Pada awalnya kita diterperanjatkan dengan kesampaian ratusan dan ribuan ‘orang hitam kurus’. Mereka datang dari negara atas angin yang kita tidak pernah ada hubungan. Negara yang kita kurang arif letak duduknya. Kita kurang arif tentang adat budaya resam mereka. Jauh sekali ada kenalan atau taulan dari negara ini.
Yang memeranjatkan kita ialah orang hitam kurus ini datang dengan menaiki kapal nelayan tua. Yang paling memeranjatkan ialah jumlah yang menumpang dalam kapal ini. Bukan belas belas orang, bukan ratus ratus tapi ribu-ribu orang. Kecil tua muda jantan betina datuk dan nenek moyang mereka pun datang bersama. Macam lukisan gambar kapal Nabi Noh- bezanya dalam kapal mereka tidak ada zirafah dan gajah. Siapa orang hitam kurus ini?
Belum pun sempat kita bertanya dan mendapat jawapan tuntas siapakah mereka? Tetiba di wilayah sempadan Siam ditemui kubur besar. Gali punya gali terbukti bahawa inilah kubur yang telah menyimpan mayat-mayat orang hitam kurus ini. Berita penemuan kubur besar ini meledak seluruh dunia. Seluruh dunia gempar. Kem Wang Kelian menjadi tajuk berita.
Untuk saya, setiap berita orang pelarian akan saya baca dengan teliti. Saya mengikuti apa sahaja berita orang pelarian. Ini kerana saya sendiri adalah bekas orang pelarian. Jadi saya memiliki hati nurani dan roh yang amat rapat dengan orang pelarian. Saya memiliki kesah pelarian saya sendiri. Jadi, sadikit sebanyak saya memahami perasaan orang pelarian. Tetapi, saya tidak ada keupayaan untuk mengakui yang saya memahami semua segi tentang orang pelarian.
Pada hemat saya isu orang pelarian ini komplek dan kait mengait. Tapi yakinlah kita tidak akan dapat melarikan diri dari berhadapan dengan latar belakang isu ini. Latar belakangnya orang pelarian pastilah ekonomi. Ekonomi ini berkait rapat dengan politik. Politik berkait rapat dengan kuasa. Dan memiliki kuasa adalah memiliki punca-punca ekonomi.
Ketika saya menjadi warga Eropah, saya sering membaca takrifan bahawa orang pelarian ini ada dua jenis . Pertama pelarian politik. Kedua pelarian ekonomi. Ketika itu negara-negara Eropah akan membuka pintu masuk dengan senang sekali jika sosok yang mengetuk pintu itu dibuktikan sedang dalam kesusahan politik. Ini kerana sesudah Perang Dunia Ke2 – Eropah Barat juga telah dipenuhi oleh orang pelarian. Perang di Eropah telah mengharu birukan berjuta juta umat manusia. Satelah perang tamat mangsa perang ini wajib dibela dan dibantu. Warga Eropah beramal jariah. Yang selamat dari perang membantu yang kehilangan kaum keluarga dan rumah tangga. Ini Eropah 10 tahun pertama sesudah Perang Dunia Ke2.
Hasil dari krisis orang pelarian yang timbul akibat perang memaksa Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu meluluskan Perjanjian Orang Pelarian 1951. Saya tahu perjanjian ini – kerana saya diselamatkan oleh Perjanjian ini.
Selesai Perang Dunia Ke2 kesah orang pelarian ini menjadi cukup cun. Ini berlaku ketika zaman Perang Dingin. Pada era ini Minah dan Mamat – orang pelarian ini – menjadi senjata. Ini ketika kuasa imperial Amerika sedang berlawan menentang blok Soviet dan negara sosialis. Warga dari blok sosialis digalakan lari mencari suaka politik dari Blok Timur ke Eropah Barat. Orang pelarian ini ditakrif sebagai pelarian politik. Lagi ternama sosok yang melarikan diri – lagi heboh media Barat melaporkan. Lagi besar jawatan dalam parti atau kerajaan lagi hebat ledakan berita.
Negara Cuba, Korea Utara, Blok Soviet dan China Merah menjadi sasaran. Warga dari negara yang mengamalkan system ekonomi kebajikan sosialis ini digalakkan melarikan diri. Mereka dijemput untuk melarikan dari negara sosialis ke negara kapitalis. Jelas, pada zaman ini orang pelarian telah digunakan sebagai senjata ‘ cold war propaganda’.
Contoh terbaik kesah orang pelarian diera Perang Dingin ini ialah pertempuran hebat antara Pengerusi Mao Zedong dengan Generalissimo Chiang Kai-sek. Parti berhaluan kanan Koumintang telah membuat dasar mengalu-alukan sesiapa sahaja dari Tanah Besar China untuk lari ke Taiwan. Mereka yang melarikan diri akan mendapat segala macam bantuan dan ganjaran. Orang pelarian dari ‘Kominis China’ akan membuktikan kepada dunia bahawa kerajaan Mao Zedong di Tanah Besar tidak popular , zalim dan menindas. Justeru rakyatnya melarikan diri.
Ketika itu wartawan barat yang diupah oleh syarikat media kaum pemodal akan menggunakan ayat klise “ they vote with their feet”. Setiap kali ada berita orang pelarian dari blok sosialis maka akan muncul ayat klise ini.
Maka dunia terbaca berbelas-belas kali tentang kesah juruterbang jet pejuang dari tanah Besar telah lari. Bukan lari bersendirian tetapi lari dengan membawa jet pejuang yang dipandunya masuk ke Taiwan. Juruterbang pelarian ini bukan sahaja mendapat liputan media yang meluas. Malah mereka mendapat ganjaran hingga 7 kilo emas. Orang-orang pelarian dari Tanah Besar ini akan disambut mesra oleh Presiden Chiang Kai-sek.
Di belakang rumah kita pun pekara yang sama berlaku. Warga Kuala Lumpur pasti tidak akan melupakan KEM VIETNAM di tepi jalan ke Sungai Besi. Ini juga sebahagian dari sejarah Perang Dingin. Apabila Gerila Pembebasan Rakyat Vietnam berjaya mengalahkan imperialis Amerika dalam perang Vietnam, maka kuasa imperial Amerika melalui media telah berpropaganda untuk menjemput rakyat Vietnam lari meninggalkan negara asal mereka. Maka mucullah drama ‘Boat People’. Warga dari Indo-China telah menyeberang Laut China Selatan menuju ke Siam dan Malaysia. Pulau Bidong dan Pulau Babi Besar telah menjadi tempat persinggahan warga Pelarian Indo-China.
Warga Vietnam dan Indo-China ini telah diberahikan dan diotek-otek dengan kehidupam budaya kapitalis. Propaganda meluas telah menayangkan bagaimana jalan-jalan di London, Paris dan New York bertaburan dengan intan berlian. Hanya menunggu untuk dipungut. Malah negara Amerika dan Eropah Barat ini cukup menjanjikan kepada sesiapa sahaja untuk menjadi kaya raya. Negara kapitalis ini tidak pernah kurang makan, kurang pakai atau kurang leterik saperti di Moscow, Praque, Saigon atau di Vientiane. Akhirnya warga Indo-China ini menjadi ‘peluru murah’ untuk menutup malu Uncle Sam yang telah kalah perang.
Sebelum orang-orang hitam dan kurus ini sampai ke pesisiran utara Semenanjung kita ada membaca dan melihat dikaca TV tentang ‘orang lagi hitam’ yang juga berkapal menuju Italy dari Libya. Orang lagi hitam ini juga datang dengan kapal nelayan tua. Dari gambar yang saya lihat mereka juga sama saperti imej Kapal Nabi Noh. Setiap kapal kelihatan padat dan penuh dengan penumpang. Malah tidak ada langsung tempat kosong kosong untuk mereka menikmati keindahan Laut Tengah.
Kesah Orang Lebih Hitam ini menjadi berita dunia apabila kapal nelayan tua mereka bocor ditengah laut. Ramai yang mati tenggelam. Ramai yang hilang. Eropah gempar. Dunia gempar. Berita orang pelarian menjadi induk berita disetiap stesen tv. Eropah berhadapan dengan krisis orang pelarian. Negara Kesatuan Eropah Barat mengadakan mesyuarat tergempar. Semua mata dan telinga memandang ke Brussels. Lalu timbul persoalan - apa sebenarnya krisis orang pelarian ini?
Kenapa warga dari Syria, dari Nigeria, dari Burma , dari Palestin, dari Afghanistan, dari Iran, dari Somalia, dari Libya dari Barundi, dari Benin dan dan dan… melarikan diri dari tanah air mereka.
Kenapa warga dari Syria, dari Nigeria, dari Burma , dari Palestin, dari Afghanistan, dari Iran, dari Somalia, dari Libya dari Barundi, dari Benin dan dan dan… melarikan diri dari tanah air mereka.
Kali ini media Barat dan media kaum pemodal TIDAK lagi memainkan ayat klise “ they vote with their feet – mereka mengundi dengan kaki mereka”. Negara Barat yang sering menimbulkan keberahian hidup dalam dunia kapitalis kini tidak lagi menayangkan betapa kosongnya kedai-kedai di Somalia atau di Kabul. Semua sudah terbalik coat. Semua bertukar rupa. Semua beralih wajah
Ketika saya menjadi orang pelarian di Belgium saya sering terbaca bagaimana warga Eropah Timur sering diotek-otek dengan buku dan majalah. Sering diberahikan oleh Radio Free Europe - stesen radio CIA. Semua dijemput melarikan diri ke Eropah Barat.Warga dari Bulgaria, dari Slovakia, dari Romania atau dari Rusia digalakan datang ke London, Berlin, Brussels atau Paris.
Ketika saya sampai ke Eropah 40 tahun dahulu saya telah disambut oleh NGO Belgium. Berita saya sampai ke Belgium telah disiarkan dimuka depan harian Le Soir. NGO Katholik ini telah menempatkan saya disebuah kawasan perumahan orang pelarian. Bersama saya ada warga Indo-China, ada warga dari Eropah Timur, dari Eriteria, dari Ghana dari Iran dan dari Cuba. Saya diberi duit poket. Satu bulan kemudian saya mendaftar untuk belajar Bahasa Peranchis. Dua bulan kemudian saya memiliki flat sendiri yang tidak jauh dari sekolah saya. Setahun kemudian saya masuk belajar ke Universiti. Ini 40 tahun dahulu. Dizaman ini orang pelarian adalah ‘darling’ dan disambut dengan baik.
Hari ini semuanya berubah. Apabila orang hitam kurus kering dari Rohingya sampai mereka tidak di ah lan was ah lankan. Tidak ada bunga manggar. Mereka tidak disambut untuk masuk ke bumi Malaysia. Mereka hanya diberi makanan dan diminta meneruskan pelayaran mereka. Pekara yang sama juga terjadi apabila kapal-kapal nelayan tua dari Libya sampai ke perairan Itali. Jika kapal ini dalam keadaan baik maka mereka diarahkan pergi ke tempat lain.
Kemanana agaknya orang pelarian ini akan belayar? Kemana arah tuju mereka? Tunggu minggu hadapan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarakan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang mahu melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon:
03 -92-21-30-45
Orang Orang Melayu BODOH !!!!!!
BalasPadamRohongya chabut nak buat duit hidup macam gaya Mat Bahalol
Nak di tolong buat apa ?????
Rohingys sudah puas makan Kangkong dan Rumput
MELAYU BODOH nak buat baik lupa Rohingya ini jugak BON BON
Melayu akan jadi Rohingya lari naik kapal ke India pulak selepas 30 tahun
Jangan ingat Rohingya BAHALOL macam MELAYU
Indon pon pandai tak tolong Rohingya
Kemanana agaknya orang pelarian ini akan belayar? Kemana arah tuju mereka? Tunggu minggu hadapan. (TT)
BalasPadamMereka diarahtujukan KE ALAM BARZAKH. Orang kulit hitam tidak dihendaki dimana2.. sbb tak cun.. hitam juga dimaksudkan dgn perangai hodoh..begitulah nasib manusia benua Ssia dan Afrika.
Jika pelarian itu chun melecun spt caucasian..bermata biru.. bercipap dan berbincat pink.. nescaya malaikat yg diciptakan tiada nafsu pun akan naik stim horny mcm makcik felda tatkala mendengar GST diumumkan mamat pukimak si tolol ahmad maslan.
Rohingya ni pemalas @ penipu. Warga Mesia ngan lain lain pendatang yang haram babi tu nak jugak buat kerja ambik upah tapi lahanat hitam ni main wayang riba anak kecik buat muka kesian ambik kesempatan atas sikap pemurah ihsan bangang rakyat Mesia yang lahanat ni memang dah paham. Baby yang atas riba dia tu bila dah besar sok kira dah taraf propesor pasal dari atas riba lagi dah traning jadi penipu @ pemintak sedekah. Gwa orang sini pun terpaksa bertungkus lumus nak hidup tapi lahanat hitam ni selamba je menipu untuk hidup.. tuuuih. Kab kah kah
BalasPadamGwe setuju komen kawan2 - bab orang hitam kurus Roghinya beratus ribu kini berada diPasar Borong Selayang,Rawang . DiPulau Pinang dikhabarkan ratusan ribu. DiPekan Pahang sihitam ini puluhan ribu.
BalasPadamPersoalan yang timbul ? Sihitam kurus ni masuk keSemenanjung melalui Perlis dan Kedah dgn mudah . Siapa memberi berkerjasama untuk mereka masuk ke utara Semenanjung.
Sihitam kurus ni sebenarnya pelarian ekonomi - ramai yg gwa kenali menyamar guna dukomen UNCHR yang diphotostate ianya diragukan. Mereka kini menjadi pemborong ikan dan sayor diPasar Selayang dan hidup merdeka dan berduit berbanding melayu.
Satu lagi hitam ialah Bangladesh diangarkan jutaan berada disekitar Selangor - mereka cukup cerdik berkawin dengan minah melayu yang hodoh untuk mendapat status pr. Ramai Bangla dah jadi kontraktor dan tawkeh kedai .
Gwa cukup kuwatir gejala ini - gwa nak tanya apa Polis dan Immegresen diam aja ?
Jangan di tanya Mat Kampau Mat Kampau yang ada merata rata tempat
BalasPadamBebudak tu mesti pau pau pau lagi nak raya lagi kena kuat kerja pau pau pau
Mana nak cukup gaji pencen Gomen pon
Bangla Rohingya sudah macam Abang Adik kalau jumpa Mat Kampau lah.....
Tak percaya tanya 1 Mat Dah Bahalaol
Seme org nak cari untung mcm bro eeee juga
BalasPadam