Rabu, 28 Januari 2015

SURAT ZUNAR DARI LONDON









MENCARI ZUNAR


tt tukar sikit,

aku bukan ketua pengarang suara keadilan

polis datang cari kartun - minta betulkan
serbuan ini tak kena mengenak dengan sk

Enam anggota polis diketuai ASP Lim Ah Heng Bahagian Perundangan Jabatan Sisatan jenayah IPK Kuala Lumpur datang ke pejabat saya untuk mencari saya, tetapi saya tetapi saya berada di London ketika ini.

 Menurut beliau, saya disiasat di bawah Section 2 Akta Mesin Cetak, Section 4 (1) (c) Akta Hasutan dan Section 500 Kanun Keseksaan. Mereka merampas buku "Konspirasi Memenjarakan Anwar" versi Bahasa Melayu, "Konspirasi Memenjarakan Anwar" versi Bahasa Inggeris dan  "Pirate of The Carry BN". Saya akan dipanggil ke balai selepas pulang nanti.



KAH KAH KAH

kah kah kah
kah kah kah
jeng jeng jeng


----------

LAGI PROJEK KRONI







PERBELANJAAN BAS PLKN SEMASA SESI PENANGGUHAN PLKN TAHUN 2015 SEPATUTNYA HANYA RM 1.3 JUTA
Saya merujuk kepada jawapan  Mohamed Asri Yusof, Ketua Pengarah PLKN (Kontrak bas PLKN 'RM167j' belum muktamad, Malaysiakini,  26 Januari 2015) yang menyatakan bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) masih belum membuat keputusan muktamad mengenai kontrak basnya yang dikatakan bernilai RM165 juta. Beliau juga memberi gambaran bahawa skop dan bilangan bas PLKN akan berubah.
Bagi membantu pihak PLKN membuat keputusan, saya ingin merujuk kembali kepada pengumuman syarikat Gunung Capital kepada Bursa Malaysia bertarikh 29 Disember 2014 (Lampiran A) seperti yang didedahkan sebelum ini bagi perkara 2(d) iaitu:
PROVISION OF TRANSPORTATION (BUS) SERVICE FOR THE NATIONAL SERVICE TRAINEE PROGRAM

(d) Transportation of National Service Staff & Coaches

This scope involves the allocation of up to twenty (20) buses to the National Services HQ to transport staff and coaches of the National Service program to relevant nominated events.

Mengikut terma dan syarat dalam pengumuman tersebut, pihak PLKN hanya dibenarkan maksima sebanyak 20 buah bas untuk kegunaan kakitangan dan jurulatih. Berdasarkan nilai kontrak RM 165 juta yang dianugerahkan kepada Gunung Capital bagi penyediaan 416 buah bas untuk tempoh 3 tahun, perbelanjaan yang dibenarkan untuk 20 buah bas bagi kegunaan kakitangan dan jurulatih sepanjang tempoh penangguhan PLKN tahun 2015 adalah hanya RM 1,321,729.85.
Seterusnya, saya ingin bertanya kepada Hishamuddin Hussein, Menteri Pertahanan yang jelas amat bersungguh-sungguh memberi jaminan kepada operator-operator kem serta jurulatih bahawa pendapatan mereka tidak akan terjejas walaupun PLKN tahun 2015 ditangguhkan. Berapakah jumlah semua kakitangan dan operator-operator yang akan dijamin pendapatan mereka dan berapakah kosnya walaupun PLKN tahun 2015 ditangguhkan?
Selaku Menteri Pertahanan,  Hishammuddin Hussein juga seharusnya mengambil langkah proaktif untuk menjelaskan mengapa hanya RM400 juta iaitu 65% daripada anggaran perbelanjaan sebanyak RM 612 juta seperti yang disebut dalam bajet 2015, mampu dijimatkan akibat penangguhan PLKN tahun 2015. Ke manakah perginya lebihan RM 212 juta? Saya pasti ramai yang bersedia untuk membantu meneliti perbelanjaan PLKN bagi menjimatkan lagi wang rakyat.
AKMAL NASIR
Pengarah Strateji
Angkatan Muda Keadilan

28 Januari 2015

PEMIMPIN MELAYU ISLAM
DI HINA
-------------

HARI HARI AKHIR GEROMBOLAN




KOMENTAR
ini adalah tanda tanda jelas
bahawa hari hari akhir
united malays national organisation
sedang nazak sesak nafas

MIC ialah budak suruhan
parti ketuanan melayu
kini sedang beramok
macam anjing sedang berebut
tulang tulang yang dilepmarkan
oleh parti ketuanan melayu


Drama 'Palanivel mabuk', ancaman bunuh MIC

Sekumpulan kira-kira 20 orang individu cuba menyekat Naib Presiden MIC  M Saravanan daripada memasuki ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Saravanan dijadual mengadakan sidang media berkaitan krisis semasa parti itu.



Kumpulan lelaki itu mendakwa dilantik oleh Presiden Datuk Seri G Palanivel dan Setiausaha Agung G Kumar Aaman sehari sebelumnya untuk menjaga bangunan itu.

Mendengar perkara itu, kira-kira 200 orang yang mengiringi Saravanan tampil menjerit: "Palanivel sudah mabuk".




KAH KAH KAH

woit
dari todi ianya bermula
kepada todi ianya berakhir
gwa tak ada apa nak stori
kah kah kah

APA PUNYA TODI


--------------

PECAH BERITA





PECAH 

BERITA


ketika berita ini
ditulis

MATA MATA
mata mata 
sedang mengepong pejabat
suara keadilan di jalan pudu
mereka 
sedang mencari zunar
ketua pengarang
suara keadilan
mereka sendang mencari
buku zunar
pada ketika ini
zunar berada di UK











---------------

SIAPA SABOTAJ PAKATAN





AJEN, AJEN TIDUR DAN ASET


Dalam PRU13 yang lalu Pakatan Rakayat telah menang. Pakatan Rakyat mendapat 52% undi rakyat. United Malays National Organisation bersama kuncu-kuncunya hanya mendapat 47% undi. Hakikatnya dengan 52% undi majoriti seharusnya Malaysia hari ini dipimpin oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi kemenangan ini telah disabotaj dan digagalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Justeru lembaga SPR ini secara terbuka adalah ajen atau budak suruhan United Malays National Organisation. Tugas Ajen ini ialah memastikan Parti Ketuanan Melayu ini terus berkuasa. Ajen ini juga akan terus merancang dengan tugas baru untuk mengagalkan kemenangan Pakatan Rakyat.

SPR sebagai Ajen atau budak suruhan – lebih tepat lagi jentera yang dibayar dan digaji oleh gerombolan Ketuanan Melayu. Fakta ini difahami dan disedari umum. Tidak ada perbahalan tentang ini. Orang ramai sedar akan peranan SPR sebagai Ajen upahan. SPR bergerak secara terbuka. Umum boleh melihat dan membaca siapa kepalanya.

Waspada – selain dari Ajen Terbuka ini ada lagi dua lembaga yang tersorok dan terpendam. Mereka bergerak secara gelap. Dalam kerja politik mereka ini dipanggil 'sleeper dan asset'. Saya Melayukan sleeper sebgai Ajen Tidur dan asset sebagi Aset. Sosok-sosok ini – Ajen Tidur dan Aset – juga termasuk dalam jaringan kawalan Daulah Terpendam.

Mengapa saya sering menulis dan cuba merungkai Daulah Terpendam, Ajen, Ajen Tidur dan Aset? Tujuan saya ialah untuk memberi pencerahan tentang bagaimana kuasa bergerak. Untuk memberi kefahamam kepada orang ramai bahawa dibelakang ahli-ahli politik – dibelakang para YB dan para Menteri ini – ada lagi kuasa yang membantu mereka. Sosok-sosok ini bergerak secara gelap.

Saya juga berniat untuk memberi kefahaman politik kepada orang ramai tentang kenapa munculnya beberapa pekara - beberapa isu yang terus hangat diperkatakan hari ini. Contohnya kenapa isu Hudud muncul sekarang?. Kenapa isu Kerajaan Tempatan muncul sekarang? Kenapa isu-isu ini muncul? Siapa yang memunculkan isu ini?
Ketika berperang kita perlu maklumat. Kita mahu tahu pemikiran dan strateji musuh. Kita memerlukan propaganda. Kita wajib merosakan stratiji pertahanan musuh. Kita wajib memberi maklumat salah kepada musuh agar musuh membuat tindakan yang salah. Politik ialah perang. Perang untuk merebut kuasa.

Justeru peranan dan gerak kerja Ajen, Ajen Tidur dan Aset menjadi satu yang amat penting. Dizaman Amerika dan Soviet Union bertempur dalam Perang Dingin kerja-kerja risikan telah berkembang menjadi seni. Dalam pertempuran Perang Dingin inilah munculnya Ajen, Ajen Tidur dan Aset.

Hari ini cara kerja dan pendekatan Perang Dingin masih berjalan. Selagai ada perebutan kuasa antara yang miskin dengan yang kaya maka pertembungan akan berterusan. Justeru dalam politik Malaysia hari ini kita sedang melihat Ajen, Ajen Tidur dan Aset sedang bergerak cergas dan menjalankan tugas.

Pada ketika ini tugas atau peranan utama para ajen ini hanya satu: Gagalkan Pakatan Rakyat dari berjaya menubuhkan kerajaan. Untuk melunaskan tugas ini para ajen wajib merosak dan memecah belahkan Pakaran Rakyat. Inilah 'brief' mereka. Untuk memahami bagaimana mereka menjalankan tugas - mari kita selidiki satu persatu.

Fakta membuktikan bahawa Pakatan Rakyat telah menang dalam PRU13. Fakta membuktikan kerjasama antara PKR, DAP dan PAS telah memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa Pakatan Rakyat berupaya untuk mentabir. Fakta membuktikan orang ramai telah bersedia untuk ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Justeru semua ini wajib disabotaj. Semua ini wajib dirosakkan. Siapa yang akan merosakkan?

Jangan terperanjat jika secara terbuka saya nyatakan disini dalam PKR, dalam DAP dan dalam PAS ada Agen, Agen Tidur dan Aset. Amatlah bodoh dan bangang parti United Malays National Organisation jika tidak mengarah Deep State/Daulah Terpendam untuk menyusupkan agen-agen mereka ke dalam Pakatan.


Dengan itu saya amat yakin dalam DAP, dalam PKR dan dalam PAS terdapat ajen-ajen ini. Terdapat Agen Upahan, terdapat Agen Tidur dan Aset.

Untuk memahami fakta ini biar saya bawa kembali kepada sejarah Barisan Sosialis. Ini adalah gabungan politik Parti Rkyat Malaya bersama Parti Buruh yang muncul pada tahun 1958. Dua parti politik arus kiri ini amat berpengaruh dizaman awalan sesudah British mengundur. Kerja politik kaum kiri ini berkemungkian membawa politik beru kepada Tanah Melayu pada ketika itu. Barisan Sosialis ini menjadi parti ketiga terbesar dalam Parlimen pada tahun-tahun sesudah British mengundur. Ini dizaman sebelum wujudnya DAP.

Barisan Sosialis ini memiliki perwakilan yang ampuh dan amat berpengaruh dikalangan rakyat. Buktinya: selain dari kerusi Parlimen – Barisan Sosialis ini juga memenangi hampir semua kerusi Kerajaan Tempatan yang dipertandingkan.

Jelas pengaruh Barisan Sosialis ampuh. Rakyat memiliki keyakian keatas pemimpin mereka. Maka Daulah terpendam mula bergerak melalui Ajen-ajen mereka. Ketika ini tidak wujud isu Hudud. Yang ditimbulkan oleh ajen-ajen ialah isu BAHASA. Isu bahasa ini sengaja dimunculkan sebagai taktik untuk memecah belahkan setiakawan Parti Rayat dengan Parti Buruh.

Agen dikedua-dua parti mula bergerak. Heboh dan heboh tentang bahasa. PRM mahu Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan manakala Parti Buruh mahu memanggil Bahasa Melayu lingua franca. Akhirnya mereka beramok. Dua parti ini bergaduh. Akhirnya setiakawan arus kiri ini pecah dan Barisan Sosialis terbarai hancur. Semua ini hasil kerja para agen Daulah Terpendam.

Apakah para pembaca TIDAK nampak persamaan dengan apa yang sedang berlaku sekarang?

Hari ini bukan heboh heboh tentang Bahasa. Tapi heboh dan heboh tentang Hudud. Heboh tentang Kerajaan Tempatan. Heboh ini muncul ketika rakyat amat yakin akan keupayaan Pakatan untuk menjadi kerajaan. Heboh ini muncul ketika rakyat sudah bersedia untuk menggulingkan United Malays National Organisation. Hudud muncul setiap kali rakyat sedang bangun diambang kemenangan. Kenapa tetiba satu ajenda 'bodoh dimuculkan'

Mendiang Karpal Singh menimbulkan agenda Hudud. Ini bukan bermakna Karpal ini Agen. Tidak samestinya yang menimbulkan agenda itu Agen. Besar kemungkinan Sang Agen ini TIDAK diketahui muka dan namanya. Sosok ini bekerja dibelakang tabir. Malah tidak samestinya Agen ini ahli DAP. Kalau ahli DAP bermakna si Agen ini adalah Agen Tidur yang bangun pada ketika dan masa yang dia diperlukan untuk menjalankan tugas.

Agen Tidur adalah agen yang telah lama menyusup masuk dan hanya melakukan tugas apabila ianya diperlukan. Agen jenis ini hanya akan bangkit apabila saat dan ketikanya telah sampai. Agen jenis ini juga wujud dalam PAS dan wjud dalam PKR.

Justeru tidak mustahil Agen Tidur dalam DAP ini telah berjaya meyakinkan Karpal Singh. Dalam masa yang sama Agen Tidur dalam PAS juga telah meyakinkan Nik Abduh, Tantawi, Nik Amar dan Haji Hadi untuk menyambut isu Hudud dari DAP.

Akhirnya Hudud menjadi agenda yang berpotensi membawa pepecahan dlaam Pakatan Rakyat. Ini sama saperti agenda BAHASA yang telah berlaku dalam Barisan Sosialis dahulu. Sejarah berulang.

Dalam gerakan politik ada satu perkataan Latin yang wajib diketahui: CUI BONO? Maknanya siapa untung. Memahami cui bono ini amat-amat penting dalam memahami gerak kerja politik. Jika gagal memahami cui bono maka kita akan gagal untuk memahami real politik.

Contohnya cui bono dalam serangan Charlie Hebdo? Sekali imbas kita melihat bahawa ini adalah kerja extremis Islam. Tetapi data dan fakta yang kini mula muncul mula dan membuktikan bahawa semua ini adalah perancangan Deep State. Malah Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan merasakan semua ini adalah 'satu perancangan' untuk melemahkan Islam.

Cui Bono – siapa untung dalam pertelagahan antara PAS dan DAP dalam isu Hudud? Amat jelas bahawa yang akan meraih keuntungan besar ialah United Malays National Organisation. Parti Ketuanan Melayu ini telah mimpi terpancut disiang hari apabila PAS dan DAP mula bergaduh. Ajen-ajen mereka dalam Pakatam telah lama bekerja untuk memecah belahkan setia kawan antara tiga parti ini.

Gerombolan Ketuanan Melayu telah melamar PAS. Telah mencadangkan Kerajaan Perpaduan. Telah menyatakan secara terbuka bahawa United Malays National Organisation tidak akan menentang PAS jika Hudud dibawa ke Parlimen. Inilah tanda-tanda cui bono.

Siapa dan apa pula peranan Aset? Aset ini dalam terjemahan literal ialah harta pesaka. Dalam dunia risikan Aset adalah sosok-sosok yang dilihat sebagai harta dan boleh digunakan, boleh diminta pandangan apabila sesuatu Babak Politik terbuka atau satu agenda politik yang baru ingin dilancarkan. Aset ini mungkin ahli akademik, wartawan tersohor, ahli perniagaan, kerabat Bangsawan atau Tuan Hakim. Hakikatnya Aset adalah sosok yang berpengaruh.

Dalam heboh-heboh Hudud ini kiat juga membaca komentar dan pandangan yang dikatakan ' imparyial atau pandangan rasional'. Tidak mustahil ini adalah pandangan Aset yang sedang menjalankan tugas.

Jangan silap faham apabila membaca tulisan ini. Sya TIDAK menuduh Hadi Awang, Lim Kit Siang, Nik Abduh, Anthony Loke, Nik Amar – sebagai Agen United Malays National Organisation. Apa yang saya cuba paparkan ialah tanpa mereka sedari – mungkin melalui Agen Tidur atau mungkin melalui Aset – para pemimpin Pakatan Rakyat ini sedang menjalankan kerja-kerja politik untuk memusnahkan Pakatan Rakyat.

Agenda induk Pakatan Rakyat pada ketika ini ialah menggalang perserikatan anak semua bangsa dan bangsa semua agama yang kukuh lagi ampoh. Tujuan perserikatan dan setia kawan ini ialah untuk menggulingkan United Malays National Organisation. Kenapa diambang kemenangan ini tetiba muncul agenda dan isu yang membawa pecah belah. Cui bono? (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarakan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45

-------------

AKUR UNTUK APA?




KOMENTAR
apa makna berita ini?

berita ini memberi makna
bahawa semakin ramai
ahali PAS tidak yakin
dan tidak percaya kepada
keupayaan hadi untuk memimpin
justeru - keluar saranan ini

pasti akan muncul
sirah ayat  hadith
untuk memastikan
ahli pas setia kepada hadi


wal hal ramai ahli PAS
semakin sedar
malah  orang ramai
turut bersama ahli pas
untuk mempersoalkan keupayaan 
fikrah hadi untuk berfikir

Ahli mesti akur, sokong pendirian Presiden Pas


KUALA LUMPUR 26 Jan. – Semua pemimpin dan ahli Pas mesti akur dengan pendirian Presiden parti, Abdul Hadi Awang membantah hasrat DAP untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut beliau, kesetiaan terhadap Abdul Hadi perlu lebih diutamakan berbanding pemimpin-pemimpin lain dalam pakatan pembangkang, termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng - 


KAH KAH KAH
woit
tak kan orang pas
tak caya pada
nelayang
kang kang kang

TANGKANG IKANG






SIAPA DI BELAKANG SIRUL





BONDA SIRUL AZAHAR





Sirul tak dapat apa pun, kata ibu


Keluarga koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altanyuta Shaariibuu menganggap bekas polis itu “dianiaya".

Ibunya Piah Samat, 74, berkata, ini kerana beliau hanya menjalankan tugas sebagai anggota polis, lapor Harakahdaily.


"Tak tahulah, hanya tuhan yang tahu hati makcik, makcik hanya berdoa kepada Allah minta dia selamat," beliau dipetik sebagai berkata.

“Lepas sembahyang makcik berdoa, ingat pada yang Satu (Allah), nak minta tolong pada siapa lagi,” beliau dipetik sebagai berkata dengan nada sebak.

Akhbar web PAS itu melaporkan Piah sebagai berkata demikian ketika menerima lawatan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar di kediamannya di Bukit Gantang semalam.



Harakahdaily juga melaporkan Piah sebagai berkata, sejak gambar anak keempat daripada lapan adik beradik itu didedah, penduduk kampung sekitarnya datang memberi sokongan.

“Tapi ada juga yang kata macam-macam, ada yang kata dia kena bayar sedangkan dia tak dapat apa pun hingga makcik jadi malu nak jumpa orang,” katanya sambil menitis air mata, lapor Harakahdaily.



JENG JENG

JENG


jeng jeng jeng




-----------------

KENDURI TAHLIL KE?






KOMENTAR

politiuk dalaman gerombolan sedang bergolak gila
tikam menikam
bunuh membunuh sedang
berlaku


madey telah menetapkan
bahawa najib tidak layak
jadi perdana menteri



dua agenda ditumbulkan:
1 - kes berbilion duit 1MDB hilang
2 - kes bunuh altanytuya

madey melihat najib lemah
dengan kes altantuya
najib terus di perah ugut

Dr Mahathir, Najib tidak ‘berperang’, hanya berbeza 

pendapat, kata MT Umno 


Pandangan dan teguran dibuat bekas perdana menteri Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran  Najib Razak tidak harus dianggap kedua-dua pemimpin itu sedang ‘berperang’, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno  Abdul Rahman Dahlan.
Rahman berkata pandangan Mahathir adalah membina walaupun ‘pedas’ dan kadang-kadang tidak bersetuju, namun kerajaan di bawah pentadbiran Najib terbuka menerima kritikan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-najib-tidak-berperang-hanya-berbeza-pendapat-kata-mt-umno#sthash.qkXu8o35.dpuf


KAH KAH KAH

woit
ini bukan perang?
kah kah kah
ini kunduri tahlil ke?
kah kah kah

madey nak terajang najib
madey nak terajang keluar
madey nak muhyiddin ganti
kalau ini bukan perang
ini mesti main konda kondi
kah kah kah

APA PUNYA KONDA

---------------

SEPULUH FEBUARI




NOTA
anak muda
semua bersedia
pada 10 febuari 2015
kita semua berhimpun
di putrajaya












TAKWA
Asm YB Datuk Seri. Saya dan ramai lagi rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, berdoa kepada Allah SWT melindungi YB dan keluarga dari segala bentuk ketidakadilan. Sesungguhnya YB sekeluarga talah beberapakali terpaksa malalui jalan-jalan yang amat sukar, yang jarang-jarang mampu dihadapi oleh insan biasa. 

Takwa,tawadhuk dan kecekalan YB sekeluarga adalah lambang ketahanan yang terunggul. Ya Allah peliharalah insan bernama Anwar dengan Keadilan Mu Ya Allah Ya Rahim Ya Rahman. on DARI ANWAR IBRAHIM awalludin on 1/28/15


TERSERLAH Semoga penghakiman sewajarnya terserlah dengan jayanya. on DARI ANWAR IBRAHIM Kereta Sewa Kota Bharu on 1/28/15


LINDUNGI ALLAH Semoga Allah SWT melindungi YB Datuk Seri dan keluarga dari bahaya fitnah. Takwa dan kecekalan semangat YB adalah anugerah Illahi kepada hambaNya yang kerdil bernama Anwar. Belum ada insan yang menghadapi dugaan seperti yang YB dan keluarga tempuhi. Ya Allah yang tidak mungkir, Kaulah Hakim yang Maha Adil, Hamba dan sekelian ramai umatmu memohon pembelaanMu Ya Allah. on DARI ANWAR IBRAHIMPublish | Delete | Spam awalludin on 1/28/15


ADA MEDIA CONFERENCE DARI SIRUL Sirul akan ada media conference seblm 10 february dan mat bahalol cabut ke cayman sama duit2 1MDB 1 Mat Dah Bahalol. Tunggu lihat saja... on DARI ANWAR IBRAHIM Anonymous on 1/27/15




----------