Jumaat, 1 November 2019

MAKIN PARAH - MAKIN JELAS






MAKIN PARAH

MAKIN JELAS


PM perlu masa selesaikan masalah ekonomi, belum sedia serah jawatan – Azmin

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi,  Mohamed Azmin Ali berkata, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad belum bersedia untuk menyerahkan jawatan itu kepada Presiden PKR, Tuan Haji  Anwar Ibrahim kerana memerlukan masa yang lebih lama.

Menurut orang nombor dua PKR itu, Dr Mahathir memerlukan masa yang lebih untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang semakin meruncing hari ini.

“Muktamad, sudah muktamad. Berapa kali PM sudah menyatakan beliau belum bersedia sehinggalah tidak selesai masalah ekonomi dan negara.

“Masalah ini rumit dan beliau punya pengalaman yang luas untuk bantu,” katanya menjawab pertanyaan media mengenai keputusan muktamad peralihan kuasa antara Dr Mahathir dengan  Tuan Haji Anwar Ibrahim, sebelum ini.

Azmin turut ditanya mengenai kenyataan Tuan Haji Anwar yang mengakui ada “percubaan khianat” untuk menghalangnya dari menggantikan Dr Mahathir dan menjadi Perdana Menteri.

Beliau menjawab agar semua pihak termasuk  Tuan Haji Anwar agar berhenti untuk terus mempersoalkan mengenai isu peralihan kuasa antara dirinya dan Dr Mahathir.

Malah katanya, ia bukan perkara mendesak untuk dibincangkan sedangkan isu ekonomi tidak dapat diselesaikan lagi.

“Sebab itu saya kata jangan bercakap, bila cakap macam soalan yang timbul. Hentikan semua perbincangan,” katanya lagi.


MAKIN PARAH

HATI ABAM

BILA BACA

BERITA INI

KAH KAH KAH

MAKIN JELAS

SAPA YANG

AKAN JADI PM

JADI TIMBALAN PM

DAN

JADI MENTERI PM
KAH KAH KAH

-----------

1 ulasan:

  1. Zaman islam dulu begaduh lepas menang perang, berebut harta rampasan. Hari ni azmin anwar begaduh lepas menang pru, berebut jawatan piem. Masing2 taknak mengalah sorang suh tengok video sorang suh tengok cermin. Klau begaduh abang adik biase sape kene mengalah. Kene chek balik sape abg sape adik sape up sape bottom hermmm...

    BalasPadam