HARI INI SELASA 29/9/2020
KITA MASUK KE HARI 196
BERKHALWAT
KITA MASUK KE HARI 196
BERKHALWAT
MAT KOBID GANAS MENYERANG
BEBERAPA KLUSTER BARU MUNCUL
KITA BELUM TAHU
APAKAH JAWAPAN PERUBATAN
TENTANG MEREKA
YANG BARU PULANG
DARI SABAH
KEMATIAN DISELURUH DUNIA
SUDAH MELINTAS 1 JUTA
WARGA INDIA
YANG KENA DISERANG
TELAH MELINTAS 5 JUTA
MAKA KITA WAJIB
TERUS AKUR
DENGAN ARAHAN
AGAR MAT KOBID
DAPAT KITA ALAHKAN
PAGI INI HOKKIEN
CERAH GUMBIRA INDAH SANTAI
MATAHARI DAH KELUAR
KUALA LUMPUR CERAH
BERSIH DARI BIASA
GUA DI SAMBUT OLEH
SIMPONI CENGKERIK
TAPI
PAGI INI JADI INDAH
APABILA SEPASANG BANGAU
DARI SIBERIA
MELINTAS TERBANG RENDAH
SERENDAH SEBATANG POKOK KELAPA
BANGAI INI DALAM PERJALANAN
KE ARAH PANTAI DALAM
GUA TAHU FAKTA INI
KERANA DI PANTAI DALAM
ADA TASIK KUMBAHAN AIR
GUA SELALU TERNAMPAK
DI WILAYAH INI
BANGAU MERAH JAMBU
SINGGAH MENARIK NAFAS
BANGAU BANGAU INI
DALAM PERJALANAN
DARI SIBERIA ATAU DARI UTARA
BILA MANA BUKAN OKTOBER
MUSIM SEJUK MULA MASUK
BANGAU BANGAU INI
TERBANG DARI UTARA
KE SELATAN
MENUJU MUSIM PANAS
DI AUSTRALIA
ADUH !
INDAHNYA BUMI INI
CANTIKNYA ALAM INI
MENGAPAKAH KITA
ROSAKKAN ?
KEMUDIAN GUA
DILAYARI OLEH
DUA KUMPULAN PIPIT UBAN
HAMPIR 20 KE 30 EKOR
SATU DI KIRI JALAN
SATU DI KANAN JALAN
AH!
JIKA INI BUKAN BAHAGIA
APALAH HIDUP INI
TANPA UNGGAS DAN CENGKERIK
JIKA MENCARI KETENANGAN
BUAT KURANG
BUAT APA YANG PERLU SAJA
SEBAGAI INSAN SOSIAL
KITA PERLU DUA PEKARA INI
KURANG ERTINYA LEBIH BAIK
KITA INI WUJUD DARI
APA YANG DIBERIKAN
OLEH ALAM
BILA ALAM MEMBERIKANNYA
ADALAH INDAH
JIKA KITA TERUS
BERSYUKUR
DALAM APA SAJA KEADAAN
CINTAILAH HIDUP INI
KERANA IANYA
KEHIDUPAN KITA
CINTAILAH APA YANG SAMPAI
CINTAILAH APA YANG
TELAH DIANUGERAH
INI MEMBAWA HARMONI
JIKA KITA TERUS MENGINGATKAN
SEMUA YANG TERJADI
SAPERTI MANA IANYA TERJDAI
MAKA KITA TIDAK AKAN BERUBAH
WATAK KITA
MENENTUKA NASIB KITA
MASANYA IALAH
HARI INI
DETIKNYA IALAH SEKARANG
UNTUK
ENJOY DE MENJOY
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
1 ulasan:
cakap berdegau2.. cara hidup & cara berfikir menolak fitrah alam
Catat Ulasan