SOKONG
KAMI MASIH
TAKUT
Rakyat Malaysia mahu peraturan lebih ketat, kata Ismail Sabri
SEBILANGAN besar rakyat Malaysia mahu Putrajaya mengetatkan perintah kawalan pergerakan dan prosedur operasi standardnya untuk terus mengekang penyebaran Covid-19, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Berdasarkan tinjauan baru-baru ini Menteri Pertahanan itu berkata Majlis Keselamatan Negara mendapat maklum balas positif daripada individu yang mahu Putrajaya melaksanakan SOP yang ketat terutamanya semasa Hari Raya Aidilfitri.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci tinjauan berkenaan.
“Sebenarnya kita menerima maklum balas daripada orang ramai yang mahu kita mengetatkan SOP dan tidak menjadikannya santai.
“Tujuannya bagi mengelakkan penyebaran virus kepada ahli keluarga lain semasa hari raya. Itulah sebabnya kami hanya membenarkan 20 orang berada di sebuah rumah pada raya pertama dan perjalanan antara negeri tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang media hariannya hari ini. – 17 Mei, 2020.
Kahkahakahakah dah tak da org nak ulas kay TT .. tertinggal harus perdana kau... ada FB tak .. kat sana lagi best memaki
BalasPadam