SIASATAN BANK NEGARA TERHADAP 1MDB
PERLU BONGKARKAN DIMANA DANA RM42 BILION
Saya mengalu-alukan pengumuman Bank Negara Malaysia semalam bahawa satu siasatan rasmi telah dimulakan terhadap 1MDB. Peruntukan undang-undang adalah jelas bahawa jika sebarang dana yang dipinjam oleh 1MDB atau dilaburkan oleh 1MDB digunakan bagi tujuan yang berlainan dari kelulusan awal yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia, di sisi undang-undang 1MDB telah melakukan kesalahan dan perlu didakwa.
Pengumuman Bank Negara Malaysia itu tepat juga pada masanya pada hari yang sama 1MDB mengumumkan ke mana dana RM42 bilion yang dipinjam telah dibelanjakan selama ini.
Sebenarnya, pengumuman 1MDB itu mengesahkan kekhuatiran rakyat selama ini bahawa dana 1MDB yang dipinjam tidak dapat dipadankan dengan aset yang nyata; lalu timbul persoalan ke manah sebahagian besar dana ini telah dibelanjakan?
Berikut adalah perkara-perkara yang disahkan oleh pengumuman 1MDB semalam:
1. Daripada RM42 bilion hutang bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014, hanya RM19.7 bilion (iaitu 47%) boleh dipadankan dengan aset yang nyata yang boleh dijual semula. Jumlah RM19.7 bilion ini terdiri daripada pembelian penjana bebas dari Ananda Krishnan dan Genting (yang menelan belanja RM18 bilion) dan pembelian tanah dari Kerajaan Malaysia berjumlah RM1.7 bilion. Ini bermakna, jika ada keperluan untuk menjual aset-aset bagi membayar hutang berjumlah RM42 bilion itu, jumlah maksima yang boleh diperolehi tidak sampai separuh dari jumlah hutang
2. Pembelian syarikat-syarikat penjana bebas dari Ananda Krishnan dan Genting dikhuatiri dibuat pada harga yang merugikan rakyat. Laporan media sebelum ini menyebut bagaimana harga yang dibayar adalah lebih tinggi dari harga pasaran. Pengumuman 1MDB mengesahkan bahawa bukan sahaja 1MDB membeli pada harga yang lebih mahal malah turut menanggung hutang RM6 bilion dari syarikat-syarikat itu
3. Separuh (50%) dari jumlah hutang RM42 bilion itu adalah dalam bentuk yang tidak diketahui oleh rakyat sehingga kini. Perbelanjaan kewangan dan pembiayaan sebanyak RM5.4 bilion adalah tersangat tinggi dan tidak diketahui siapakah yang mendapat manfaat dari bayaran perbelanjaan kewangan seperti ini
4. Jumlah RM15.4 bilion di dalam syarikat-syarikat yang tidak dapat dipastikan aktiviti perniagaan atau asetnya iaitu Brazen Sky, Aabar dan 1MDB GIL mengesahkan bahawa 1MDB tidak boleh menerangkan ke mana RM15.4 bilion ini telah dibelanjakan. Jika syarikat-syarikat ini mempunyai bangunan, kilang, tanah, saham dan lain-lain maka sudah tentu 1MDB boleh menunjukkan aset-aset ini untuk mematikan sebarang spekulasi
Hakikatnya, kenyataan 1MDB hanya mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya separuh dari RM42 bilion itu telah dibelanjakan bagi tujuan yang diragui dan mungkin bertentangan dari kelulusan awal Bank Negara Malaysia. Oleh yang demikian, saya menyeru supaya Bank Negara Malaysia menyiasat sehinggalah satu laporan dapat dibentangkan di Parlimen untuk menyenaraikan semua perbelanjaan secara terperinci yang melibatkan hutang RM42 bilion itu.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
---------------
Standard Lahanat biasa lah
BalasPadamSendiri Kentot suruh orang lain bau
Orang Orang Melayu pun BODOH!!!!!
Sudah tahu ada Lahanat nak di sembah sembah jugak sampai KIOK
Bank Negara tak akan periksa Ketua Besar sendiri kan
Kalau iya pon berlakon lah saja
Mana tahu dapat secoit 4 2 Bilion boleh pergi Umrah sebulan holiday
Itu kan Melayu semua nya tu
Macam dalam Parti Angkot Sampah PAS
Semua nya Otak Gred 3
Bahalol
Kira bro piji jgn tak kira hari tu kira kapal selam sekopi .kes tengelam mcm kapal selam tu juga.buat apa kapal selam tampa khabar berita itu.teropong cina buat pulau ke.kemudian kira lembu kak jat bibir tebal pula.kak jat dpt lari dengan lembu-lembunya.sekarang kira 1mdb pulak.harap tak perlu la kita berkira-kira lagi selepas ini ya
BalasPadamwoit semua mereka kontrol
BalasPadamapa nak jadi
semua mereka sapu
semua curi semua saman
habis bagi rakyat bayar
kah kah kah
hancus.hancus jah kah kah
Peribahasa baru
BalasPadam3B
"Bodoh Badak Berhias"
Kalau dah gila sangat cincin permata, beg tangan dan llain,
ada pulak duit selambak tu.
Beli aje la seluruh share kedai tu.
Tiap-tiap hari boleh tukar.
Bila terkantoi macam ni
gadai aje kedai tu, dapat balik modal
semua settle..
Nak jadi penyamum pun tak pandai...
Ini dah jadi peribahasa lain
"Sepandai Badak melompat, reban 1 pokok"