Rabu, 22 April 2020

TU PASAL NAJEE CARI BINI BARU






TU PASAI

NAJEE CARI

BINI BARU

TOK SEH GEMOK
br />

DAPUR JALANAN - TERUS BERAMAL






DAPUR JALANAN

DAPUR JALANAN
TELAH MENDAPAT
KEBENARAN DARI MKN
TERUS  MENJALAN KERJA AMAL

SETIAP AHAD
NASI PANGGUNG
DI TERUSKAN

KETIKA 
KOBID MENYERNAG
DAPUR MENDAPAT
BANYAK SEDEKAH 
BARANG MAKANAN
DARI ORANG RAMAI

MAKANAN
DIBUNGKUS
UNTUK DIEDAR
KEPADA WARGA
YANG MEMERLUKAN

KERETA DAN VAN DAPUR
DIBENARKAN BERGERAK
MENGEDAR MAKANAN
KE WILAYAH MISKIN
YANG DIKENAL PASTI

PARA OKU DIKENAL PASTI
AGAR TIDAK
KETINGGALAN

SALUT PADA
ANAK MUDA TIM
DAPUR JALANAN





BILA AGAKNYA
NASI PANGGUNG

AKAN KEMBALI

RIOH RENDAH

IBU PERTIWI MENANGIS





IBU PERTIWI

MENANGIS


Pandemik Coronavirus 'akan menyebabkan kebuluran 

Dunia menghadapi kebuluran yang berleluasa " macam zaman nabi nabi" kerana wabak coronavirus, ketua agensi bantuan makanan PBB telah memberi amaran. Dunia ada waktu yang singkat untuk bertindak sebelum ratusan juta kelaparan.

Lebih daripada 30 negara di dunia membangun dapat mengalami kelaparan yang meluas, dan di 10 dari negara tersebut sudah ada lebih dari 1 juta orang di ambang kelaparan, kata David Beasley, pengarah eksekutif Program Makanan Dunia.

"Kami tidak bercakap tentang orang yang akan tidur lapar," katanya kepada Guardian dalam temu bual. "Kami bercakap mengenai keadaan yang melampau, status kecemasan - orang benar-benar berjalan ke ambang kelaparan. Sekiranya kita tidak mendapat memberi makanan kepada mereka , orang  ini akan mati. "


DALAM KRISIS

AKAN MUNCUL

KEPIMPINAN

BARU

DALAM MASA

YANG SAMA

AKAN MUNCUL

YANG BANGANG

AMIN

NASI BERLAUK TERBANG





NASI TERBANG

Wahai Para Pembacha Tukartiub Yang Budiman

Ramai di antara kita adalah penggemar ayam kampong.Walaupun banyak restoran2 di Lembah Klang ini kononnya hidangkan ayam kampong namun  amat sukar nak dapat yang betul2 ORI. Lazimnya ayam ternak dalam sangkar dan makan pellet. Bukan free range.

Bagi penggemar daging lembu tempatan  pulak hanya lembu baka Kedah-Kelantan yang janjikan daging tempatan yang ORI.

Kandongan lemaknya kurang dan texture daging sesuai untok masakan Melayu.

Selain dari daging nya sedap , lembu baka Kedah-Kelantan ini lebeh tahan penyakit dari lembu2 baka Eropah.

Memanglah  dari segi keuntongan,kadar pulangan  rendah tapi lembu Kedah- Kelantan tak manja..jaga lebeh kurang pun dah memadai.

Di negeri Kelantan Darul Naim ada mukim di daerah  Tumpat bernama Ayer Dingin. Sekarang popular dengan Nasi Belauk Ayer Dingin.

Sementara di negeri Kedah Darul Aman ada pula  terdapat mukim Ayer ("Ayaq") Hangat tak jauh dari pekan Kuah di  Pulau LangkawI.

Sesuai dengan lembu baka Kedah-Kelantan, jika kita kachokan Ayer Hangat di Kedah dengan Ayer Dingin di Kelantan  tentu kita beroleh Ayer Suam!

JENG JENG JENG!

Mudah mudahan Ayer Suam lebeh bijak atau cherdek sikit dari lembu lembu2  baka Kedah-Kelantan.

Kah Kah kah

Choba try main play lembu cow young muda! (sila ulang)

MAT KOBID MASIH MENYERANG





MAT KOBID

MASIH MENYERANG



Daftar dengan polis mulai 25 April kalau mahu balik dari kampung



Saring pekerja setiap hari antara SOP di tapak pembinaan


Bekalan makanan mencukupi sepanjang Ramadan, kata Ismail Sabri


Tiada Covid-19 di depot imigresen seluruh negara




AWAS

PERANGAI TOK ARAB






CONTOH

TERBAIK 

PERANGAI

ARAB

KETIKA DUNIA

MELAWAN

VIRUS KORONA

ARAB BERBUNUH

SESAMA SENDIRI

TERUSKAN 

BIAR BIARKAN

HINGGA HABIS

SEMUA  ARAB

DUNIA JADI AMAN

Pasukan Keselamatan Membunuh 14 orang yang dikatakan sebagai Pengganas IS dalam Serangan Udara di Iraq Utara - Press Service

ISIS membunuh lima anggota keselamatan Iraq di Kirkuk, Diyala: pemerintah

Yaman: pertempuran antara pasukan pemerintah, pemberontak Houthi membunuh 24 di Marib

Pertahanan udara Syria bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu ke atas Palmyra

Rusia Memintas Jet Tentera Laut di Syria, Boleh Menjual Sistem Peluru berpandu ke Iraq: Untuk menolak kehadiran tentera Amerika Syarikat di Timur Tengah.

Penyerang yang tidak diketahui menyerang pasukan pencerobohan AS di timur laut Syria:

Pemberontak yang disokong Turki menculik 25 orang awam di NE Syria


Netanyahu Israel, Gantz menandatangani perjanjian untuk membentuk kerajaan perpaduan 'darurat', yang menghindari pilihan raya baru

Coronavirus: Negara-negara Timur Tengah menindas kebebasan media



AMIN

ENAM PEKARA WAJIB



IKUT ARAHAN

JAGA KESEHATAN

Dr Noor Hisham dedah 6 kriteria sebelum PKP ditamatkan

TERDAPAT enam kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum perintah kawalan pergerakan boleh ditamatkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Antara kriteria tersebut adalah kawalan sempadan untuk menghalang kes import Covid-19 serta kawalan pergerakan termasuklah laragan berkumpul yang boleh menyebabkan penularan wabak itu, katanya pada sidang media harian Covid-19, hari ini.

Tambahnya, setakat ini kerajaan masih tidak membuat keputusan sama ada akan menamatkan PKP yang dijadualkan berakhir pada 28 April ini atau melanjutkannya lagi.

SATU : “Kita tak boleh longgarkan kawalan sempadan (kriteria pertama) kerana orang mungkin bawa virus bersama mereka.

DUA : “Kriteria kedua adalah kawalan pergerakan, yang mana kita nampak sekarang berjaya mengurangkan jumlah kes,” katanya merujuk kepada usaha mengasingkan dan merawat kelompok individu yang dijangkiti Covid-19.

TIGA :Selain itu, yang turut dipertimbangkan adalah kemampuan sistem kesihatan kita seperti jumlah katil di ICU serta kemampuan makmal untuk ujian saringan.

EMPAT :Manakala, kriteria keempat adalah kemampuan melindungi kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, orang kelainan upaya dan pesakit penyakit kronik.

LIMA : Katanya lagi, kriteria kelima adalah sejauh mana rakyat boleh beradapatasi dengan “norma baharu” termasuklah penjarakan sosial, kerap cuci tangan dan mengelak perhimpunan massa.

KE ENAM : Kriteria terakhir adalah kemampuan rakyat bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengekang penularan virus dalam komuniti.

Enam strategi ini perlu dipatuhi semua kementerian dan agensi supaya kita boleh nampak (caranya) untuk perlahan-lahan sampai ke strategi penyelesaian,” katanya. 

Beliau juga menjelaskan keputusan belum dibuat sama ada PKP yang dijadual berakhir 28 April ini akan dilanjutkan atau ditamatkan.

“Kita tak pasti sama PKP akan ditamatkan atau dilanjutkan.”

Beliau juga menekankan kepentingan supaya orang ramai mengelak hadir perhimpunan massa.

PKP pertama kali dilaksana pada 18 Mac selama dua minggu. Bagaimanapun, ia dilanjutkan dua kali dan dijangka tamat pada 28 April ini. – 21 April, 2020.

KRITERIA

KE TUJUH

JANGAN IKUT

KLUSTER

AMHAD MASLAN

DAN

AIR SUAM BUKAN

UBAT LAWAN

VIRUS KORONA

AMIN

MENYUSUN GERAKAN







MENYUSUN 

GERAKAN

MEMBINA PARTI

BUKAN MUDAH

TUGAS ULIT

Melaon2 tu semua dah jadi Bengong.Tggu masa nak kena humbam.Mereka semua dah tak relevan dlm politik negara.Anak semua bangsa ayuh kita bertindak segera.Kita perlukakan pemimpin baru.
Tun Madey,  Anuar, Semua OKT, Semua penyamun, Mohidin, Umno, PKR, PAS semua dah tak relevan dlm  - New Normal - kehidupan kita. Kita Bina Bersama tanpa kira kaum,
Ugama dan Bangsa..Ayoh.. 
on
HANG DI MANA?
Publish | Delete | Spam
Arymanchino
on 21/04/20

N

HUJAN DAH TURUN





PETIR GURUH

KILAT MEMANCAR
HUJAN TURUN

4.13 PM TADI

KUALA LUMPUR

BASAH




AKAN MUNCUL PASCA KOBID






AKAN MUNCUL

DALAM SIRI

PASCA KOBID
Bro TT.. 
Boleh mula jenguk 
Modern Monetary THEOR, 
Ada manissssssssss 
on 
SELAGI PAKAI 
SISTEM KAPITALIS
ANCAMAN PERANG WUJUD
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 22/04/20

T

DENGAN CAKAP RETARD MAKAN BUAH BELULOK




DENGAR CAKAP

RETARD MAKAN

BUAH BELULOK
Dulu bila berlaku malapetaka di Palu TaT kaitkan dgn igama. Covid di Wuhan, TaT dok jaja China hantam minoriti Islam. Tapi bila tiap hari Islam bunuh Islam sekor TaT pun tak cerita ..sapa yang tahu Saudi dah bunoh 1OO,OOO Yemen. Tang Korona yang tungkus lumus carik PENAWAR adalah dari kalangan Kapir Harbi. Kita pulak siang malam melagukan doa .. 
on 
PENCARIAN 
UBAT PENAWAR 
DITERUSKAN
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 22/04/20

Ter

VIRGIN JATUH BANKRAP






TER KINI
TER  NOWW

TER HOTT

VIRGIN

AUSTRALIA

JATUH BANKRAP

KLUSTER AHMAD MASLAN








KLUSTER

AHMAD MASLAN
 Nampaknya menteri kesihatan dah terjangkit virus bangang dari kluster ahmad maslan. Klau kluster lokman adam lain sikit bangang tu bukan kategori cam ni hurmm... 
Masalahnya penawar bagi bangang mcm ni susah nak cari sebab dia bukan ciptaan manusia tapi bangang asal sejak dulu tatkala mula... 
on 
DUA KALI 
BANGANG
Publish | Delete | Spam
Si Luncai
on 21/04/20

A

MERAKAM SEJARAH - IBU PERTIWI TELAH BERSUARA




MERAKAM SEJARAH

IBU PERTIWI

TELAH BERSUARA


Minggu ini saya sambung kembali wacana  Merakam Sejarah virus  Karona. Anak semua bangsa dan bangsa semua agama – umat manusia -  sedang dan masih lagi berhadapan dengan  serangan virus Karona. Ketika saya menulis ini kita  di Malaysia telah selesai memasuki hari ke 34 berkhalwat a.k.a Perentah Kawalan Pergerakan (PKP). Kita hendaknya sedaya upaya  telah mematuhi arahan  Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Virus Karona  sedang mengampoh  dunia. Dan mengancam Ibu Pertiwi. Ibu Pertiwi? Siapa dan apa itu  Ibu Pertiwi ini?

Pertiwi  berasal dari bahasa Sanskrit. Ini nama asal  dewi yang ditugaskan oleh Dewata Mulia Raya untuk menjaga bumi. Pertiwi ialah nama dewi penjaga bumi kita ini.

Dari bahasa  Sanskrit   konsep dewi penjaga bumi  ini  telah di Nusantarakan dan digenderkan untuk menjadi Ibu Pertiwi.  Walau pun   dewi  ini  telah menjadi ibu ianya masih  lagi menjaga bumi kita ini.  Akhirnya dewi penjaga bumi ini  telah di Nusantarakan oleh masa : dari ibu menjadi     tanah air. Kemudian menjadi tanah tempat tumpah  darah anak semua bangsa dan bangsa semua agama di Nusantara. Maka  inilah sejarah asal usul  Ibu Pertiwi.

Dalam bahasa Inggeris Ibu Pertiwi ialah Mother Earth. Ibu Pertiwi ialah Bumi Manusia tempat kelahiran   anak semua bangsa umat manusia.

Saya menulis  Ibu Pertiwi  dengan menggunakan huruf besar. Ini kerana ianya  nama  saperti  Awang atau Kiah. Juga  sebagai tanda hormat saya kepada dewi yang selama  ini menjaga kehidupan kita semua. 

Kenapa saya menulis tentang Ibu Pertiwi. Apakah sangkut pautnya Ibu Pertiwi dengan virus Karona dan Covid-19.  Biar saya pejelaskan.

Saya dalam kesedaran  atau lebih tepat lagi dalam kesedihan kerana   ketika saya menggarap tulisan ini Ibu Pertiwi sedang menitiskan air mata. Ibu Pertiwi sedang melihat  anak semua bangsa di Bumi Manusia ini  dalam kesusahan.  Berani  saya nyatakan disini bahawa   Ibu Pertiwi telah lama menangis.

Ibu Pertiwi bukan hanya menitiskan air mata malah Ibu Pertiwi telah lama bersuara. Pasti ada yang bertanya dan menyoal. Menangis ? Besuara?  Bila? Apa buah butirnya?


Saya sedar diatas bumi ini tidak ramai yang terdengar  esak tangis  Ibu Pertiwi.   Justeru soalan dan pertnyaan ini tidak salah.

Sabenarnya kita   di Bumi Manusia  melihat depan mata kita  tanda tangisan Ibu Pertiwi tapi tidak memahami tanda tanda itu. Hati dan jiwa umat manusia kurun ke 21  telah keras membeku hingga  gagal membaca titisan air mata Ibu Pertiwi. Gagal mendengar suara esakan   Ibu Pertiwi.

Dewi penjaga bumi  telah patuh mengikut arahan Dewata Mulia Raya. Ibu Pertiwi tidak pernah melupakan tugasnya menjaga keselamatan dan kesejahteraan umat manusia. Ibu Pertiwi tidak pernah lalai atau lupa. Yang lalai,  yang lupa dan yang angkuh  ialah umat manusia sendiri.

Ibu Pertiwi dari awal lagi telah bersuara memberi ingata.  Ibu Pertiwi  bersuara di Congo pada tahun 1976 melalui Ebola. Kemudian pada tahun 1998  Ibu Pertiwi bersuara di Bukit Pelandok Port Dickson. Pada tahun 2002  suara Ibu Pertiwi boleh didengar di Guandong China.  Pada tahun 2012 Mers muncul  di Saudi Arabia.  Seawal tahun 1918 lagi Ibu Pertiwi telah besuara. Hanya umat manusia  lalai terlupa apa itu Spanish Flu.

Pada awal  tahun 2020 muncul virus Karona  yang kini dinamakan Covid-19.   Lalu dihebohkan dari mana asal usul Sang Karona ini.  Rumahnya dimana?  Dalam negara mana Sang Karona mengeram dan menetas. 

Aduh! Soalan soalan  bentuk ini ini terus muncul. Tidak putus-putus soalan ini muncul dalam portal  media baru. Semuanya menimbulkan sensasi agar mata  manusia moden  terperangkap  untuk melayari berita yang hanya lima para dengan 400 patah perkatan. Selainya ialah iklan Bujang Bertemu Janda atau iklan Memanjangkan Punai.

President Trump  yang sikapnya  anti – China  Merah  telah memanggil Sang Karona ini The Chinese Virus. Ada  juga kumpulan media yang  memanggil namanya Wuhan Virus -  tempat awal virus ini muncul. 

Ada juga a media arus perdana yang memanggil virus ini Virus CCP. CCP ini ialah singkatan dari  Chinese Communist Party.  Ini tanda kemarahan kumpulan ini  terhadap Parti Komunis China yang  telah membenam   berita serangan awal virus ini hampir satu bulan. 

Malah telah ada beberapa  kumpulan termasuk angotta ahli  Dewan Senate Amerika telah  menyaman Parti Komunis China. Untuk kumpulan  ini mereka menggangap CCP bertanggung jawab membiarkan Sang Karona merebak dan mengancam dunia. Jalur fikrah ini menyalahkan China Merah.

Untuk saya asal usul Sang Karona ini tidak penting buat ketika ini. saya ulangi – buat ketika ini. Membincagkan asal usul virus ini akan membuang masa. Kita wajib berunited front memerangi   Sang Karona. Jangan buang masa dan tenaga fikrah yang melambatkan kemenangan kita.  Jumlah warga yang gugur terus bertambah.


Pada fikrah saya - ketika babi luka datang menyondol  adalah  tidak masuk akal untuk kita bertengkar dan mencari siapa yang bertanggung jawab melukakan Sang Babi. Langkah tepat ialah menangkap Sang Babi kemudian dihantar terus ke Bali untuk dijadikan Babi Guling Ibu Oka. Khalas.

Apa yang penting untuk saya ialah  Ibu Pertiwi telah memberi tahu  dengan jelas kepada umat manusia  bahawa  alam maya ini  bukan  wilayah monopoli umat manusia sahaja. Duduk sama di bumi ini adalah   unggas, ikan, anjing,  beruang, bunga , pokok  dan seribu satu macam mahklok halus yang hanya diketahui oleh Ibu Pertiwi. Bumi ini telah disusun  dengan peraturan oleh Dewi Bumi. Hukum alam  ini semuannya dirancang  untuk menjadikan Bumi Manusia ini  indah lumayan.

Awal sejarah  umat manusia hidup aman damai bersama alam. Untuk saya ini satu masa yang tidak lama dahulu. Masih segar dalam ingatan.  Saya  dari  suku Biduanda  yang berasal usul dari Orang Asli sedar  tujuh keturunan dahulu datuk nenek moyang saya  hidup aman damai bersama alam. Pada ketika itu antara  manusia dengan alam tidak ada bezanya. 

Ada satu pekara yang sampai  hari ini masih kekal dalam ingatan saya. Ianya ialah amaran Tok Batin dan amaran kolektif Orang Asli  tentang busung. Busung dianggap bahaya.

Apa itu busung? Sampai hari ini ianya hanya dianggap sebagai mitos Orang Asli. Busung  dalam ilmu perubatan moden agak jauh berbeza dari naratif busung Orang Asli.   Tetapi ingatan saya tebal  tentang wilayah dan tempat-tempat  yang dilarang masuk kerana ada busung. Justeru ada bukit, ada lembah ada kawasan yang dianggap berbusung. Wilayah ini akan ditiggalkan oleh Orang Asli.

Hari ketika Karona menyerang  busung berligar sekali lagi  dalam kepala saya. Apakah busung ini virus. Kerana dari surah yang saya terima sesiapa  mati terkena busung maka kuburnya akan ditinggalkan. Kubur  berbusung bahaya untuk didekakti.  Naratif busung ini turun dari mulut ke mulut. Pada hemat saya ini adalah  naratif dari Ibu Pertiwi untuk menjaga bumi kita ini.

Manusia  moden hari ini telah melupakan naratif busung Orang Asli. Kajian ilmiah moden mentakrif busung sebagai ascites . Busung yang saya surahkan ini bukan busung hasil kajian ilmu moden.  Pada hemat saya naratif busung  Orang Asli  datang dari Ibu Pertiwi dalam usaha   menjaga hutan rimba dari dirobek dan dijarah balaknya.  Wujudnya naratif busung diwilayah itu maka hutan  itu selamat. Bukit itu selamat. 

Disini kita kembali kepada persoalan asal usul Sang Karona atau Sang Ebola atau Virus Hiv. Hakikatnya makhluk halus  dan busung busung ini  telah sedia wujud bersama kita. Semenjak kun fa ya kun – semenjak big bang -  makhluk halus ini telah wujud Bersama  umat mansuai bersama alam.   

Kenapa muncul sekarang?

Bila soalan ini ditanyakan maka kita  umat manusia wajib  melihat diri kita sendiri.    Makhluk halus virus ini selama jutaan tahun ini terperosok dalam hutan belantara, dalam padang pasir, dalam gunung glasier, dalam perut bumi – tanpa diusik tanpa disentuh.  Ibu  Pertiwi mengetahui hal ini.

Sang Ebola muncul di Congo bukan secara tidak sengaja, Bagitu juga Mers, Sars dan  Nipah.  Kemuculan virus , busung dan makhluk halus ini  semuanya  hasil kerja tangan  umat manusia. Umat manusialah yang bertanggung jawab memanggil  keluar makhlok-makhlok halus ini.

Harus kita sedari bahawa perangai, budaya dan sikap yang  kita miliki pada tahun 2020 ini baru berumur 260 tahun.  Budaya, perangai gaya hidup dan nilai yang kita miliki hari ini semuanya  hasil dari sosial kostruk. Atau dibina oleh alam social  sekeliling.

Justeru sosial konstruk  dan budaya yang kita  amalkan hari ini bermula  dengan  Revolusi Industri ( 1760-1840).  Dalam masa kurang lebih 100 tahun gaya hidup moden  telah menjemput datang  virus  Spanish Flu. Jangan silap faham namanya Spanish Flu tapi dari kajian 2018 telah dibuktikan aianya berasal dari Kansas Amerika.  Soldadu Amerika membawa virus ini ke Eropah ketika Perang Dunia Pertama.

Sang Karona yang sedang menyerang umat manusia hari ini akan sampai ke tahap mana? 

Saya bukan terdidik dalam ilmu bomoh dan tabib moden.  Justeru saya tidak dapat memberi pandangan ilmiah yang bersangkutan dengan perubatan. Apa yang saya percaya Sang Karona ini  ialah suara Ibu Pertiwi.   Saya sedang  mendengar esak tangisan  umat manusia yang sedang terkurung berkhalwat. Saya juga telah lama melihat Ibu Pertiwi sugul bersedih.  Jika umat manusia menangis dan Ibu Pertiwi menangis sama  - apa akan berlaku kepada busung dan makhluk halus ini. Tunggu minggu hadapan. (TT)








SELAGI PAKAI SISTEM KAPITALIS NCAMAN PERNAG WUJUD









SELAGI PAKAI

SISTEM KAPITALIS

ANCAMAN PERANG

TERUS WUJUD

apabila bekalan melebihi permintaan, teori ekonominya dinamakan deflasi ia lebih ditakutti daripada inflasi kerana inflasi bermakna permintaan berlebihan boleh dibendung dengan produk ganti, ekonomi kapital akan terus berkembang dari penggunaan yang tinggi, apabila amerika menyertai perang dunia pertama terdapat permintaan tinggi untuk kegunaan perang tetapi apabila perang tamat bekalan tercipta tiada pengguna menyebabkan deflasi pada amerika tahun 30-an
 menyebabkan satu perang baru pada tahun 1942 dibuat bagi mencipta permintaan dan amerika kekal dibumi eropah, jepun dan beberapa negara lain supaya permintaan berkekalan, kemunculan china sebagai negara kapitalis baru telah mengganggu bekalan dari amerika menyebabkan barang tiada harga 
kita hanya boleh berdoa tidak berlaku perang untuk mencipta pasaran jika tidak satu dunia baru akan lahir atau kita semua menjadi burung dodo on 
APA MAKNA
 BERITA INI
Publish | Delete | Spam
zaki
on 21/04/20

M

HARI INI 22 APRIL HARI IBU PERTIWI









MARI SAMBUT 

HARI INI
22 APRIL

HARI JADI

IBU PERTIWI

DAH PINDAH KE HELSINKI






KES SELESAI

DAH PINDAH

KE HELSINKI
Jemin suruh tanya ke sbb
 lama dah tak hentam ouah dsai on 
HANG
 DI MANA?
Publish | Delete | Spam
Sniper
on 21/04/20

Te

SAMBUNG LAGI ?








SAMBUNG LAGI

JANGAN IKUT

TRUMP DAN

BORIS JOHNSON

MELAMBAK MATI 


Tiada jaminan PKP ditamatkan 28 April ini

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pasti samada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditamatkan selepas 28 April ini.

Justeru itu rakyat di negara ini dinasihatkan agar terus duduk diam di rumah dan mengamalkan penjarakan sosial yang disyorkan oleh KKM.

“Kita tidak pasti lagi PKP tamat ataupun dilanjutkan. Jadi yang pasti kita cuba elakkan perhimpunan.

“Contohnya, kita ada pelajar universiti mereka ingin kembali ke kampung mereka tetapi kita kena pastikan tiada perhimpunan ataupun kesesakan berlaku di stesen dan sebagainya. Itu yang paling penting elakkan kesesakan dan pastinya penjarakan sosial,” katanya dalam sidang media di KKM hari ini.

PKP fasa ketiga akan berakhir pada 28 April dengan berbaki tujuh hari lagi.


SAMBUNG ATAU

TIDAK 

BUKAN KERANA 

BISNES  DAN

UNTUNG RUGI

WAJIB BERASAS

KESEHATAN UNTUK

SEMUA

BUKAN HANYA 

MENJAGA 

KEPENTINGAN

KAUM KAPITALIS

SAPERTI DI UK

DAN DI AMERIKA