DUIT PENGARUH
DAN KUASA
Minggu lalu saya telah menulis bagaimana para billionaire di Amerika telah mara ke hadapan untuk memberi sumbangan dana kepada calon calon Presiden yang sedang bertanding. Parti Republican dan Democrat - Donald Trump dan Joe Biden - sama sama mendapat dana dari penyokong yang kaya raya.
Saya juga telah menulis bagaimana para towkay , para cukong, ahli perniagaan yang halal dan yang haram telah juga datang memberi sokongan dana kepada parti United Malays National Organsatioan dalam Barisan Nasional. Bagitu juga para towkay dan cukong memberi sokongan kepada Parti Keadilan Rakyat dan suku sakatnya dalam Pakatan Harapan.
PKR dan DAP semenjak 2008 - satelah mendapat kuasa di Selangor dan di Pulau Pinang kelihatan sokongan moral dan material mula datang meloroh. Dari tarikh kemenangan – dua parti politik yang dahulunya parti pembangkang telah juga mula mendapat pelbagai bentuk sokongan dana. Para pemaju perumahan, pemilik kilang dan industri, towkay dan cukong dengan gumbira hati berkampong untuk menyalurkan dana kepada PKR dan DAP.
Sokongan dana ini datang dlam pelbagai bentuk. Secekai cekai mana sekali pun bentuk hadiah yang kita pernah dengar ianya masih dilihat sebagai tanda sokongan.
Sebagai contoh apabila Hari Raya China sampai maka bepuluh puluh kotak limau akan sampai ke rumah Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Bila Hari Raya Haji sampai kita terbaca dimedia cetak dan portal betapa ramai kambing dan lembu datang beratur ditepi padang berhampiran Pejabat Menteri Besar Selangor. Ada sahaja towkay kaya yang ingin bersedekah. Entah macam mana para towkay kaya ini tahu - mengkorbankan kambing dan lembu ini akan membolehkan ummah menyeberang Siratul Mustakim untuk selamat bertemu bidadari di Syurga. Amin.
Untuk parti United Malays National Organisation yang sudah kotai berkuasa tidak akan ambil peduli tentang limau , kambing atau lembu. Sokongan bentuk ini tidak lagi menjadi tarikan. Untuk parti Ketuanan Melayu hadiah limau tahun baru Cina ini hanyalah tahap habuan untuk Ketua Cawangan atau Ketua Bahagian.
Boss Ku dan gedebe besar tak ambil pot semua ini. Untuk Boss ku – mengikut istilah orang Finland - semua ini peini peruna - small potato – masuk celah gigi.
Apa yang tulis ini adalah fakta. Ini bukan kesah penglipur lara dari Hishamuddin Rais. Ini adalah ciri budaya politik undi yang telah , yang sedang dan yang akan terus berlaku di Malaysia. Amin.
Biar saya nyatakan disini hakikatnya dalam politik undi – dalam budaya politik undi – para pengundi hanyalah prop atau watak tambahan dalam pembikanan wayang yang lebih luas. Ini bukan hanya berlaku di Amerika Sarekat. Ciri pengudi sebagai watak tambahan ini wujud dalam budaya politik undi dimana sahaja ianya diguna pakai. Terutama di negara dunia ketiga saperti Malaysia.
Apa kunci dibelakang semua ini. Apa latar semua ini. Apa yang dapat kita fahami dari babak babak yang saya naratifkan disini. Perlu difahamai dengan jelas bahawa apa yang saya surahkan diatas ialah manifestasi. Kerana ianya manifesasi maka pasti ada sebab musabab yang mengakibat kelahiran manifestasi ini.
Sebab musab kunci budaya ini ialah kuasa. Latar belakang ciri budaya ini ialah kuasa. Sebab musabnya semua ini berlaku ialah kerana kuasa. Tanpa memiliki kuasa sebagai Menteri Besar Selangor tak ada siapa ambil pot untuk menghantar limau kepada Khalid Ibrahim, kambing kepada Azmin Ali atau lembu kepada Amir Shaari.
Dari mana kuasa ini datang? Kuasa ini datang dari jumlah undi yang didapati dalam proses pengundian yang dipanggil pilihanraya. Di Selangor dan di Pulau Pinang Pakatan Rakyat mendapat lebih undi berbanding dengan Barisan Nasional. Maka towkay dan cukong berbesar hati melabur untuk Pakatan Rakyat. Di Perak, Kelantan atau di Johor para towkay dan cukong datang juga melabur. Pelaburan politik akan bergerak pergi dimana ada kuasa.
Pelaburan politik ini tidak ada kesetiaan. Pelaburan setia kepada untung. Pelabur?
Melabur ialah ertinya kita melakukan sesuatu dengan harapan akan dapat menuai sesuatu pada masa hadapan. Kita melabur tenaga membanting tulang bercucuk tanam dengan harapan kita akan dapat menuai padi satu ketika nanti. Kita melabur duit dalam perniagaan dengan harapan satu ketika nanti kita akan dapat menggandakan duit pelaburan kita itu.
Melabur dibaca sebagai mencari untung. Untung rugi selalu dikaitkan dengan meniaga. Tetapi politik bukan meniaga. Politik untuk mentadbir negara bukan menjalankan perniagaan. Betul. Politik dari mata kasar bukan meniaga.
Agak lucah kalau kita anggap politik ini satu perniagaan. Tetapi hakikatnya apabila ada sosok melabur dana , memberi dana untuk satu parti politik atau untuk bakal calon YB – titik akhirnya nanti ialah menuai laba. Memberi sokongan dalam politik juga mencari keuntungan.
Justeru, tidak salah jika saya katakan bahawa budaya politik undi ini sama saperti berniaga. Para pengudi – Mak Cik, Pak Cik, Abang dan Kakak - yang memainkan watak sampingan mungkin tidak menyedari hal ini dengan jelas dan tuntas. Tetapi para billionaire, jutawan, towkay kaya dan para cukong memberi dana - melabur wang ringgit kepada parti politik samalah saperti membeli saham.
Semenjak tahun 1955 para towkay dan cukong telah melabur dana untuk United Malays National Organisation.Budaya ini bermula dibawah payung Perikatan hingga ke Barisan Nasional. Selama 60 tahun ini saham para towkay dan para cukong tidak pernah jatuh nilainya. Saban tahun mereka menuai panen. Tak putus putus laba masuk entah berapa puluh kali ganda nilai laba dari pelaburan asal.
Nama saperti Robert Kouk, Vincent Tan, Daim Zanuddin, Ananda Krishan, Lim Goh Tong, Syed Mokhtar – hanya menyebut beberapa nama towkay dan cukong yang menjadi kaya raya kerana mereka melabur dalam budaya politik undi. Selama lebih dari 60 tahun pelaburan sosok ini tidak surut surut. Malah laba terus melimpah ruah.
Pelaburan mereka telah memastikan parti yang mereka sokong akan terus berkuasa. Parti yang mereka sokong – yang mendapat dana dari mereka - akan terus menang. Melalui kelebihan undi maka kuasa akan dimiliki. Dalam kes Malaysia selama 60 tahuan kuasa dimiliki oleh United Malays Nationakl Organisation. Melalu kuasa parti Ketuanan Melayu inilah para towkay dan para cukong dapat menuai.
Apa yang dituai ialah lesen judi, tanah untuk projek perumah, tanah dalam bandar, lesen jana leterik, hutan balak, hutan bakau, lombong emas, lombong bijih, tanah ladang, tanah estate, lesen kilang, tanah ladang tebu, lessen impot beras, lesen impot kereta, membina bagunan kerajaan, projek lebuh raya, beli kapal terbang, lesen tv, lesen radio, impot senjata dan dan dan seribu satu macam jenis perniagaan – pelbagai jenis kontrek - yang dijalankan oleh syarikat milik mereka atau anak syarikat yang mereka miliki atau jaringan syarikat yang para cukong dan towkay ada memiliki kepentingan.
Jumlah ringgit, dollar dan dinar yang dilabur juga bukan kecik anak. Kita tidak tahu angka yang saheh - kita hanya mendengar desas desus – bahawa Lim Goh Tong – yang mendpat lesen judi di Bukit Genting dari Razak Husein terus setia kepada Najib Razak. Kita juga mendegar desas desus tentang betapa murahnya hari Robert Kouk kepada para politikus Ketuanan Melayu di negeri Johor.
Soalan terus timbul - betul ke towkay dan cukong memberi duit untuk parti politik. Betul ke United Malaya National Organisation mendapat duit untuk berkempen dari towkay China. Atau apakah semua ini hanya desas desus atau fitnah.
Di Malaysia banyak pekara berjalan dan bergerak dibawa meja kalau tidak dibawah tanah. Semuanya tersorok dalam gelap. Ada sadikit perbezaan dengan pemilihan Presiden di Amerika.
Dalam pemilihan Presiden Amerika walau pun bukan semuanya terang tapi lebih telus dari apa yang berlaku dalam PRU Malaysia. Warga Amerika diberitahu berapa dana yang dikumpulkan oleh Trump atau Biden. Siapa beri kepada siapa. Perbelanjan pemilihan dapat dinilai dari badan bebas . Media pro Biden akan melaporkan tentang dana Trump. Media pro Trump akan melaporkan dana yang dikumpulkan Biden. Syarikat apa skong siapa. Semua terbuka kerana perniagaan jual berita.
Dalam negara saperti Malaysia dimana kuasa politik tidak berubah ubah selama 60 tahun maka pihak yang berkuasa boleh membuat apa sahaja tanpa segan, silu atau takut. Inilah yang telah berlaku dari tahun 1955 sehinnga 9 Mei 2018.
Kuasa yang berterusan ini menjamin sokongan dana yang berterusan. Ini agak berbeza dengan budaya politk undi di Amerika atau di United Kingdom. Presiden dari democrat boleh diganti oleh Republican. Kerajaan Parti Konservatif boleh diganti oleh kerajaan parti Buruh di United Kingdom.
Persoalan hakiki masih belum terjawab. Betul ke towkay dan cukong melabor duit untuk parti politik? Atau ini hanya tohmahan dari Hishamudin Rais.
Bukan tohmahan. Dana , ringgit dan dollar masuk ke kantung parti politik sednag dibuktikan. Apakah tidak membaca kes Zahid Hamidi, kes Rosmah Mansor. Mustahil tak sedar Najib sudah dijatuhkan hukuman 12 tahun.
Apakah tidak faham apa makna semua kes ini. Tunggu pencerahn minggu hadapan.(TT)
biar lah billionaires nak menderma dan menyumbang pada ahli politik atau NGO yang mereka suka.. bilionaires juga manusia.. ada hak.. suka hati mereka lah macam mana mereka nak belanja duit... mereka pun nak juga jadi aktivis... mereka pun aktivis... setiap orang berhak untuk jadi aktivis
BalasPadamMereka juga melabor pada Hishamuddin Rais.
BalasPadamCer ceghita sikit brp banyak dapat
BalasPadamxkisah betapa hebat cukong menderma...dowg tetap dapat tuai hasil...plg hebat bosskur,awat xmasuk sg buloh lg..?hukuman dah jatuh...hahahah...ade ilmu kebal ke..?
BalasPadam