

JADI APA YANG WAJIB DILAKUKAN?
sebelum soalan ini dijawab
sebelum melangkah mara ke depan
fahami dalam dalam
fahami jelas jelas
hayati dahulu ilmu awal ini

duduk dahulu sebelum berlunjur
buka butang seluar dulu sebelum terair


NOTA
bro... tak faham lagi ke
politik ni ekonomiaaaa
bangang!




-------------