APA MAKNA DUIT
90 JUTA RINGGIT
Heboh. Heboh. Satu dunia heboh. Dari Ruslia ke Russia. Dari Pananti ke Paris. Dari Mantin ke Madrid. Dari Langkap ke London. Satu dunia berkesah tentang bagaimana Najib telah berjaya melakukan rompakan terbesar dalam sejarah alam ini.
Sebanyak 66 akhbar dan majalah dalam dunia ini telah melaporkan rompakan yang dilakukan oleh Najib. Ini belum diambil kira puluhan stesen tv dimerata pelusuk dunia yang merebakkan berita yang sama.
Semenjak keluarnya ayat - kun fi ya kun - semenjak ‘big bang’ hanya Najib seorang yang telah berjaya diwartakan sebagai pencuri terbesar dalam alam semesta ini. Dari bintang Marikh hingga ke Pluto pencurian duit yang dilakukan oleh Najib tidak ada tandingan.
Dalam sejarah tamadun manusia semenjak Nabi Adam - Najib, Rosmah, Jho Low , Riza dan kuncu-kuncu telah berjaya melakukan penipuan yang paling besar.
Ingat kembali bagaimana warga Tunisia bangun memberontak dan memulakan ‘Arab Spring ‘ pada bulan Januari 2011. Leila Trabelsi isteri Zainal Abidin Ben Ali bekas Presiden Tunisia hanya sempat membawa lari 1.5 tan jongkong emas milik Bank Negara Tunisia ke Saudi Arabia.
Pada tahun 1986 Presiden Marcos lari meninggalkan Manila. Isteri Marcos, Imelda tertinggal 1,220 pasang kasut dalam Istana Presiden.
Kalikan dengan sejuta rompakan Leila, kalikan dengan sejuta harga kasut Imelda. Bandingkan dengan jumlah rompakan Rosmah - jawabnya - rompakan Rosmah masih terbesar.
Tetiba satu Malaysia heboh dengan 90 juta ringgit. Duit 90 juta ini dikatakan telah diambil oleh Parti Islam Pas dari Najib. Si Najib pemberi dan Parti Islam penerima.
Duit 90 juta ringgit ini duit apa? Berapa buah beg tangan Birkin yang sanggup dibeli oleh duit sebanyak ini? Duit 90juta ini tidak berkeupayan untuk membayar harga kalong berlian merah jambu milik Rosmah. Duit 90juta ini hanyalah duit sen berbanding dengan jumlah wang tunai yang ditemui dalam kondo milik Rosmah dan Najib di Pavallion Bukit Bintang.
Tetapi kenapa duit 90juta ini menjadi Pak Heboh? Kenapa agaknya duit seramai taik gigi Rosmah ini heboh diangkut ke hulu ke hilir?
Heboh yang menghebohkan. Lebih heboh dari dokumentri Micheal Jackson - Leaving Neverland keluaran HBO. Heboh yang lebih heboh dari Jom Heboh.
Jawabnya senang sahaja. Jawabnya Islam.
Kenapa Islam. Apa kena mengena duit ini dengan Islam. Sabar karo.
Duit 90 juta ini diambil oleh pemimpin Parti Islam Pas. Nama parti politik yang pemimpinya mengambil duit itu ialah Parti Islam Se Malaysia. Ada perkataan Islam dalam nama parti ini.
Dalam perlembagaan parti ini Islam menjadi rujukan. Islam cita-cita dan niat parti ini. Dalam istilah politk moden Islam ialah idealoji parti ini.
Islam ialah agama yang mengajukan manusia untuk membuat kebaikkan. Sama saperti agama-agama lain dalam dunia ni agama Islam juga menentang kejahatan dan kezaliman. Ini menjadi tunggak agama. Ini menjadi asas pejuangan.
Islam melaungkan amal makruf nahi mungkar. Melarang umat manusia membuat kejahatan. Mengajukan manusia membuat kebaikkan. Ertinya menentang semua bentuk kejahatan. Menentang penipuan. Menentang rasuah.
Ajaran agama Islam ini menjadi tiang agenda Parti Islam Pas. Malah Parti Islam ini selalu ke hulu ke hilir berceramah menghebohkan slogan - amal makruf nahi mungkar.
Kalau ini yang dilakukan oleh Parti Islam Pas apa pula silapnya.
Silapnya ialah cakap tak serupa Birkin.
Silapnya ialah Parti Islam Pas ini telah melanggar akidah dan cita-cita perjuangan Islam. Heboh 90juta ringgit bukan kerana jumlah duit. Bukan kerana salah masuk bank. Tetapi kerana mengambil duit dari Najib.
Kenapa terima duit dari Najib salah?
Menerima duit dari Najib ini sama saperti memasukkan seketul daging babi ke dalam sekawah gulai daging lembu. Ini bukan lawak Hishamuddin Rais. Ini Amanat Haji Hadi yang keluar pada 7 April 1981.
Najib telah mencuri duit dari dana 1MDB. Kemudian Najib memberikan 90 juta ringgit dari duit curi kepada pemimpin Parti Islam Pas. Panggilah apa sahaja - duit sedekah ke - duit amal jariah ke - duit faraid ke - semua ini tidak akan menutup fakta bahawa duit 90 juta itu adalah duit samun.
Najib menyamun dan mencuri duit dari dari 1MDB. Sebahagian dari duit curi ini diberikan kepada beberapa orang pemimpin Parti Islam Pas. Kunci ayat ialah pemimpin Parti Islam Pas.
Ini bukan lebong Hishamudidn Rais. Pekara beberapa orang pemimpin Parti Islam Pas mengambil duit dari Najib ini telah diakui oleh Nik Abduh anak lelaki kepada arwah Tok Guru Nik Aziz.
Malah dalam satu pita rakamam Nik Abduh pemimpin muda dari Parti Islam ini dengan bangga dan berterus terang telah menerangkan bahawa ayahanda arwah Tok Guru Nik Aziz juga pernah menerima duit dari United Malays National Organsiation.
Mencuri dan menyamun dilarang oleh Islam. Najib mencuri dan menyamun. Duit hasil samun diberi kepada beberapa orang pemimpin Parti Islam Pas. Ini maknanya Parti islam Pas tersubahat atau bersubahat. Ter atau ber membawa makna yang sama. Amin.
Jadi bagaimana keadan sekarang?
Mao Zedong pernah berkata ‘ yang buruk pun boleh membawa kebaikkan …taik binatang ada baiknya…boleh buat baja..’
‘ Elementry my dear Watson… pekara ini senang saja wahai sayangku Watson…’ Ini kata-kata Sherlock Holmes kepada pembantunya Watson yang lurus bendul.
Pekara duit 90 juta ini senang difahami. Pekara buruk yang dilakukan oleh pemimpinj Parti Islam Pas boleh juga dimanafaatkan untuk kebaikkan anak semua bangsa.
Pada tahun 2018 -2019 watak asli Parti Islam Pas ini terlah terlondeh. Telah terbonggeng. Terbukti bahawa Parti Islam Pas ini sama saperti parti politik lain. Sama maknanya - boleh menerima duit sogokan. Bersedia menerima wang pelincir. Sanggup bercakap bohong asalkan dapat duit.
Parti Islam ini juga cekap dan bijak mengeluarkan ayat-ayat suci dan hadis dan sirah Nabi untuk menghalalkan perbuatan jahat.
Hakikatnya Parti Islam Pas ini adalah parti politik. Sama saperti Parti United Malays National Organisation. Sama saperti BERSATU. Sama saperti AMANAH. Sama saperti Malaysian Indian Congress. Sama saperti Parti Keadilan Rkayat. Tidak ada bezanya.
Cuma Parti Islam Pas menggunakan topeng Islam untuk mencari kuasa. Untuk membeli kereta Audi atau VellFire. Opps… Apa ini?
Sayugia dimaklumkan disini apa yang dilakukan oleh Parti Islam SeMalaysia ini bukan satu yang baru. Menggunakan topeng agama bukan satu yang pelik dan bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja.
Di Eropah pada satu ketika dahulu jika Putera Raja atau Count atau Tuan Tanah membuat kejahatan - membunuh, merogol atau merampas pasir dan merampas tanah - mereka masih boleh masuk syurga. Mereka akan diampunkan, dosa akan dilupus jika sanggup membayar pampasan ketul dan jongkong emas kepada Gereja di Rom.
Ketika itu kunci syurga dan neraka dimiliki oleh Pope di Vatican. Pope boleh ‘online’ dengan Tuhan bila-bila masa sahaja.
Hakikatnya - menjual agama ini adalah satu perniagaan yang paling lumayan dalam masyarakat kolot. Dalam masyarakat yang percaya kepada pekara karut marut. Percaya kepada tahyul dan toyol.
Justeru dari fakta sejarah terbukti ada persekongkolan kelas Feudal, kelas Tuan Tanah dengan kelas Agamawan. Tiga kumpulan ini berkerjasama untuk menipu orang ramai.
Justeru dalam Revolusi Peranchis (1789-1799) apabila orang ramai mendapat pencerahan maka kepala Paderi , kepala Raja dan kepala Tuan Tanah semuanya dipenggal. Khalas.
Parti Islam Pas telah bekerjasama dengan United Malays National Organisation. Ini fakta bukan lebong. Parti Ketuanan Melayu ini menyamun , mencuri dan menipu Bani Melayu. Manakala Parti Islam Pas akan membacakan doa selamat. Sambil menakut-nakutkan dan mengelapkan fikrah Bani Melayu agar tunduk menyembah pemerentah Melayu Islam.
Pemimpin Parti Islam Pas ini memakai jubah ala Tok Arab. Memasang janggut dan berkopiah. Terselit dalam kopiah ialah kunci motosikal BMW. Dalam kocek jubah ada kunci kereta Audi.
Umum dan anak semua bangsa wajib disedarkan bahawa para politikus dari Parti Islam ini tidak ada bezanya dari para politkus dari parti-parti lain yang wujud di Malaysia.
Mereka menyamar sebagai Tok Lebai. Menyamar sebagai Tok Guru atau Alim Ulama. Tetapi hakikat mereka adalah politikus.
Amal makruf dan nahi mungkar keluar dari mulut Pak Lebai sebelum dapat membeli Mini Cooper. Sesudah mendapat VellFire akan keluar alhamdulillah.
Bayangkan kegilaan para pemimpin Parti Islam ini. Dilaporkan bahawa Mursidul Am Parti Islam ini memiliki kereta Porche… kah kah kah.
Paling lawak rupa-rupanya ramai pemimpin Parti Islam Pas suka berbini-bini. Cerita berbini-bini ini terbongeng tular di media sosial apabila ada seorang bini pemimpin Parti Islam Pas yang baru mendapat kereta Audi7 sebagai hadiah pelok cium cinta kaseh sayang. Entah bini keberapa tapi yang saheh ialah bini muda yang masih ketat dan sendat. Kah kah kah.
Kes duit 90 juta ini sabenarnya adalah rahmat untuk anak semua bangsa di Malaysia. Duit 90 juta ini juga adalah kuliah politik untuk membuka mata Bani Melayu agar sedar apa itu penjual agama. Dan apa itu Parti Islam SeMalaysia..
Jangan ketawa apabila membaca berita lawak seram tentang beberapa akaun bank pemimpin Parti Isam Pas telah dibekukan. Jangan terbarai ketawa terbahak-bahak apabila membaca bagaimana SPRM telah mensita beberapa buah kereta mewah, motosikal mewah, rumah banglow berjuta ringgit dari beberapa orang pemimpin parti Islam Pas.
Anak semua bangsa - bangsa semua agama - masanya telah tiba untuk kita melihat dan membaca Parti Islam Pas tidak ada sangkut paut dengan agama. Nama Islam hanya topeng untuk menjual agama.
Jangan lagi kita terima… Ana tau Ana tau… Ente tak tahu. ..Ente unte. Menggunakan bahasa Arab dan jubah Arab ini hanya topeng untuk menipu. Duit 90 juta melondehkan semua. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
-------------------
saya cadangkan di sini pada peminat jubah arab dan budaya arab agar sekali sekala bertukar fesyen fengan memakai baju besi kerana memakai baju besi juga sunnah nabi
BalasPadamala PAS xgoyang pun. nanti depa salahkan DSAI ja. apa punya unlucky lah DSAI. dr 1998 smpai skrg, apa2 jd dia yang salah. wakakakaka.
BalasPadamHoii..TT ,Kalau kepala Butuh Madey Bertanduk di Masak Asam Pedas kemudian bagi Anjing Kau si Ezi tu makan sekali pun....Haji Najib Babi dan Eddy Wang Lidah Biawak Anjing tu dan semua Melayu Umno Lokman Adam takkan masuk ke Sungai Buluh lah..Lanchau Manchaw..laa kau sudah jadi macai si Ketua Penyamun Umno Bersatu Tua Bangka nak mampus Madey pukimak tu masih jadi PM...Fuck You TT....janganlah jadi pelakun Main Wayang Madey si pukimak tua tu.
BalasPadamWoit TT, lu bikin orang pening lol. Lu cari makan kat Suara Keadilan tapi lu tibai Pak Sheikh.
BalasPadamApa game lu main? Lu sudah kacang lupakan kulit semenjak boleh iring kehulu kehilir dgn Big Boss.
Lu tulihla kat Suara Bersatu ke pulak, baru gentleman ada style?
Yeah kluor jugak akhirnya
BalasPadamLama membisu 1000 bahasa
Lebia lodeh lebai pnya .....
Kahjah kakmahhhh
Maknanya ada wayang atok di sebalik cerita ni, berapa lama mau tunggu daa.. bulan tak timbul2...semua kena kencing...kahkahkahh...
BalasPadamfakta sejarah terbukti ada persekongkolan kelas Feudal, kelas Tuan Tanah dengan kelas Agamawan. Tiga kumpulan ini berkerjasama untuk menipu orang ramai.
BalasPadamFakta sejarah moden Malaysia juga menunjukkan ada satu lagi darjat manusia yang bersekongkol dengan kelas Feudal, Tuan Tanah dan Agamawan.
darjat manusia itu tergolong dalam kelas orang2 cerdik, bijak pandai yang menjual ilmunya kepada kekuasaan untuk terus menipu orang ramai - sampai bila2 sampai semua mampoos!!!
TT,mari popularkan slogan" Bani Melayu terima Islam versi Penjajah". Arab telah bagi Islam versi Penjajah kepada Bani Melayu. "Tolak Islam Penjajah!!!".
BalasPadam