Rabu, 13 Mac 2019

SERAMBI MEKAH KENA FITNAH









FITNAH

BERITA PALSU

BERITA ANTI 

ISLAM

BERITA ANTI 

MELAYU

BERITA ANTI

SERAMBI MEKAH

ANTI 

RAJA2 MELAYU

ANTI AGONG

INI BERITA JAHAT

DARI LAMAN DAP



Mahu gaji lebih lumayan, belia cari kerja di luar Kelantan


SELEPAS jenuh mencari kerja di bandar kelahirannya di Bachok, Kelantan, Ahmad Shahril Hafizi pergi ke Thailand untuk cari makan dengan membuat persembahan ular dan api.

Anak muda 23 tahun itu sekarang berulang alik dengan bas ke Sungai Padi di seberang sempadan tiga kali seminggu untuk membuat persembahan. Katanya, dia sudah banyak kali melamar kerja di kampung tetapi semuanya ditolak.

“Anak muda di Kelantan macam pelarian di negeri sendiri, terpaksa keluar untuk cari pekerjaan, sebab dekat negeri sendiri tak ada.

“Kalau nak bekerja sebagai tukang kebun pun belum tentu boleh dapat, saya pernah mohon tapi tak berjaya,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Kawannya, Khairul Amar pula berkata kalau dapat kerja pun, gajinya cukup rendah sampaikan tidak boleh menyimpan.

Selepas kontrak kerjanya di sebuah kilang di Pengkalan Chepa ditamatkan, Khairul menganggur lima bulan sebelum bekerja di restoran isteri bapa saudaranya di Rantau Panjang.

Mendengar pengalaman kawan-kawannya tentang gaji yang lebih lumayan di seberang sempadan, dia kemudian pergi bekerja di Thailand.

Jumlah belia Kelantan mencari peluang kerja di luar negeri itu semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan.

Angka Suruhanjaya Pilihan Raya pada pilihan raya umum lalu juga menunjukkan 250,000 pengundi daripada 1.8 juta penduduknya adalah pengundi luar.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) Tuan Haji Mohd Fared Abdul Ghani, walaupun tiada data rasmi jumlah belia Kelantan bekerja di Thailand, angkanya tinggi dan meningkat terutama dalam lima tahun kebelakangan apabila banyak kilang pindah operasi keluar dari Kelantan.

“Hakikat sebenar memang begitu. Memang pekerjaan sukar untuk anak muda Kelantan ini,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Sebabnya kilang banyak dah tak ada. Kita boleh anggarkan hampir 80% telah berpindah operasi yang tinggal cuma, 20%-30%di Padang Tembak.”

PAS mentadbir Kelantan sejak 1990, dan hanya sekali hampir kalah dalam pilihan raya umum 2004 ketika ia mengekalkan majoriti di dewan undangan negeri hanya dengan satu kerusi.

Negeri itu juga mencatatkan keluaran dalam negeri kasar per kapita paling rendah setiap tahun sejak sedekad yang lalu.

Masalahnya, kata Farid, kerajaan negeri yang hanya mengangkat hal keagamaan namun membiarkan isu lain termasuk pelancongan, ekonomi, atau kebajikan belianya.

“Setakat ini kita tak nampak apa misi Kelantan untuk tarik pelaburan. Yang kita nampak medan agamanya sekoloh pondok tahfiz tapi itu tidak memadai.

“Tiada keseimbangan di situ. Kerajaan Kelantan kena fikir juga bidang komersial lain,” katanya.

Farid berkata, isu belia mencari kerja di luar sebelum ini telah diajukan kepada kerajaan Kelantan namun jawapan diberikan amat mengecewakan.

“Kita sendiri ada ajukan tapi jawapan yang mereka berikan kata sebab rakyat Kelantan suka berhijrah.

“Ramai anak muda di sini mereka bukannya suka sangat nak berhijrah. Kalau boleh mereka nak kerja di Kelantan, nak jaga mak ayah, sebab tidak ada pilihan mereka keluar juga.”




KELATAN DIKENALI


SELURUH DUNIA

SEBAGAI 

SERAMBI MOSCOW

OPPS...

SERAMBI MEKAH

KAH KAH KAH


-------------

3 ulasan:

  1. Mereka yg susah payah balik mengundi time PRU untuk pastikan PAS memerentah. Terimalah Serambi Moscow...opppssss silappp........ serambi Mekah seada-adanya.Tadah lah tangan ke langit, kerja akan turun mcm hujan. Aminnnn ya rabul Alamin.

    BalasPadam
  2. Serambi dua imam ker? Ingat balik amanat tok cantad sotong.karang lagi jbohong syariah padahal gara-garu pru sudah mampir.Kalau kafir x terima pembohongan takanlah yang suci murni pemegang kunci syurga dibolehkan pula muhung.agak-agaklah kalau nak tunggang, kang teramanat (hanat)kuang kuang kuang

    BalasPadam
  3. Kelantan bkn tak boleh maju mcm selangor laa TT..Cuma pihak pentadbiran kerajaan negari sengaja memperlahankan kemajuan kelantan supaya rakyat tak di rosakkan oleh kemajuan budaya hedonisme mcm langkawi yg banjir arak kaki porno hiv ganja phill khudda ketom hihihi.
    Fhm tak TT..rajin2 baca tau hahahahaha....

    BalasPadam