Rabu, 28 Disember 2016

APA TERJADI DALAM LOKAP



APA TERJADI DALAM LOKAP

Satu ilmu pengetahuan yang amat penting perlu saya surahkan dalam tulisan ini. Ilmu ini  adalah hasil dari pengalaman terkumpul. Satelah berkali-kali masuk penjara dan lokap maka saya mengumpul pengalaman.

Ilmu ini ingin saya turunkan kepada semua anak muda pejuang demokrasi. Kepada semua anak muda yang sedang menyusun gerakan untuk menjatuhkan Najib dan Rosmah. Kepada semua anak muda yang mahu mengkuburkan United Malays National Organisation.  Lokap dan penjara sedang menunggu. Tetapi jangan risau.

Ilmu utama apabila  dimasukkan kedalam lokap ialah - jangan memandang  pintu penjara. Jangan pandang pada jeriji besi. Lupakan semua ini.  Terima hakikat bahawa kita telah dikurung. Jangan sekali-kali memerhati mangga dipintu. Walau pun mangga yang mengunci kita  itu kecil tetapi   mangga yang kecil itu  mewakili satu sistem yang zalim.

Dibelakang mangga yang kecil itu  berdiri Najib dan Rosmah. Dua sosok yang sedang membawa malapetaka kepada Malaysia. Dibelakang mangga  itu adalah semua kuasa daulah - polis, mahkamah, hakim, peguam negara dan dan dan.

Hakikatnya - mangga  yang menutup pintu lokap itu adalah wakil sistem ekonomi kapitalis. Yang memenjarakan kita ialah sistem ekonomi yang zalim.

Maka berbanggalah kerana kerana kita telah ditahan oleh satu sistem yang zalim. Apabila kita ditangkap dan dimasukkan  ke dalam lokap bermakna kita dianggap sedang membawa bahaya kepada musuh yang zalim. Kerana kita membawa bahaya maka  musuh menangkap kita. Orang yang tidak ditangkap  adalah mereka yang tidak dianggap akan membawa bahaya kepada sistem yang zalim.

Dengan kebanggan  yang telah menusuk hati sanubari  maka penjara tali gantung tidak akan mengerunkan.

Inilah  yang tersemat dalam fikrah ketika saya dikurung dalam lokap di Moscow. Diluar salju sedang bertaburan gugur. Cuaca diluar  dibawah sifar. Tapi jiwa raga saya masih panas membara. Kebangaan ini jugalah yang berligar dalam kepala saya ketika saya bersandar ditembok Bombay Central Police Station Lockup.

Bayangkan jika saya tidak pernah masuk lokap atau dipenjara hidup saya pasti penuh dengan kebosanan. Hidup  yang saya lalui ini hanya kehidupan yang amat banal. Kehidupan banal tanpa  saya melakukan pekara-pekara yang menarik.

Secara positif saya surahkan - kerana saya telah  masuk dari lokap ke lokap dan dari lokap ke penjara maka saya memiliki surah-surah untuk  tatapan pembaca. Surah surah ini juga akan saya ditinggalakn kepada cucu cicit yang akan menyusul.

Mengenangkan kembali semua babak-babak lokap dan penjara  - menjadikan saya tersenyum puas.  Memang betul - kali pertama saya merasa gerun dan takut apabila dimasukan ke dalam  penjara Air Molek  Johor Bahru pada  bulan puasa September 1974.

Kali pertama - saperti kali pertama kita membuat hubungan seksual dengan  kekasih - kita merasa takut dan gusar.  Ini pengalaman  untuk kali pertama. Apabila telah kita lakukan berulang kali maka kita tidak akan gentar dan takut. Datanglah penjara tali gantung. Perjuangan ini tetap disambung.

Tapi pada  malam 19 November 2016 yang lalu ada pekara baru yang saya alami. Kali ini saya berkongsi lokap dengan Datuk Armand dari Kumpulan Baju Merah. Kumpulan Baju Merah adalah musuh ketat gerakan Bersih.

Kumpulan Baju Merah ini  dari permualan konvoi Bersih pada 1 Oktober 2016 telah menjalankan aktiviti samseng ganas  dalam usaha untuk mengagalkan himpunan Bersih5.  Kumpulan Baju Merah ini adalah tajaan tidak resmi dari parti United Malays National Organisation. Justeru aktviti samseng  kumpulan ini telah mendapat liputan meluas  dari media milik parti Ketuanan Melayu.

Datuk Armand ini adalah pemimpin kanan Kumpulan Baju Merah. Dibeberapa aksi ganas  mau pun  aksi bodoh kumpulan ini kita akan ternampak   muka sosok ini disebelah Jamal Ikan Tongkol ketua samseng Kumpulan Baju Merah yang juga Ketua Bahagian Parti Gerombolan Ketuanan Melayu Bahagian Sungai Besar.

‘ Kamu ditangkap dimana.’  Saya bertanya untuk memulakan tarbiah politik. Ketika ini berlunjur tersandar didinding.

Armand bersurah yang dia telah ditangkap di tepi padang Merbuk anggaran jam 3 petang. Ini terjadi kerana dia keluar dari kumpulan orang ramai dalam padang. Dia keluar kerana mengiring seorang teman yang kematian ayah. Ditepi padang dia dicekup polis.

Menurut Armand apabila Jamal telah ditangkap lebih awal maka tidak dapat tidak Si Armand  menjadi pemimpim utama untuk Kumpulan Baju Merah.

‘ Saya dapat SMS dari Jamal.. dia entah lari ke mana..kamu lead esok. Masa itu saya  ada program di Johor. Polis dah tunggu. Saya dapat mengelak dari ditangkap. Jam 3 pagi baru sampai ke KL. Kemudan masuk ke Bangunan PWTC. Pagi ini kami berarak  dari PWTC ke Padang Merbuk.’

Saya tidak bertanya berapa ramai kumpulan dia. Saya tidak ingin memulakan perbalahan kerana saya amat yakin tidak ramai penyokong Baju Merah yang datang berdemo.

‘Biasalaa bang… kita mesti ada bujet… busuk-busuk duit minyak…’ Apabila Si Armand berkesah tentang bujet maka saya sedar bahawa  Kumpulan Baju Merah ini bukan gerakan massa saperti Bersih yang 100% mendapat dana dari orang ramai. Penyokong Bersih turun berdemo dengan dana sendiri. Turun ke jalan raya kerana kesedaran politik  bukan kerana ditaja. Justeru Bersih perlu difitnah menerima dana dari George Soros untuk membawa 500,000 anak semua bangsa ke jalan raya untuk Besih4.

‘ Kalau malam ini Jamal bersama kita dalam lokap ini apa akan terjadi?’ Saya mengeluarkan satu pertanyaan yang sensitif.

‘ Kita akan bergaduh bang.. Si Jamal  ni bodoh sikit.. tak ada diplomasi. Banyak kali saya terpaksa coverline untuk dia. Ingat tak masa depan pejabat MalaysiaKini… tetiba muncul geng silat. Ini tak ada dalam rancangan… tak ada bincang dalam meeting..tak tahu dari mana geng silat muncul…lepas itu kita kena tibai.. kena ketawa… aku juga kena cover…?’

Datuk Armand ini bukan  sosok yang bodoh. Pada hemat saya  dia boleh berfikir jika dibandingkan  dengan Mat Mat Bangang  ahli United Malaya National Organistaion lain yang pernah saya temui. Walau pun mengikut surah darinya - Tok Guru Si Armand ini ialah kawan satu sel saya - Lokman Adam yang kini bertugas sebagai Pemikir.

Saya berkata bahawa si Armand ini berfikir kerana bukan semua ahli gerombolan tahu ucapan ‘ I have a Dream’ oleh Martin Luther King. Tidak ramai ahli parti Ketuanan Melayu ini tahu ucapan Hitler  dan tahu siapa itu  Mussolini. Menurut Armand sosok-sosok ini adalah pemidato yang ulung.

‘ Saya dilatih oleh parti Komunis China. Mereka tayangkan klip  Martin Luther untuk kami lihat…’
Mata saya terbuka apabila Armand menerangkan bagaimana Pemuda Gerombolan  telah dilatih oleh Parti Komunsi Chin dalam hal berpidato.

‘ Bang… saya bukan dilantik dalam Pemuda… saya diundi untuk dipilih..’ Dengan bangga Si Armand menerangkan  bahawa dia bukan calang-calang orang. Dia  berjaya memenangi  kerusi Exco Pemuda United Malays National Organisation dengan pertandingan.

‘  Saya dibuang dari Perkasa… Tun panggil saya dan minta saya letak jawatan…banyak kenyataan saya terlalu extreme… tapi bila saya meninggalkan Perkasa … amat susah Tok Heng nak cari ganti Wira Perkasa baru. Hampir satu tahun saya senyap kemudian baru KJ panggil saya.’
‘Khairy ni… boss saya … dia lantik saya untuk memimpian Pasukan Gerak Gempur. Pasukan ini  pernah  dikepali oleh Lokman Adam..’

Dengan bodoh saya cuba mengcungkil siapa  dan dimana duduknya  Khairy dalam gerakan  gerombolan ini.

‘  KJ  ada syle dia Bang… kita wajib ada style kita sendiri. Tengok Khairul Azwan… dia nak ikut style KJ. Saya cakap jangan. Ambil gambar tersengeh. Saya katakan ini bodoh. Dia masih berdegil. It dia punya pasal.’

Malam berlarutan. Lokap semakin sunyi. Yang kedengaran bising hanya putar kipas Made in China. Mungkin ramai OKT telah tidur. Si Armand terus  ligat berkesah tentang parti. Tentang  teknik mengumpul dana. Tentang buat kerja sosial. Armand sebagai pemimpin pemuda  selalu ke hulu ke hilir - dalam dan luar negara.

‘ Bulan depan saya ke Amerika. Saya telah pernah ke Detroit.  Saya dah pergi ke UK dan Australia. Jumpa pelajar kita disana…’

Gebang si Armand ini terus rancak. YB Howard sesekali mencelah. Fahmi  terbaring mungkin sudah lelap.  Untuk Fahmi mungkin gebang Si  Armand ini membosankan.  Untuk saya inilah peluang mengcungkil maklumat dan memahami bagaimana musuh begerak. Saya ingin tahu  tentang  kekuatan KJ dalam parti. Saya nak tahu apakah KJ akan bertanding jawatan Naib Presiden.

Armand secara jujur bercerita ketika dia  menjelajah dia juga membuat survey tidak resmi untuk bossnya. Dia bertanya apakah Khairy Jamaluddin mempunyai sokongan untuk jawatan yang lebih tinggi.
‘ Susah boooos… banyak bahagian tak sokong.. saya beritahu dengan jujur pada KJ..’

Saya juga bertanya kenapa dia tidak bertanding untuk jadi YB. Armand  menerangkan bahawa dia anak watan Tambun Perak tapi lama aktif di Bahagian PJ Utara. Pernah Najib bertanya apakah dia ada keinginan untuk bertanding.

‘ Sir.. Datu Seri… I am not looking for post… “ Tapi hakiktanya kawasan PJ Utara adalah kubu kuat Pakatan Harapan - wilayah Tony Pua. Mustahil si Armand ini akan mendapat lebih dari 3000 undi jika bertanding di PJ Utara. Kalau dapat 3000 undi ini  pun rasanya  undi haram dari Mat Bangla.

‘ Saya okay sekarang cari makan dalam GLC … saya Timbalan Pengerusi GiatMara. Awal dulu masa meeting ada  Lembaga Pengarah GiatMara  tak selesa dengan nama Arman Azahar Haji Abu Hanafiah. Mereka ini  Tan Seri dan Datuk. Tetiba saya dapat surat dari PMO… untuk jadi  Datuk Pahang… nasib kan…’

Jam telah lewat. Mata mengantuk. Esok ke mahkamah dan berjumpa peguam. Direman atau terus ditahan. Tapi apa yang akan berlaku jam 3 pagi dalam lokap ini? Tunggu minggu hadapan. END


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45








---------------

3 ulasan:

TUBELES berkata...

perkara pertama yg harus di kontrol kalu masuk lokap malaysia kalu....jadi jaga pintu lokap...oiiiiii...penting wooo...semua urusan keluar masuk..roket roket..dia kena tapis dulu....kakkakkakakaka...

Tanpa Nama berkata...

Lol..potong stim la TT, cerita musuh Armand ni.. baru nak melancap, xdan nak panchut..sudah kena cekup dgn pegawai agama.

Lengkali surahkan semula. Armand ni musti nak kecohkan lu jugak.. dia tau lu pun musuh.

Nazrio berkata...

dato sori jomaL tu bodo sikki .....kaH kaH kaH