Rabu, 7 Ogos 2019

HARI HARI AKHIR SAEKOR BADAK









HARI HARI AKHIR

SAEKOR BADAK
------

ABAM MASIH TAK SEDAR







LU INGAT

ABAM

SEDAR

Tak habis-habis isu peralihan kuasa, sampai orang luar tanya saya apa akan jadi

PUTRAJAYA – Veteran politik,  Rafidah Aziz menempelak segelintir pihak yang masih lagi membangkitkan tentang isu tempoh peralihan jawatan perdana menteri.

Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, isu peralihan yang tidak habis diperkatakan hanya membuatkan senario politik dan ekonomi berada dalam keadaan tidak menentu.

Namun beliau enggan mengulas sama ada Perdana Menteri,  Dr Mahathir Mohamad patut meneruskan tugasnya sehingga habis penggal.

“Saya hanya mengambil berat tentang kesejahteraan negara, kalau kita campur isu lain (hal peribadi), kita lari dari tujuan asal membangunkan negara untuk bergerak ke depan dan baharu sahaja keluar daripada masalah besar dari segi sistem dan imej negara.

“Adalah penting kerajaan tidak diganggu. Saya sudah cakap saya tidak cerita pasal itu (Mahathir pegang habis tempoh), buatlah apa yang patut,” katanya.


KK FIDAH

LU ADA DENGAR

APA APA KE?

SAJE TANYA

MANA TAU

KALAU KALAU
KAH KAH KAH


------------

MANTAN PEMAISURI AGONG






BEKAS  PEMAISURI
Sayu lak gwa tgk mantan bekas permaisuri agong tu ..perut lawa tu lah yg memberi keajaiban ..enam bulan kawin dapat putera ..sungguh ajaib ..Tok Moftee ontok je. 
on 
TULAH AMPONKAN DASAI
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
at 16:50

Bgus hu

--------

TOK GELOJOH







TOK

GOPOH

GAPAH

Tt,mana lebih tepat, 
TOK GOPOH KE 
TOK GELOJOH????? 
on 
MUNCUL TOK GOPOH
Publish | Delete | Spam
hamim
on 07/08/19

Tel



-----------

SAIN TAK LAKU






SAIN SURAT

TAK LAKU

Binawe Husni.
Selama ni aku ingat dia menteri tp peon rupanya.Sbb tu aku minta dia sain surat,dia kata sain dia tak laku..Melaon sungguh . 
on 
MASIH ADA YANG JUJUR
Publish | Delete | Spam
Arymanchino
at 15:41

A

--------

SILA BACA



SILA BACA

Kawan menjadi lawan,lawan menjadi kawan....indahnya hidup ini.
SukaBalas24m
hisham2....itu saja yg mampu kau merepek2 yang menampakkan lagi cemburu kau pada DSAI dari dulu sewaktu zaman memimpin pelajar .masa tu kau bercita-cita menjadi pemimpin pelajar.tapi keberani tak ada pada kau hingga kau terpaksa melarikan diri keluar negara kerna takut dipenjara dibawah ISA.20 tahun kau lari hanya pulang bila ISA dimansuhkan.kau pengecut yang terus menerus mencemburui DSAI dari dulu hingga kini.apa salahnya bercita2 seperti DSAI.lihat sejarah pemimpin2 dunia lain.contoh Nelson Mandela beliau terpenjara dan bila bebas beliau diangkat rakyat sebagai pemimpin hanya selepas beliau berkuasa barulah segalanya berubah.hanya dgn kuasa baru negaranya. bertambah baik dgn dasar2 yg dibawanya.apa salahnya Kalau diberi peluang DSAI merubah mungkin kita akan lebih baik.kalau tak kita tukar lagi pemimpin kalau tiada perubahan untuk rakyat.pilihan ditanggan kita.janggan lah kerana awak tak ada keberani yg ada Pada DSAI ini awak menutup peluang rakyat untuk membuat pilihan dengan menghasut.buanglah cemburu awak tu jauh2.awak hanya pengecut yang melarikan diri meninggalkan bumi kelahiran bagaimana layak menjadi pemimpin.dari muda DSAI dipenjara namum cita2nya tak pernah lentur.beliau punya pilihan memilih jalan selesa.tapi seorang pejuang hanya mahu beruang '"kerna seorang pejuang sememangnya dilahirkan sebagai pejuang.BORN FOR DEFENCE
SukaBalas157m



-----------


JELAS KENA PAU









JELAS NAJIB

KENA PAU


Najib tak izin delegasi kerajaan ke Switzerland, kata Ahmad Husni

BEKAS Menteri Kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas perdana menteri tidak mengizinkan delegasi Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dihantar ke Switzerland bagi membuktikan wang dibekukan adalah wang pinjaman daripada KWAP.

Ahmad Husni, saksi pendakwaan ke-56 berkata beliau dimaklumkan bahawa terdapat dana pelaburan SRC International Sdn Bhd yang disimpan di sebuah bank di Switzerland telah dibekukan oleh kerajaan Switzerland atas kesalahan pengubahan wang haram.

“Saya kemudiannya pergi bertemu dengan Najib dan meminta keizinan beliau untuk membawa delegasi daripada Kementerian Kewangan, Bank Negara dan KWAP untuk membawa dokumen-dokumen bagi membuktikan bahawa wang tersebut adalah pinjaman daripada KWAP dan tidak sepatutnya dibekukan di bawah kesalahan AMLA.

“Namun Najib tidak memberikan persetujuan kepada saya untuk bertindak sedemikian,” katanya ketika membacakan penyataan saksi pada perbicaraan kes Najib yang didakwa atas tujuh tuduhan berhubung dana SRC berjumlah RM42 juta.

Katanya beliau juga  dirujuk kepada satu dokumen iaitu “Letter of Guarantee Issued By Government of Malaysia in Favour of Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)” bertarikh 26 Ogos 2011.

“Saya sahkan bahawa ini merupakan surat jaminan kerajaan yang saya tandatangan seperti mana keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang meluluskan Memorandum Jemaah Menteri yang dibentangkan oleh Nor Mohamed Yakcop,” katanya.

Ahmad Husni, 67,  berkata Memorandum Jemaah Menteri yang dibentangkan oleh  Nor Mohamed Yakcop telah diluluskan dan persetujuan diberikan untuk memberikan jaminan tersebut.

Katanya pegawai di Kementerian Kewangan telah menyediakan surat jaminan kerajaan untuk beliau tandatangan atas kapasiti Menteri Kewangan II.

“Saya mendapat tahu daripada pegawai MKD  (Menteri Kewangan Diperbadankan) bahawa sejumlah RM4 bilion iaitu keseluruhan pinjaman daripada KWAP antaranya digunakan untuk pelaburan arang batu di Jawa, pelaburan sumber asli di Mongolia dan  Simpanan bank di Switzerland dan Hong Kong.

“Saya pada waktu itu, saya tidak dirujuk dan tidak diberikan sebarang dokumen mengenai SRC dan pelaburan tersebut, walaupun melalui pegawai saya yang  telah meminta daripada SRC.

“Saya telah meminta Dr Isa, ketika itu Setiausaha Bahagian Pelaburan (Kementerian Kewangan) untuk membuat lawatan ke Jawa untuk memastikan kewujudan pelaburan tersebut, tetapi Dr Isa  (Mohmad Isa Hussain)  tidak pergi,” katanya.

Beliau berkata pertama kali beliau mengetahui tentang permohonan SRC untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM2 bilion dari KWAP dan pinjaman itu hendaklah dijamin daripada kerajaan Malaysia  adalah sewaktu pembentangan kepada mesyuarat jemaah menteri oleh  Nor Mohamed Yakcop yang menandatangani dan membentangkan Memorandum Jemaah Menteri berkenaan dengan permohonan tersebut.

Katanya selepas dari itu, beliau  telah menemui Najib untuk membangkitkan tentang tujuan memberi pinjaman yang begitu besar kepada SRC, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

“Saya telah dimaklumkan oleh Najib bahawa syarikat ini bertujuan supaya bidang tenaga elektrik ini diperkasakan dengan adanya pemilikan oleh syarikat milik kerajaan yang mempunyai penglibatan dalam perlombongan arang batu.

“Saya kemudiannya telah menyatakan kepada Najib bahawa perlombongan arang batu ini biarlah melibatkan sektor swasta semata-mata dan bukannya oleh syarikat milik  kerajaan.

“Najib menyatakan bahawa hanya dengan penglibatan kerajaan dalam perlombongan arang batu akan dapat memperkasakan bidang tenaga elektrik,” katanya yang  ditugaskan untuk mengurus dasar fiskal serta menjalankan kuasa di bawah lain-lain Akta termasuk Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957.

“Dalam menjalankan kuasa ini, tiada perbezaan antara jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan II,“ katanya.

Beliau berkata antara tugas-tugas beliau sebagai Menteri Kewangan II adalah untuk menguruskan penyediaan, kelulusan, pelaksanaan, dan pemantauan belanjawan negara dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dari masa ke semasa, yang mana pada waktu beliau menyandang jawatan itu, perdana menteri dan menteri kewangan adalah Najib.

  Katanya beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan II oleh  Najib  pada 2009  dan pada 27 Jun 2016 beliau  telah meletakkan jawatan.

Selepas selesai memberi keterangan dan ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan sama ada beliau mengenali Najib, saksi itu berkata “sekiranya beliau ada di dalam mahkamah, saya boleh camkan.”

Beliau kemudiannya menoleh ke belakang ke arah Najib yang duduk dalam kandang tertuduh dan berkata: ”Ha, itu dia di belakang, yang selalu senyum,” yang kemudiannya mengundang ketawa dari semua pihak dalam mahkamah.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung Khamis. – Bernama, 6 Ogos, 2019.


SAMPAI SEKARANG

AJEN JHO LOW

MASIH PILIHARA

OLEH TUANNYA

CHINA MERAH


-----------

MASIH ADA YANG JUJUR





MASIH

ADA YG

JUJUR

Saya dilayan macam 'peon', kata bekas menteri

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Najib Razak mengabaikan kebimbangan yang disuarakan oleh Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah mengenai pengurusan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International.

Malah, bekas menteri kewangan II itu berkata beliau dilayan seperti peon atau budak suruhan di pejabat selepas tindakannya itu.

Husni merupakan saksi ke-56 yang dipanggil bagi perbicaraan kes SRC International hari ini.

Beliau juga berkata Najib memintanya supaya tidak masuk campur urusan 1MDB.

Husni berkata ketika berjumpa bekas perdana menteri itu pada 2009, beliau memberitahu satu kajian kebolehlaksanaan perlu dijalankan sebelum 1MDB ditubuhkan. Kajian ini kebiasaannya mengambil masa sepuluh tahun.

Najib katanya hanya menjawab, “Saya tahu apa yang saya buat.”

Bekas menteri kewangan itu juga berkata beliau membantah usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International Ltd. Sekali lagi dalam satu perjumpaan dengan Najib juga pada 2009, Husni memberitahu 1MDB tiada kepakaran dalam bidang minyak dan gas.

Husni mencadangkan Petronas, dan menambah 1MDB sangat baru dalam bidang tersebut dan ini akan membawa kegagalan kepada entiti itu.

Najib cuma berkata “Kamu balik. Mulai hari ini, jangan masuk campur urusan 1MDB”, kata Husni ketika disoal balas pendakwa.

Husni juga berkata beliau menyuarakan kebimbangan mengenai pinjaman RM2 bilion dari Dana Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC International yang diluluskan pada 29 Ogos 2011.

“Ada unsur kepimpinan autokratik dalam SRC International, baik perniagaan dan arahan,” katanya.

Saksi itu menambah berdasarkan skop tugasnya, proses meluluskan pinjaman itu sepatutnya melalui beliau.

“Kenapa tidak lalui saya? Itu sebabnya saya kata saya ini macam peon apabila keputusan dibuat,” kata Husni di mahkamah hari ini.  – 6 Ogos, 2019.


MAKIN JELAS

NAJIB AKAN

MASUK PENJARA

KEBERAHIAN ANWAR IBRAHIM DAN VIDEO ITU






KEBERAHIAN ANWAR 

DAN VIDEO ITU
Video lelaki yang memanggil dirinya Haziq Aziz diatas katil dengan jantan yang dikatakan bernama Azmin Ali itu bukan watikah. Watikah memberi makna surat tauliah atau surat kuasa. Justeru video Haziq bukan surat watikah, bukan  surat tauliah dan bukan surat kuasa untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik  menjadi Perdana Menteri Malaysia. Amin.
Keberahian  Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri telah meluap dan melampau-lampau. Kerana ini ada puak yang menganggap dengan terpancut keluar video Haziq maka inilah watikah untuk Anwar Ibrahim. Watikah resmi untuk menobatkan Anwar sebagai pengganti Mahathir.  Salah. Ini bukan pandangan songsang. Ini pandangan salah.
Biar saya jelaskan kenapa video Haziq ini bukan watikah.
Video ini bukan watikah bukan kerana lakonan  Haziq yang kaku.  Atau cara sondolan Haziq  tidak memberahikan. Tidak.   Juga bukan kerana klip  video ini tidak erotic – membosankan dan hinggakan dinobatkan ke dalam  genre ‘ pinoy gay’  sebagai klip ‘potong stim’.
Video Haziq bukan watikah bukan kerana klip ini boleh ditafsirkan sebagai  menghina babak ranjang dua lelaki. Atau kerana video ini tidak  berjaya menggambarkan  gelora ranjang demi membuktikan hubungan cinta kaseh sayang yang telah terjalin bertahun-tahun.  Haziq mengakui yang dia telah mengenali Azmin lebih dari 4 tahun. Tapi hanya ada peluang bersontot sebanyak empat kali.
Empat kali sekatil  dalam empat tahun ini pengakuan Haziq. Ini fakta sedih. Cinta terhalang. Lebih sedih dari cinta  Uda  dan Dara. Lebih berair mata dari cinta Trajedi Oktober tulisan Yusof Haslam. Lebih trajik dari kesah cinta Ali dan Nino garapan Kurban Said.
Tapi untuk pasangan biasa yang lama tak berjumpa jika  ada peluang  sekatil pastilah bergoncang katil dan terkoyak rabak tilam dan bantal. Sebagai tanda gelora kasih terpisah yang jarang bertemu. Mata bukan  liar meraba-raba stesen Astro tetapi memandang Sang Anu. Memandang  tepat pada pedang yang tercacak.
Seharusnya Haziq dilihat sebagai saorang matador yang mahu menundudukan saekor lembu jantan yang ganas. Tapi ini gagal digambarkan.   Dua jantan dalam video ini seolah -olah  telah tertelan pil tidor atau terhisap hashih dari Mazari Sharif Afghanistan. Kah kah kah.
Lupakan bagaimana teknik pencahayaan gagal sehinggakan Hamid Bador terpaksa membuat kenyataan resmi. Menurut Ketua Polis Negara pihak penyelidik telah gagal untuk mengenal pasti  siapa watak utama dalam video ini. Pada hemat saya jika pencahayaan baik mungkin ada peluang untuk polis dan juga kita semua dapat mengenal siapakah sosok dalam video tersebut.
Kalau pencahayaan video itu dibuat dengan teliti pasti tidak perlu si Haziq duduk di kerusi kayu Maharaja China untuk membuat pengakuan. Brad Pitt tidak perlu membuat satu klip video ‘ …. I am the actor Brad Pitt in the film Fight Club…’ Tak pernah - tak perlu dan mustahil  pekara ini akan berlaku di Holywood.
Video kedua pengakuan Haziq selama   33 saat  muncul sehari sesudah video pertama tersebar.  Ini pengakuan bersumpah Haziq yang duduk diatas kerusi kayu Maharaja China. Klip ini  akan diingati dalam sejarah  YouTube Malaysia  sebagai  klip Bangang bin Bodoh.
Haziq  yang sado  dengan  bangganya   membuka  mulut mengaku bahawa dirinya adalah sosok yang diranjang bersama jantan yang dikatakan bernama Azmin Ali. Selesai sahaja ayat pengakuan bersumpah ini -   Si Haziq  terus  mendesak  agar SPRM menyiasat  kes rasuah Azmin Ali. Kemudian si Haziq membuat rumusan  bahawa  Azmin ini tidak layak untuk menjadi pemimpin. Kah kah kah.
Apa sangkut paut bersemburit dengan  tugas kerja SPRM. Apakah satelah mengulum pisang Azmin maka Haziq  berpendapat bahawa Azmin Ali tidak layak untuk menjadi pemimpin. Apa hubungan pisang Azmin dengan keupayan  menjadi pemimpin. Apakah pisang milik Azmin lembik dan pahit. Atau pisang Azmin pedas maka Haziq merasa kecewa lalu mahu membuat laporan kepada SPRM.
Apakah Latifah Koya a.k.a Kat Lat  Pengarah SPRM yang baru dilantik akan tertarik dengan kes mulut Haziq yang terkena lada akibat dari menghisap pisang Azmin. Hairan bin Takjub. Pelik anak lelaki Melik. Amin.
Sampai dunia kiamat  dan selagi YouTube wujud klip ini akan menjadi bahan ilmu. Menjadi contoh untuk dijadikan sempadan agar tidak ada lagi penulis skrip yang akan menulis skrip sademikan. Melainkan… melainkan apa?
Melainkan sang penulis mahu menulis skrip untuk menggarap filem surreal saperti filem surreal tersohor – Un Chien Andalou – Anjing Andalusia.  Filem surreal ini adalah  garapan Louise Bunuel dan Salvador Dali. Saya ulangi – filem ini garapan pelukis surreal Salvador Dali . Pelukis ini  tidak ada sangkut paut  dan tidak ada  bau bau bacang  dengan Salvador Wafa setiausaha politik Anwar Ibrahim yang baru dibebaskan dari lokap. 
Hakikatnya -  amat jelas anggapan  video Haziq sebagai  watikah  untuk  Anwar menjadi PM telah bocor  meleset.  Bila watikah  yang digarap gagal maka apa saterusnya.
Jeng jeng jeng.
Sabenarnya keberahian Anwar Ibrahimlah yang menjadi  latar belakang terpancutnya video Haziq. Video ini adalah sebahagian dari projek untuk menobatkan Datuk Sri Anwar Ibrahim sebagai Pedana Menteri. Justeru video Haziq ini boleh ditafsirkan sebagai satu projek khas untuk mentuntaskan keberahian Anwar Ibrahim. Khalas.
Sebelum berlabon panjang ada beberapa pekara yang wajib saya jelaskan. Pekara ini wajib saya terangkan sebagai fakta hitam puteh dalam tulisan ini.
Adalah benar lagi tepat bahawa ketika Pakatan Harapan berkempen dalam PRU 14 dahulu ada dinyatakan dalam ceramah : Mahathir dicadangkan sebagai Pedana Menteri, Dr. Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menunggu.
Kempen PRU 14 - Jelajah Harapan - bermula   pada 25 Febuari 2018 di Alor  Gajah Melaka dan berakhir pada 4 Mei juga  di Melaka. Disetiap ceramah  Jelajah Harapan pasti ada  seorang penceramah  atau lebih dari seoarang  yang akan mengeluarkan pekara siapa akan menjadi Perdana Menteri dan siapa timbalan.
Hanya  Mahathir dan Wan Azizah sahaja yang  tidak pernah bersuara tentang pekara ini dalam Jelajah Pakatan. Jadi lawak jika Mahathir atau Wan Azizah akan berkata ‘… Sayalah Mahathir bakal Perdana Menteri.. atau .. Saya  Wan Azizh  bakal Timbalan Perdana Menteri… undilah Pakatan Harapan…’  Ini tidak terjadi.
Pada 6 April 2018 Jelajah Harapan sampai ke Pasir Gudang Johor. Pada malam ini  logo bersama – telah diumumkan secara resmi.  Pakatan Harapan akan menggunakan hanya satu logo – lambang Parti Keadilan Rakyat.  Gedebe-gedebe Pakatan ramai yang hadir di Pasir Gudang.
Dan pada malam bersejarah ini Mat Sabu secara resmi telah mengumumkan Mahathir dan Wan Azizah sebagai pucuk pimpinan kerajaan Pakatan Harapan. Jika Pakatan menang PRU14 maka  Anwar  yang masih dalam penjara kerana kesalahan meliwat Saiful Bukhari  akan  dicadangkan untuk diberi pengamponan. Dalam kempen PRU14 Anwar dihebohkan sebagai  Perdana Menteri menunggu. Amin.
Apa makna ucapan ini?  Apa makna Mahathir dicalonkan untuk menjadi Perdana Menteri sekali  lagi? Apa makna Wan Azizah menjadi Timbalan Perdana Menteri?
Hakikatnya - isi ucapan ini adalah  kempen untuk mengolah persetujuan orang ramai. Jelajah Harapan bertujuan  untuk mendapatkan  undi orang ramai. Kempen untuk memperlihatkan bahawa Pakatan Harapan memiliki calon Perdana Menteri dan calon Timbalan Perdana Menteri.
Jelajah Harapan  mewujudkan persepsi kepada bakal pengundi bahawa Pakatan Harapan  yang baru bergabung adalah gabungan mantap. Pakatan Harapan adalah  pengganti Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib seorang pencuri.
Berkempen ialah bekerja untuk  mengolah persetujuan. Isi kempen inilah yang akan menjaya atau menggagal pengolahan. Anak semua bangsa  - bangsa semua agama  di Malaysia mahu tahu siapa yang akan meneraju kerajaan baru jika  Pakatan Harapan  menang. Justeru nama Mahathir dikedepankan.
Hasil pengolahan ini berjaya. Pada 9 Mei 2018 – Pakatan Harapan mendapat sokongan rakyat. Pada malam 9 Mei 2018 pucuk pimpinan Pakatan Harapan telah pergi ke Istana Negara. Tujuan – untuk menubuhkan kerajaan baru di bawah  Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Mahathir Muahamad.
Jeng jeng jeng.
Apa terjadi?  Saya telah menulis Panjang lebar tentang projek sailing Mat Songel. Bagaimana wujudnya satu perancangan licik untuk membatalkan pelantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri pada malam 9 Mei 2018.
Ini bukan dongeng. Ini bukan penglipur lara dari Hishamuddin Rais. Fakta demi fakta  sudah muncul untuk mengabsahkan apa yang saya  tulis.
Tulisan  saya  kali ini   sadikit sebanyak pasti telah berjaya memberi pencerahan  terhadap makna, tanda dan   latar belakang video Haziq.
Tapi saya masih gagal memberi jawapan kepada soalan  kurun ini – soalan hot hot hot. Soalan penyelamat nyawa. Soalan ini  pernah ditanyakan kepada Hishamuddin Rais oleh Ketua Pengarang majalah Time edisi Asia – Tuan John Colmey pada tahun 1997.
‘ Mister Rais… will Anwar Ibrahim be the next Prime Minister of Malaysia…’ 
Terjemahan – ‘ Inche Rais … apakah Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia…’
Pada tahun 1998 – saya langsung  tidak marah apabila si Mat Salleh ini telah menggunakan nama arwah saya  untuk memanggil saya. Ini budaya Eropah. Pengarang majalah Time ini amat yakin yang Anwar akan menjadi  Perdana Menteri. Pembacaan politik agak rendah pada ketika itu. Ini kerana saya baru sahaja pulang dari 20 tahun berkelana. Tapi bacaaan politik saya tepat.  Pada tahun 1997 lagi saya  berpendapat Anwar akan diketepikan dan tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.  Konsep Perdana Menteri menunggu belum wujud lagi pada ketika itu.
Semenjak 9 Mei 2018 pertanyan apakah Awar akan menjadi PM terus berkumandang. Malah keberahian Anwar hendak menjadi PM  terus menimbulkan  pertanyan yang sama dari anak semua bangsa.
Keberahian Anwar ini telah mewujudkakan hukum politik. Hukum politik yang muncul dari keberahian Anwar ialah – semakin kuat keberahian Anwar hendak menjadi Perdana Menteri semakin menyampah orang ramai melihat Anwar. Hukum ini sedang berjalan.
Tapi soalan kepada Hishamuddin Rais  apakah Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri masih belum dijawab. Sila tunggu minggu hadapan. (TT)








----------