APA TERJADI DALAM LOKAP
Satu ilmu pengetahuan yang amat penting perlu saya surahkan dalam tulisan ini. Ilmu ini adalah hasil dari pengalaman terkumpul. Satelah berkali-kali masuk penjara dan lokap maka saya mengumpul pengalaman.
Ilmu ini ingin saya turunkan kepada semua anak muda pejuang demokrasi. Kepada semua anak muda yang sedang menyusun gerakan untuk menjatuhkan Najib dan Rosmah. Kepada semua anak muda yang mahu mengkuburkan United Malays National Organisation. Lokap dan penjara sedang menunggu. Tetapi jangan risau.
Ilmu utama apabila dimasukkan kedalam lokap ialah - jangan memandang pintu penjara. Jangan pandang pada jeriji besi. Lupakan semua ini. Terima hakikat bahawa kita telah dikurung. Jangan sekali-kali memerhati mangga dipintu. Walau pun mangga yang mengunci kita itu kecil tetapi mangga yang kecil itu mewakili satu sistem yang zalim.
Dibelakang mangga yang kecil itu berdiri Najib dan Rosmah. Dua sosok yang sedang membawa malapetaka kepada Malaysia. Dibelakang mangga itu adalah semua kuasa daulah - polis, mahkamah, hakim, peguam negara dan dan dan.
Hakikatnya - mangga yang menutup pintu lokap itu adalah wakil sistem ekonomi kapitalis. Yang memenjarakan kita ialah sistem ekonomi yang zalim.
Maka berbanggalah kerana kerana kita telah ditahan oleh satu sistem yang zalim. Apabila kita ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap bermakna kita dianggap sedang membawa bahaya kepada musuh yang zalim. Kerana kita membawa bahaya maka musuh menangkap kita. Orang yang tidak ditangkap adalah mereka yang tidak dianggap akan membawa bahaya kepada sistem yang zalim.
Dengan kebanggan yang telah menusuk hati sanubari maka penjara tali gantung tidak akan mengerunkan.
Inilah yang tersemat dalam fikrah ketika saya dikurung dalam lokap di Moscow. Diluar salju sedang bertaburan gugur. Cuaca diluar dibawah sifar. Tapi jiwa raga saya masih panas membara. Kebangaan ini jugalah yang berligar dalam kepala saya ketika saya bersandar ditembok Bombay Central Police Station Lockup.
Bayangkan jika saya tidak pernah masuk lokap atau dipenjara hidup saya pasti penuh dengan kebosanan. Hidup yang saya lalui ini hanya kehidupan yang amat banal. Kehidupan banal tanpa saya melakukan pekara-pekara yang menarik.
Secara positif saya surahkan - kerana saya telah masuk dari lokap ke lokap dan dari lokap ke penjara maka saya memiliki surah-surah untuk tatapan pembaca. Surah surah ini juga akan saya ditinggalakn kepada cucu cicit yang akan menyusul.
Mengenangkan kembali semua babak-babak lokap dan penjara - menjadikan saya tersenyum puas. Memang betul - kali pertama saya merasa gerun dan takut apabila dimasukan ke dalam penjara Air Molek Johor Bahru pada bulan puasa September 1974.
Kali pertama - saperti kali pertama kita membuat hubungan seksual dengan kekasih - kita merasa takut dan gusar. Ini pengalaman untuk kali pertama. Apabila telah kita lakukan berulang kali maka kita tidak akan gentar dan takut. Datanglah penjara tali gantung. Perjuangan ini tetap disambung.
Tapi pada malam 19 November 2016 yang lalu ada pekara baru yang saya alami. Kali ini saya berkongsi lokap dengan Datuk Armand dari Kumpulan Baju Merah. Kumpulan Baju Merah adalah musuh ketat gerakan Bersih.
Kumpulan Baju Merah ini dari permualan konvoi Bersih pada 1 Oktober 2016 telah menjalankan aktiviti samseng ganas dalam usaha untuk mengagalkan himpunan Bersih5. Kumpulan Baju Merah ini adalah tajaan tidak resmi dari parti United Malays National Organisation. Justeru aktviti samseng kumpulan ini telah mendapat liputan meluas dari media milik parti Ketuanan Melayu.
Datuk Armand ini adalah pemimpin kanan Kumpulan Baju Merah. Dibeberapa aksi ganas mau pun aksi bodoh kumpulan ini kita akan ternampak muka sosok ini disebelah Jamal Ikan Tongkol ketua samseng Kumpulan Baju Merah yang juga Ketua Bahagian Parti Gerombolan Ketuanan Melayu Bahagian Sungai Besar.
‘ Kamu ditangkap dimana.’ Saya bertanya untuk memulakan tarbiah politik. Ketika ini berlunjur tersandar didinding.
Armand bersurah yang dia telah ditangkap di tepi padang Merbuk anggaran jam 3 petang. Ini terjadi kerana dia keluar dari kumpulan orang ramai dalam padang. Dia keluar kerana mengiring seorang teman yang kematian ayah. Ditepi padang dia dicekup polis.
Menurut Armand apabila Jamal telah ditangkap lebih awal maka tidak dapat tidak Si Armand menjadi pemimpim utama untuk Kumpulan Baju Merah.
‘ Saya dapat SMS dari Jamal.. dia entah lari ke mana..kamu lead esok. Masa itu saya ada program di Johor. Polis dah tunggu. Saya dapat mengelak dari ditangkap. Jam 3 pagi baru sampai ke KL. Kemudan masuk ke Bangunan PWTC. Pagi ini kami berarak dari PWTC ke Padang Merbuk.’
Saya tidak bertanya berapa ramai kumpulan dia. Saya tidak ingin memulakan perbalahan kerana saya amat yakin tidak ramai penyokong Baju Merah yang datang berdemo.
‘Biasalaa bang… kita mesti ada bujet… busuk-busuk duit minyak…’ Apabila Si Armand berkesah tentang bujet maka saya sedar bahawa Kumpulan Baju Merah ini bukan gerakan massa saperti Bersih yang 100% mendapat dana dari orang ramai. Penyokong Bersih turun berdemo dengan dana sendiri. Turun ke jalan raya kerana kesedaran politik bukan kerana ditaja. Justeru Bersih perlu difitnah menerima dana dari George Soros untuk membawa 500,000 anak semua bangsa ke jalan raya untuk Besih4.
‘ Kalau malam ini Jamal bersama kita dalam lokap ini apa akan terjadi?’ Saya mengeluarkan satu pertanyaan yang sensitif.
‘ Kita akan bergaduh bang.. Si Jamal ni bodoh sikit.. tak ada diplomasi. Banyak kali saya terpaksa coverline untuk dia. Ingat tak masa depan pejabat MalaysiaKini… tetiba muncul geng silat. Ini tak ada dalam rancangan… tak ada bincang dalam meeting..tak tahu dari mana geng silat muncul…lepas itu kita kena tibai.. kena ketawa… aku juga kena cover…?’
Datuk Armand ini bukan sosok yang bodoh. Pada hemat saya dia boleh berfikir jika dibandingkan dengan Mat Mat Bangang ahli United Malaya National Organistaion lain yang pernah saya temui. Walau pun mengikut surah darinya - Tok Guru Si Armand ini ialah kawan satu sel saya - Lokman Adam yang kini bertugas sebagai Pemikir.
Saya berkata bahawa si Armand ini berfikir kerana bukan semua ahli gerombolan tahu ucapan ‘ I have a Dream’ oleh Martin Luther King. Tidak ramai ahli parti Ketuanan Melayu ini tahu ucapan Hitler dan tahu siapa itu Mussolini. Menurut Armand sosok-sosok ini adalah pemidato yang ulung.
‘ Saya dilatih oleh parti Komunis China. Mereka tayangkan klip Martin Luther untuk kami lihat…’
Mata saya terbuka apabila Armand menerangkan bagaimana Pemuda Gerombolan telah dilatih oleh Parti Komunsi Chin dalam hal berpidato.
‘ Bang… saya bukan dilantik dalam Pemuda… saya diundi untuk dipilih..’ Dengan bangga Si Armand menerangkan bahawa dia bukan calang-calang orang. Dia berjaya memenangi kerusi Exco Pemuda United Malays National Organisation dengan pertandingan.
‘ Saya dibuang dari Perkasa… Tun panggil saya dan minta saya letak jawatan…banyak kenyataan saya terlalu extreme… tapi bila saya meninggalkan Perkasa … amat susah Tok Heng nak cari ganti Wira Perkasa baru. Hampir satu tahun saya senyap kemudian baru KJ panggil saya.’
‘Khairy ni… boss saya … dia lantik saya untuk memimpian Pasukan Gerak Gempur. Pasukan ini pernah dikepali oleh Lokman Adam..’
‘ KJ ada syle dia Bang… kita wajib ada style kita sendiri. Tengok Khairul Azwan… dia nak ikut style KJ. Saya cakap jangan. Ambil gambar tersengeh. Saya katakan ini bodoh. Dia masih berdegil. It dia punya pasal.’
Malam berlarutan. Lokap semakin sunyi. Yang kedengaran bising hanya putar kipas Made in China. Mungkin ramai OKT telah tidur. Si Armand terus ligat berkesah tentang parti. Tentang teknik mengumpul dana. Tentang buat kerja sosial. Armand sebagai pemimpin pemuda selalu ke hulu ke hilir - dalam dan luar negara.
‘ Bulan depan saya ke Amerika. Saya telah pernah ke Detroit. Saya dah pergi ke UK dan Australia. Jumpa pelajar kita disana…’
Gebang si Armand ini terus rancak. YB Howard sesekali mencelah. Fahmi terbaring mungkin sudah lelap. Untuk Fahmi mungkin gebang Si Armand ini membosankan. Untuk saya inilah peluang mengcungkil maklumat dan memahami bagaimana musuh begerak. Saya ingin tahu tentang kekuatan KJ dalam parti. Saya nak tahu apakah KJ akan bertanding jawatan Naib Presiden.
Armand secara jujur bercerita ketika dia menjelajah dia juga membuat survey tidak resmi untuk bossnya. Dia bertanya apakah Khairy Jamaluddin mempunyai sokongan untuk jawatan yang lebih tinggi.
‘ Susah boooos… banyak bahagian tak sokong.. saya beritahu dengan jujur pada KJ..’
Saya juga bertanya kenapa dia tidak bertanding untuk jadi YB. Armand menerangkan bahawa dia anak watan Tambun Perak tapi lama aktif di Bahagian PJ Utara. Pernah Najib bertanya apakah dia ada keinginan untuk bertanding.
‘ Sir.. Datu Seri… I am not looking for post… “ Tapi hakiktanya kawasan PJ Utara adalah kubu kuat Pakatan Harapan - wilayah Tony Pua. Mustahil si Armand ini akan mendapat lebih dari 3000 undi jika bertanding di PJ Utara. Kalau dapat 3000 undi ini pun rasanya undi haram dari Mat Bangla.
‘ Saya okay sekarang cari makan dalam GLC … saya Timbalan Pengerusi GiatMara. Awal dulu masa meeting ada Lembaga Pengarah GiatMara tak selesa dengan nama Arman Azahar Haji Abu Hanafiah. Mereka ini Tan Seri dan Datuk. Tetiba saya dapat surat dari PMO… untuk jadi Datuk Pahang… nasib kan…’
Jam telah lewat. Mata mengantuk. Esok ke mahkamah dan berjumpa peguam. Direman atau terus ditahan. Tapi apa yang akan berlaku jam 3 pagi dalam lokap ini? Tunggu minggu hadapan. END
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
---------------
perkara pertama yg harus di kontrol kalu masuk lokap malaysia kalu....jadi jaga pintu lokap...oiiiiii...penting wooo...semua urusan keluar masuk..roket roket..dia kena tapis dulu....kakkakkakakaka...
BalasPadamLol..potong stim la TT, cerita musuh Armand ni.. baru nak melancap, xdan nak panchut..sudah kena cekup dgn pegawai agama.
BalasPadamLengkali surahkan semula. Armand ni musti nak kecohkan lu jugak.. dia tau lu pun musuh.
dato sori jomaL tu bodo sikki .....kaH kaH kaH
BalasPadam