Jumaat, 15 Januari 2021

MUHIDIN BERGELAR DIKTATOR

 


 MADEY BELAJAR

PANDAI

 BERGELAR DOKTOR

AMIN

MUHYIDIN BELAJAR

KURENG 

BERGELAR

DIKTATOR 

AMIN

Dr Mahathir 

gelar Muhyiddin ‘diktator’


MUHYIDDIN Yassin seorang diktator kerana menguatkuasakan darurat supaya beliau boleh terus berkuasa, kata Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata Muhyiddin terdesak mengekalkan kuasanya hingga menyebabkan beliau memilih darurat untuk menangani pandemik Covid-19, walaupun sudah pun melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Kita mengorbankan demokrasi untuk beri dia (Muhyiddin) kuasa penuh buat apa dia suka. Dia dalam erti kata itu, seorang diktator.

“Ia sejenis pemerintahan diktator di mana rakyat tidak boleh bantah dan kita tidak mengikut demokrasi dengan menggunakan darurat untuk beri Muhyiddin kuasa penuh,” kata Dr Mahathir dalam temu bual bersama stesen radio BFM pagi ini.

Pengerusi Pejuang itu berkata tidak ada keperluan untuk mengisytiharkan darurat kerana Malaysia ada undang-undang mencukupi bagi berdepan dengan pandemik dan keadaan bukannya di luar kawalan seperti beberapa negara lain.

“Kerajaan ada kuasa mencukupi untuk menangani Covid-19, kita bukan seperti negara lain di mana rakyat mengadakan protes terhadap arahan kerajaan. Di Malaysia, tidak, apa kerajaan cakap, kita ikut,” kata Dr Mahathir.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata walaupun Muhyiddin ada kuasa mutlak, beliau tidak melakukan secukupnya untuk membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan pandemik ini.

“Dia tidak buat apa sangat dalam mentadbir negara. Ekonomi merosot dan rakyat merana akibat tindakan yang dilaksanakan. PKP menjejaskan rakyat dengan hilang pendapatan dan ramai yang tidak ada makanan,” katanya.

Negarawan berusia 96 tahun itu berkata kalau beliau perdana menteri, beliau akan menambah peruntukan untuk melawan pandemik itu, termasuk membina hospital baharu kerana sistem penjagaan kesihatan sudah terlalu terbeban.

“Peruntukan untuk menangani Covid-19 terlalu kecil. Kita perlukan peruntukan lebih lagi. Kita perlu ada lebih banyak hospital, kerana hospital sedia ada sudah penuh. Di England, sebuah hospital dibina hanya dalam tempoh sembilan hari,” kata Dr Mahathir.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa memperkenankan permohonan Putrajaya untuk mengisytiharkan darurat hingga 1 Ogos.

Perintah darurat menggantung semua persidangan Parlimen dan DUN hingga Ogos dan memberikan Muhyiddin serta Kabinetnya kuasa mutlak pada masa ini.

Sehari sebelum itu, kerajaan Perikatan Nasional mengumumkan PKP sekali lagi di enam negeri – Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah – dari 13 hingga 26 Januari.

PKP bersyarat dikuatkuasakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan sementara Perlis dan Sarawak, kekal dalam fasa PKP pemulihan. – 15 Januari, 2021.

BIK MAMA

KUAT MAKAN

DI GELAR

TRAKTOR

KAH KAH KAH



1 ulasan:

  1. Remote punya pasal Tv dapat nama...KAKAKAKAKAKAKAKAKKAKAKAKAKAKAKKAKAKAKAKAKKAKAKAKAKAKAKAKKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKKAKAKAKAKAKAKKAKAKAKAKAKKAKAKAKAKAKAKAKKAKAKAKAKAKA

    BalasPadam