Khamis, 16 April 2020

HUJAN AKAN TURUN






HUJAN

KETIKA MENULIS INI
JAM 3.59 PETANG
GURUH BERTENDUM
ANGIN KUAT BERTIUB
TANDA HUJAN LEBAT
AKAN SAMPAI

TELAH 4 HARI TAK HUJAN
PETANG INI IANYA DATANG
SELAMAT DATANG HUJAN
BASAHILAH
KUALA  LUMPUR

LEPAS HUJAN
GUA NAK TABUR
BIJI LABU
GUA NAK TABUR
BIJI AVOKADO

DAH ADA GUA SIMPAN

DI BELUKARR
SEBELAH FLET 
DURIAN GUA  DAH TUMBUH 
LIMA BATANG DAH
MEMBESAR

INI SEPULUH
TAHUN DAHULU
GUA DAH BUAT KERJA

GUA  JUGA DAH TANAM 
10 BATANG ANAK PISANG
GUA BELI DARI
PASAR AHAD TEMERLOH
MAKIN BESAR
MAKIN SUBUR

ANAK PISANG 
LEBIH 6 BULAN
GUA TANAM

GUA TAK TAHU
TENTANG AVOKADO
GUA DAH BANYAK TABUR
PASTI ADA YANG TUMBUH
GUA TAK KENAL DAUNYA
TAK SENANG NAK KENAL
MACAM ANAK DURIAN

GUA BALING BIJI BIJI
DALAM BELUKAR
LEPAS HUJAN
CARA GUA TANAM
CARA  ORANG ASLI

BIJI YANG TERKUAT
BENIH TERBAIK
AKAN TUMBUH BESAR
INI SAMA DENGAN TEORI
EVOLUSI DARWIN

GUA JUGA DAH
BALING BIJI DURIAN
DI LERENG BUKIT
TEPI JALAN
JALAN LAMA KL-BENTONG
ATAS  PADA
KAMPONG 
ORANG ASLI GOMBAK


GUA MENABUR BENIH
HARI INI
UNTUK GENERASI AKAN
DATANG
INILAH FALSAFAH GUA

GUA BELAJAR FALSAFAH INI
DARI ARWAH
PAK SEDARA  GUA
DIA ADA KERETA
PADA TAHUN 50 AN 
TAK  RAMAI ORANG JELEBU
MEMILIKI KERETA

SESEKALI BILA
GUA TUMPANG KERETA
GUA NAMPAK
BILA KAMI  LALU 
DI BUKIT TANGGA
PAK NGAH GUA AKAN
MEMBALING BIJI DURIAN
KE DALAM HUTAN BELUKAR
BAWAH BUKIT
TEPI JALAN BUKIT TANGGA

HARI INI JIKA
SESIAPA
TERJUMPA  POKOK DURIAN
DI TEPI  JALAN
 DI JALAN BUKIT TANGGA
ITU ADALAH
POKOK DURIAN 
KERJA  ARWAH PAK NGAH GUA

YANG KITA SEMUA
LAKUKAN HARI INI
ADALAH UNTUK GENERASI
AKAN DATANG
KERANA 
KITA SEMUA MEMINJAM
BUMI INI
DARI MEREKA
MAKA JAGALAH BUMI INI
BAIK BAIK
UNTUK ANAK CUCU CICIT
AMIN

Tiada ulasan: