Sabtu, 24 Oktober 2020

KAWAN TERAJANG MUHYIDIN KAU KAU

 


TERAJANG 

JANGAN 

TAK TERAJANG

 KAH KAH KAH

GASAK TIBAI SEPAK

 SAMPAI  SAMA 

SAMA MATI 

KAH KAH KAH

BAIK UNTUK 

RAKYAT

AMIN


BN Selangor gesa Muhyiddin letak jawatan

BARISAN Nasional (BN) Selangor menyarankan agar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletak jawatan bagi mengelak jalan yang panjang dan memakan masa.

Ketua penerangannya, Isham Jalil berkata jika tindakan itu diambil, ia akan memudahkan Yang di-Pertuan Agong membuat tindakan selanjutnya.

“Untuk mengelakkan jalan yang panjang dan memakan masa tetapi dengan pengakhiran sama (darurat), adalah lebih afdal untuk rakyat dan negara jika Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri terlebih dahulu, dan menyerahkannya kembali kepada budi bicara dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan sepenuhnya sama ada untuk melantik perdana menteri baharu, membubarkan Parlimen, atau mengisytiharkan darurat,” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tindakan itu lebih sopan dan ‘gentleman’ kerana memberi ruang sepenuhnya kepada Agong untuk membuat keputusan tanpa sebarang kekangan atau paksaan.

Isham berkata demikian susulan kenyataan Istana Negara yang Agong akan berunding dengan Raja-raja Melayu untuk mempertimbangkan cadangan pengisytiharan darurat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.

Jelasnya, Agong akan melihat sama ada terdapat pilihan dalam peruntukan undang-undang selain darurat dan baginda juga tidak mahu cadangan itu disalah guna untuk kepentingan politik. 

Jika Agong tidak berkenan cadangan darurat itu, maka Perlembagaan dan Parlimen juga tidak akan digantung dan sidang Parlimen yang dijadualkan pada bulan depan, akan diteruskan, tambah Isham.

“Namun pada sidang Parlimen bulan ini akan ada pembentangan Belanjawan 2021 yang memerlukan undian ahli Parlimen untuk diluluskan.

“Jika kerajaan tidak mendapat sokongan majoriti dalam Dewan untuk usul belanjawan ini, maka ia jelas menunjukkan kerajaan dan perdana menteri sudah hilang sokongan majoriti,” katanya.

Menurut Isham lagi, jika situasi itu berlaku maka Muhyiddin tidak ada pilihan lain selain meletakkan jawatan atau menasihati Agong untuk membubarkan Parlimen.

GADUH DALAMAN

MAKIN HEBAT

SUASANA BAIK 

 BUKA POLITIK BARU

AMIN



2 ulasan:

  1. Darurat dapat diselamatkan tanpa perlu buat jika Muhyiddin letak jawatan.
    Itu nasihat undang² aku pada si Musa Ketereh.
    Biar pendek akal jangan pundek akal.
    Aku pun tak faham maksudnya.

    BalasPadam
  2. Minyak murah. Balak habis. Supermarket tutup. Saham jatuh. Kantung kering. Sbb nak jawatan,cek bulan rm20k. Cekik kawan. Pijak. Kencing. Lebai cara lebai,ikan cara ikan. Bila dah bukak pintu pejabat lama guan eng,semua habis. Nak patah balik susah sbb dah lepas. Nak bagi balik pakatan ada cek tapi kena rebut sbb kantung dah limit. Semua checkmate.

    BalasPadam