INI PEKARA
BOLEH BERES
DENGAN TUNTAS
GUNAKAN
BOUNTY HUNTER
UPAH UNTUK
TANGKAP
PENDATANG
HARAM
Imigresen buru puluhan ribu pendatang asing degil
JABATAN Imigresen Malaysia kini memburu pendatang tanpa izin yang masih berada dalam negara selepas program pengampunan Back For Good (B4G) tamat pada 31 Disember lalu.
Mereka menyasarkan tangkapan kira-kira 70,000 pendatang tanpa izin yang gagal memanfaatkan program pengampunan itu, kata ketua pengarahnya Khairul Dzaimee Daud.
“Program B4G tamat pada 31 Disember lalu dengan jumlah 190,471 pendatang tanpa izin mendaftar untuk pulang secara sukarela.
“Namun, kesempatan ini tidak diambil sepenuhnya oleh mereka dan segelintir majikan yang masih berdegil. Oleh itu, mereka bakal berdepan dengan tindakan undang-undang jika dikesan dalam operasi,” katanya.
Menurut jabatan itu, lebih 1,800 warga asing diperiksa di seluruh negara dalam tempoh 24 jam pertama sebaik tempoh itu tamat.
Menurut Khairul, majikan yang dikesan menggaji pendatang asing tanpa izin boleh diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Selain itu, majikan juga boleh didakwa mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010) (ATIPSOM) jika terdapat elemen paksaan atau eksploitasi.
“Kami berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pendatang tanpa izin supaya tampil menyalurkan maklumat supaya tindakan lanjut boleh diambil,” katanya.
Program yang bermula pada Ogos itu merupakan program terakhir yang ditawarkan agar pendatang asing tanpa dokumen pulang ke negara asal tanpa tidak dikenakan tindakan undang-undang berat.
Mereka yang mahu menyertai program ini cuma perlu mendapatkan surat sokongan daripada kedutaan masing-masing dan mendapatkan pas khas dari imigresen untuk keluar dari Malaysia.
Untuk layak menyertai program ini, pemohon perlu membeli tiket kapal terbang pulang ke negara mereka dan membayar denda RM700.
Nama mereka turut disenaraihitamkan oleh kerajaan bagi memastikan mereka tidak kembali ke Malaysia.
Satu lagi program pengampunan yang dijalankan pada 2014 berjaya membawa pulang seramai 840,000 pendatang dan mengutip denda berjumlah kira-kira RM400 juta. – 11 Januari, 2020.
MANA BUJET?
JANGAN RISAU
DENDA 700RM
BAGI 300RM
UNTUK PEMBURU
KHALAS
DALAM MASA
ENAM BULAN
SEMUA DITANGKAP
SAPA TAKDA KERJA
BOLEH BUAT
KERJA CARI
BANGLA
KAH KAH KAH
-------------
Pemburu tangkap Bangla serah pada Tok Polis ..dapat 3OO bahagi 3, sekor 1OO. Bangla ni dah 10 kali terlepas dan ditangkap balik ..itu baru satu Bangla. Lu tak picaya Lu tanya Haji Zahid Totok ..dia nak bawak masyuk 1.5juta Bangla ..Lu kira sindri.
BalasPadam