Ahad, 17 Mei 2020

MUHYIDDIN TAKUT APA?





APA  YANG  NAK  DITAKUTKAN?

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat - 15/05/2020

1.  6 hari lepas  iaitu pada 9hb Mei 2020 genap 2 tahun  Pakatan Harapan  atau PH  mengingati HARI  KEMENANGAN  RAKYAT.

2.  Tarikh  itu 2 tahun  yang lepas, buat pertama kali  dalam sejarah negara rakyat telah  menggunakan kuasa mereka menukar Kerajaan UMNO / BN  sejak Merdeka 61 tahun dahulu.

3.  Kebencian rakyat terhadap Kerajaan UMNO / BN  yang diseliputi najis rasuah dan kezaliman tidak boleh dikawal lagi, justeru  rakyat  MENOLAK mereka.

4.  Polis di bawah Khalid Bakar yang diberi gelaran Mr. Twitter ketika itu bagaikan  ROBOT, bertindak keras termasuk  menangkap dan mendakwa sesiapa saja  yang lantang menentang pemimpin - pemimpin yang terang - terang MEROMPAK  harta negara/ rakyat.

5.  Ramai Pegawai Tinggi Kerajaan seperti Peguam Negara  sama ada dipecat atau ditukarkan ke Jabatan lain.

6.   Selain Tun Mahathir yang  DIHALANG meneruskan ucapan di Majlis  'Nothing To Hide' , polis juga pernah  merakam kenyataan Tun Siti Hasmah Mohd Ali yang  ketika itu sudah pun berusia 92 tahun kerana menghadiri Perhimpunan Wanita di Kuala Lumpur membantah kenaikan harga barang dan lain - lain lagi.

7.  Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO  dibuang begitu saja  seperti sampah oleh Najib dan Majlis Tertinggi UMNO  kerana MENDEDAHKAN cerita sebenar 1MDB; begitu juga nasib yang sama  yang menimpa Shafie Apdal yang pada masa itu Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

8.  Saya sendiri bersama rakan - rakan lain seperti  Tian Chua, Hishamuddin Rais, Adam Adli dan Peguam Haris Ibrahim dicampakan ke dalam lokap Balai Polis Jinjang kerana tak puas hati dengan keputusan Pilihanraya.

9. Peristiwa RAMPASAN KUASA yang dilakukan oleh Muhyiddin dan Azmin terhadap Tun  pada 23hb Februari 2020  mengingatkan kembali peristiwa yang berlaku di Italy  di zaman The Roman Empayar kira - kira  1000 tahun  dahulu di mana Brutus dan rakan - rakan  MENIKAM  Julius Caesar sampai mati.

10.  "Et Tu Brute ?"  atau   Kau Juga Brutus ?" -  apakah soalan sama Tun terhadap  Azmin  yang dianggap  sebagai  ANAK EMAS beliau sehingga SANGGUP BERSUBAHAT  MENIKAM  DARI  BELAKANG?

11.  Jika dikaji, rampasan kuasa  itu  tidak berlaku dalam sekelip mata,  sebenarnya TELAH  DIRANCANG  lebih awal lagi dengan cermat dan teliti yang melibatkan UMNO  dan PAS  - masakan Tun pernah menyatakan beliau berbangga mempunyai sokongan hampir keseluruhan Ahli - Ahli Parlimen.

12.  Bagi mengelak diri dari dituduh, Muhyiddin, Azmin dan seorang dua lagi dari tuduhan MENIKAM  TUN  DARI  BELAKANG mereka telah  menggunakan 'orang tertentu'  sebagai  'pendinding atau alibi' seolah - olah orang inilah yang bertanggungjawab 'menjatuhkan' seorang Perdana Menteri yang mempunyai pengelaman amat luas.

13.  Sejak tertularnya rakaman suara siri 1 dan 2  mesyuarat MPT  BERSATU  yang berlangsung pada 23 dan 24hb Februari 2020 barulah RAKYAT  SEDAR siapakah SEBENARNYA  yang BERBOHONG - Tun atau Muhyiddin?

14.  Sejak Mengangkat  Sumpah  Jawatan Perdana Menteri pada 1hb Mac 2020 sehingga sekarang sebahagian rakyat masih percaya cakap - cakap KONONNYA  Muhyiddin TIDAK  BERMINAT Jawatan Perdana Menteri.

15.  Ramai juga yang bertanya :

i.  Jika tidak berminat  mengapa SANGGUP membawa  BERSATU keluar dari Pakatan Harapan  atau PH dan bergabung dengan UMNO  dan PAS  yang telah ditolak rakyat dalam Pilihanraya dahulu?

ii.  Jika benar tidak berminat mengapa tidak bawa kembali BERSATU  ke PH dan serahkan  Jawatan Perdana Menteri tersebut pada yang berhak, Tun?

iii.  Bagi MENENTUKAN  kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri  TIDAK  TERGUGAT, seramai hampir 80 Ahli Parlimen dilantik sebagai Menteri dan Timbalan, ini selain dari melantik Ahli - Ahli Parlimen dan beberapa Ketua Bahagian UMNO  dan Parti - Parti yang menyokongnya sebagai Pengurusi GLC.

NOTA :  
a ) Amerika Syarikat  yang maju dengan jumlah penduduk lebih 300 juta orang HANYA  mempunyai 18 orang Menteri sahaja.

b )  China dan India yang maju dan masing - masing  mempunyai seramai lebih 1.2 Billion rakyat HANYA diwakili tak lebih 40 orang Menteri sahaja.

c )  Jiran kita Indonesia  hanya mempunyai tak lebih 30 Menteri yang memberi khidmat kepada hampir 300 juta rakyat  yang tinggal merata 7000 pulau negara tersebut.

16.  Pada mulanya Sidang Parlimen yang sepatutnya diadakan pada pertengahan bulan Mac  telah ditangguhkan ke 18hb Mei ini atas alasan memberi ruang kepada Menteri - Menteri baru terutama  Menteri yang kurang cerdik dari  Parti Lebai menyiapkan  diri.

17.  Atas desakan Ahli - Ahli 'Pembangkang' yang sebenarnya 'Kerajaan' , Speaker telah bersetuju  membenarkan usul melanjutkan hari PERDEBATAN  daripada hanya  1 hari ke 8 hari.

18.  Atas SEBAB - SEBAB  PENTING  UNTUK RAKYAT  dan PERLU  DIBAHASKAN  maka  Usul Undi Tak Percaya Ahli Parlimen Langkawi , Tun Dr. Mahathir terhadap Muhyiddin Yassin sebagai  Perdana Menteri juga diterima untuk dimasukkan dalam aturun peraturan Mesyuarat Parlimen.

19.  Difahamkan Menteri Undang - Undang yang juga bertanggungjawab kepada hal ehwal Parlimen TELAH  memaklumkan kepada wakil PH Agenda Mesyuarat Sidang Parlimen 18 Mei ini.

20.  Tiba - tiba tanpa ambil kira penerangan  Menteri Undang - Undang kepada wakil PH, ATAS  ARAHAN  PERDANA  MENTERI, Speaker TERPAKSA   menghadkan masa Sidang Parlimen ini HANYA  bagi mendengar Titah Yang DiPertuan  Agong sahaja TANPA sebarang perbahasan sehinggalah bulan Julai akan datang.

21.  Memandangkan  berkemungkinan alasan  wabak COVID 19  ini boleh menjangkiti  mana - mana Ahli Parlimen dan mungkin  terkena pada  YDP Agong sendiri, maka  YDP Agong boleh mengeluarkan Perintah atau Arahan agar Perasmian Sidang Parlimen pada Isnin 18hb Mei ini diadakan secara 'LIVE' - YDP Agong jika perlu mengenakan Pakaian Rasmi yang lengkap dan bertitah dari Istana Negara.

22.  Adalah AMAT ANEH   Agong dan 222 Ahli Parlimen TERMASUK  Speaker dan  pegawai - pegawai Parlimen yang bertugas TERPAKSA memakai 'face mask' semasa berucap dan hadir nanti.

23.  Difahamlan hampir semua Ahli Parlimen termasuk dari Sabah dan Serawak sudah berada di Kuala Lumpur lebih awal dari 18hb Mei ini.

24.  Bayangkan jumlah kos termasuk tiket kapalterbang, hotel, makan minum dan elaun hadir mesyuarat bagi 222 orang Ahli Parlimen yang mesti  hadir lebih awal  begitu besar  sedangkan rakyat TERPAKSA  menunggu ehsan bantuan Kerajaan.

25.  Persoalannya JIKA  MUHYIDDIN  YAKIN  PUNYAI  SOKONGAN  KUAT  DI PARLIMEN, MENGAPA  BERDOLAK DALIK  TAKUT  BERHADAPAN  DENGAN  UNDI  TAK  PERCAYA ?

Wassalam
Terima Kasih.

1 ulasan:

  1. tunggulah tanggal 13 julai tahun 2020....ada 25 hari bersidang.lebih tiga minggu sidang parlimen. pagi petang siang malam pun boleh bahas.bahas sampai muntah.

    masyarakat hari ni memandang ahli politik seperti sampah. sembang kencang habuk pun tarak.lepas sembang kencang, dapat jawatan glc.kaya raya.pundekk mandekk.

    tlglah fokus kovid dulu.turunkan bantuan seperti hujan lebat.bantu semua orang miskin.

    tukar sana sini pun guna sistem kapatalis sama je lah ending dia. kaya terus kaya.miskin terus miskin.Tuhan kapitalis duit..duit ada semua boleh boss...

    pusing-pusing muka sama.pusing pusing muka tua. wtf.

    gua masih tunggu satu hari nnti lantikan GLC tidak dibenarkan lagi PM tak lebih 2 penggal.MB tak lebih dua penggal.

    kalau aku jadi PM, 15 menteri dah cukup.tak perlu timbalan menteri.buang beras.masih ingatkah,masa negara tiada menteri,amat ramai rakyat bersorak dan bersuka ria.tak ada menteri,pun okey.sebab menteri ni kalau exam PTD pun berapa kerat je lepas.kahkahkahkah....

    Bosan dengan drama.Ops lupa..masih negara dunia ketiga.ahli politik masih low class minset.

    semoga Malaysia cepat menjadi negara maju.



    BalasPadam