AJEN,
AJEN TIDUR DAN ASET
Dalam
PRU13 yang lalu Pakatan Rakayat telah menang. Pakatan Rakyat
mendapat 52% undi rakyat. United Malays National Organisation bersama
kuncu-kuncunya hanya mendapat 47% undi. Hakikatnya dengan 52% undi
majoriti seharusnya Malaysia hari ini dipimpin oleh kerajaan Pakatan
Rakyat. Tetapi kemenangan ini telah disabotaj dan digagalkan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Justeru
lembaga SPR ini secara terbuka adalah ajen atau budak suruhan United
Malays National Organisation. Tugas Ajen ini ialah memastikan Parti
Ketuanan Melayu ini terus berkuasa. Ajen ini juga akan terus
merancang dengan tugas baru untuk mengagalkan kemenangan Pakatan
Rakyat.
SPR
sebagai Ajen atau budak suruhan – lebih tepat lagi jentera yang
dibayar dan digaji oleh gerombolan Ketuanan Melayu. Fakta ini
difahami dan disedari umum. Tidak ada perbahalan tentang ini. Orang
ramai sedar akan peranan SPR sebagai Ajen upahan. SPR bergerak secara
terbuka. Umum boleh melihat dan membaca siapa kepalanya.
Waspada
– selain dari Ajen Terbuka ini ada lagi dua lembaga yang
tersorok dan terpendam. Mereka bergerak secara gelap. Dalam kerja
politik mereka ini dipanggil 'sleeper dan asset'. Saya Melayukan
sleeper sebgai Ajen Tidur dan asset sebagi Aset. Sosok-sosok ini –
Ajen Tidur dan Aset – juga termasuk dalam jaringan kawalan Daulah
Terpendam.
Mengapa
saya sering menulis dan cuba merungkai Daulah Terpendam, Ajen, Ajen
Tidur dan Aset? Tujuan saya ialah untuk memberi pencerahan tentang
bagaimana kuasa bergerak. Untuk memberi kefahamam kepada orang ramai
bahawa dibelakang ahli-ahli politik – dibelakang para YB dan para
Menteri ini – ada lagi kuasa yang membantu mereka. Sosok-sosok ini
bergerak secara gelap.
Saya
juga berniat untuk memberi kefahaman politik kepada orang ramai
tentang kenapa munculnya beberapa pekara - beberapa isu yang terus
hangat diperkatakan hari ini. Contohnya kenapa isu Hudud muncul
sekarang?. Kenapa isu Kerajaan Tempatan muncul sekarang? Kenapa
isu-isu ini muncul? Siapa yang memunculkan isu ini?
Ketika
berperang kita perlu maklumat. Kita mahu tahu pemikiran dan strateji
musuh. Kita memerlukan propaganda. Kita wajib merosakan stratiji
pertahanan musuh. Kita wajib memberi maklumat salah kepada musuh
agar musuh membuat tindakan yang salah. Politik ialah perang. Perang
untuk merebut kuasa.
Justeru
peranan dan gerak kerja Ajen, Ajen Tidur dan Aset menjadi satu
yang amat penting. Dizaman Amerika dan Soviet Union bertempur dalam
Perang Dingin kerja-kerja risikan telah berkembang menjadi seni.
Dalam pertempuran Perang Dingin inilah munculnya Ajen, Ajen Tidur dan
Aset.
Hari
ini cara kerja dan pendekatan Perang Dingin masih berjalan. Selagai
ada perebutan kuasa antara yang miskin dengan yang kaya maka
pertembungan akan berterusan. Justeru dalam politik Malaysia hari ini
kita sedang melihat Ajen, Ajen Tidur dan Aset sedang bergerak
cergas dan menjalankan tugas.
Pada
ketika ini tugas atau peranan utama para ajen ini hanya satu:
Gagalkan Pakatan Rakyat dari berjaya menubuhkan kerajaan. Untuk
melunaskan tugas ini para ajen wajib merosak dan memecah belahkan
Pakaran Rakyat. Inilah 'brief' mereka. Untuk memahami bagaimana
mereka menjalankan tugas - mari kita selidiki satu persatu.
Fakta
membuktikan bahawa Pakatan Rakyat telah menang dalam PRU13. Fakta
membuktikan kerjasama antara PKR, DAP dan PAS telah memberi
keyakinan kepada orang ramai bahawa Pakatan Rakyat berupaya untuk
mentabir. Fakta membuktikan orang ramai telah bersedia untuk ditadbir
oleh Pakatan Rakyat. Justeru semua ini wajib disabotaj. Semua ini
wajib dirosakkan. Siapa yang akan merosakkan?
Jangan
terperanjat jika secara terbuka saya nyatakan disini dalam PKR, dalam
DAP dan dalam PAS ada Agen, Agen Tidur dan Aset. Amatlah bodoh dan
bangang parti United Malays National Organisation jika tidak mengarah
Deep State/Daulah Terpendam untuk menyusupkan agen-agen mereka ke
dalam Pakatan.
Dengan
itu saya amat yakin dalam DAP, dalam PKR dan dalam PAS terdapat
ajen-ajen ini. Terdapat Agen Upahan, terdapat Agen Tidur dan Aset.
Untuk
memahami fakta ini biar saya bawa kembali kepada sejarah Barisan
Sosialis. Ini adalah gabungan politik Parti Rkyat Malaya bersama
Parti Buruh yang muncul pada tahun 1958. Dua parti politik arus kiri
ini amat berpengaruh dizaman awalan sesudah British mengundur. Kerja
politik kaum kiri ini berkemungkian membawa politik beru kepada
Tanah Melayu pada ketika itu. Barisan Sosialis ini menjadi parti
ketiga terbesar dalam Parlimen pada tahun-tahun sesudah British
mengundur. Ini dizaman sebelum wujudnya DAP.
Barisan
Sosialis ini memiliki perwakilan yang ampuh dan amat berpengaruh
dikalangan rakyat. Buktinya: selain dari kerusi Parlimen – Barisan
Sosialis ini juga memenangi hampir semua kerusi Kerajaan Tempatan
yang dipertandingkan.
Jelas
pengaruh Barisan Sosialis ampuh. Rakyat memiliki keyakian keatas
pemimpin mereka. Maka Daulah terpendam mula bergerak melalui
Ajen-ajen mereka. Ketika ini tidak wujud isu Hudud. Yang ditimbulkan
oleh ajen-ajen ialah isu BAHASA. Isu bahasa ini sengaja dimunculkan
sebagai taktik untuk memecah belahkan setiakawan Parti Rayat dengan
Parti Buruh.
Agen
dikedua-dua parti mula bergerak. Heboh dan heboh tentang bahasa. PRM
mahu Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan manakala Parti Buruh
mahu memanggil Bahasa Melayu lingua franca. Akhirnya mereka beramok.
Dua parti ini bergaduh. Akhirnya setiakawan arus kiri ini pecah dan
Barisan Sosialis terbarai hancur. Semua ini hasil kerja para agen
Daulah Terpendam.
Apakah
para pembaca TIDAK nampak persamaan dengan apa yang sedang berlaku
sekarang?
Hari
ini bukan heboh heboh tentang Bahasa. Tapi heboh dan heboh tentang
Hudud. Heboh tentang Kerajaan Tempatan. Heboh ini muncul ketika
rakyat amat yakin akan keupayaan Pakatan untuk menjadi kerajaan.
Heboh ini muncul ketika rakyat sudah bersedia untuk menggulingkan
United Malays National Organisation. Hudud muncul setiap kali rakyat
sedang bangun diambang kemenangan. Kenapa tetiba satu ajenda
'bodoh dimuculkan'
Mendiang
Karpal Singh menimbulkan agenda Hudud. Ini bukan bermakna Karpal ini
Agen. Tidak samestinya yang menimbulkan agenda itu Agen. Besar
kemungkinan Sang Agen ini TIDAK diketahui muka dan namanya. Sosok ini
bekerja dibelakang tabir. Malah tidak samestinya Agen ini ahli DAP.
Kalau ahli DAP bermakna si Agen ini adalah Agen Tidur yang bangun
pada ketika dan masa yang dia diperlukan untuk menjalankan tugas.
Agen
Tidur adalah agen yang telah lama menyusup masuk dan hanya
melakukan tugas apabila ianya diperlukan. Agen jenis ini hanya akan
bangkit apabila saat dan ketikanya telah sampai. Agen jenis ini juga
wujud dalam PAS dan wjud dalam PKR.
Justeru
tidak mustahil Agen Tidur dalam DAP ini telah berjaya meyakinkan
Karpal Singh. Dalam masa yang sama Agen Tidur dalam PAS juga telah
meyakinkan Nik Abduh, Tantawi, Nik Amar dan Haji Hadi untuk
menyambut isu Hudud dari DAP.
Akhirnya
Hudud menjadi agenda yang berpotensi membawa pepecahan dlaam Pakatan
Rakyat. Ini sama saperti agenda BAHASA yang telah berlaku dalam
Barisan Sosialis dahulu. Sejarah berulang.
Dalam
gerakan politik ada satu perkataan Latin yang wajib diketahui: CUI
BONO? Maknanya siapa untung. Memahami cui bono ini amat-amat penting
dalam memahami gerak kerja politik. Jika gagal memahami cui bono maka
kita akan gagal untuk memahami real politik.
Contohnya
cui bono dalam serangan Charlie Hebdo? Sekali imbas kita melihat
bahawa ini adalah kerja extremis Islam. Tetapi data dan fakta yang
kini mula muncul mula dan membuktikan bahawa semua ini adalah
perancangan Deep State. Malah Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan
merasakan semua ini adalah 'satu perancangan' untuk melemahkan
Islam.
Cui
Bono – siapa untung dalam pertelagahan antara PAS dan DAP dalam isu
Hudud? Amat jelas bahawa yang akan meraih keuntungan besar ialah
United Malays National Organisation. Parti Ketuanan Melayu ini telah
mimpi terpancut disiang hari apabila PAS dan DAP mula bergaduh.
Ajen-ajen mereka dalam Pakatam telah lama bekerja untuk memecah
belahkan setia kawan antara tiga parti ini.
Gerombolan
Ketuanan Melayu telah melamar PAS. Telah mencadangkan Kerajaan
Perpaduan. Telah menyatakan secara terbuka bahawa United Malays
National Organisation tidak akan menentang PAS jika Hudud dibawa ke
Parlimen. Inilah tanda-tanda cui bono.
Siapa
dan apa pula peranan Aset? Aset ini dalam terjemahan literal ialah
harta pesaka. Dalam dunia risikan Aset adalah sosok-sosok yang
dilihat sebagai harta dan boleh digunakan, boleh diminta pandangan
apabila sesuatu Babak Politik terbuka atau satu agenda politik yang
baru ingin dilancarkan. Aset ini mungkin ahli akademik, wartawan
tersohor, ahli perniagaan, kerabat Bangsawan atau Tuan Hakim.
Hakikatnya Aset adalah sosok yang berpengaruh.
Dalam
heboh-heboh Hudud ini kiat juga membaca komentar dan pandangan yang
dikatakan ' imparyial atau pandangan rasional'. Tidak mustahil ini
adalah pandangan Aset yang sedang menjalankan tugas.
Jangan
silap faham apabila membaca tulisan ini. Sya TIDAK menuduh Hadi
Awang, Lim Kit Siang, Nik Abduh, Anthony Loke, Nik Amar – sebagai
Agen United Malays National Organisation. Apa yang saya cuba
paparkan ialah tanpa mereka sedari – mungkin melalui Agen Tidur
atau mungkin melalui Aset – para pemimpin Pakatan Rakyat ini
sedang menjalankan kerja-kerja politik untuk memusnahkan Pakatan
Rakyat.
Agenda
induk Pakatan Rakyat pada ketika ini ialah menggalang perserikatan
anak semua bangsa dan bangsa semua agama yang kukuh lagi ampoh.
Tujuan perserikatan dan setia kawan ini ialah untuk menggulingkan
United Malays National Organisation. Kenapa diambang kemenangan ini
tetiba muncul agenda dan isu yang membawa pecah belah. Cui bono? (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarakan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45