Rabu, 25 April 2018

UNDI POS UNDI TIPU






BANGUN LAWAN

PROJEK TIPU

UNDI

SPR perlu jelaskan proses pengurusan undi pos PRU14

Pegerusinya, Dr Mahathir Mohamad berkata sehingga kini badan tersebut tidak memberikan jawapan terhadap permohonan mereka.

“Malangnya kita masih tidak dapat bertemu SPR supaya kita dapat tentukan bagaimana undi pos diadakan. Ada yang akan undi pos di luar negara dan dalam negara, sudah tentu caranya berlainan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Taklimat Calon-Calon Pakatan Harapan PRU14 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Beliau berkata, isu itu antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pagi tadi.

“Kami ingin tahu kerana nama-nama pengundi pos ini tidak akan diberitahu kepada kita sehingga saat terakhir,” katanya.

Mahathir berkata pihaknya mahu SPR memberikan taklimat mengenainya selain menjawab beberapa persoalan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku semasa undi pos.

SPR sebelum ini memaklumkan rakyat Malaysia menetap di luar negara dan berdaftar sebagai pemilih perlu segera menghantar semula kertas undi ke pegawai pengurus pusat mengundi masing-masing bagi memastikan ia diterima sebelum 5.00 petang pada 9 Mei.

Proses penamaan calon PRU-14 ditetapkan pada 28 April manakala pengundian awal pada 5 Mei dan pengundian pada 9 Mei.


SATU JUTA

UNDI POS 

ADALAH 

UNDI TIPU

MEMENANGKAN

NAJIB

--------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan