Selasa, 6 Oktober 2020
MEDIA BARAT KENCING PEMIMPIN ISLAM
CILAKAK
MEDIA BARAT
PUKRAK MUKRAH
PUTEK MUNTEK
KAH KAH KAH
DULU GILA GILA
SAYANG ANWAR
SEKARANG PANGGIL
PEMIMPIN ISLAM KITA
PEMIMPIN SEMALAM
CISSSS BERDEBAH
KAMU MEDIA BARAT
KAH KAH KAH
Anwar kini bukan lagi ‘kesayangan’ media Barat berpengaruh
Media Barat berpengaruh yang sebelum ini dilihat menyokong Anwar Ibrahim kini semakin hilang keyakinan terhadap presiden PKR itu, meskipun para penyokongnya berdiri teguh dan yakin beliau memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen untuk mengambil alih jawatan perdana menteri.
Sekurang-kurangnya dua agensi media berpengaruh dilihat mengkritik Anwar berhubung usaha terbarunya untuk menjadi perdana menteri.
Majalah The Economist mengecam tindakan tersebut sebagai “semata-mata mahu merampas kuasa”, manakala kolumnis terkemuka Nikkei Asian Review menggelarnya sebagai “Mr Yesterday” atau “pemimpin semalam”.
Pada 23 September lalu, Anwar mengadakan satu sidang media tergempar di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan mengumumkan kerajaan dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tumbang dan memiliki sokongan “kukuh dan menyakinkan” daripada ahli Parlimen.
Majalah The Economist yang berpusat di London dalam tulisannya pada 3 Oktober menggelar Anwar sebagai “perdana menteri menunggu selama-lamanya”.
“Bagaimana lebih banyak pergolakan boleh membantu usaha menbendung penularan pandemik, memulihkan keadaan ekonomi yang tenat, atau membantu keadaan politik suram bertunjangkan naungan dan perkauman? Anwar sebelum ini pernah mengambil berat mengenai polisi. Ia tidak ubah seperti semata-mata mahu merampas kuasa,” kata majalah itu dalam penulisan kolum Banyan yang memberi tumpuan kepada politik Asia.
Ia jauh berbeza dengan apa yang digambarkan agensi berita berpengaruh lebih dua dekad lalu, apabila Anwar muncul pada kulit majalah terkenal seperti Time dan Newsweek.
Setahun sebelum pemecatannya, majalah Time menerbitkan artikel berjudul “Anwar dan masa depan Asia”, sementara yang lain menggelar Anwar sebagai antara “Ahli politik Asia paling menyerlah”.
Pemecatannya pada tahun 1998 melonjakkan namanya sehingga menjadi ikon reformasi di Barat, yang turut berjaya mengenepikan ucapan-ucapan Dr Mahathir Mohamad di forum-forum global.
Kini sokongan daripada media Barat berpengaruh terhadap Anwar semakin suram.
Perbualan dengan beberapa tokoh penting yang pernah bekerja dengannya dua dekad lalu, pada ketika beliau digambarkan sebagai “orang jahat” oleh media tempatan, mendedahkan kini Anwar tidak lagi mendapat keistimewaan seperti dahulu.
Mereka berkata, “karisma Anwar semakin pudar” jika dibandingkan dengan status sebelum ini sebagai wajah demokrasi Asia yang pernah digunakan dalam editorial dan ruangan kolum media berpengaruh 22 tahun lalu.
Saat itulah beliau dipecat daripada Kabinet Mahathir, yang kemudiannya diikuti dengan tindakannya membawa laungan “reformasi” ke jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.
“Bagi wartawan Barat, Anwar pada masa itu memiliki ketokohan yang dicari-cari Barat, seorang Muslim dan mesra kepada agenda Barat untuk dunia Islam,” kata bekas penasihat Anwar yang kini menetap di London kepada MalaysiaNow.
Katanya, Anwar pada ketika itu memiliki kelebihan digambarkan sebagai seorang Muslim “reformis dan demokrat”.
“Jadi, ketika media tempatan sibuk menyebarkan berita mengenai Anwar sebagai ‘pengacau’, keadaan berbeza buatnya di luar negara kerana beliau berjaya menjalinkan hubungan baik dengan pemimpin pendapat di Barat pada ketika itu,” kata ahli perniagaan Britain itu.
Selepas dibebaskan pada tahun 2004, Anwar tidak membuang masa untuk kembali berhubung dengan dunia Barat dengan mendapatkan tempat untuk berucap di universiti-universiti terkemuka di Amerika Syarikat, bercakap mengenai Islam dan demokrasi.
Biarpun personaliti dan kerjaya politiknya bertambah baik terutama ketika Pilihan Raya Umum 2008, terdapat juga peningkatan kesangsian terhadap jenama politik beliau.
“Imej Anwar sebagai mangsa politik yang meringkuk dalam penjara bertahun-tahun akhirnya terhakis dengan gambaran sebagai seorang lagi ahli politik Asia yang gila kepada jawatan perdana menteri,” kata seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur yang pernah berkempen untuk membebaskan Anwar dari penjara pada lewat 1990-an.
Seorang bekas wartawan yang pernah menjadi sebahagian daripada pasukan penulisnya berkata, Anwar akan mendapati lebih sukar pada hari ini untuk mendapatkan laporan positif daripada media antarabangsa yang berpengaruh.
“Dua atau tiga puluh tahun yang lalu, akhbar Barat pasti akan bersama-sama sesiapa sahaja yang berdiri di landasan reformasi dan demokrasi.
“Mereka kini lebih berhati-hati, tanya Aung San Suu Kyi. Beliau adalah contoh terbaik tentang bagaimana seorang demokrat yang sangat disayangi bertukar menjadi orang jahat,” kata wartawan berusia 68 tahun itu kepada MalaysiaNow.
Satu kritikan terhadap Anwar daripada William Pesek, kolumnis Nikkei Asian Review baru-baru ini, dapat memberikan gambaran sebenar.
Anwar kini tidak lagi dapat menikmati menjadi kesayangan media Barat berpengaruh.
Penulis yang pernah memenangi anugerah itu menulis, Anwar berubah daripada seorang yang menarik perhatian dunia sebagai reformis kepada “pemimpin semalam” yang “semata-mata mahu merebut kuasa”.
“Malaysia Baru Anwar kini lebih kepada satu projek sia-sia berbanding perubahan polisi” tulis Pesek bulan lepas.
“Sebelum kacau-bilau politik sejak kebelakangan ini, selama enam dekad Umno menjaga kumpulan etnik dan agama yang dominan. Namun, kerana begitu dahagakan kuasa, Anwar dilihat bersedia membawa idea-idea lapuk yang dilawannya pada tahun 90-an.”
SEMAKIN LAMA
SEMAKIN RAMAI
ORANG TAHU
SIAPA SABENARNYA
ANWAR IBRAHIM
AMIN
MEDIA BARAT
TAK MARAH
MAIN BONTOT
TAPI MELIHAT ADA SOKONGAN ATAU TAKDA SOKONGAN
JIKA ADA SOKONGAN
MEDIA BARAT
LIHAT DASAR
PRO KAPITALISI ATAU
PRO RAKYAT
KALAU PRO KAPTALIS
MEDIA BARAT AKAN ANGKAT JULANG
KALAU PRO RAKYAT
MACAM
BUNG KARNO
AKAN DIBUNUH
AMIN
TAPI KALAU TAKDA
SOKONGAN
AKAN DIPANGGIL
MISTER YESTERDAY
KAH KAH KAH
TERBAIK - AMAT BAIK ROSMAH BOCORKAN LAGI NAMA
TERBAIK ROSMAH BOCORKAN LAGI
NAMA ORANG JAHAT
AMIN
LAGI BANYAK
NAMA LAGI BAIK UNTUK RAKYAT
AMIN
Peguam Rosmah tuduh SPRM buat pendakwaan terpilih, berniat jahat
BETUL TEPAT
KES DIPILIH PILIH
AMIN
KENG JADI SAKSI
TAK DI DAKWA
AMIN
RIZAL JADI SAKSI
TAK DIDAKWA
AMIN
YANG LAIN
BAGI TAK SENANG TIDO
BILA BILA BOLEH DITANGKAP
AMIN
ROSMAH PUN
BOLEH JADI SAKSI
KENAKAN NAJIB
KAH KAH KAH
YANG LAIN TUNGGU
SEKARANG
TAK SENANG TIDO
KAH KAH KAH
MADEY BERKERJASAMA DENGAN KU LI
POLITIK IALAH SENI
KEMUNGKINAN UNTUK SELESAI MASALAH
AMIN
MADEY KERJASAMA
DENGAN KU LI
INI REALPOLITIK
AMIN
INI NAMANYA
UNITED FRONT
CARAI MUSUH UTAMA HANCURKAN MUSUH UTAMA DULU SEBELUM TIBAI MUSUSH KEDUA
AMIN
Bolehkah Mahathir-
Muhyiddin kembali
berbaik?
Tak mustahil,
kata penganalisis
Kenyataan tegas Dr Mahathir Mohamad tidak akan kembali bekerjasama dengan Muhyiddin Yassin disebabkan tindakan perdana menteri menubuhkan kerajaan gabungan baru awal tahun ini perlu dilihat semula berdasarkan senarai “kawan dan lawan” dalam politik bekas pemimpin itu, kata penganalisis.
Mereka berkata, tidak mustahil Mahathir boleh berbaik semula dengan musuh politiknya seperti dilakukannya dahulu dengan beberapa pemimpin yang dikatakan mengkhianatinya.
Penganalisis politik Shamsul Amri Baharuddin berkata pada penghujung tahun 1980 an, Umno berpecah disebabkan Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Mahathir sebagai presiden parti yang mana putera Kelantan itu dikalahkan dengan majoriti tipis.
“Begitu juga dengan Anwar, dia urus pengampunannya, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail jadi timbalan perdana menteri,” kata Shamsul kepada MalaysiaNow.
“Kita boleh lihat semua ini dengan sinis dan Mahathir penuh dengan pelbagai agenda tersembunyi.”
Dalam wawancara bersama akhbar Singapura The Straits Times yang disiarkan semalam, ahli Parlimen Langkawi itu berkata tidak boleh bekerjasama dengan Muhyiddin kerana presiden Bersatu itu kini menggunakan strategi politik seperti Najib Razak.
“Bagaimana saya dapat menerima Muhyiddin seperti itu?” katanya seperti dilaporkan akhbar itu.
Mahathir dan Muhyiddin adalah dua watak utama yang menubuhkan Bersatu, parti serpihan Umno yang bekerjasama dengan pembangkang pada pilihan raya 2018 dan menumbangkan kerajaan Najib.
Pada Februari, kedua-dua pemimpin itu bertelagah dan Mahathir tidak bersama-sama partinya meninggalkan PKR, DAP dan Amanah untuk menubuhkan kerajaan dengan sokongan Umno, PAS, GPS dan beberapa bekas pemimpin PKR.
Shamsul menilai Mahathir sebagai seorang yang konservatif.
“Mahathir adalah manusia berwatak self-righteous, maknanya melihat dirinya sebagai manusia yang taat setia, benar, betul, baik dan lurus.
“Beliau menilai pemimpin-pemimpin seperti Abdullah Badawi, Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Anwar melalui ukuran dan lensa nilai-nilai ideal berkenaan.
“Dalam kata lain Mahathir melihat pemimpin-pemimpin tersebut mempunyai kelemahan maka perlu diperbetul,” katanya.
Sementara Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, dalam dunia politik tidak ada kawan atau lawan dan semuanya lebih berkisar kepada kepentingan peribadi semata-mata.
“Malahan politik adalah seni serba kemungkinan apatah lagi politik Malaysia adalah politik angka.
“Maka, tidak mustahil beliau kembali baik dengan pesaing politik sebagaimana dengan Tengku Razaleigh dan Anwar yang tidak pernah dijangka sama sekali.
“Permusuhan beliau adalah berteraskan kepada politik,” katanya.
TAK PERLU HAIRAN
TAK PERLU TERPERANJAT
SEMUA MUNGKIN
TERJADI BERLAKU
DALAM REALPOLITIK
UNTUK JATUHKAN
MUSUH UTAMA
AMIN
KENAL SAPA
MUUSUH UTAMA
SAPA MUSUH KECIL
SEMUA BERES
AMIN
NIAT JAHAT
NIAT JAHAT
Peguam Rosmah
tuduh SPRM
buat pendakwaan
terpilih,
berniat jahat
BERITA MENYUSUL
MUHYIDIN RUJUK KEMBALI
BOLEH KAH?
Bolehkah Mahathir-
Muhyiddin kembali
berbaik?
Tak mustahil,
kata penganalisis
BERITA MENYUSUL
BETUL TEPAT SAHEH
BETUL GUA CARI
PETAI DI GEYLANG
DAPAT DARI SAKAI TAPI CHINA DAH AMBIL AWAL GUA TERPAKSA BELI DARI CHINA
"TRUMP SEDAR BAHAYA CHINA MERAH"
Dia ni tak ada lain,
ANWAR KENA KENCING
ANWAR KENA
KENCING
Anwar kini bukan lagi
‘kesayangan’
media Barat
berpengaruh
BERITA MENYUSUL
TERIMA KASEH TIAP HARI MASUK BLOG TUKAR TIUB
TERIMA KASEH TIAP HARI MASUK BLOG TUKAR TIUB
Unknown commented on
"SEMUA CABUT LARI"
org ramai tak perlu berita dr lu. lu minda sonsang & kotor.. rosak minda rakyat malaysia. lu beritahu kat anjing lu je.. nanti.. kena gertak sikit, lu cha alip bott.. gua cabar lu..
bagitahu orang ramai lu takde lanchau, dah kena KASI, pasal tu takde bini, boleh?? phuuiii!! ckp ber degau2.. jawapan nya tak jelas & kabur, mcm kes video semburit sandakan
RAMAI TINGGALKAN PKR DAN ANWAR
RAMAI
TINGGALKAN PKR DAN ANWAR
Awaiting moderation
Unknown commented on
"TUAN HAJI SAILANG TUAN HAJI"
Bukan saja 3-4 kerat dalam PKR. Ramai lagi dah sedar, nak tinggalkan Abam. Pergi tanya Uncle William dan Inche Wong.
BACA CERITA DARI SANA DARI SINI
JEMPUT
LAYARI PORTAL
BERITA TERBARU
https://www.malaysianow.com/
https://www.malaysianow.com/wacana/2020/10/06/cinta-kamal-dan-saddar/
INI LAH - INILAH KEHIDUPAN K - JANGAN INGAT TERRER SANGAT
INILAH KEHIDUPAN
JANGAN INGAT
TERER SANGAT
KAMAL DAN SADDAR
KAMAL DAN SADDAR
Tahun 1975 aku sampai ke kota Baghdad dari Beirut. untuk kali pertama. Ketika itu Presiden Iraq ialah Ahmad Hasan al-Bakr. Timbalan Presiden ialah Saddam Hussein. Dalam kota ini untuk pertama kalinya aku mula mengetahui tentang Sunni dan Shia. Ketika membesar di Jelebu aku pernah mendengar tentang dua mazhab ini. Aku dibesarkan dalam keluarga dan masyarakat Melayu Islam Budaya justeru keluarga dan jiran kami tidak ambil pot hal Sunni Shiah ini.
Di Baghdad – ibu kota Iraq - aku sempat berkenalan dengan pemimpin pelajar Iraq dan para aktivis muda dari Palestin. Mereka arif tentang hal dua mazhab ini. Bukan arif dari sudut teoloji tapi arif dari sudut budaya Arab. Malah dari mereka aku mula mendengar surah surah tentang Imam Ali, tentang Karbala dan Najaf. Di Baghdad juga untuk pertama kali aku melihat wajah kacak Imam Ali terpampang dalam kedai makan.
Aku masih ingat kepada Bashir – pemimpin persatuan pelajar Iraq dari Universiti Basrah. Kami berkenalan mesra di Baghdad. Hari akhir sebelum Bashir pulang ke Basrah dia bertanya ‘ di Malaysia Sunni boleh kahwin dengan Shia atau tidak ? ’ Aku tak faham sebenarnya soalan ini. Aku terangkan di Malaysia yang selalu timbul persoalan ialah China atau India nak kahwin Melayu. Sunni nak kawin Shiah ini tidak pernah aku dengar.
Bashir memandang tepat muka aku. ‘ Kekasih aku Sunni dan aku Shiah …kami graduate tahun depan… keluarga menghalang….’ Aku terkejut. Baru aku sedar bahawa Bashir minta simpati. Tapi aku tidak ada pandangan dalam hal ini. Aku hanya berupaya menghulur tangan salam berpisahan.
Tahun 1977 aku sampai ke Baghdad untuk kali kedua. Presiden Iraq ialah Saddam Hussein. Kali ini paspot aku telah dirampas oleh Kedutaan Malaysia. Aku nyeludup lari ke Pakistan. Di Pakistan aku menjadi pendatang haram. Aku menumpang tinggal dengan anak mahasiswa Patani di Karachi. Aku tumpang tidur di bilik mereka di International House Karachi Universiti. Bilik number 4 yang menjadi alamat surat menyurat aku ketika di Pakistan. Sosok Melayu Patani dan Melayu Malaysia untuk warga Pakistan tidak ada beza. Aku selamat menyamar sebagai orang Siam.
Di Karachi Universiti aku berkenalan dengan ramai pelajar luar negara. Pelajar dari Iran, Uganda, Palestin, Somalia, Afrika Selatan, Iraq dan Lebanon. Pelajar Petani ditakrif pelajar dari Thailand. Kebanyakan pelajar luar negara menginap dalam asrama. Ketika itu tidak ada pelajar Melayu dari Malaysia yang belajar di Universiti Karachi. Aku selamat.
Semua ini berlaku sebelum Revolusi Iran. Sebelum kejatuhan Shah Reza Pahlavi. Sebelum dunia kenal nama Ayahtollah Khomeini. Sebelum dunia bukan Islam tahu adanya Sunni Islam dan Shia Islam.
Dalam Univeristi Karachi aku berkenalan dengan Kamal anak Kurdish dari Iraq. Kami jadi sahabat baik. Dia hairan kerana aku pernah sampai ke Shaqlawa wilayah utara Kurdistan hampir dengan sempadan Turki. Kamal sendiri belum pernah sampai kesana.
Pernah dalam satu jamuan makan malam pelajar luar negara Univeristi Karachi aku diminta membuat tayangan slide. Ketika itu aku yang telah mula bermain dengan kamera. Secara jujur aku merakam aktiviti mahasiswa luar negara dari Karachi Universiti. Kamal aku takrifkan sebagai mahasiswa dari Kurdistan.
Satu minggu kemudian Kamal dimarahi oleh pemimpin pelajar Iraq. Mereka marah kerana aku mentakrifkan Kamal sebagai siswa dari Kurdistan. Untuk Iraqi bangsa Kurdish tidak wujud. Di Iraq hanya ada Arab Iraqi. Kurdish bangsa hina yang menempel.
Masa berjalan musim berubah. Pelajar baru masuk. Dan satu hari aku diberitahu bahawa Kamal telah jatuh cinta dengan siswi yang baru masuk. Aku mengingtai intai nak melihat rupa Saddar. Kawan-kawan gumbira kerana Saddar gadis manis lagi bergetah dari Karachi ini telah memilih Kamal.
Ketika ini juga kawan aku Yunus Ali sampai ke Karachi sesudah bergerila di Beirut. Yunus telah memberikan aku buku – Ali And Nino. Buku ini dicetak pada tahun 1937 garapan Kurban Said (1905-1942). Kurban Said dan buku ini hingga hari ini masih menjadi kontrovesi. Tapi bukan bab ini yang ingin aku surahkan.
Ali dan Nino membawa kesah cinta terhalang. Ali lelaki Islam bercinta dengan Nino gadis Kristian latar belakangkan kota Baku dalam suasana Revolusi Bolshevik di Azerbaijan.
Di hadapan mata aku di Karachi Kamal anak muda Kurdish sedang jatuh cinta dengan Saddar gadis Sindhi keluarga Shiah warga Pakistan . Mereka bercinta di Karachi berlatarkan Revolusi Iran.
Aku rasa Kamal dari kelas berada. Dia memiliki motosikal. Tidak ramai pelajar di Pakistan yang berupaya memiliki motosikal. Sesekali aku ternampak Saddar memboceng dan Kamal yang memacu. Untuk kami pelajar luar negara si Kamal dan si Saddar telah menjadi Laila dan Majnun – Ashik dan Mashuk. Kawan-kawan tahu bahawa mereka berdua bukan cinta main main. Chinta Kamal dan Saddar menuju ke jinjing pelamin.
Satu petang di chai khana – warung teh - Kamal bersurah. Desas desus telah mula tersebar bahawa keluarga Saddar tak suka percintaan Saddar dengan Kamal. Kesah percintan mereka dalam kampus sudah sampai ke telinga keluarga.
‘ Emak dan ayah aku akan datang minggu depan…’ Mereka nak berjumpa keluarga Saddar… ‘
‘ Nak jumpa keluarga Saddar ..Wow… Nak masuk meminng ke?’ Dengan gumbira sambil ketawa aku bertanya.
Kamal menerangkan bahawa dari desas desus yang di dengarnya keluarga Saddar tak mahu menerima Kamal saorang Kurdish dari mazhab Sunni. Kamal terasa ayah dan emak Saddar menganggap Kamal ini dari keluarga miskin. Untuk membuktikan anggapan ini salah emak dan ayah Kamal akan datang membawa buah tangan.
‘ Bawa apa dari Baghdad? ‘
‘ Cincin, rantai, gelang dan emas permata… sebagai hadiah…’ Kamal menerangkan kepada aku. Aku menjadi hairan dengan adat istiadat dan cara masyarakat Pakistan. Aku merasa macam ada jual beli.
‘Kalau mereka nak emas… keluarga kami akan bawa emas…’ Kata nokhtah dari Kamal.
Aku sempat bertemu dengan emak dan ayah Kamal. Emaknnya berpakaian tradisional Kurdish. Ayah Kamal saperti lelaki Eropah – kacak berjaket tweed, baju puteh lengan panjang dan berkasut kulit hitam. Dari cara pemakaian aku yakin mereka pastilah orang berada di Kurdistan.
Satu minggu sesudah ayah dan emak Kamal pulang aku mendengar berita tidak baik. Saddar hilang. Saddar telah tidak datang ke kampus. Kamal tercari cari tapi tak jumpa. Apakah Saddar hilang diculik? Hilang kemana ? Tidak ada sesiapa yan tahu. Terbukti kedatangan emak dan ayah Kamal telah menghasilkan babak buruk.
Beberapa bulan kemudian aku mendengar yang Saddar awalnya disorokkan di luar Karachi. Kemudian satelah mendapat visa Saddar telah di bawa lari ke Kuwait untuk disimpan dirumah kakaknya. Bagaimana Kamal mendapat berita ini aku kurang pasti. Apa yang jelas keluarga Saddar berkeras mahu memisahkan Saddar dari Kamal.
Sesekali aku terserempak dengan Kamal di chai khana. Aku tak sanggup bertanyakan hal Saddar. Berat mana mata memandang berat lagi hati sosok yang ditinggal kekasih.
Dua minggu sebelum kampus ditutup aku mendengar berita bahawa Saddar cuba membunuh diri di Kuwait. Dari desas desus aku dengar Saddar telah dikurung oleh kakaknya di Kuwait. Aku yakin ini berita saheh.
Cinta Oh cinta. Lalu aku baca sekali lagi Ali and Nino. Bacaan kedua ini memberi aku pemahaman dalam tentang beberapa babak ritual Shiah dalam bulan Muhharam. Dulu di kampong aku hanya tahu Ashura kerana ada bubur Ashura bila ada kenduri surau. Kini pemahamam aku tentang makna Ashura lebih dari makan bubur. Malah di Karachi aku dapat melihat ritual mengingati Perang Karbala dengan laungan Ya Hasan Ya Husin.
Kampus dibuka kembali. Tahun bermula. Tetiba Kamal membawa berita yang Saddar telah diterbangkan pulang ke Karachi. Aku jangka Saddar masih ingin menyambung kembali belajar yang telah ditinggalkan.
Pagi itu aku di chai khana sedang minum. Mata aku merayau memandang ke arah dalam kampus. Aku ternampak Kamal bermotosikal. Dia seorang diri. Sambil minum teh aku memerhati kedatangan posman. Aku sentiasa menunggu posman. Posman adalah jantan yang aku harap-harapkan ada membawa surat untuk Maruding Kasa No4 International Hostel Karachi Universiti. Maruding Kasa ialah nama yang aku gunakan untuk menerima surat.
Pagi itu nasib aku baik. Ada sepucuk surat untuk Maruding dari Kuala Lumpur. Sebelum sempat aku membuka surat itu Kamal telah sampai membawa Saddar ke meja aku.
Aduh ! Saddar kurus kering. Saperti baru keluar dari wad batuk kering. Gadis dihadapan aku ini bukan Saddar yang aku kenali. Manis telah hilang. Aku mengucapkan selamat datang. Saddar cuba tersenyum. Kamal beredar mencari kerusi dan memesan minuman.
‘ Lama tak jumpa…’Aku memulakan surah. Lalu Saddar bercerita bagaimana dia dikurung oleh kakak sendiri di Kuwait. Sebagai jawapan Saddar telah enggan makan minum hinggkan dia wajib mendapat rawatan doctor. Gadis Sunni ini telah bersedia untuk berkorban demi kekasihnya jejaka Shiah. Aku gumbira kerana Saddar akhirnya telah pulang ke Karachi untuk bertemu Kamal. Kegumbiraan aku menjadikan aku lupa tentang surat dari Kuala Lumpur.
Pulang ke bilik aku membuka surat. Ada potongan akhbar dari Utusan Malaysia. Seorang mahasiswa dari Kelab Umno yang belajar di Karachi telah membuka kesah aku dalam Perhimpunan Agong Umno. Pelajar ini menyeru kerajaan mengambil tindakan ke atas aku di Karachi.
Dua hari kemudian aku membungkus barang-barang- barang meninggalkan Karachi. Aku menyeberang ke Pintu Wagah – sempadan Pakistan India di Lahore Punjab. Aku meninggalkan Pakistan menuju ke New Delhi.
Aku putus hubungan dengan Pakistan. Sampai hari ini aku tidak tahu apa terjadi kepada Kamal dan Saddar. Pada tahun 2016 filem Ali And Nino dibuat. Aku tahu filem ini wujud dalam portal internet. Aku masih belum bersedia untuk menonton filem ini. Aku belum sanggup melalui kembali detik detik cinta agung yang gagal. Amin.(TT)
DISIARAKAN DALAM
PORTAL MALAYSIANOW
SILA LAYARI
BELUM BAKAR ATOK DAH TAHU
BELUM BAKAR
ATOK DAH TAHU
yeop_sepet commented on
"ANTI TUKAR TIUB"
Dah isap balut baru tau ada ganja dlm tembakau,tapi atok tgk balut belum nyala dia dah tau ini ada dam dalam,cium je atok dah tau bahan mangga x mangga. hanya kaki mengenal bahan
TUAN HAJI SAILANG TUAN HAJI