BRO
RAMAI INGAT
MUHYIDIN SAKIT
KAH KAH KAH
SILAP BRO
SEGALA UBAT
BAGI DIA POWER
KAH KAH KAH
Darurat akan beri Muhyiddin lebih banyak kuasa, kata Dr Mahathir
DR Mahathir Mohamad hari ini berkata pengisytiharan darurat hanya akan memberi lebih banyak kuasa kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Bekas perdana menteri itu berkata menjadikan Covid-19 sebagai alasan untuk mengisytiharkan darurat tidak boleh dilaksanakan kerana negara menguruskan wabak Covid-19 dengan baik.
“Apa yang dapat buat dengan darurat untuk menghentikan wabak berbanding dengan apa yang dapat kita lakukan sekarang? Tidak ada.
“Tetapi keadaan darurat akan memberi kuasa tambahan kepada perdana menteri. Apa yang dilakukannya setakat ini tidak mengurangkan masalah politik, ekonomi dan sosial yang mempengaruhi negara ini,” tulis beliau di blognya, Chedet.
Semalam, kerajaan Perikatan Nasional (PN) merancang untuk memperkenalkan seperti perintah darurat di tengah pandemik Covid-19 dan ketidakstabilan politik.
Muhyiddin mengadakan pertemuan selama dua jam dengan Yang di-Pertuan Agong di Kuantan, Pahang semalam, beberapa jam selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya pada awal pagi.
Dr Mahathir berkata Covid-19 digunakan untuk membenarkan Parlimen ditangguhkan, dipendekkan dan mengelak sebarang perbahasan.
“Sekarang ia dijadikan alasan untuk mengisytiharkan darurat. Tetapi kuasa kerajaan saat ini sudah memadai untuk menangani wabak.
“Kita tidak berdepan bantahan rakyat seperti yang dilihat di AS dan Eropah. Orang kita sangat mematuhi sekatan seperti PKP.” – 24 Oktober, 2020.
Curfew bagus. Duduk rumah diam diam mengawan lama lama. Kenang masa lalu. Kumpul wang. Hidup solatari. Lepas curfew bangkit semula berlari. Orang yg umum angkut sampah mmg tak suka la sbb tak boleh bajak turun ke jalan raya.
BalasPadamWhen you are in power, you must be powerful, if not you are a bloody fool
BalasPadamUbat Darurat nie kalau guna utk Covid boleh sembuh ker. Kalau boleh sembuh boleh ler Malaysia export ubat DArurat ni keluar negara. Kayo Abah nanti
BalasPadam