Rabu, 25 April 2018

TANDA LUAR - TANDA DALAM PAKATAN MENANG



TANDA LUAR - TANDA DALAM

PAKATAN AKAN MENANG
Keputusan  PRU14 kali ini Pakatan Harapan akan menang. Kecuali ditipu.  Tanda kemenangan semakin jelas. Tapi awas penipuan telah dijalankan. Penipuan sedang dijalankan. Penipuan akan dijalankan. Telah, sedang dan akan.

Tulisan ini akan menghuraikan tanda-tanda kemenangan yang muncul dari luar dan yang lahir dari dalam.

Najib bersama  gerombolan Ketuanan  Melayu dan kuncu-kuncunya  dalam Barisan Nasional hanya akan menang dengan jalan tipu. 

Sayogia saya ingatkan kembali bahawa PRU14 kali ini adalah kemenangan kali kedua untuk Pakatan. Kali pertama Pakatan Rakyat menang 52% undi rakyat dalam PRU13. Jangan lupa akan fakta ini. Pakatan telah menang dalam PRU13 tetapi ditipu.

Kemenangan Pakatan dalam PRU13 telah mengajar Najib untuk merancang dan menipu dengan lebih licik lagi.

Pada bulan April 2018 ini  tanda kemenangan untuk Pakatan Harapan semakin kuat. Semakin kuat pula  aparachik Najib - Suruhanjaya  Pilihan Raya -  menjalankan penipuan.  Jentera daulah - alat alat kerajaan - juga sedang bekerja kuat untuk memastikan Najib selamat. Amin.

Membaca politik di Negara Dunia Ketiga saperti di Malaysia ini memerlukan pengalaman dan pengamatan yang kuat. Ini kerana media Malaysia ini tidak bebas untuk melapor berita. Penganalisan babak dan tanda  politik pun kurang tuntas dan kurang berilmu. 

Kadang kala Si Politikus terlepas cakap - ada sesuatu tidak kena dengan pimpinan Najib.  Atau tetiba ada suara sumbang kedengaran mengkritik Najib.

Bila ini berlaku Sang Politikus akan menuduh media salah lapor. Menafikan laporan berita ini.  Berita dikatakan  muncul atas kesilapan  wartawan, pemberita atau pengamal media. 

Ini juga tanda . Tanda bahawa di Malaysia ini  media yang kukuh semuanya berjenis bodek. Bodekoloji  - ilmu bodek - telah menjadi satu seni yang ampoh. Bodekoloji kini telah memainkan peranan yang amat penting dalam proses membodohkan warga.

Pembodohan warga ini - terutama  projek membodohkan Bani Melayu - amat penting. Jika Bani Melayu mula sedar  dan bijak berfikir maka  parti Ketuanan Melayu a.k.a  United Malays National Organisation akan lingkup. Amin.

Dalam tulisan ini saya akan cuba menerangkan tanda-tanda perubahan yang sedang berjalan. Tanda-tanda yang jelas menunjukkan Parti Ketuanan Melayu ini akan lingkup.

Pertama - tanda dari luar. Apa  makna laporan media luar negara tentang politik, ekonomi dan Najib. Kenapa media luar negara hampir setiap bulan ada sahaja berita tentang Malaysia yang melibatkan Najib.

Tidak habis habis berita 1MDB dibocorkan oleh media dan majalah antarabngsa yang amat berpengaruh dalam dunia. Lebih dari 55 buah  akhbar harian dan majalah dunia telah membuat laporan tentang 1MDB dan peranan Najib sebagai pencuri.

Paling akhir pembocoran media antarabangsa  pada 8 April 2018 - malam Ahad minggu lalu. Tarikh ini pasti dipilih tepat  satu bulan sebelum rakyat Malaysia keluar mengundi. 

Stesen Saluran9 Tv Australia dalam Rancangan 60 Minutes telah membocorkan tentang keterlibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya.  

Program ini menggunakan  format rencana dan dokumentri. Program ini mengupas suasana politik Autaralia dan politik kontemperori global. Rancangan ini telah berjalan  di Austalia selama 30 tahun. Kini Tv New Zealand juga mengambil sebahagian dari isi program ini. 

Induk 60 Minutes ialah CBS Amerika. Rancangan ini paling popular di Amerika. Muncul untuk pertama kalinya pada 24 September 1968 - ketika Perang Vietnam meledak.


Selama 12 minit Saluran9 ini telah memaparkan Dirty Secret - atau - Rahsia Kotor kepada penonton. Saperti di Amerika dan New Zealand - 60 Minutes - telah menjadi candu tv yang amat popular.

Untuk pertama kalinya kita - terutama warga Malaysia -  diberitahu  bahawa Sirul telah dijanjikan 15 juta ringgit dan sebuah rumah di Sydney Australia. Sirul diminta bercakap untuk dirakam bahawa Najib tidak terlibat dalm pembunuhan Altantuya. 

Najib telah menghantar orang perantaraan untuk membuat perjanjian ini.Fakta perjanjian ini ditemui oleh wartawan Australia dan dibocorkan  dalam Rahsia Kotor.

Dalam Rahsia Kotor ini untuk pertama kalinya kita telah diberitahu  bahawa Sirul juga telah berhubung dengan Dr Mahathir untuk minta bantuan.  Kenyatan ini keluar dari mulut Mahathir sendiri yang ditemu bual oleh wartawan 60 Minutes.

Malah Mahathir sendiri mengakui yang dirinya telah membuat amal jariah untuk membantu Sirul mendapatkan suaka perlindungan di Australia.

Sekilas ikan di air bukan sahaja saya tahu jantan bertinanya. Malah saya tahu di mana ikan ini tidur, makan dan bersegama. Mustahil kita tidak faham, niat dan cita-cita program Rahsia Kotor ini.

Kenapa sekarang ditimbulkan sekali lagi kes pembunuhan Altantuya? Jawabnya  senang sahaja. Media  dunia  - dengan segala bentuk jaringan - sedang berusaha untuk menyingkirkan Najib dari peta politik dunia.

Sebelum 60 Minutes ke udara -  Majalah Tempo - sebuah lagi majalah yang berpengaruh di Indonesia - telah memperlekehkan sistem  Pilihan Raya di Malaysia. Majalah ini membocorkan rancangan penipuan Najib untuk menang dalam PRU14.

Lidah Pengarang Tempo ini telah menjadikan Pak Duta kita di Jakarta tersemput-semput mencari Viagra untuk menjawab demi menegakkan kebaikkan  dan kesucian pilihan raya di Malaysia.

Manakala sesudah Rahsia Kotor ke udara di Australia Pak Duta kita di Canberra  - senyap sepi sejuk kecut. Tidak ada Viagra  kendati pun Tongkat Ali yang dapat membantu mengeraskan hujah bahawa Najib tidak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

Yang saya  lakar diatas  adalah tanda dari luar. Kini saya lakar tanda kedua - tanda dalaman. Tanda dalaman ini akan membuktikan hari hari akhir Najib semakin dekat. 

Membaca tanda dalaman ini memerlukan penghayatan dan penelitian. Kadang kala satu satu berita  muncul hilang lesap - tidak diketahui hujung pangkal. Sabenaranya semua berita memiliki latar, kontek  dan sejarah. Tidak ada satu pun berita yang mucul dalam vacum.

Justeru kenapa tetiba heboh berita mengatakan bahawa Undi Kita Rahsia/ Undi Kita Tidak Rahsia.

Kenapa berita ini muncul. Apa latarnya. Bekas Pengarah SPR sendiri - yang kini telah belot untuk menjadi calon Pakatan Harapan telah menyatakan bahawa undi kita rahsia. Kenapa hal rahsia mengundi ini timbul.

Untuk memahami pekara undi rahsia itu sila renungkan dan sila tanya dari mana Husam Musa mendapat maklumat  tentang pemimpin Parti Islam Pas menerima berjuta ringgit duit dari Najib.

Husam memiliki maklumat yang tuntas. Nama pemberi, nama penerima dan juga number akoun bank diumumkan oleh Husam . Bila duit ini masuk. Dan bila duit ini dikeluarkan. Dan siapa yang mengambilnya - semua diumumkan. 

Saperti biasa Parti Islam Pas bersilat lidah. Tetapi akhirnya mengakui  duit ini bukan DEDAK tetapi duit derma. Duit ini bukan derma Tok Arab tapi derma dari Tok Najib. Amin

Belum pun reda kes Parti Islam dapat dedak - tetiba Husam  sekali lagi membocorkan bahawa Syarikat Keretapi Pantai Timur (ECRL) milik China Merah telah bebas dari GST.

Bila berita ini meledak - Bani Melayu mula naik minyak. Warga miskin kota, OKU, Ibu Tunggal, Mak Cik dan Pak Cik Felda, Mek Warung, Towkay Ikan, Penjaja, Penoreh getah - semua dikenakan GST. 
Cilaka haram jadah kenapa Syarikat China Merah dikecualikan? Ini bunyi suara Bani Melayu sebaik sahaja Husam Musa membocorkan berita ini.

Ada tiga pekara yang amat penting bila menganalisa berita ini. Pertama jelas menunjukkan bahawa Najib kini telah diperangkap oleh China Merah melalui hutang. Yang menjadi cagaran ialah bumi Tanah Melayu

Najib berhutang akibat mencuri duit 1MDB yang dirancang oleh Jho Low yang kini menjadi agen China Merah. Justeru Jho Low  tinggal selamat di Shanghai  dipilihara oleh China Merah walau pun dicari oleh CIA dan FBI.

Kedua - berita syarikat China Merah tanpa GST membuka mata Bani Melayu. Mereka semakin sedar bahawa apa yang dinyatakan dan dikempenkan oleh  Pakatan Harapan tentang Najib dan China Merah adalah tepat, betul, tuntas dan soheh. Najib sedang mengadaikan Tanah Melayu.

Ketiga- untuk saya inilah yang kunci penting berita ini. Soalan kurun ini - siapa yang membocorkan maklumat saheh ini. Husam  mendapat  maklumat dari siapa?

Pembocorkan dari Husam  tidak dinafikan. Najib diam menikus  dan  mengelak dari menjawab walau pun si Najib ini  Menteri Keewangan.

Seorang India - Pegawai Kastam - telah menjadi macai Najib untuk menerangkan  apa alasan Syarikat China Merah ini dikecualikan dari cukai GST. Tipu lagi. Ini betul betul auta Keling.

Nasib baik ada Hindu ini untuk jadi jurucakap Najib. Kalau Hindu ini tidak wujud siapakah yang  akan jadi barua Najib untuk menjawab kemarahan Bani Melayu ini? Mungkin Azeez Tabung Haji? Kah kah kah.

Undi tidak rahsia. Undi kita rahsia. Maklumat bocor. Apa sebenarnya yang saya cuba paparkan disini?

Jawabnya ialah  saya mahu menerangkan  berita berita ini adalah bukti bahawa kaki tangan kerajaan, pegawai tinggi kerajaan telah mula berpaling  tadah. Makin ramai menyokong Pakatan Harapan.

Pegawai kerajaan inilah yang telah membocorkan maklumat kepada Husam. Hanya pegawai kerajaan yang tahu  maklumat  Parti Islam Pas terima duit dari Umno. Buktinya cukup senang - mustahil Husam Musa memiliki penyiasat pribadi yang boleh membongkar maklumat bank.

Soheh Orang Dalam yang membocorkan maklumat. Pegawai kerajaan - malah pasti dalam Jabatan Kastam juga - yang membocorkan maklumat tentang Syarikat China Merah dikecualikan dari cukjai GST.

Juteru tim perang saraf Najib - jentera daulah telah mewarwarkan bahawa undi kita tidak  rahsia. Ini taktik jahat untuk menakut-nakutkan kaki tangan kerajaan dan pegawai tinggi kerajaan untuk tidak menyokong Pakatan Harapan.

Berita Undi tak Rahsia adalah tanda dalaman  yang membuktikan sokongan Bani Melayu - majoriti kaki tangan kerajaan ialah Melayu - kini telah beralih ke Pakatan Harapan. Sah dan soheh  dalam PRU14 Pakatan Harapan akan menang kecuali  ditipu.

Menang kecuali ditipu? Masih ada yang tak percaya apa yang saya tulis ini?  Tunggu minggu hadapan saya akan paparkan sajelas mungkin kes penipuan PRU13.(tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45





-------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan