Khamis, 1 Oktober 2020
MADEY BUAT SILAP BESAR
MADEY SILAP BESAR
BUKAN NAJIB SALAH
KAH KAH KAH
YANG BUAT
HURU HARA ROSMAH
KAH KAH KAH
NAJIB PEMIMPIN ISLAM
WARAK SUCI SYUMUL
AMIN
Tiada maaf bagi Najib,
kata Dr Mahathir
NAJIB MANGSA
KENA TIPU
AMIN
ROSMAH TIPU
JOLO TIPU
AMIN
SEKARANG NAJIB
ADA BINI BARU
NAMPAK
CAHAYA ISLAM
BERSINAR KERAS
KELUAR DARI
DALAM SELUAR
KAH KAH KAH
UMNO TERANG TERANG TIBAI MUHYIDDIN
UMNO SEDANG
GADUH SAMA SENDIRI
AMIN
JALAN TERBAIK
CARI MUSUH LUAR
AMIN
MUHYIDIN MUSUH
TERBAIK UNTUK
UMNO TIBAI
KAH KAH KAH
MUHYIDIN DITEKAN
GADUH DALAMAN
REDA SADIKIT
KAH KAH KAH
CARI MUSUH LUAR
TAKTIK LAMA
KAH KAH KAH
Putuskan segera hala tuju kerjasama politik Umno, kata Mat Hasan
MAT SABU GUAN ENG TAK MAHU DITIPU LAGI
ANWAR CUBA
TIPU AMANAH DAP
SEKALI LAGI
KAH KAH KAH
TAPI MAT SABU
GUANG ENG
TONY LOKE
SALAHUDDIN
DAH KENAL FAHAM
PUTAR ANWAR
KAH KAH KAH
Anwar tidak tunjuk
nama kepada
rakan PH
PETALING JAYA – Walaupun Anwar Ibrahim mengumumkan telah mendapat sokongan lebih 120 wakil rakyat untuk membentuk kerajaan, tetapi Presiden PKR itu tidak mendedahkan senarai nama itu kepada rakan seangkatan.
DAP dan Amanah juga dilaporkan tidak meminta untuk melihat nama-nama yang menyokong Anwar, tetapi senarai itu dikatakan tidak mengandungi wakil rakyat daripada Pas.
Sinchew Daily melaporkan, dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang diadakan pada Isnin, DAP dan Amanah telah melontarkan pandangan, malahan menyatakan syarat pembentukan kerajaan baharu, iaitu tidak menerima pemimpin UMNO yang dibelenggu kes rasuah seperti Najib dan Ahmad Zahid Hamidi.
“Kami ada berbincang syarat sokongan kepada Anwar dan beliau juga bersetuju dengannya.
“Kami tidak akan bertoleransi dalam soal mempertahankan keadilan dan menentang rasuah,” kata sumber tersebut.
Menurutnya lagi, DAP dan Amanah menyatakan bahawa mereka tidak mahu bekerjasama dengan parti, tetapi akan berbuat demikian dengan individu.
“Ini adalah seperti mereka menyertai Perikatan Nasional (PN) atas kapasiti individu, bukannya parti yang menyertai PN,” kata sumber.
Sementara itu, sumber juga berkata, wakil rakyat yang ingin bertukar haluan untuk memberi sokongan kepada Anwar juga tidak meletakkan apa-apa syarat.
“Mereka tidak dijanji jawatan dalam kerajaan atau menteri,” kata sumber itu. –
SAPA LAGI
YANG ANWAR
NAK TIPU
KAH KAH KAH
ANAK BINI KAWAN
SEMUA DAH KENA
TIPU
SATU DUA TIGA
SAPU
JANTAN BETINA
KENA TIPU
KAH KAH KAH
PASAL APA MADEY TAK CAYA ANWAR
MADEY KENAL
SAPA ANWAR
KAH KAH KAH
TU PASAI ANWAR
PAYAH NAK PUTAR
MADEY
KAH KAH KAH
MAT SABU GUAN ENG
BOLEH PUTAR
TAPI MADEY
SUSAH DAN LIAT
KAH KAH KAH
Dr Mahathir tak percaya
Anwar ada cukup
sokongan
Dr Mahathir Mohamad mengatakan beliau tidak percaya Presiden PKR Anwar Ibrahim mempunyai cukup sokongan ahli Parlimen untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), seminggu selepas bekas timbalannya itu membuat dakwaan.
Mahathir yang mencipta rekod dunia apabila dilantik menjadi perdana menteri buat kali kedua pada usia 92, berkata ini bukan kali pertama ahli Parlimen Port Dickson itu melakukan dakwaan sedemikian.
“Yelah, dia kata,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama MalaysiaNow.
“Tapi dia tak bagi nama. Dia kata kononnya bila dah jumpa Agong dia boleh bagi nama.
“Kepada kita tak boleh bagi nama. Tak bagi nama, saya tak percaya lah.”
Anwar minggu lalu mendakwa sudah mempunyai sokongan “kukuh dan meyakinkan” daripada majoriti ahli Parlimen untuk menumbangkan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, Anwar tidak mendedahkan siapa yang menyokongnya apabila diasak pihak media.
Mahathir mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Pejuang, parti barunya yang ditubuhkan pada Ogos bersama beberapa bekas ahli Parlimen yang dipecat daripada Bersatu tidak akan bersama dengan langkah Anwar kali ini.
“Sekarang dia kata cukup bilang nak bentuk kerajaan pun saya tak termasuk,” katanya.
Menurut Mahathir, sekiranya Pakatan Harapan (PH) mahu menggembalikan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau sepatutnya menjadi calon perdana menteri.
“Pasal saya perdana menteri pada masa itu. Tapi mereka pilih untuk calonkan Anwar,” katanya.
“Saya cadang saya nak jadi perdana menteri untuk enam bulan saja. Sebab saya ada kerja yang saya nak ‘perabis’. Saya minta enam bulan ja, itu pun ditolak.”
PH yang terdiri daripada PKR, Bersatu, DAP dan Amanah menewaskan Barisan Nasional (BN) dipimpin Najib Razak pada 2018, dengan berkempen menggunakan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB.
Pada ketika itu Mahathir mengetuai PH yang sempat memerintah Malaysia selama 22 bulan.
Sepanjang menjadi perdana menteri, Mahathir seringkali didesak pemimpin PKR dan segelintir pemimpin DAP agar meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar.
Akhirnya pada Februari, Dr Mahathir meletakkan jawatan selepas PH hilang majoriti di Parlimen apabila Bersatu dan sekumpulan ahli Parlimen diketuai bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bertindak keluar dari gabungan itu.
Muhyiddin Yassin akhirnya dilantik menjadi perdana menteri selepas majoriti ahli Parlimen dari Bersatu, Umno, PAS, GPS dan parti dari Sabah menyokongnya dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
ANWAR KULU KILIR
ADO NUMBO
DEN ADO NUMBO
KAH KAH KAH
BILA TANYO BERAPO
SONYAP
BILA TANYO SAPO
LAAI TAK JAWAB
PUKRAK MUKRAK
KUNTAU MUNTAU
KAH KAH KAH
TUNGGU 350 TAHUN
TUNGGU 350 TAHUN
panglimo potaseh commented on
"BELGIUM TAK ADA MENTERI"
Finland dan Belgium ..mereka Kapir Laknat ..4 abad mereka melanun dan main igama bertokongkan Raja ..rakyat menderita ..semua tu tak SUSTAINABLE ..mrk SEDAR, maka sekarang ni hasil negara mereka LAPAH bersama rakyat. Kita pula baru nak mula MELANON ..baru 5O tahun ..lagi 35O tahun baru RENTI melanon ..TUCKBeeR.
KANG KONG SEKARANG
KANGKONG SEKARANG
Ricesaffron@gmail.com commented "PERSATUAN PENJUAL KANG KONG"
Taraf pemikiran prof sekarang sama dengan taraf pemikiran budak ambil LCE zaman 60an 70an Hampas kelapa boleh beri ayam,itek,lembu ,kerbau dan babi makan prof hampas lansung tak boleh guna,
kerja sambil belajar makan gaji buta lepas belajar sambil mkn angin dengan family guna duit rakyat dapat pHd naik pangkat jadi Dr atau prof kankung liar tepi sugai kolam najis babi atau naik jusa sesah duit rakyat guna kereta rakyat kencing semula pd rakyat,, ini lah cerdikiawan Malaysia
LAGI AMARAN UNTUK ZAHID
AMARAN UNTUK
ZAHID
Putuskan segera hala tuju kerjasama politik Umno, kata Mat Hasan
TV TER NOWW AKAN MUNCUL KEMBALI
TV TER NOWW
AKAN KEMBALI
SILA TUNGGU
CINTA JO DAN SALLY
CINTA JO
DAN SALLY
Aku rasa amat tepat lagi sesuai aku mulakan surah awal ini dengan kesah kesah cinta. Jantan cinta dengan betina dan betina cinta jantan. Kesah cinta ini semua orang tahu. Mustahil ada sesiapa yang tak pernah jatuh cinta. Perasaan disayangi dan menyayangi ini adalah keperluan hidup.
Bayangkan betapa indahnya ketika bangun pagi kita tersedar bahawa ada orang yang sayang pada kita. Pagi menjadi bagitu indah walau pun saban malam tidur seorang diri . Ah ! Betapa sedihnya hidup ini - makan nasi goreng kampong di Warung Mek Ngoh di Pantai Dalam saorang diri - tak ada teman yang menyayangi.
Aku rasa Tok Fakir di gunung Bora Bora mahu pun Zen Master ditepi Gunung Fuji perlu kepada kaseh sayang. Situa Rumi menulis shaer cinta sufi berkitab-kitab. Saadi khayal dengan bait-bait cinta yang tidak berkesudahan. Cinta dan kaseh sayang inilah yang menggerakkan dunia ini.
Cinta yang agong ialah cinta yang gagal.
Aku suka berkesah. Aku telah kenal dengan kesah cinta ini seawal ingatan aku. Sebelum tahu membaca dan menulis aku dah kenal dengan surah cinta. Semasa aku membesar berlabon adalah anyaman hidup. Tak berborak, tak bersembang, tidak bersurah, tak berceloteh atau bercerita tentang itu dan ini maknanya kita tidak hidup. Setiap hari kita bersurah. Setiap hari kita bercerita.
Ahli falsafah Peranchis Rene Descartes berkata : Aku berfikir maka aku wujud. Hishamuddin Rais kata : Aku berlabon maka aku wujud.
“ Kau tau tak?... Kau dah dongar? Den dongar dari… Ayah Ulung yang cakap….. Mak Cik Bibah bagi tahu omak den…” Aku dibesarkan oleh ayat-ayat ini.Tak sudah sudah ada saje cerita. Sambung bersambung. Tokok bertambah.
Sekarang bersurah, berlabon, berceloteh atau bersembang telah diganti dengan membawang. Yang muda untuk dilihat cool menggunakan ngopi atau ngeteh. Hanya bunyi lain isinya masih sama – berlabon.
Kesahnya bagini: Ketika itu aku baru masuk sekolah menegah – dalam tingkatan satu. Dari kelas terbawah ini kami selalu melihat abang dan kakak dalam tingkatan tinggi saperti dewa dan dewi. Mereka menjadi rujukan. Mereka menjadi ikutan. Remos rambut mereka, tali pinggang mereka, beg sekolah mereka – semua jadi ikutan. Kalau mampu nak beli basikal macam basikal mereka.
Ketika ini kami semua sudah akil baligh. Dah kenal jantan betina. Tapi belum pernah kena cium atau bercumbu jauh sekali pernah tidur sebantal. Dizaman aku membesar kami tak tahu pun apa itu khalwat. Kami penganut Islam Budaya yang tegar. Kami Melayu bukan Arab.
Cerita ini tentang seorang murid lelaki benama Jo dari tingkatan lima dikesahkan telah jatuh cinta dengan Salbiah seorang murid perempuan dalam tingkatan 4. Kawan-kawan panggil Salbiah - Sally. Jo dan Sally sedang bercinta. Ramai murid murid lain tahu. Cik Gu juga pasti ada yang tahu.
Jo ini ahli sukan sekolah. Seorang pelari jarak dekat yang pantas. Pemain pasokan bola sepak sekolah. Saban tahun si Jo ini akan mendapat hadiah sukan sekolah. Sally pula ‘ budak pekan’ ertinya duduk dalam pekan Kuala Klawang. Budak pekan ini - kerana itu nama menjadi Sally - dilihat ranggi pandai melawa, berfeshen dan bergetah.
Ayah Sally pegawai PWD ( Public Works Department) sebelum di Melayukan untuk menjadi JKR (Jabatan Kerja Raya). Di Kuala Klawang semua orang kenal dengan Mat Din Pwd . Keluarga Sally tinggal di rumah kerajaan dipinggir pekan. Sally ini ada seorang abang - aku panggil Alin yang juga pemain bola yang baik saperti ayahnya. Alin mungkin sebaya dengan Jo tapi bukan dari sekolah yang sama. Emak Sally dan Alin dikenali sebagai Cik Tijah. Berpinggang ramping, berambut rambut keriting macam lagu Nona Singapura nyanyian R. Azmi. Maklumlah orang pekan. Keluarga ini bukan orang Jelebu. Mat Din PWD dihantar untuk bertugas ke Jelebu.
Ada beberapa kali aku terserempak dengan keluarga empat beranak ini. Sebagai orang pekan diwaktu petang aku lihat mereka berjalan-jalan di taman bunga disebelah padang bola Kuala Klawang. Mereka aku lihat keluarga yang bahagia. Untuk aku bahagia ialah - rumah ada api leterik dan ada air paip. Rumah dekat sekolah. Tak macam aku atau Jo – mandi air perigi dan pakai lampu pelita. Saban pagi wajib berbasikal 3 batu untuk sampai ke sekolah.
Beberapa kali aku juga ternampak Si Jo ini bermain bola dengan Alin. Aku juga pernah ternampak Mat Din PWD menjadi pengadil bola sepak dimana Jo dan Alin dalam satu pasukan. Aku ternampak Sally dan ibunya duduk dikerusi batu ditepi pandang sebagai penonton.
Pada hemat aku pada petang di padang bola itu Cik Tijah sedang memerhatikan suaminya, anaknya dan bakal menantu sedang beraksi di padang bola. Sang Suami menjadi pengadil, anak menjadi penjaga gol dan bakal menantu menjadi penyerang. Puluhan mata penonton sedang memerhati. Pastilah ibu ini amat berbagga. Pada aku inilah contoh keluarga bahagia.
Salepas perlawanan bola petang itu ada beberapa kali aku ternampak Sally mengheret basikal Jo diiringgi oleh Jo ditepi padang bola tak jauh dari rumah Sally. Dalam hati aku berangan-angan jika aku bercinta aku berharap kekasih aku akan sama mengheret basikal aku. Aduh! Indahnya hidup ini.
Tetiba satu pagi dalam kelas aku terdengar ‘ …kau tahu tak ayah Alin kahwin lagi…. ‘ Zul membuka berita.
‘Din Pwd kahwin lagi satu…’
Disurahkan ayah Alin telah berkahwin dengan saorang perempun dari Sungai Buluh. Ini Sungai Buluh Simpang Durian Jelebu bukan Sungai Buluh Selangor. Aku pun tidak dapat penjelasan Din Pwd kahwin anak dara atau kahwin janda.
‘ Jauhlah Sungai Buluh tu…’ Aku memberi pandangan.
‘ Allaaaa… Din Pwd ada motosikal… sejam sampailah…’ Zul memberi penjelasan.
Zul kawan sakelas – juga budak pekan. Zul anak pegawai pejabat daerah Jelebu. Zul jiran kepada Din Pwd. Rumah Zul hanya beberapa pintu jaraknya dari rumah Sally.
Waktu berjalan. Masa bergerak. Aku terus berbasikal ke sekolah. Dari tingkatan satu aku masuk ke tingkatan dua kemudian ke tingkatan tiga. Jo dan Sally sudah meninggalakan sekolah. Jo mungkin sedang mencari kerja. Pasukan bola sekolah berganti baru. Zul menjadi kapten pasokan bola sekolah.
Pada satu pagi sebelum loceng pagi berbunyi aku dengar Zul membawa berita. “ Kau tau tak… malam tadi… ‘ Zul bercerita seolah-olah hendak membuka surah hantu dengan saspen. Aku memasang telinga. Aku memang suka mendengar surah terutama cerita hantu. Seram menakutkan kecut telor dalam seluar tapi seronok.
‘Ada apa?...”
‘Ada apa?... Malam tadi Jo kena tangkap…?
‘Mata-mata ke?’
Zul ketawa. ‘ Bukan Polis … Jo di tangkap oleh Din Pwd…’ Zul ketawa lagi.
‘ Jo sedang buat apa dengan Sally….dalam bilik ke…’ Aku gatal ingin tahu.
‘Jo bukan dengan Sally… Jo dengan emak Sally..’ Zul memberi kata putus. Ketawa. Kemudian memandang tepat pada muka aku.
Aku yang mendengar tercengang. Emak dengan boyfriend anak. Kesah macam ini tak pernah aku dengar. Betul ke cerita Zul ini.
‘Bukan itu saja…Din Pwd telah melaung laungkan dan membangunkan jiran tetangga dan memberi tahu bahawa isterinya sedang bergomol dengan jantan…’
‘ Hoi…sapa nak tengok bini aku…betina sundal ini dengan budak jantan ni…’ Zul mengulangi dialok Din Pwd.
Aku hampir tak percaya apa yang disurahkan oleh Zul. Mustahil Cik Tijah jatuh cinta dengan Jo. Apa akan terjadi pada Sally.
Sehari kemudian kesah Din Pwd dan Jo heboh. Kuala Klawang pekan kecil. Kesah macam ini merebak macam jerami terbakar. Pasti ada tokok tambah dicampur rempah rampai garam masala bersama aji no moto untuk menyedapkan cerita.
Dari dalam bilik menjadi atas katil. Dari berbaju kini menjadi berbogel.
Dikesahkan bahawa Din Pwd telah lama memerhatikan Jo yang kerap datang ke rumah untuk bertemu Sally. Dari intipan Sang Suami rupa rupanya Sang Isteri telah memasang hati pada anak muda. Maka Din Pwd buat perangkap. Dia menghilang ke rumah bini muda. Sabenarnya dia menunggu Jo berbasikal datang ke rumahnya.
Pada pagi ketika Zul membuka cerita disekolah kepada aku sabenarnya Jo telah menghilangkan diri. Entah ikut jalan mana Jo meninggalkan Jelebu. Ikut Simpang Pertang ke arah Kuala Pilah atau ikut pekan Kuala Klawang ke arah Seremban. Di kampong tak ada siapa yang tahu kemana Jo menghilangkan diri.
Dua puluh tahun aku berkelana apabila aku pulang dari merantau aku teringat kesah Jo dan Sally. Kuala Klawang masih Kuala Klawang. Rumah kerajaan dimana Din Pwd dan Zul tinggal telah dirobohkan. Sekolah aku - Sekolah Menengah Undang Jelebu - masih wujud. Kini jalan ke sekolah aku dinamakan Jalan Ghurkha. Aku difahamkan Zul kawan saderjah aku akhirnya kena ‘komat Jolobu ‘ berkahwin dengan anak gadis Jelebu.
Kampong Jo tidak jauh dari kampong aku. Sampai hari ini aku tak mendengar khabar berita dimana Jo menghilang. Mungkin tak ada siapa lagi di Jelebu yang ingat dengan Din Pwd , dengan Sally atau dengan Cik Tijah. Ini kesah benar dari zaman berlalu - hanya nama-nama yang terlibat telah aku tukar.
Aku merakamkan kembali kesah benar in kerana aku masih memasang niat untuk mengheret basikal bersama kekasih saperti aku ternampak Sally mengheret basikal Jo disatu masa yang lama dulu. Amin. (TT)
DISIARKAN DALAM LAMAN
MALAYSIA NOW
BAHAYA DATANG DARI AJEN CHINA MERAH
BAHAYA DARI AJEN
CHINA MERAH
Unknown commented on
"MELAYU MANA AKAN JADI PERISIK CHINA MERAH"
Woit...TT dah petik dari Chris "Agent Smith" Chapelle, China Uncensored pulak...ini dah kes teruk ni...United Front pulak tu...Malaysia takde kut...yang ada United Malay National Organization.