INI CONTOH
PEMIMPIN
YANG WAJIB
DISOKONG RAKYAT
AMIN
RASIONAL JUJUR
DEMOKRATIK
AMIN
Biarkan demokrasi
berfungsi, kata Tok Mat
PUTRAJAYA patut menggunakan sistem demokratik untuk melawan pandemik Covid-19, kata Mohamad Hasan ketika Kerajaan Persekutuan sedang menunggu kata putus dari Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan perintah darurat di negara ini.
Timbalan Presiden Umno itu berkata pandemik ini hanya boleh diatasi dengan pendekatan saintifik, pemulihan ekonomi dan mengikuti peruntukan Perlembagaan.
“Sesuatu yang membelakangkan sains, menjejaskan ekonomi dan memencilkan peranan perlembagaan akan meletakkan negara dan rakyat Malaysia dalam keadaan yang lebih sulit dan memburukkan lagi keadaan.
“Tanganilah krisis ini dengan mempertahankan perlembagaan, membenarkan demokrasi berfungsi, memperkemaskan respons sistem kesihatan dan keselamatan awam dan mengutamakan kepentingan rakyat biasa dengan tidak menambahkan kesususahan,” katanya menerusi Facebook hari ini.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata kemampuan sistem kesihatan Malaysia menangani krisis ini adalah teruji dan telah diiktiraf sebagai salah sebuah negara dengan sistem terbaik dan wajar dicontohi.
“Malaysia tidak berada dalam kelumpuhan ekonomi, sistem kesihatan dan keselamatan awam. Malah Malaysia telah berada dalam fasa pemulihan ekonomi yang terfokus, dirangsang dengan pelbagai stimulus yang selari dengan kepentingan rakyat dengan sistem kesihatan yang berfungsi dengan baik walaupun tertekan,” katanya.
Kenyataannya itu berhubung keputusan Kabinet untuk melaksanakan perintah darurat ketika negara ini sedang menghadapi ketidakstabilan politik dan pandemik Covid-19, kata sumber kepada The Malaysian Insight.
Lu tingok gimana sebelum Firaun, Rom, Baghdad jatuh .. gimana WW1 dan WW2 bermula ..semuanye bermula dgn serangan Wabak Pendemik. La ni Kovid mengasak dunia ..smlm kita dah dapek ompek angko. Ahlol politik pun dah semakin mongilo nak kojo sbg PM, somuo eay Molayu Tuo dan kayo gilo dan mereko lah BENTENG HADAPAN kito. Dlm kalot ini Rajo maksud gwa Rajo2 mulo bosidang ..blk mosuarat ponoh dgn Rajo ..Bagindo pun BENTENG jugak. Logo kito ado byk benteng. Mcm gwa ckp ..lepas wabak, Perang Besar akan MARI ..bila perang sapa dulu akan LARI.. kahkahkah.
BalasPadam