Selasa, 29 September 2020

BERKHALWAT KE HARI 196

 


KHALWAT 196

HARI INI SELASA  29/9/2020
KITA MASUK KE HARI 196
BERKHALWAT

MAT KOBID  GANAS MENYERANG
BEBERAPA KLUSTER BARU  MUNCUL
KITA BELUM TAHU
APAKAH JAWAPAN PERUBATAN
TENTANG MEREKA
YANG BARU PULANG 
DARI SABAH

KEMATIAN DISELURUH DUNIA
SUDAH MELINTAS 1 JUTA
WARGA INDIA 
YANG KENA  DISERANG
TELAH MELINTAS 5 JUTA

MAKA KITA WAJIB
TERUS AKUR
DENGAN ARAHAN
AGAR MAT KOBID
DAPAT KITA ALAHKAN

PAGI INI HOKKIEN 
CERAH GUMBIRA INDAH SANTAI
MATAHARI DAH KELUAR
KUALA LUMPUR CERAH
BERSIH DARI BIASA

GUA DI SAMBUT OLEH
SIMPONI CENGKERIK
TAPI
PAGI INI JADI INDAH 
APABILA SEPASANG BANGAU
DARI SIBERIA
MELINTAS TERBANG RENDAH
SERENDAH SEBATANG POKOK KELAPA
BANGAI INI DALAM PERJALANAN
KE ARAH PANTAI DALAM

GUA TAHU FAKTA INI
KERANA DI PANTAI DALAM
ADA TASIK KUMBAHAN AIR
GUA SELALU TERNAMPAK
DI WILAYAH INI
 BANGAU MERAH JAMBU
SINGGAH  MENARIK NAFAS

BANGAU BANGAU INI
DALAM PERJALANAN
DARI SIBERIA  ATAU DARI UTARA
BILA MANA BUKAN OKTOBER
MUSIM SEJUK MULA MASUK

BANGAU BANGAU INI
TERBANG DARI UTARA
KE SELATAN
MENUJU MUSIM PANAS 
DI AUSTRALIA

ADUH !
INDAHNYA BUMI INI
CANTIKNYA ALAM INI
MENGAPAKAH KITA
ROSAKKAN ?

KEMUDIAN GUA
DILAYARI OLEH
DUA KUMPULAN PIPIT UBAN
HAMPIR 20 KE 30 EKOR
SATU DI KIRI JALAN
SATU DI KANAN JALAN
AH! 
JIKA INI BUKAN BAHAGIA
APALAH HIDUP INI
TANPA UNGGAS DAN CENGKERIK

JIKA MENCARI KETENANGAN
BUAT KURANG
BUAT APA YANG PERLU SAJA
SEBAGAI INSAN SOSIAL
KITA PERLU DUA PEKARA INI
KURANG ERTINYA LEBIH BAIK

KITA INI WUJUD DARI
APA YANG DIBERIKAN 
OLEH ALAM
BILA ALAM MEMBERIKANNYA


ADALAH INDAH 
JIKA KITA TERUS
BERSYUKUR
DALAM APA SAJA KEADAAN


CINTAILAH HIDUP INI
KERANA IANYA
KEHIDUPAN KITA

CINTAILAH APA YANG SAMPAI
CINTAILAH  APA YANG
TELAH DIANUGERAH
INI MEMBAWA HARMONI

JIKA KITA TERUS MENGINGATKAN
SEMUA YANG TERJADI
SAPERTI MANA IANYA TERJDAI
MAKA KITA TIDAK AKAN BERUBAH

WATAK KITA
MENENTUKA NASIB KITA

MASANYA IALAH
HARI INI
DETIKNYA IALAH SEKARANG
UNTUK
 ENJOY DE MENJOY 
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

1 ulasan:

  1. cakap berdegau2.. cara hidup & cara berfikir menolak fitrah alam

    BalasPadam