Jumaat, 1 November 2019

BAYANGKAN BAYANGKAN










CONTOH

KUEH 


PAU
INILAH CONTOH PAU
YANG SELALU DIUMUMKAN
PADA PARA PEMBACA
BAGAIMANA NEGARA BESAR
MENEKAN MALAYSIA


Malaysia diugut tutup akaun bank rakyat, syarikat Iran, kata Dr Mahathir

MALAYSIA ditekan oleh pihak tertentu yang sangat berkuasa supaya menutup semua akaun bank milik individu dan syarikat Iran, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mereka mengancam akan menutup bank Malaysia di luar negara sekiranya Putrajaya enggan melayan desakan menutup akaun bank milik warganegara dan entiti republik Islam itu, kata perdana menteri.

“Kita mempunyai hubungan baik dengan Tehran tetapi kita berhadapan dengan tekanan yang sangat kuat daripada pihak tertentu, yang anda boleh teka siapa.

“Tujuan penutupan bank akaun itu adalah untuk menyukarkan mereka (Iran). Kita bukan membantu tetapi kita dipaksa untuk berbuat demikian.

“Jika kita tidak lakukan, pihak itu akan menutup bank (Malaysia) di luar negara.

“Ini adalah tindakan buli daripada mereka yang sangat berkuasa,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Dr Mahathir ditanya mengenai sekatan ekonomi Amerika Syarikat ke atas Iran selepas beliau menghadiri mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Reuters sejak beberapa bulan lalu melaporkan berlaku penutupan secara besar-besaran akaun bank milik rakyat dan syarikat Iran yang memberi kesan kepada hampir satu juta orang.

Amerika Syarikat mengenakan sekatan terhadap ekonomi Iran selepas mendakwa Tehran mahu melanggar syarat dalam perjanjian nuklear 2015.

Sekatan tersebut termasuk ke atas bank pusat Iran susulan program nuklear republik Islam itu dan sesiapa yang melanggar sekatan akan dikenakan tindakan.

September lalu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan sekatan terbaru ke atas Iran yang dikatakan lebih ketat pernah dibuat setakat ini namun menegaskan, tidak merancang sebarang serangan ketenteraan.

Jabatan Perbendaharaan memperbaharui sekatan atas bank pusat Iran selepas sumber rasmi Amerika memberitahu, Tehran melancarkan serangan ke atas loji minyak Arab Saudi baru-baru ini sehingga menyebabkan harga minyak di pasaran dunia melonjak naik.

“Kami baru menyekat bank negara Iran. Ini adalah sekatan tertinggi pernah dikenakan ke atas mana-mana negara,” kata Trump ketika itu. – 30 Oktober, 2019.


BAYANGKAN

KALAU MADEY

ADA KES ROGOL

ADA KES LIWAT

ADA KES CURI

ADA KES DADAH

PASTI SENANG

KENA PAU

SINGAPURA

CHINA MERAH

AMERIKA

SENTIASA 

MENUNGGU

PELUANG JIKA

PEMIMPIN ADA

MASAALAH
----------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan