HUJAN
KETIKA MENULIS INI
JAM 3.59 PETANG
GURUH BERTENDUM
ANGIN KUAT BERTIUB
TANDA HUJAN LEBAT
AKAN SAMPAI
TELAH 4 HARI TAK HUJAN
PETANG INI IANYA DATANG
SELAMAT DATANG HUJAN
BASAHILAH
KUALA LUMPUR
LEPAS HUJAN
GUA NAK TABUR
BIJI LABU
GUA NAK TABUR
BIJI AVOKADO
DAH ADA GUA SIMPAN
DI BELUKARR
SEBELAH FLET
DURIAN GUA DAH TUMBUH
LIMA BATANG DAH
MEMBESAR
INI SEPULUH
TAHUN DAHULU
GUA DAH BUAT KERJA
GUA JUGA DAH TANAM
10 BATANG ANAK PISANG
GUA BELI DARI
PASAR AHAD TEMERLOH
MAKIN BESAR
MAKIN SUBUR
ANAK PISANG
LEBIH 6 BULAN
GUA TANAM
GUA TAK TAHU
TENTANG AVOKADO
GUA DAH BANYAK TABUR
PASTI ADA YANG TUMBUH
GUA TAK KENAL DAUNYA
TAK SENANG NAK KENAL
MACAM ANAK DURIAN
GUA BALING BIJI BIJI
DALAM BELUKAR
LEPAS HUJAN
CARA GUA TANAM
CARA ORANG ASLI
BIJI YANG TERKUAT
BENIH TERBAIK
AKAN TUMBUH BESAR
INI SAMA DENGAN TEORI
EVOLUSI DARWIN
GUA JUGA DAH
BALING BIJI DURIAN
DI LERENG BUKIT
TEPI JALAN
JALAN LAMA KL-BENTONG
ATAS PADA
KAMPONG
ORANG ASLI GOMBAK
GUA MENABUR BENIH
HARI INI
UNTUK GENERASI AKAN
DATANG
INILAH FALSAFAH GUA
GUA BELAJAR FALSAFAH INI
DARI ARWAH
PAK SEDARA GUA
DIA ADA KERETA
PADA TAHUN 50 AN
TAK RAMAI ORANG JELEBU
MEMILIKI KERETA
SESEKALI BILA
GUA TUMPANG KERETA
GUA NAMPAK
BILA KAMI LALU
DI BUKIT TANGGA
PAK NGAH GUA AKAN
MEMBALING BIJI DURIAN
KE DALAM HUTAN BELUKAR
BAWAH BUKIT
TEPI JALAN BUKIT TANGGA
HARI INI JIKA
SESIAPA
TERJUMPA POKOK DURIAN
DI TEPI JALAN
DI JALAN BUKIT TANGGA
ITU ADALAH
POKOK DURIAN
KERJA ARWAH PAK NGAH GUA
YANG KITA SEMUA
LAKUKAN HARI INI
ADALAH UNTUK GENERASI
AKAN DATANG
KERANA
KITA SEMUA MEMINJAM
BUMI INI
DARI MEREKA
MAKA JAGALAH BUMI INI
BAIK BAIK
UNTUK ANAK CUCU CICIT
AMIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan