Jumaat, 11 September 2020

DUIT PENGARUH DAN KUASA





DUIT PENGARUH 


DAN KUASA


Minggu lalu saya telah menulis bagaimana para billionaire  di Amerika telah mara ke hadapan untuk memberi sumbangan dana kepada calon calon Presiden  yang sedang bertanding.  Parti Republican dan Democrat  - Donald  Trump dan Joe Biden - sama sama mendapat dana dari penyokong yang kaya raya. 

Saya juga telah menulis bagaimana para towkay , para cukong, ahli perniagaan yang  halal dan yang haram telah juga datang memberi sokongan  dana kepada parti United Malays National Organsatioan dalam Barisan Nasional. Bagitu juga  para towkay dan cukong memberi sokongan kepada  Parti Keadilan Rakyat dan suku sakatnya dalam Pakatan Harapan.

PKR dan DAP semenjak 2008 -  satelah mendapat kuasa di Selangor dan di Pulau Pinang kelihatan sokongan moral dan material   mula  datang meloroh.   Dari tarikh kemenangan  – dua parti politik yang dahulunya parti pembangkang  telah juga mula mendapat  pelbagai bentuk sokongan dana. Para pemaju perumahan,  pemilik kilang dan industri, towkay  dan cukong dengan gumbira hati berkampong untuk menyalurkan dana kepada PKR dan DAP.

Sokongan dana ini datang dlam pelbagai bentuk.  Secekai cekai mana sekali pun bentuk hadiah yang kita pernah dengar ianya  masih dilihat sebagai tanda sokongan.

Sebagai contoh apabila Hari Raya  China sampai maka  bepuluh puluh  kotak limau akan sampai ke rumah Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Bila Hari Raya Haji sampai  kita terbaca dimedia cetak dan portal  betapa ramai kambing dan lembu datang beratur ditepi padang berhampiran Pejabat Menteri Besar Selangor.  Ada sahaja towkay kaya   yang ingin bersedekah. Entah macam mana para towkay kaya ini  tahu - mengkorbankan kambing dan lembu ini akan membolehkan ummah menyeberang  Siratul Mustakim untuk selamat bertemu bidadari di Syurga. Amin.

Untuk parti United Malays National Organisation yang sudah kotai berkuasa tidak akan ambil peduli tentang  limau , kambing atau  lembu. Sokongan bentuk ini  tidak lagi menjadi tarikan.  Untuk parti Ketuanan Melayu hadiah  limau tahun baru Cina ini hanyalah  tahap habuan untuk  Ketua Cawangan atau  Ketua Bahagian.  

 Boss Ku dan gedebe besar tak ambil pot semua ini. Untuk Boss ku – mengikut istilah  orang Finland - semua ini peini peruna  - small potato – masuk celah gigi.

Apa yang tulis  ini adalah fakta. Ini  bukan kesah penglipur lara dari Hishamuddin Rais.  Ini adalah ciri  budaya politik undi yang  telah , yang sedang dan yang akan terus berlaku di Malaysia. Amin.

Biar saya nyatakan  disini hakikatnya dalam politik undi – dalam budaya politik undi – para pengundi hanyalah prop atau watak tambahan  dalam pembikanan wayang yang lebih luas.   Ini bukan hanya berlaku di Amerika Sarekat. Ciri pengudi sebagai  watak tambahan ini  wujud dalam  budaya politik undi  dimana sahaja ianya diguna pakai. Terutama di negara dunia ketiga  saperti Malaysia.

Apa kunci dibelakang semua ini. Apa latar semua ini. Apa yang dapat kita fahami dari babak babak yang saya naratifkan  disini. Perlu difahamai dengan jelas bahawa apa yang saya surahkan  diatas ialah manifestasi.   Kerana ianya manifesasi maka  pasti ada sebab musabab yang mengakibat kelahiran  manifestasi ini.

Sebab musab kunci budaya  ini ialah kuasa. Latar belakang ciri budaya ini ialah  kuasa.  Sebab musabnya  semua ini berlaku ialah kerana kuasa. Tanpa memiliki kuasa sebagai Menteri Besar Selangor tak ada siapa ambil pot untuk menghantar limau kepada Khalid Ibrahim, kambing kepada  Azmin Ali atau  lembu kepada Amir Shaari.  

Dari mana kuasa ini datang? Kuasa ini datang dari jumlah undi yang didapati dalam proses pengundian yang dipanggil pilihanraya.  Di Selangor  dan di Pulau Pinang Pakatan Rakyat mendapat lebih undi berbanding dengan Barisan Nasional. Maka towkay dan cukong berbesar hati  melabur untuk Pakatan Rakyat. Di Perak, Kelantan atau  di Johor  para towkay dan cukong datang juga melabur. Pelaburan politik akan  bergerak pergi dimana ada kuasa. 

Pelaburan politik ini tidak ada kesetiaan. Pelaburan  setia kepada untung. Pelabur?

Melabur ialah  ertinya  kita melakukan sesuatu dengan harapan akan dapat menuai sesuatu pada masa hadapan. Kita  melabur tenaga membanting tulang bercucuk tanam dengan harapan  kita akan dapat menuai padi satu ketika nanti. Kita  melabur duit dalam perniagaan dengan harapan satu ketika nanti kita akan dapat  menggandakan duit pelaburan kita itu.   

Melabur dibaca sebagai mencari untung.  Untung rugi selalu dikaitkan dengan meniaga. Tetapi politik bukan meniaga. Politik untuk mentadbir negara bukan menjalankan perniagaan. Betul. Politik dari mata kasar bukan meniaga.  

Agak lucah kalau kita anggap politik ini satu perniagaan. Tetapi hakikatnya apabila ada sosok   melabur  dana , memberi dana  untuk satu parti politik atau untuk bakal calon YB – titik akhirnya nanti ialah menuai laba.  Memberi sokongan dalam politik juga mencari   keuntungan. 

Justeru, tidak salah jika saya  katakan bahawa budaya politik undi   ini sama saperti berniaga.   Para pengudi – Mak Cik, Pak Cik,  Abang dan Kakak - yang memainkan watak sampingan mungkin tidak menyedari  hal ini dengan jelas dan tuntas. Tetapi  para billionaire, jutawan, towkay kaya dan para cukong memberi dana  - melabur wang ringgit kepada parti politik samalah saperti membeli saham.

Semenjak tahun 1955 para towkay dan cukong telah melabur dana  untuk United Malays  National Organisation.Budaya ini  bermula dibawah payung Perikatan hingga ke Barisan Nasional. Selama 60 tahun ini saham para towkay dan para cukong tidak pernah jatuh nilainya. Saban tahun  mereka menuai panen. Tak putus putus laba masuk entah berapa puluh kali ganda nilai laba dari pelaburan asal.

Nama saperti Robert  Kouk, Vincent Tan,  Daim Zanuddin, Ananda Krishan,  Lim Goh Tong,  Syed Mokhtar – hanya menyebut beberapa nama towkay dan cukong yang menjadi kaya raya kerana mereka melabur dalam budaya politik undi.  Selama lebih dari 60 tahun pelaburan sosok ini  tidak surut surut. Malah laba terus melimpah ruah.

Pelaburan mereka telah memastikan parti yang mereka sokong akan terus berkuasa. Parti yang mereka sokong – yang mendapat dana  dari mereka -  akan terus  menang. Melalui  kelebihan undi maka kuasa akan dimiliki. Dalam kes Malaysia selama 60 tahuan kuasa dimiliki oleh  United Malays Nationakl Organisation. Melalu kuasa parti Ketuanan Melayu inilah  para towkay dan para cukong dapat menuai.

Apa yang dituai ialah lesen judi, tanah untuk  projek perumah, tanah dalam bandar, lesen jana leterik,  hutan balak, hutan bakau, lombong emas, lombong bijih,  tanah ladang, tanah estate, lesen kilang, tanah  ladang tebu, lessen impot beras,  lesen impot kereta,  membina bagunan kerajaan, projek lebuh raya,  beli kapal terbang,  lesen tv, lesen radio,  impot senjata dan dan dan seribu satu macam  jenis perniagaan – pelbagai jenis kontrek -  yang dijalankan oleh syarikat milik mereka  atau anak syarikat  yang mereka miliki atau jaringan syarikat yang  para cukong dan towkay ada memiliki kepentingan.  

Tahap pelaburan mereka bukan tahap  kontrek katin sekolah. 

Jumlah ringgit, dollar dan dinar yang dilabur juga bukan kecik anak. Kita tidak tahu angka yang saheh -  kita hanya mendengar desas desus – bahawa  Lim Goh Tong – yang mendpat lesen judi di  Bukit Genting dari  Razak Husein terus setia kepada  Najib Razak.  Kita juga mendegar desas  desus tentang  betapa murahnya hari Robert Kouk kepada  para politikus  Ketuanan Melayu di negeri Johor.

Soalan terus timbul - betul ke towkay dan cukong memberi duit untuk parti politik. Betul ke United Malaya National Organisation mendapat duit untuk berkempen dari towkay China. Atau apakah semua ini hanya  desas desus atau fitnah.

Di Malaysia banyak pekara berjalan dan bergerak dibawa meja kalau tidak dibawah tanah. Semuanya tersorok dalam gelap.  Ada sadikit perbezaan dengan pemilihan Presiden di Amerika.

Dalam pemilihan Presiden  Amerika walau pun bukan semuanya terang tapi lebih telus dari apa yang berlaku  dalam PRU Malaysia.  Warga  Amerika diberitahu berapa dana yang dikumpulkan oleh Trump atau Biden. Siapa beri kepada siapa.  Perbelanjan pemilihan dapat dinilai dari badan bebas . Media pro Biden akan  melaporkan tentang dana Trump. Media pro Trump akan melaporkan dana  yang dikumpulkan Biden.  Syarikat apa skong siapa. Semua terbuka kerana  perniagaan jual berita.

Dalam negara  saperti Malaysia dimana kuasa politik tidak berubah ubah selama 60 tahun maka pihak  yang berkuasa  boleh membuat apa sahaja tanpa segan, silu atau takut.  Inilah yang telah berlaku dari tahun 1955 sehinnga 9 Mei 2018. 

Kuasa yang berterusan ini menjamin sokongan dana  yang berterusan. Ini agak berbeza   dengan budaya politk undi di Amerika atau di United Kingdom.  Presiden dari democrat boleh diganti oleh Republican. Kerajaan Parti Konservatif boleh diganti oleh kerajaan parti Buruh di United Kingdom.  

Persoalan hakiki masih belum terjawab. Betul ke towkay dan cukong melabor duit untuk parti politik?  Atau ini hanya tohmahan dari Hishamudin Rais.

Bukan tohmahan.  Dana , ringgit  dan dollar masuk ke kantung parti politik sednag dibuktikan.  Apakah tidak  membaca kes Zahid Hamidi, kes Rosmah Mansor. Mustahil tak sedar Najib sudah dijatuhkan hukuman 12 tahun.   

Apakah tidak faham apa makna semua kes ini. Tunggu pencerahn minggu hadapan.(TT)








4 ulasan:

Ketua Pengarang berkata...

biar lah billionaires nak menderma dan menyumbang pada ahli politik atau NGO yang mereka suka.. bilionaires juga manusia.. ada hak.. suka hati mereka lah macam mana mereka nak belanja duit... mereka pun nak juga jadi aktivis... mereka pun aktivis... setiap orang berhak untuk jadi aktivis

Bogbong berkata...

Mereka juga melabor pada Hishamuddin Rais.

Bogbong berkata...

Cer ceghita sikit brp banyak dapat

zAcH nEzHa berkata...

xkisah betapa hebat cukong menderma...dowg tetap dapat tuai hasil...plg hebat bosskur,awat xmasuk sg buloh lg..?hukuman dah jatuh...hahahah...ade ilmu kebal ke..?