Khamis, 1 Oktober 2020

MADEY BUAT SILAP BESAR



MADEY SILAP BESAR

BUKAN NAJIB  SALAH

KAH KAH KAH

YANG BUAT 

HURU HARA ROSMAH

KAH KAH KAH

NAJIB PEMIMPIN ISLAM

WARAK SUCI SYUMUL

AMIN


Tiada maaf bagi Najib, 

kata Dr Mahathir

NAJIB Razak tidak dapat dimaafkan kerana tindak-tanduknya membuatkan Umno dibenci sehingga parti itu musnah, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, tindakan itu malah lebih buruk daripada perdana menteri keenam Abdullah Badawi yang meletak jawatan pada 2009 dan membolehkan Najib mengambil alih jawatan.

“Saya tidak boleh maaf orang yang musnahkan parti saya. Itu yang dia buat. Dia buat betul-betul sampai orang benci kepada Umno,” katanya dalam satu wawancara dengan portal Malaysia Gazette.

Katanya, Abdullah sebelum itu mengambil alih jawatan daripadanya selepas meraih undi lebih banyak dalam pemilihan parti.

Kemudiannya, Abdullah yang popular dengan gelaran Pak Lah meletak jawatan kerana prestasi buruk dalam mengetuai pentadbiran negara – tetapi Najib lebih buruk, katanya.

“Pak Lah menang lebih daripada saya, tetapi sekarang ini orang tolak Pak Lah, orang tolak najib.

“Prestasi Najib lebih buruk dari Pak Lah. Orang yang musnahkan Umno saya tak boleh maaf,” kata Dr Mahathir, yang kini berusia 95 tahun.

Kenyataan terbaru Dr Mahathir mengenai pendiriannya ke atas Najib itu timbul ketika timbul desas-desus bahawa Umno tidak lagi akan menyokong kerajaan Muhyiddin.

Ia dikaitkan dengan tekanan dari Umno ke atas presidennya Ahmad Zahid Hamidi supaya parti itu tidak lagi tunduk kepada Bersatu.

Muhyiddin merupakan antara pemimpin yang dipecat daripada parti sewaktu Najib menjadi perdana menteri dan presiden Umno kerana mempersoalkan kes penyelewengan dalam 1MDB.

Najib merupakan antara pemimpin utama Umno yang diheret ke mahkamah bagi kes rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan 1MBD, selepas kalah pilihan raya 2018.

Beberapa lagi pemimpin utama Umno termasuk Ahmad Zahid yang menjadi menteri dalam Kabinet Najib juga kini masih berdepan pelbagai tuduhan penyelewengan di mahkamah.

Kes penyelewengan berkenaan menjadi agenda utama Dr Mahathir dalam usaha menggulingkan penggantinya Najib dalam kempen pilihan raya umum itu.

Ia membolehkan parti pimpinan Dr Mahathir, Bersatu yang bergabung bersama PKR, DAP dan Amanah menang besar dalam pilihan raya tersebut dan berjaya mengambil alih kerajaan.

Gabungan Pakatan Harapan itu bagaimanapun hilang kawalan ke atas Putrajaya pada Februari lalu selepas Bersatu keluar daripada gabungan itu bersama sebilangan ahli Parlimen PKR.

Bersatu dengan presidennya Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kini memimpin kerajaan baharu dengan kerjasama longgar bersama PAS, Umno serta komponen BN dan GPS. – 1 Oktober, 2020.


NAJIB MANGSA

KENA TIPU

AMIN

ROSMAH TIPU

JOLO TIPU

AMIN

SEKARANG NAJIB

ADA BINI BARU

NAMPAK

CAHAYA ISLAM

BERSINAR KERAS

KELUAR DARI

DALAM SELUAR

KAH KAH KAH



UMNO TERANG TERANG TIBAI MUHYIDDIN

 




UMNO  SEDANG

GADUH SAMA SENDIRI

AMIN

 JALAN TERBAIK

CARI MUSUH LUAR

AMIN

MUHYIDIN MUSUH

TERBAIK UNTUK 

UMNO TIBAI 

KAH KAH KAH

MUHYIDIN DITEKAN

GADUH DALAMAN

REDA SADIKIT

KAH KAH KAH 

CARI MUSUH LUAR 

TAKTIK LAMA 

KAH KAH KAH


Putuskan segera hala tuju kerjasama politik Umno, kata Mat Hasan

UMNO perlu memikirkan semula kerjasama politiknya dengan parti lain selepas diketepikan di Sabah setelah pakatannya dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang pilihan raya negeri, kata timbalan presidennya Mohamad Hasan.

Mohamad membayangkan Umno perlu menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Jika kita terpaksa bersendiri bersama PAS dalam Muafakat Nasional dan Barisan Nasional serta parti komponennya dalam menghadapai PRU akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera, agar kita dapat menyediakan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad menjelaskan kerjasama Umno dengan PN dan parti lain di Sabah tidak menguntungkannya, malah menjadikan parti itu sekarang hanya “pemain politik terpencil” dalam gabungan pentadbiran negeri.

“Apa yang berlaku di Sabah memerlukan Umno memikirkan semula pendekatan politiknya,” katanya.

Mohamad berkata kalau berdasarkan apa yang berlaku di Sabah, Umno akhirnya akan lemah dalam jangka panjang.

Dalam pilihan raya negeri pada 26 September, Umno yang bertanding 32 kerusi menang hanya 14 kerusi, lebih sedikit berbanding PN yang menang 17 kerusi.

GRS keseluruhannya menang 38 kerusi dan menokok tiga kerusi tambahan daripada wakil rakyat bebas.

Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Noor kemudian disepakati sebagai calon ketua menteri. Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman untuk penggal kelapan mengangkat sumpah jawatan ketua menteri pada Selasa.

Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin dalam satu kenyataan semalam mengakui Umno tidak boleh menuntut jawatan ketua menteri setelah hanya menang 14 kerusi.

Namun Mohamad berkata Umno berkorban di Sabah apabila memberikan kerusi untuk ditandingi oleh parti lain, selain berdepan dengan calon bebas yang ditaja oleh pihak yang tidak beliau namakan, yang dakwanya untuk melemahkan Umno.

Umno juga dimungkiri janji untuk diberikan portfolio kabinet tertentu, katanya.

“Umno tidak boleh membiarkan episod pilihan raya Sabah menjadikan kedudukannya seperti kata pepatah, ‘biar alah sabung, asal menang sorak’,” tambah Mohamad.

Mohamad lalu menggesa presiden parti Ahmad Zahid Hamidi untuk “memberikan pedoman dan hala tuju jelas” kepada parti dan ahli mengenai kerjasama politik Umno.

“Satu konsensus politik yang tegas harus dihasilkan, untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara Umno diperlakukan dalam (PRN) Sabah,” katanya.

Umno membentuk kerjasama dengan PAS sejak setahun lalu atas nama Muafakat Nasional. Dua parti itu pada Ogos lalu menjemput Bersatu pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk bersama mereka.

Umno bersama BN pula menyokong kerajaan baharu atas nama PN yang dibentuk selepas percaturan politik pada hujung Februari yang menjatuhkan Pakatan Harapan.

Mohamad juga meminta Umno melupakan episod “Langkah Sheraton” ketika ia menyokong Bersatu dan Muhyiddin untuk menyelamatkan negara.

“Episod itu telah berakhir. Episod seterusnya ialah bagaimana Umno akan mengemudi negara ini, memberikan kepimpinan kepadanya dan mencipta masa depan Malaysia yang lebih baik melalui BN dan bukannya platform politik lain,” katanya.

Beliau berkata Umno akan dinilai oleh rakyat atas apa yang ia tawarkan untuk Malaysia dan bukan pengorbanannya untuk parti lain.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno memberitahu The Malaysian Insight ada gerakan dalam parti mendesak Zahid untuk menarik balik sokongan Umno kepada kerajaan Muhyiddin.

Langkah itu mungkin akan memaksa pilihan raya diadakan lebih awal sebelum mandat berakhir pada Julai 2023, namun kata mereka, Umno bersedia dan yakin menang besar.

Suruhanjaya Pilihan Raya bagaimanapun dalam satu laporan media hari ini berharap pilihan raya umum tidak diadakan dalam waktu terdekat, ketika kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat. – 1 Oktober, 2020.


TIM MAHKAMAH

UMNO PAKSA

MUHYIDIN  BUAT

JANJI

AMIN

LEPAS KAN AKU

KALAU TAK LEPAS

UMNO KACAU

 PAKSA MUHYIDIN

 BUAT PRU15

JENG JENG JENG

MUHYIDDIN KINI

BERNAFAS  

DALAM LUMPUR

KHALAS




HUJAN PETANG HINGGA KE MALAM



 

HUJAN PETANG

BAWA KE MALAM


PETANG INI HUJAN TURUN
MULA JAM 3 RINTIK RITIK
KEMUDIAN  LEBAT
DAK MASUK JAM 7++ LEBIH
MASIH LEBAT
PASTI KUALA LUMPUR BANJIR
PASTI HOKKIEN LECAH
EZI DAN TAKTAK
DUDUK SEJUK 
PETANG INI TIDAK BERJALAN
AMIN

MAT SABU GUAN ENG TAK MAHU DITIPU LAGI

 


ANWAR CUBA

TIPU AMANAH DAP

SEKALI LAGI

KAH KAH KAH

TAPI MAT SABU

GUANG ENG

TONY LOKE

SALAHUDDIN

DAH KENAL FAHAM

PUTAR ANWAR

KAH KAH KAH



Anwar tidak tunjuk 

nama kepada

 rakan PH


PETALING JAYA – Walaupun  Anwar Ibrahim mengumumkan telah mendapat sokongan lebih 120 wakil rakyat untuk membentuk kerajaan, tetapi Presiden PKR itu tidak mendedahkan senarai nama itu kepada rakan seangkatan.

DAP dan Amanah juga dilaporkan tidak meminta untuk melihat nama-nama yang menyokong Anwar, tetapi senarai itu dikatakan tidak mengandungi wakil rakyat daripada Pas.

Sinchew Daily melaporkan, dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang diadakan pada Isnin, DAP dan Amanah telah melontarkan pandangan, malahan menyatakan syarat pembentukan kerajaan baharu, iaitu tidak menerima pemimpin UMNO yang dibelenggu kes rasuah seperti Najib dan  Ahmad Zahid Hamidi.

“Kami ada berbincang syarat sokongan kepada Anwar dan beliau juga bersetuju dengannya.

“Kami tidak akan bertoleransi dalam soal mempertahankan keadilan dan menentang rasuah,” kata sumber tersebut.

Menurutnya lagi, DAP dan Amanah menyatakan bahawa mereka tidak mahu bekerjasama dengan parti, tetapi akan berbuat demikian dengan individu.

“Ini adalah seperti mereka menyertai Perikatan Nasional (PN) atas kapasiti individu, bukannya parti yang menyertai PN,” kata sumber.

Sementara itu, sumber juga berkata, wakil rakyat yang ingin bertukar haluan untuk memberi sokongan kepada Anwar juga tidak meletakkan apa-apa syarat.

“Mereka tidak dijanji jawatan dalam kerajaan atau menteri,” kata sumber itu. – 


SAPA LAGI

YANG ANWAR 

NAK TIPU

KAH KAH KAH

ANAK BINI KAWAN

SEMUA DAH KENA

TIPU

SATU DUA TIGA

SAPU

JANTAN BETINA

KENA TIPU

KAH KAH KAH



NAJIB AKAN TERBUNGKUS

 



NAJIB DI BUNGKUS

Tiada maaf bagi Najib, 

kata Dr Mahathir


BERITA MENYUSUL



PASAL APA MADEY TAK CAYA ANWAR

 

MADEY KENAL

SAPA ANWAR

KAH KAH KAH

TU PASAI ANWAR

PAYAH NAK PUTAR

MADEY

KAH KAH KAH

MAT SABU GUAN ENG

BOLEH PUTAR

TAPI MADEY

SUSAH DAN LIAT

KAH KAH KAH




Dr Mahathir tak percaya

Anwar ada cukup 

sokongan

Dr Mahathir Mohamad mengatakan beliau tidak percaya Presiden PKR Anwar Ibrahim mempunyai cukup sokongan ahli Parlimen untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), seminggu selepas bekas timbalannya itu membuat dakwaan.

Mahathir yang mencipta rekod dunia apabila dilantik menjadi perdana menteri buat kali kedua pada usia 92, berkata ini bukan kali pertama ahli Parlimen Port Dickson itu melakukan dakwaan sedemikian.

“Yelah, dia kata,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama MalaysiaNow.

“Tapi dia tak bagi nama. Dia kata kononnya bila dah jumpa Agong dia boleh bagi nama.

“Kepada kita tak boleh bagi nama. Tak bagi nama, saya tak percaya lah.”

Anwar minggu lalu mendakwa sudah mempunyai sokongan “kukuh dan meyakinkan” daripada majoriti ahli Parlimen untuk menumbangkan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Anwar tidak mendedahkan siapa yang menyokongnya apabila diasak pihak media.

Mahathir mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Pejuang, parti barunya yang ditubuhkan pada Ogos bersama beberapa bekas ahli Parlimen yang dipecat daripada Bersatu tidak akan bersama dengan langkah Anwar kali ini.

“Sekarang dia kata cukup bilang nak bentuk kerajaan pun saya tak termasuk,” katanya.

Menurut Mahathir, sekiranya Pakatan Harapan (PH) mahu menggembalikan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau sepatutnya menjadi calon perdana menteri.

“Pasal saya perdana menteri pada masa itu. Tapi mereka pilih untuk calonkan Anwar,” katanya.

“Saya cadang saya nak jadi perdana menteri untuk enam bulan saja. Sebab saya ada kerja yang saya nak ‘perabis’. Saya minta enam bulan ja, itu pun ditolak.”

PH yang terdiri daripada PKR, Bersatu, DAP dan Amanah menewaskan Barisan Nasional (BN) dipimpin Najib Razak pada 2018, dengan berkempen menggunakan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB.

Pada ketika itu Mahathir mengetuai PH yang sempat memerintah Malaysia selama 22 bulan.

Sepanjang menjadi perdana menteri, Mahathir seringkali didesak pemimpin PKR dan segelintir pemimpin DAP agar meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar.

Akhirnya pada Februari, Dr Mahathir meletakkan jawatan selepas PH hilang majoriti di Parlimen apabila Bersatu dan sekumpulan ahli Parlimen diketuai bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bertindak keluar dari gabungan itu.

Muhyiddin Yassin akhirnya dilantik menjadi perdana menteri selepas majoriti ahli Parlimen dari Bersatu, Umno, PAS, GPS dan parti dari Sabah menyokongnya dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).


ANWAR KULU KILIR

ADO NUMBO

DEN ADO NUMBO

KAH KAH KAH

BILA TANYO BERAPO

SONYAP

BILA TANYO SAPO

LAAI TAK JAWAB

PUKRAK MUKRAK

KUNTAU MUNTAU

KAH KAH KAH





TUNGGU 350 TAHUN

 



TUNGGU 350 TAHUN

panglimo potaseh commented on

 "BELGIUM TAK ADA MENTERI"

Finland dan Belgium ..mereka Kapir Laknat ..4 abad mereka melanun dan main igama bertokongkan Raja ..rakyat menderita ..semua tu tak SUSTAINABLE ..mrk SEDAR, maka sekarang ni hasil negara mereka LAPAH bersama rakyat. Kita pula baru nak mula MELANON ..baru 5O tahun ..lagi 35O tahun baru RENTI melanon ..TUCKBeeR.

MADEY TAK CAYA ANWAR

 



TAK CAYA ?

Dr Mahathir tak 

percaya 

Anwar ada cukup 

sokongan


BERITA MENYUSUL

KANG KONG SEKARANG



 KANGKONG SEKARANG



Ricesaffron@gmail.com commented "PERSATUAN PENJUAL KANG KONG"

Taraf pemikiran prof sekarang sama dengan taraf pemikiran budak ambil LCE zaman 60an 70an Hampas kelapa boleh beri ayam,itek,lembu ,kerbau dan babi makan prof hampas lansung tak boleh guna, 

kerja sambil belajar makan gaji buta lepas belajar sambil mkn angin dengan family guna duit rakyat dapat pHd naik pangkat jadi Dr atau prof kankung liar tepi sugai kolam najis babi atau naik jusa sesah duit rakyat guna kereta rakyat kencing semula pd rakyat,, ini lah cerdikiawan Malaysia

ANWAR KELENTONG LAGI

 



KELENTONG LAGI

Anwar tidak tunjuk

 nama kepada rakan PH

BERITA MENYUSUL

LAGI AMARAN UNTUK ZAHID

 


AMARAN UNTUK

ZAHID

Putuskan segera hala tuju kerjasama politik Umno, kata Mat Hasan


BERITA MENYUSUL

BERITA DARI SAUDI ARABIA

 


Saudi Arabia opens

first dog cafĂ© 

to delight pet lovers


TAHNIAH SALUT

Unknown commented on 
"BERKHALWAT KE HARI 198"
Saudi buka cafe untuk customer yg ada anjing.. sila bg komen.. hang mesti happy kannn..

TV TER NOWW AKAN MUNCUL KEMBALI




TV TER NOWW 

AKAN  KEMBALI

SILA TUNGGU

MAK CIK PANTAI DALAM
DAH
PANDAI CAKAP PERANCHIS
SEBELUM FILEM
MOULIN ROUGE 

VOULEZ VOUS COUCHER 
 AVEC MOI CE SOIR 

CINTA JO DAN SALLY



 

CINTA JO

DAN SALLY


Aku rasa amat tepat lagi sesuai aku mulakan surah awal ini dengan  kesah kesah cinta. Jantan cinta dengan betina  dan betina cinta jantan. Kesah cinta ini semua orang tahu. Mustahil ada sesiapa yang tak pernah jatuh cinta.  Perasaan disayangi dan menyayangi ini adalah keperluan hidup. 

Bayangkan betapa indahnya ketika bangun pagi  kita tersedar bahawa  ada orang yang sayang pada kita.  Pagi menjadi bagitu indah walau  pun saban malam tidur seorang diri . Ah ! Betapa sedihnya hidup ini   - makan nasi goreng kampong di Warung Mek Ngoh  di Pantai Dalam  saorang diri -  tak ada teman yang menyayangi. 

Aku rasa Tok Fakir di gunung Bora Bora mahu pun  Zen Master ditepi Gunung Fuji  perlu kepada kaseh sayang. Situa  Rumi menulis shaer cinta sufi berkitab-kitab. Saadi  khayal dengan bait-bait  cinta yang tidak berkesudahan. Cinta dan kaseh sayang inilah yang menggerakkan dunia ini.

Cinta yang agong ialah cinta yang gagal.

Aku suka berkesah.  Aku telah kenal dengan  kesah cinta ini seawal ingatan aku.  Sebelum tahu membaca dan menulis aku dah kenal dengan surah cinta.  Semasa aku membesar  berlabon adalah anyaman hidup. Tak berborak, tak bersembang, tidak bersurah, tak berceloteh  atau  bercerita tentang itu dan ini maknanya kita tidak hidup. Setiap hari kita bersurah. Setiap hari kita bercerita.

Ahli falsafah Peranchis  Rene Descartes  berkata : Aku berfikir maka aku wujud.  Hishamuddin Rais kata : Aku berlabon maka aku wujud.

“ Kau tau tak?... Kau dah dongar? Den dongar dari… Ayah Ulung yang cakap…..  Mak Cik Bibah bagi tahu omak den…”  Aku dibesarkan oleh ayat-ayat ini.Tak sudah   sudah ada saje cerita. Sambung bersambung. Tokok bertambah. 

Sekarang bersurah, berlabon, berceloteh  atau bersembang  telah diganti dengan membawang. Yang muda untuk dilihat  cool menggunakan ngopi atau ngeteh. Hanya bunyi lain isinya masih sama – berlabon. 

Kesahnya bagini: Ketika itu aku baru masuk sekolah menegah – dalam tingkatan satu. Dari kelas terbawah ini kami selalu melihat abang  dan kakak  dalam tingkatan tinggi saperti dewa dan dewi.  Mereka  menjadi rujukan. Mereka menjadi  ikutan. Remos rambut mereka, tali pinggang mereka, beg sekolah mereka – semua jadi ikutan. Kalau  mampu nak beli basikal macam basikal mereka.

Ketika ini  kami semua sudah akil baligh. Dah kenal jantan betina. Tapi belum pernah kena cium atau bercumbu jauh sekali pernah tidur sebantal. Dizaman aku membesar kami tak tahu pun apa itu khalwat. Kami penganut Islam Budaya yang tegar. Kami Melayu bukan Arab.

Cerita ini tentang  seorang murid lelaki benama  Jo  dari tingkatan lima  dikesahkan   telah jatuh cinta dengan  Salbiah seorang murid perempuan  dalam tingkatan 4. Kawan-kawan panggil Salbiah -  Sally. Jo dan Sally sedang  bercinta.    Ramai murid murid lain  tahu.  Cik Gu juga pasti ada yang tahu.

Jo ini ahli sukan sekolah. Seorang pelari jarak dekat yang pantas.  Pemain pasokan bola sepak sekolah. Saban  tahun  si Jo ini akan mendapat hadiah sukan sekolah. Sally pula  ‘ budak pekan’ ertinya duduk dalam pekan Kuala Klawang. Budak pekan ini - kerana itu nama menjadi Sally -  dilihat ranggi pandai melawa, berfeshen dan bergetah.

Ayah Sally  pegawai PWD  ( Public Works Department) sebelum di Melayukan untuk menjadi JKR (Jabatan Kerja Raya). Di Kuala Klawang semua orang kenal dengan Mat Din Pwd . Keluarga  Sally  tinggal di rumah kerajaan dipinggir pekan. Sally ini ada seorang abang  - aku panggil Alin yang juga pemain bola yang baik saperti ayahnya.  Alin mungkin sebaya dengan Jo tapi bukan dari sekolah yang sama. Emak Sally dan Alin  dikenali sebagai  Cik Tijah. Berpinggang ramping, berambut rambut keriting macam lagu Nona Singapura nyanyian R. Azmi. Maklumlah orang pekan. Keluarga  ini bukan orang Jelebu.  Mat Din PWD  dihantar untuk bertugas ke  Jelebu. 

Ada beberapa kali aku terserempak  dengan keluarga  empat beranak ini.  Sebagai orang pekan  diwaktu petang aku lihat mereka berjalan-jalan di taman bunga disebelah padang bola Kuala Klawang. Mereka aku lihat keluarga yang bahagia.  Untuk aku bahagia ialah - rumah ada api leterik  dan ada air paip. Rumah dekat sekolah. Tak macam aku  atau Jo – mandi air perigi dan pakai lampu pelita. Saban pagi  wajib berbasikal 3 batu untuk sampai ke sekolah.

Beberapa kali aku juga ternampak Si Jo ini bermain bola dengan  Alin. Aku juga pernah ternampak Mat Din PWD menjadi pengadil bola sepak dimana Jo dan Alin dalam satu pasukan. Aku ternampak Sally dan ibunya duduk dikerusi batu ditepi pandang sebagai penonton.

Pada hemat aku pada petang di padang bola itu  Cik Tijah  sedang memerhatikan  suaminya, anaknya dan bakal  menantu sedang beraksi di padang bola. Sang Suami menjadi pengadil, anak menjadi penjaga gol dan bakal menantu menjadi penyerang. Puluhan mata penonton sedang memerhati.  Pastilah ibu ini amat berbagga. Pada aku inilah  contoh keluarga bahagia.

Salepas perlawanan bola petang itu ada beberapa kali aku ternampak Sally mengheret basikal Jo diiringgi oleh Jo ditepi padang bola tak jauh dari rumah Sally. Dalam hati aku berangan-angan  jika aku bercinta aku berharap   kekasih aku akan sama mengheret basikal aku. Aduh! Indahnya hidup ini.

Tetiba satu pagi dalam kelas aku terdengar ‘ …kau tahu tak ayah Alin kahwin lagi…. ‘ Zul  membuka  berita. 

‘Din Pwd kahwin lagi satu…’

Disurahkan ayah Alin telah berkahwin dengan saorang  perempun dari Sungai Buluh. Ini Sungai Buluh Simpang Durian Jelebu bukan  Sungai Buluh Selangor. Aku pun tidak dapat penjelasan Din Pwd  kahwin anak dara atau kahwin janda. 

‘ Jauhlah Sungai Buluh tu…’ Aku memberi pandangan.

‘ Allaaaa… Din Pwd ada motosikal…  sejam sampailah…’  Zul memberi penjelasan. 

Zul  kawan sakelas – juga  budak pekan.  Zul anak pegawai pejabat daerah Jelebu. Zul jiran kepada Din Pwd.  Rumah Zul  hanya beberapa pintu jaraknya dari  rumah Sally.

Waktu berjalan.  Masa bergerak.  Aku terus berbasikal ke sekolah.  Dari tingkatan satu aku masuk ke tingkatan dua kemudian ke tingkatan tiga. Jo  dan Sally sudah meninggalakan sekolah. Jo mungkin sedang mencari kerja.  Pasukan bola sekolah berganti baru. Zul menjadi kapten pasokan bola sekolah.

Pada satu pagi sebelum loceng pagi berbunyi  aku dengar Zul membawa berita. “ Kau tau tak… malam tadi… ‘ Zul bercerita seolah-olah hendak membuka surah hantu dengan saspen. Aku memasang telinga. Aku memang suka mendengar surah terutama cerita hantu. Seram menakutkan kecut telor dalam seluar tapi seronok.

‘Ada apa?...”

‘Ada apa?... Malam tadi Jo kena tangkap…? 

‘Mata-mata ke?’

Zul ketawa.  ‘ Bukan Polis … Jo di tangkap oleh Din Pwd…’  Zul ketawa lagi.

‘ Jo sedang buat  apa dengan Sally….dalam bilik ke…’ Aku gatal ingin tahu.

‘Jo bukan dengan Sally… Jo dengan emak Sally..’ Zul memberi kata putus. Ketawa. Kemudian memandang tepat pada muka aku.

Aku yang mendengar tercengang.  Emak dengan boyfriend anak. Kesah macam ini tak pernah aku dengar.  Betul ke  cerita Zul ini.

‘Bukan itu saja…Din Pwd telah melaung laungkan  dan membangunkan jiran tetangga dan memberi tahu bahawa isterinya sedang bergomol dengan jantan…’

‘ Hoi…sapa nak tengok bini aku…betina sundal ini dengan budak jantan ni…’ Zul mengulangi dialok Din Pwd.

Aku hampir tak percaya apa yang disurahkan oleh Zul. Mustahil Cik Tijah jatuh cinta dengan Jo. Apa akan terjadi pada Sally.

Sehari kemudian kesah Din Pwd dan Jo heboh. Kuala Klawang pekan kecil. Kesah macam ini merebak  macam jerami terbakar. Pasti ada tokok tambah dicampur  rempah rampai  garam masala  bersama aji no moto untuk menyedapkan cerita.

Dari dalam bilik menjadi atas katil.  Dari berbaju kini menjadi berbogel.

Dikesahkan bahawa Din Pwd telah lama memerhatikan  Jo yang kerap datang ke rumah untuk bertemu Sally. Dari intipan Sang Suami rupa rupanya Sang Isteri telah memasang hati pada anak muda. Maka Din Pwd  buat perangkap. Dia menghilang ke rumah bini muda. Sabenarnya dia  menunggu Jo berbasikal datang ke rumahnya.

Pada pagi ketika  Zul membuka  cerita  disekolah kepada aku  sabenarnya Jo telah  menghilangkan diri.  Entah ikut jalan mana Jo meninggalkan Jelebu.  Ikut Simpang Pertang ke arah  Kuala Pilah atau ikut pekan Kuala Klawang ke arah Seremban. Di kampong tak ada siapa yang tahu kemana Jo menghilangkan diri.

Dua puluh tahun  aku berkelana apabila aku pulang dari merantau aku teringat kesah Jo dan Sally.  Kuala Klawang masih Kuala Klawang.  Rumah kerajaan dimana Din Pwd  dan Zul tinggal telah dirobohkan.   Sekolah aku  - Sekolah Menengah Undang Jelebu - masih  wujud. Kini jalan ke sekolah aku dinamakan Jalan Ghurkha.  Aku difahamkan    Zul kawan saderjah aku akhirnya kena ‘komat Jolobu ‘ berkahwin dengan anak gadis Jelebu. 

Kampong Jo  tidak jauh dari kampong aku. Sampai hari ini aku  tak mendengar khabar berita dimana Jo menghilang.  Mungkin tak ada siapa lagi di Jelebu yang ingat dengan  Din Pwd , dengan Sally atau dengan Cik Tijah.  Ini kesah benar  dari zaman berlalu - hanya nama-nama yang terlibat telah aku tukar.

Aku  merakamkan kembali kesah benar in kerana aku masih memasang niat untuk mengheret basikal bersama  kekasih   saperti aku ternampak  Sally mengheret basikal Jo disatu masa yang lama dulu. Amin. (TT)

 

TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM LAMAN
MALAYSIA NOW
SATU PORTAL BERITA 
SILA LAYARI
malaysianow.com


BAHAYA DATANG DARI AJEN CHINA MERAH

 

 BAHAYA DARI AJEN

CHINA MERAH

Unknown commented on 

"MELAYU MANA AKAN JADI PERISIK CHINA MERAH"

Woit...TT dah petik dari Chris "Agent Smith" Chapelle, China Uncensored pulak...ini dah kes teruk ni...United Front pulak tu...Malaysia takde kut...yang ada United Malay National Organization.