Sabtu, 11 Januari 2020

SEMUA FITNAH



SEMUA FITNAH

MUSTAHIL

PEMIMPIM ISLAM

BERBOHONG

Najib berbohong tentang hadiah untuk isteri bekas PM Qatar, kata pendakwa raya


PIHAK pendakwa raya kes perbicaraan SRC International menuduh Najib Razak berbohong tentang pembelian hadiah berjumlah RM3.3 juta untuk isteri bekas perdana menteri Qatar.

Pembelian hadiah itu dibuat menerusi kad kredit Najib di firma barangan kemas De Grisogono di Itali pada 8 Ogos 2014.

Hadiah tersebut merupakan satu set 10 barangan termasuk sebuah jam tangan, yang dibeli dengan harga €763,500.00 (RM3.28 juta mengikut kadar wang pada ketika itu).

Semasa sesi soal balas dengan timbalan pendakwa raya  V. Sithambaram, Najib merujuk sepucuk surat penghargaan dari Noor Abdulaziz Abdulla Turki Al-Subaie iaitu isterik kepada Shaikh Hamad Jassim Jabr Al Thani yang merupakan perdana menteri Qatar ketika itu.

Surat bertarikh 15 Ogos 2014 itu ditujukan kepada isteri Najib, Rosmah Mansor.

Sithambaram: Hadiah ini dibeli dari sebuah kedai?

Najib: Saya bayarnya menggunakan kad kredit tetapi saya meminta isteri saya untuk membelinya.

Sithambaram: Datuk Seri, adakah ini bukti yang anda bertemu secara tidak sengaja dengan Shaikh Ahmad dan isterinya di Sardinia? 

Najib: Saya tahu beliau akan berada di sana dan ada perbualan mengenainya. Kami merasakan beliau akan berada di sana kerana kami selalu inginkan untuk meluangkan masa bersama.

Sithambaram:  Adakah hadiah ini diberikan sendiri oleh anda atau isteri anda kepada isteri Shaikh Hamad di Sardinia?

Najib: Mungkin salah seorang pegawai protokol.

Sithambaram menjelaskan bahawa Najib dan Shaikh Ahmad bercuti di Sardinia. Pendakwa raya itu juga memberitahu mahkamah bahawa terdapat tranksaksi ditolak kerana melebih had kad kredit.

Surat penghargaan dari isteri Shaikh Ahmad kemudiannya dikeluarkan oleh Sithambaram. 

Sithambaram: Anda mendakwa ini adalah surat pengakuan?

Najib: Ya.

Sithambaram: Kamu akan memanggil saksi untuk mengesahkan hadiah ini diberikan kepada isteri Shaikh Ahmad?

Najib: Kami akan menelitinya.  – 9 Januari 2020


INI SEMUA

KONSPIRASI

PENDAKWA

ORANG INDIA

ENTAH ENTAH

AHLI MIC

SENGAJA NAK

HINA NAJIB

PEMIMPIN ISLAM

TOKOK MELAYU

YANG WARAK

LAGI JUJUR
KAH KAH KAH

-------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan