KEBERAHIAN
ANWAR
DAN VIDEO ITU
Video lelaki
yang memanggil dirinya Haziq Aziz diatas katil dengan jantan yang dikatakan bernama
Azmin Ali itu bukan watikah. Watikah memberi
makna surat tauliah atau surat kuasa. Justeru video Haziq bukan surat watikah,
bukan surat tauliah dan bukan surat
kuasa untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim
dilantik menjadi Perdana Menteri
Malaysia. Amin.
Keberahian
Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana
Menteri telah meluap dan melampau-lampau. Kerana ini ada puak yang menganggap dengan
terpancut keluar video Haziq maka inilah watikah untuk Anwar Ibrahim. Watikah
resmi untuk menobatkan Anwar sebagai pengganti Mahathir. Salah. Ini bukan pandangan songsang. Ini
pandangan salah.
Biar
saya jelaskan kenapa video Haziq ini bukan watikah.
Video
ini bukan watikah bukan kerana lakonan Haziq yang kaku. Atau cara sondolan Haziq tidak memberahikan. Tidak. Juga bukan kerana klip video ini tidak erotic – membosankan dan hinggakan
dinobatkan ke dalam genre ‘ pinoy gay’ sebagai klip ‘potong stim’.
Video
Haziq bukan watikah bukan kerana klip ini boleh ditafsirkan sebagai menghina babak ranjang dua lelaki. Atau kerana
video ini tidak berjaya menggambarkan gelora ranjang demi membuktikan hubungan cinta kaseh sayang yang telah
terjalin bertahun-tahun. Haziq mengakui yang
dia telah mengenali Azmin lebih dari 4 tahun. Tapi hanya ada peluang bersontot
sebanyak empat kali.
Empat
kali sekatil dalam empat tahun ini
pengakuan Haziq. Ini fakta sedih. Cinta terhalang. Lebih sedih dari cinta Uda dan
Dara. Lebih berair mata dari cinta Trajedi Oktober tulisan Yusof Haslam. Lebih
trajik dari kesah cinta Ali dan Nino garapan Kurban Said.
Tapi untuk
pasangan biasa yang lama tak berjumpa jika ada peluang sekatil pastilah bergoncang katil dan terkoyak
rabak tilam dan bantal. Sebagai tanda gelora
kasih terpisah yang jarang bertemu. Mata bukan liar meraba-raba stesen Astro tetapi memandang
Sang Anu. Memandang tepat pada pedang yang
tercacak.
Seharusnya
Haziq dilihat sebagai saorang matador yang mahu menundudukan saekor lembu jantan
yang ganas. Tapi ini gagal digambarkan.
Dua jantan dalam video ini seolah -olah telah tertelan pil tidor atau terhisap hashih
dari Mazari Sharif Afghanistan. Kah kah kah.
Lupakan
bagaimana teknik pencahayaan gagal sehinggakan Hamid Bador terpaksa membuat
kenyataan resmi. Menurut Ketua Polis Negara pihak penyelidik telah gagal untuk
mengenal pasti siapa watak utama dalam
video ini. Pada hemat saya jika pencahayaan baik mungkin ada peluang untuk
polis dan juga kita semua dapat mengenal siapakah sosok dalam video tersebut.
Kalau pencahayaan
video itu dibuat dengan teliti pasti tidak perlu si Haziq duduk di kerusi kayu Maharaja
China untuk membuat pengakuan. Brad Pitt tidak perlu membuat satu klip video ‘ ….
I am the actor Brad Pitt in the film Fight Club…’ Tak pernah - tak perlu dan
mustahil pekara ini akan berlaku di
Holywood.
Video
kedua pengakuan Haziq selama 33 saat muncul sehari sesudah video pertama tersebar. Ini pengakuan bersumpah Haziq yang duduk diatas
kerusi kayu Maharaja China. Klip ini akan diingati dalam sejarah YouTube Malaysia sebagai klip Bangang bin Bodoh.
Haziq yang sado dengan bangganya membuka
mulut mengaku bahawa dirinya adalah sosok yang diranjang bersama jantan
yang dikatakan bernama Azmin Ali. Selesai
sahaja ayat pengakuan bersumpah ini - Si Haziq terus
mendesak agar SPRM menyiasat kes rasuah Azmin Ali. Kemudian si Haziq membuat
rumusan bahawa Azmin ini tidak layak untuk menjadi pemimpin.
Kah kah kah.
Apa
sangkut paut bersemburit dengan tugas
kerja SPRM. Apakah satelah mengulum pisang Azmin maka Haziq berpendapat bahawa Azmin Ali tidak layak
untuk menjadi pemimpin. Apa hubungan pisang Azmin dengan keupayan menjadi pemimpin. Apakah pisang milik Azmin lembik
dan pahit. Atau pisang Azmin pedas maka Haziq merasa kecewa lalu mahu membuat
laporan kepada SPRM.
Apakah
Latifah Koya a.k.a Kat Lat Pengarah SPRM
yang baru dilantik akan tertarik dengan kes
mulut Haziq yang terkena lada akibat dari menghisap pisang Azmin. Hairan bin
Takjub. Pelik anak lelaki Melik. Amin.
Sampai dunia
kiamat dan selagi YouTube wujud klip ini
akan menjadi bahan ilmu. Menjadi contoh untuk dijadikan sempadan agar tidak ada
lagi penulis skrip yang akan menulis skrip sademikan. Melainkan… melainkan apa?
Melainkan
sang penulis mahu menulis skrip untuk menggarap filem surreal saperti filem surreal
tersohor – Un Chien Andalou – Anjing Andalusia. Filem surreal ini adalah garapan Louise Bunuel dan Salvador Dali. Saya
ulangi – filem ini garapan pelukis surreal Salvador Dali . Pelukis ini tidak ada sangkut paut dan tidak ada bau bau bacang dengan Salvador Wafa setiausaha politik Anwar Ibrahim yang baru
dibebaskan dari lokap.
Hakikatnya
- amat jelas anggapan video Haziq sebagai watikah untuk Anwar menjadi PM telah bocor meleset. Bila watikah yang digarap gagal maka apa saterusnya.
Jeng
jeng jeng.
Sabenarnya
keberahian Anwar Ibrahimlah yang menjadi latar belakang terpancutnya video Haziq. Video
ini adalah sebahagian dari projek untuk menobatkan Datuk Sri Anwar Ibrahim
sebagai Pedana Menteri. Justeru video Haziq ini boleh ditafsirkan sebagai satu projek
khas untuk mentuntaskan keberahian Anwar Ibrahim. Khalas.
Sebelum
berlabon panjang ada beberapa pekara yang wajib saya jelaskan. Pekara ini wajib
saya terangkan sebagai fakta hitam puteh dalam tulisan ini.
Adalah
benar lagi tepat bahawa ketika Pakatan Harapan berkempen dalam PRU 14 dahulu
ada dinyatakan dalam ceramah : Mahathir dicadangkan sebagai Pedana Menteri, Dr.
Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim sebagai Perdana
Menteri menunggu.
Kempen PRU
14 - Jelajah Harapan - bermula pada 25 Febuari 2018 di Alor Gajah Melaka dan berakhir pada 4 Mei juga di Melaka. Disetiap ceramah Jelajah Harapan pasti ada seorang penceramah atau lebih dari seoarang yang akan mengeluarkan pekara siapa akan menjadi
Perdana Menteri dan siapa timbalan.
Hanya Mahathir dan Wan Azizah sahaja yang tidak pernah bersuara tentang pekara ini dalam
Jelajah Pakatan. Jadi lawak jika Mahathir atau Wan Azizah akan berkata ‘… Sayalah
Mahathir bakal Perdana Menteri.. atau .. Saya Wan Azizh bakal Timbalan Perdana Menteri… undilah
Pakatan Harapan…’ Ini tidak terjadi.
Pada 6
April 2018 Jelajah Harapan sampai ke Pasir Gudang Johor. Pada malam ini logo bersama – telah diumumkan secara resmi. Pakatan Harapan akan menggunakan hanya satu
logo – lambang Parti Keadilan Rakyat. Gedebe-gedebe
Pakatan ramai yang hadir di Pasir Gudang.
Dan pada
malam bersejarah ini Mat Sabu secara resmi telah mengumumkan Mahathir dan Wan
Azizah sebagai pucuk pimpinan kerajaan Pakatan Harapan. Jika Pakatan menang PRU14 maka Anwar yang masih
dalam penjara kerana kesalahan meliwat Saiful Bukhari akan dicadangkan untuk diberi pengamponan. Dalam
kempen PRU14 Anwar dihebohkan sebagai Perdana
Menteri menunggu. Amin.
Apa makna
ucapan ini? Apa makna Mahathir dicalonkan
untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi? Apa makna Wan Azizah menjadi Timbalan
Perdana Menteri?
Hakikatnya
- isi ucapan ini adalah kempen untuk mengolah
persetujuan orang ramai. Jelajah Harapan bertujuan untuk mendapatkan undi orang ramai. Kempen untuk memperlihatkan
bahawa Pakatan Harapan memiliki calon Perdana Menteri dan calon Timbalan Perdana
Menteri.
Jelajah
Harapan mewujudkan persepsi kepada bakal
pengundi bahawa Pakatan Harapan yang
baru bergabung adalah gabungan mantap. Pakatan Harapan adalah pengganti Barisan Nasional yang dipimpin oleh
Najib seorang pencuri.
Berkempen
ialah bekerja untuk mengolah persetujuan.
Isi kempen inilah yang akan menjaya atau
menggagal pengolahan. Anak semua bangsa -
bangsa semua agama di Malaysia mahu tahu
siapa yang akan meneraju kerajaan baru jika
Pakatan Harapan menang. Justeru
nama Mahathir dikedepankan.
Hasil
pengolahan ini berjaya. Pada 9 Mei 2018 – Pakatan Harapan mendapat sokongan
rakyat. Pada malam 9 Mei 2018 pucuk pimpinan Pakatan Harapan telah pergi ke
Istana Negara. Tujuan – untuk menubuhkan kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Mahathir
Muahamad.
Jeng
jeng jeng.
Apa
terjadi? Saya telah menulis Panjang lebar
tentang projek sailing Mat Songel. Bagaimana wujudnya satu perancangan licik untuk
membatalkan pelantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri pada malam 9 Mei 2018.
Ini
bukan dongeng. Ini bukan penglipur lara dari Hishamuddin Rais. Fakta demi fakta
sudah muncul untuk mengabsahkan apa yang
saya tulis.
Tulisan
saya kali ini sadikit
sebanyak pasti telah berjaya memberi pencerahan terhadap makna, tanda dan latar
belakang video Haziq.
Tapi
saya masih gagal memberi jawapan kepada soalan kurun ini – soalan hot hot hot. Soalan
penyelamat nyawa. Soalan ini pernah
ditanyakan kepada Hishamuddin Rais oleh
Ketua Pengarang majalah Time edisi Asia – Tuan John Colmey pada tahun 1997.
‘
Mister Rais… will Anwar Ibrahim be the next Prime Minister of Malaysia…’
Terjemahan
– ‘ Inche Rais … apakah Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia…’
Pada
tahun 1998 – saya langsung tidak marah
apabila si Mat Salleh ini telah menggunakan nama arwah saya untuk memanggil saya. Ini budaya Eropah. Pengarang
majalah Time ini amat yakin yang Anwar akan menjadi Perdana Menteri. Pembacaan politik agak rendah
pada ketika itu. Ini kerana saya baru sahaja pulang dari 20 tahun berkelana.
Tapi bacaaan politik saya tepat. Pada
tahun 1997 lagi saya berpendapat Anwar
akan diketepikan dan tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Konsep Perdana Menteri menunggu belum wujud
lagi pada ketika itu.
Semenjak
9 Mei 2018 pertanyan apakah Awar akan menjadi PM terus berkumandang. Malah keberahian
Anwar hendak menjadi PM terus menimbulkan pertanyan yang sama dari anak semua bangsa.
Keberahian
Anwar ini telah mewujudkakan hukum politik. Hukum politik yang muncul dari
keberahian Anwar ialah – semakin kuat keberahian Anwar hendak menjadi Perdana
Menteri semakin menyampah orang ramai
melihat Anwar. Hukum ini sedang berjalan.
Tapi soalan
kepada Hishamuddin Rais apakah Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri
masih belum dijawab. Sila tunggu minggu hadapan. (TT)
----------