UNITED FRONT
BARU
AKAN MUNCUL
AMIN
Mahathir sedia kerjasama
dengan Umno jika …
Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad akan mempertimbangkan bekerjasama dengan Umno hanya sekiranya mereka yang terlibat dengan kes mahkamah, terlebih dahulu meletakkan jawatan di dalam parti.
Beliau berkata, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana kumpulan yang terbabit dengan isu rasuah sama ada mereka sudah didapati bersalah atau belum.
“Ya, ya. Mereka perlu (‘step down’).
“Saya tidak akan bekerjasama dengan mereka yang menghadapi kes mahkamah sama ada mereka sudah didapati bersalah atau tidak. Mereka sendiri yang tahu,” katanya dalam temubual bersama Radio BFM pagi tadi.
Mahathir berkata, kerajaan sekarang boleh dibeli dengan mudah dan siapa sahaja mempunyai wang dan kuasa, dia yang akan memerintah negara.
“Bayangkan kerajaan yang memerintah adalah korup dan agaknya apa yang mereka akan lakukan? Mereka akan jadi lebih korup apabila mereka punya kuasa.
“Kami tahu kami (parti) kecil dan tak boleh bentuk kerajaan, tapi kami tetap juga akan berjuang hapuskan rasuah,” katanya.
Kaw Tim dengan geng Makamah....bila berjaya fail akan dijaga dengan rapi ....KAKAKAKAKAKAKAKKAKAAKAKKAAKAKAK
BalasPadamTT, kenapa ahli politik digelar atau dipanggil POLITIKUS? kerana gelaran itulah kebanyakan mereka melakukan kerosakan seperti TIKUS, tidakkah ada gelaran yang baik baik....tapi nak gelar apa ye????
BalasPadam